Ahad, 28 September 2008

dan aku belum memberi apa2 lagi....





Kuala Lumpur. Ini cerita semalam.Kuala Lumpur tidak pernah berhenti. Tidak sunyi – keadaan masih sama.Sibuk. Jalan di mana2 masih begitu , malah makin teruk. Dari Rawang ke Gombak – jalan sesak , sibuk bercakap dengan diri sendiri. Kenapa banyak sangat orang MATI hari ini ( semalam ) – tiba2 – betul2 depan TEMPLE PARK – seorang TUA ( penjual aiskrim – berdasarkan motor ) di langgar dari belakang. Jatuh dan tersadai tepi jalan. Melayu. Cuaca di atas tidak memberi apa2 keampunan. Terlalu panas , seorang TUA ni bertarung nyawa ( berapa agaknya dia dapat hari ini , macam dengan dia + keluarga + raya ). Aku tidak mampu buat apa2 ( Cuma terkedu sendiri – aku dah menhabiskan hampir RM 100 pagi ini untuk beli yang aku kirakan TAH APA2 – mamma mia ! ( the movie soundtrack featuring the song of ABBA )……

Malam – teruskan pembacaan buku LA TAHZAN

ARISTOTELES menyatakan “ manusia ideal adalah manusia yang gembira dengan perkerjaan yang ia lakukan demi kepentingan orang lain dan ia sangat malu jika ada orang lain melakukan pekerjaan yang menjadi tugasnya. Sebab , memberi belas kasihan kepada orang lain adalah sebuah tanda ketinggian nilai sedangkan menerima belas kasihan dari orang lain adalah sebuah petunjuk tengtang kegagalan

Dalan sebuah hadith disebut ‘ tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah..”

PENGAJARAN UNTUK DIRI SENDIRI.

Orang yang memberi – apakah di lakukan demi kepentingan orang lain @ melakukan kerana tugas…..

FIKIR2 KAN.

Dalam SINAR hari ini – banyak orang memberi , adakah mereka itu laku demi kepentingan orang lain @ melakukan kerana tugas.

17 ulasan:

azza_irah berkata...

bro jinggo..
memberi kerana tugas/tanggungjawab dan memberi kerana org lain..tetap bbalik pd diir sndiri...
seikhlas dan sejujur mana kita dalam melaksanakannya..

cikgu..
warna menceriakan hati kita..terlalu banyak warna mungkin..namun setiap org tidak sama citarasa kan..mgkin A suka merah n B suka purple..jd warna yang bak pelangi itu utk sume..

bergantung pd kita bagaimana utk menyesuaipadankannya..

salam aidilfitri cikgu..
azza balik kg tghri ni..
mekaseh utk jalinan psahabatan ini..

Tirana berkata...

Kadang-kadang kita beli benda yang bukan menjadi keperluan kita.. Saya pun begitu..dah beli baru fikir. Masa beli..ikut keinginan..ikut nafsu..semua yang nampak di mata cantik belaka..semua teringin..padahal ia tak lah penting sangat..kalau tak beli pun,tak menjadi kekurangan. Kena banyak muhasabah diri nampaknya. Kalau ada duit terlebih, baik di sedekahkan pada yang kurang berkemampuan. Tangan yang memberi lebih baik dari menerima.Bersedekah biar ikhlas bukan kerana apa-apa..tiada udang di sebalik batu. Tapi bila kita bertemu dengan orang yang betul-betul memerlukan bantuan, bukankah tanggungjawab kita memberi bantuan kepadanya???

Tirana berkata...

Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Mudah-mudahan perjalanan hidup kita akan diberkati Allah.

InsyaAllah, lepas raya, bila keadaan kembali seperti sediakala, saya akan meneruskan penulisan saya dan kita akan meneruskan discussion bila ada kesempatan.. Terimakasih atas segala sokongan dan dorongan dan juga atas jalinan persahabatan walaupun cuma di alam maya.

azlanlin berkata...

