Khamis, 25 September 2008

dari library UM

Semasa masuk UM tadi - dah ramai pelajar (UM) menheret beg besar - ada apa agaknya dalam beg - mungkin kepada kakak & abang yang prihatin , dalam beg tu mungkin ada baju adik2 (t'shirt pun ok), kain tudung mak (beli yang murah2 - student),kain pelekat ayah - ini kenangan besar yang nak di kongsikan dalam keadaan SUNYI2 macam ni (kat Library) - semua dah balik raya (dulu pun aku macam tu)

Ni cerita lama - mungkin 30 tahun dulu, raya di kampung yang (betul2 kampung)guna air perigi, lampu minyak tanah. Kg Sungai Jejawi, Teluk Intan - 40 km dari Pekan besar Teluk Intan. 30 tahun dulu hutan. Ayah (aktivis politik) akhirnya berpolitik dengan bendang. Raya cukup menarik. Amat menarik. Bermula dari moreh (biasanya pergi untuk makan aja kut) - sampai ke raya. Yang bestnya masa nak raya. Beli baju raya. Kasut raya (paling bosan, sebab raya biasanya hujung tahun : kasut raya merangkap kasut sekolah !)- baju raya : pengaruh COMBAT agaknya - ramai yang macam tu masa tu. Yang penting baru. Banyak bunyi2an di kampung. Meriah buluh. Aku tidak ketinggalan - pernah juga habis bulu kening terbakar (gara2 meriah buluh)...Hari raya meriah(kutip duit) dan yang PALING SERONOK petang lepak dekat rumah TOK SIDANG (tgk cerita melayu) - masa tu rumah tok sidang aja ada TV.ha....ha....bising bunyi generetor masa tu. Tapi rasanya itu yang paling best sebab rumah TOK SIDANG macam PANGGUNG WAYANG.....dan anak tok sidang (berlagak betul masa tu).

Dan hari ini - semua dah lain....

5 ulasan:

Tirana berkata...

Memang ada perbezaan antara dulu dan sekarang. Saya rasa..dulu2 lagi meriah nak ssambut raya berbanding sekarang.. Keadaan dah berubah.. Di kampung pun dah tak semeriah dulu..apalagi di bandar..

Unknown berkata...

..dunia kan dah berubah.cuma ada BENDA yang budak sekarang hilang - budaya raya - sapa nak di salahkan - sistem @ kehendak masa...sekarang , raya sebab boleh makan siang.sembahyang raya.minta maaf...

azza_irah berkata...

bro jinggo..
singgah amik kad raya dr azza ya..

Unknown berkata...

ok - cgu azza nanti saya pi ambil - terima kasih

GBSM berkata...

Semuanya udah jauh berbeza...semangat, apatahlagi suasana raya itu sendiri. JIka dulu... saat pertama yang di nanti tika saat pengumuman raya dari Mohor2 besar diraja.Lepas jadi saja raya... wah bersemangat masak ketupat, rendang dan juadah hingga tak tido malam. Sekrang ni dah tahu awal. Malahan juadah kebanyakkannya main tunjuk saja...

Eco Kid Adventure on Facebook