Khamis, 4 Disember 2008

Berteori lagi : Mana buah Limau....


Kita ber' teori ' lagi : Teori ini mungkin tidak akan menjadi apa2 seandainya kita tidak meletakkan KEPERCAYAAN pada ini sesuatu yang memang dah ada dalam diri kita. Mungkin tidak ada ruang yg memberitahu kita.

PEJAMkan MATA ( dengar lagu dlm blog saya ni ).
Tarik nafas.Redakan semua.Kendurkan gelombang otak ke ALPHA ( gelombang otak )...Bayangkan kita berada di hadapan peti sejuk yg terletak di dapur. Dalam minda kita , lihat diri kita membuka peti sejuk tersebut. Di dalam peti sejuk tu kita melihat sebiji buah limau , ia berwarna kuning , besar dan masam. Bayangkan kita menghulurkan tangan dan memegang buah limau tersebut. Rasakan kedinginan dan tekstur buah limau tersebut. Sekarang , bawa keluar limau tersebut dan letakkan di atas meja. Seterusnya potong limau dan lihat jusnya mengalir keluar. Ambil hirisan yang kita potong itu dan masukkan ke dalam mulut kita.Kunyah dan rasa betapa masamnya jus limau itu pada lidah kita dan keseluruhan mulut kita..
Apa yang berlaku : Kita akan merasa kita 'dah ' makan buah limau tersebut. Mana buah limau. Itu KUASA MINDA DI BAWAH SEDAR. Ini adalah KUASA. Dan beberapa teori lagi seperti PLACEBO dan PYGMATION .
Pada saya : Saya mula berhadapan dengan teori ini 1O tahun dahulu. Kuasa apa yg boleh menjadikan kita sebagaimana yg kita mahu.kuasa PERCAYA.Dan hari ini sebahagian besar atlet barat menggunakan teori ini untuk menang.Kita mesti MENANG sebelum MENANG.....dan tentunya ada perbincangan2 akademik lain yang menjadikan ianya jadi ( dapatkan buku di atas )
Buku dan ilmu ini amat ' cantik ' untuk menetapkan MINDA kita dan orang2 persekitaran kita untuk MAHU apa yang kita MAHU ( saya sedang mencari dan merujuk kepada kefahaman agama sebab ada orang mula mempertikaikan teori ini )

19 ulasan:

Tirana berkata...

Adehhhhh..banyak lagi buku nak kena beli..hehehe... Sesekali Jinggo kena masuk blog POTENSI MINDA. Tuan punya blog, saudara Amiey, pun selalu cerita pasal teori ni. Saya selalu jugak di sana. Link blog tu ada di blog saya di bawah seksyen "enjoy the moment of reading.." sama sebaris dengan blog Jinggo, blog cikgu Izzuddn dan dua tiga blog lain. Itu di antara blog yang saya suka menyinggah dan baca.

AniS GalaXy berkata...

masamnya limau msh lg terasa kat lidah nie
teori yg buat ans2 betul PERCAYA yg anis tgh mkn limau 2 skg nie

Unknown berkata...

Puan - nanti saya masuk blog tu.Seronok sebenarnya dengan penemuan demi penemuan yang pasti dan cantik kita teranjak ke atas kelau kita melihat ilmu sebagai agen perubahan diri

Sharifah Hassan berkata...

Masamnya...itu la yang sedang saya rempuh sekarang!

Tapi anehnya "rasa" sebab lepas habis rasa masam, yang tinggal ialah kemanisan "masam" tadi...

Boleh gitu noooo??

Unknown berkata...

miss anis - saya mendominasi beberapa teori secara praktikal : memang menarik untuk dipraktikkan - sebab kita memang dah ada KUASA yang boleh menjadikan APA kita NAK JADI....dan sekarang dah hampir 10 tahun belajar.5 tahun zahirkan pada diri...untuk hari2 seterusnya nak berkongsi....

Unknown berkata...

cgu sharifah - jangan buat saya pening......tu namanya MASAM2 MANIS....

Mak Su berkata...

limau? bayangkan makan limau ya?

hhhmmmm, meleleh air liur, bulat, gebu, limau bali ni...nyonya tu ok lah... alamak, kereta tu parking tepi skit bang, ada orang nak beli limau jugak kot, wah....dia kasik terai ler, mmmmm, manis, isinya berketul2, menitis-nitis airnya...sedap...nyonya, saya nak dua ya, mekasih. mintak duit kat cikgu Jinggo ya.

Unknown berkata...

biasanya kalau dalam kelas saya ' budak2' macam ni mesti kena..kalau di kem denda tak boleh mandi sungai.seriuslah mak su......

tapi tak best pulak.kalau mak su serius...ok2 limau2....ipoh mali...

Mak Su berkata...

saya warna biru pekat

Mak Su berkata...

aik? baru perasan, engko dah reply...oooh, nak rendam dalam sungai ya? nanti maksu panggil otromen fire kat ko.

kenapa ler engko nak suruh maksu makan benda masam?

ok, ok.

hhmmmmm, terkejip-kejip mata den sebab makan limau masam...cari gula-gula cepat-cepat!!! aaa! tak tahn! masamlah.

Unknown berkata...

tu teori lah mak su : sekarang semua orang study smart bukan lagi study hard...cuba teori tu..mak su baju biru pekat....he.........betul ke.nanti nak padankan dengan semua gambar topeng...

Mak Su berkata...

maksu menghayati jer...katanya suruh memikir2kan...ni fikir ler ni, fikir yang masam2.

oh...nak mix and match ek? pandaiii... maksu ada letak gambar kat sini, tak de sorok punyer...betul..

tang limau tu, sepatutnya jadi apa?

Unknown berkata...

e...mak su ni.limau tu mana ada.dalam minda aja.tapi kenapa kita terliur...sebab ianya bergantung kepada apa yg kita fikirkan.macam tu dalam hal2 lain.apa yg kita fikirkan itulah yg akan jadi....

Brahim Nyior berkata...

Tinggi ilmu Bro Jinggo nih..

Segan teman dibuatnyer.. Banyak falsafah yang terkandung dalam cite mike kali ni.

Unknown berkata...

Betul sdr.

Kita akan kalah sekiranya minda kita telah kalah. Tapi tidak semestinya menang seandainya minda kita telah menang.

Bagi saya yang penting ialah kenali diri kita, kemampuan kita dan kelemahan kita.

Maknanya usaha membina teramatlah penting

Unknown berkata...

yop brahim - teman dah tak sabor nak balik teluk anson.rasa2 macam nak naik bot balik seberang perak..macam dulu2....tinggi idaklah tinggi yop : tapi itulah yg diajorkan - kita berkongsilah semula.....

Unknown berkata...

Tuan Mount - bila sebut pasal minda ni teringat Legenda Tinju Mohd Ali. Dia ni memang bijak menggunakan kuasa minda. Dia macam dah bayangkan pusingan keberapa nak tumbangkan lawan...

Bagus juga guna teori ni untuk naik gunung......Selamat Hari Raya Korban...

azlanlin berkata...

Jadilah TUAN pada minda dan diri sendiri....motto Bloh Warna-warni Kehidupan!

>> Masam yang menggiurkan,bayangan mempamerkan yang indah!

>> Kekadang merasai tidak seperti apa yang dibayangkan.... berpunca daripada kesilapan strategi dan akhirnya MEMBEKU DIRI!...

Jenuh juga gitu ek..

Unknown berkata...

cgu lan : semakin kritis.dengar cerita dah berpindah ke Tanjung Malim - kita akan berurusan kemudian.....

Eco Kid Adventure on Facebook