Renungilah mata comel ketiga-tiga Anugerah Allah itu, mampu menafsirkan segala keperluan dan keinginan mereka ketika itu. KASIH SAYANG....tiada penghujungnya walau berjarak dan dihalangi...kuatkan semnagat merempuh segalanya!

>>SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Brahim Nyior berkata...

bro jinggo,

Jangan dikira hari itu buruk sebelum rembang petang menjelang.

Jangan mudah mengalah. Masa dan keadaan menentukan kejayaan atau kegagalan. Yang penting, usaha untuk mencapai cita-cita.

Teman beraya di Batu Rakit, rumah mertua, lantaran di Perak sudah tiada mak dan ayah. Teman ni anak yatim kematu, jadi serang ni menumnpang kasih dengan mertua sementara deme masih ada.

Unknown berkata...

terima kasih cgu azza ( saya ada seorang kenalan baik yg namanya azzah - karektor yang sama : maaf kadang2 keliru )- orang memberi katanya sarjana ada 2 - sama MEMBERI @ MENGAMBIL - orang yang mengambil di hujung akan ada ( apa aku akan dapat ) sementara memberi ( ikhlas tanpa apa - macam mak dan ayah )....terima kasih

Unknown berkata...

terima kasih puan tirana - saya bangga dengan persahabatan yg berkuanliti begini - saya di KL aja sebab nak memeriah rumah orang kita ( kat jalan segambut tu )- dan rasanya akan hilang hari raya ke 2 - 5 : balik jenguk mak ayah kat teluk intan.

Unknown berkata...

cgu azlanlin - terima kasih semuga kita terus diberkatiNya...selamat hariraya - semuga kita akan terus menulis disini.

Unknown berkata...

cgu izzuddin - teman balik kg raya kedua - kg sungai jejawi seberang perak...terima kasih.nanti kita jumpa lagi

Azzah 'Izzat' AR berkata...

ckg harun.. haha dah agak mesti keliru..

anyway, nak kenal saya dlm alam siber ni ialah kyuzouehara atau azuzafu..

selamat idulfitri!

p.s: wah.. 1st time tgk gambar Harun JR.. hehehe..

Unknown berkata...

hai azuza - he....baru senang nak bercerita...cgu azzzah semakin mantap sekarang , kalau Mejar Chan tengok mahu dia terkejut berok..itulah seharusnya MUSTAHIL KE BOLEH - cuma tulah cgu syah bila nak mula buka langkah satu....ada blog kawan2 plkn link pada saya....

azlanlin berkata...

Selamat Hari Raya AidilFitri daripada Azlanlin dan sekeluarga di Kluang, Johor

Azzah 'Izzat' AR berkata...

alhamdulillah.. rezki.. bukan tekejut beruk lagi dah tekejut anaconda agaknya.. haha..

mej shah dari lubnan minta sampaikan ucapan selamat hari raya, maaf zahir batin pada kawan2 kem millennium..

A t i Q a h berkata...

Salam singgah.
Ermm..pak cik tua tu ada cedera mana2 tak?

Btw, selamat hari raya untuk saudara Jinggo. :)


P/S: Anda memanggil saya cikgu di blog saya? Err..saya belum jadi cikgu lagi. Tapi, akan. ;)

Mak Su berkata...

tq, selamat hari raya dan semoga berbahagia selalu

Unknown berkata...

terima kasih atiqah - nanti saya jenguk lagi blog cgu....

The Island of NAMOYAKI, berkata...

Jinggo,

Alhamdulillah..
Semoga dirimu bergembira menyambut hari raya Aidul Fitri yang mulia ini. Sesungguhnya pemergian Ramadhan ini amatlah digenangi.

Akrammakumullah, Semoga Allah merahmati dirimu sahabatku, InsyaAllah.


"Selamat Hari Raya Aidul Fitri, Maaf Zahir dan Batin"

Eco Kid Adventure on Facebook