Isnin, 24 November 2008

Kisah Keldai..




Seekor keldai tua terjatuh di dalam sungai - dan meraung meminta pertolongan. Laungan keldai itu kedengaran kepada tuan tanah yang tinggal berhampiran dengan sungai. Disebabkan tebing sungai agak tinggi - tuan tanah terpaksa mengumpul penduduk kampung untuk meminta pandangan bagaimana mahu menyelamat keldai itu.

Seorang muda berkata : Sia2 sahaja - tebing sungai tu amat tinggi. Lagi pun keldai tu dah tua dan sungai tu pun kita sudah tidak gunakan.Kita timbus sahaja...

Keldai tua itu mendengar setiap butiran hasil dari perbincangan tersebut. Sedaya nya dia cuba untuk memanjat.Tapi usahanya gagal.

Penduduk kampung berbekal cangkul dan segala peralatan memula usaha untuk menimbus keldai dan sungai tersebut.

Keldai tua - tidak cepat putus asa. Setiap kali tanah jatuh atas badannya dia akan mengelupur ( dan tanah itu jatuh di bawah ) dan dia akan memijak atas tanah tersebut...begitulah seterusnya sehinggalah dia dapat naik ke atas dengan selamat...

Kepada Asri dan rakan2 sekali lagi : dalam buku besar ada menyatakan : dimana tempat orang yg tidak ada masalah.Jawapannya ada di kubur....kita belum ke kubur. untuk itu seorang pujangga cina berkata - kehebatan seseorang di ukur dari skala pemasalahan yg di tanggung dan bagaimana dia keluar....ulat beluncas melalui pengalaman ngeri untuk keluar kepompong.....

Moral untuk rakan2 : Jadilah keldai - orang yang hebat adalah orang yang mampu keluar dari semua pemasalahan tersebut dan akhirnya menang.

14 ulasan:

marzalina berkata...

terima kasih atas kisah keldai itu..pengajaran yg selalu diabaikan oleh segelintir manusia :)

JINGGO berkata...

marzalina - memang sudah nak sampai tahab keldai tu : kita fitrahnya alpa dari segala macam.Bila kena dekat bantang hidung sendiri... Saya pun selalu ingatkan diri untuk jadi macam keldai....

erisya nor berkata...

JInggo,

cerita yang menarik. biar apa yang berlaku, jangan putus asa! biar apa orang kata, jangan putus asa!perlu usaha untuk selamatkan diri sendiri..jangan bergantung apda orang lain! :)

JINGGO berkata...

erisya - terima kasih.itu cerita kita diluar pemasalahan : rasanya tidak ramai yg kuat untuk keluar - sebab ianya melibatkan hati yg terus memberi impak kepada emosi dan zahirkan terus pada airmuka....saya bertemu dengan ramai rakan remaja yg bergelumang dengan emosi yg tidk stabil - membuat tafsiran berdasarkan caturan sendiri..akhirnya.jadilah keldai....

Tirana berkata...

Selalu keldai dikaitkan dengan kebodohan, tapi dalam cerita jinggo ni keldai jadi cerdik. Jadi kalau kita tidak menggunakan akal fikiran yang Allah kurniakan dengan bijak, maka tahap kita lebih teruk dari keldai yang selalu dikaitkan dengan kebodohan itu. Dalam keadaan yang terdesak, keldai masih tidak berputus asa jadi apatah lagi kita yang ada akal..sudah tentu tidak wajar cepat berputus asa dan menyerah diri pada nasib semata.

Saya setuju dengan pujangga cina - kehebatan seseorang diukur dari skala permasalahannya dan bagaimana dia keluar dari masalah tersebut. Masalah yang datang merupakan ujian dan sekaligus mematangkan kita selagi kita tidak berputus asa dan berusaha untuk menyelesaikan masalah itu dengan baik.

JINGGO berkata...

Puan Tirana - saya teringat cerita cgu izuddin ( kisah orang pandai ) - rasanya keldai dalam cerita disini adalah yg EQnya tinggi.Selalu keldai di anggap bodoh...bertahun itulh yg kita installkan - rupanya dia ada potensi yg lain.

Tapi bukan mudah nak keluar dari kemelut tu : dulu saya selalu ingatkan diri ' melawan ' masalah - selalu gagal bila dikaitkan dengan hati - tapi alhamdullillah : sekarang sekarang rasanya seronok dengan masalah yg dtg....pastinya ada satu perkara baru lagi yg kita belajar.....

mountdweller berkata...

Orang yang putus asa tidak akan berjaya walau pun dia hidup sehingga 1,000 tahun!

Perkara yang difikirkan membawa keburukan tidak semestinya menjadi buruk akhirnya.

JINGGO berkata...

tuan mount - ayat akhir tu amat menarik...saya akan gunakan term tu...semuga kita terus dirahmatiNya menjadikan dunia ini cantik untuk kita harungi....

naz ilyn berkata...

Salam...

jadikanlah diri sebagai sebahagian dari penyelesaian bukan sebahagian dari masalah.

Brahimnyior berkata...

Bro Jinggo, ini satu persepsi baru tentang keldai, selama ini dianggap negatif.

Tapi teman tertarik dengan komen Bro Jinggo (respons) kepada Tirana; "Seronok menghadapi masalah, pasti ada perkara baru yang boleh dipelajari"

Hebat... Anda memang hebat.

azlin hashim berkata...

Dari masalahlah membuatkan kita byk berfikir bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu perkara dan membuat keputusan, kalau hidup ni tak ada masalah, masalah gak..

JINGGO berkata...

nazlyn - suka ayat tu : jadikan diri sebahagian dari penyelesaian - dan begitu juga harapan semuanya. semua soal hati rasanya diperlukan sentuhan lain.....semuga kita dibekalkan hati yg sepatutnya...

JINGGO berkata...

yop brahim - keperluan kerjaya barangkali : saya perlukan latihan praktikal. setiap masalahan merupakan latihan praktikal kepada saya.....ilmu kalau tanpa amal apa jadinya.Dan begitulah seterusnya : tapi jangan di cari masalah - sebab menurut buku Chicken Soup - hidup kita proses yg beransur2...hari ini kita di lempar dengan pasir.kerikil dan seterusnya batu....cepat2 elak semasa dilempar pasir takut tak sempat nak elak bila batu menhempap.....

JINGGO berkata...

Lin - kita kena belajar dari bencana yg datang...sebab fitrahnya kita tak makan kalau tak lapar , tak ke klinik kalau tak sakit (teruk )- tak apa lagi....kita kena lakukan diluar fitrah...semuga lin menjadi orang yg hebat sebab ' berkawan' dgn orang2 hebat......ambil kesempatan dari pertemuan....

Eco Kid Adventure on Facebook