Selasa, 2 September 2008

KISAH GUNUNG SENYUM


tidak banyak cerita hari ni - puasa - masih sama macam orang lain. hari ini ke Perpustakaan ( dapat call ke Jabatan Alam Sekitar Putrajaya ) - dari KL ke PutraJaya - tidak banyak yang boleh aku kongsikan - cuma setiap kali aku memandu ke PutraJaya - tidak pernah tidak sesat - terlalu banyak simpang @ jalan - ini pembangunan.ok pembangunan.dalam perjalanan ada kawan call - jinggo tgk berita TV3 ( 2 hari berturut2 cerita yang sama - Gunung Senyum mahu di terokai ) - aku pernah ke sana bersama Jabatan Alam Sekitar Pahang ( cawangan Temerloh ) - amat menarik pertemuan kami masa tu.di kira kanan hijau.sejuk.susah mahu ditafsirkan dengan kata2.pada aku - melihat ' kebun ' pokok Ficus ( yang rapi di jaga ) dalam gunung seakan membuatkan aku ' bercerita ' sampai sekarang.kata Pengawas Hutan disitu - banyak tempat yang masih keras ( dan malam tu kami semua lepak2 dengar cerita ' keras ' )...setelah 3 tahun berlalu.ada berita yang tidak sedap untuk di dengar.pembangunan VS alam sekitar.dan yang lebih menarik ' team ' yang buat kajian saintifik tu ( rakan rakan semasa di Persatuan Pencinta Alam ) - aku bukannya fanatik alam sekitar - kita bercakap soal impak yang seharusnya di tanggung oleh persekitaran. Kecuaian terhadap kepentingan ekosistemnya akan memberi impak terhadap keimbangan persekitaran yang sensitif. dan seterusnya : apa lagi kuasa yang kita ada - kita hanya mampu menyatakan : aduhai bapak - bapak menteri ( di atas ) - matlamat ( pembangunan ) tidak mungkin akan menhalalkan semua cara.....







1 ulasan:

Sharifah Hassan berkata...

Salam Perkenalan!

"Kebun" Pokok Ficus tu bukankah kawasan perkuburan? Semuanya ditanam berpasang-pasang, kawasannya bersih dan mendamaikan!

Bagi saya tempat yang paling menarik ialah air terjun 7 tingkat dalam gua...!

Eco Kid Adventure on Facebook