Isnin, 29 Disember 2008

Kita tak suka ARAHAN

ini adalah mangsa ARAHAN

Dua cerita yang berlaku dihujung2 ini terus menjadi penghakiman saya mengenai satu perkara semua orang tidak suka : ARAHAN.
Murid2 tak suka di ARAH buat HomeWork
Suami tak suka di ARAH berhenti hisap rokok
Mat Rempit tak suka di ARAH jangan merempit
Anak2 tak suka di ARAH basuh kasut sekolah
DAN cgu - cgi tidak suka di ARAH kerja lebih masa....
Kita menentang ARAHAN.
Bagaimana kalau tidak ada ARAHAN
Sebab ARAHAN adalah kita tak SUKA BUAT tapi KITA BUAT.
Pastinya kita tidak MEMILIH untuk BUAT.
Menurut kajian besar dalam buku Sosial Skill :
Ketindakbijaksaan kita memberi ARAHAN membuat ARAHAN akan dijengkel. Sebab manusia memang tidak suka di suruh tapi dia akan buat kalau dia SERONOK untuk BUAT.
ARAHAN melibat pemberi arahan.
ARAHAN melibatkan komunikasi verbal & non- verbal pemberi arahan.
Kajian terbaru pada BAHASA BADAN OBAMA :
Semasa Obama memberi ARAHAN -Tapak Tangannya akan keatas ( terbuka ) ...bukannya kebawah.Menunjuk dengan tapak tangan kebawah ( sambil menunjuk ) adalah lambangan kepada KUASA. Dan pastinya autokratik.

Moral untuk kita : Saya terlibat dua situasi yang melibatkan arahan.Seorang rakan meninggal dunia .Satu pejabat datang.Dari Pengarah sampai ke PAR.Bila jenazah mahu diusung.Arahan dari Pengarah : yang mengusung semua pekerja bawahan. Malam tadi sekali lagi bersama rakan2 disatu Program di Banting.Sekali lagi melibatkan arahan.Buat BBQ - semua pekerja bawahan. Pegawai masih memberi ARAHAN....dan sempat mencuri2 dengar soksek2 dari pekerja bawahan......sampai diluar pejabat pun nak bagi arahan

10 ulasan:

erisya nor berkata...

salaams tuan J, erisya pun tak suka diarah :) sebab tuh jika nak beri arahan pada subordinat erisya buat reverse psikology...mereka sendiri yang volunteer nak buat kerja tuh :) alhamdulillah. kami hepi bekerja bersama2..sebagai team work.

noriza berkata...

Asalamualaikum. Saya juga tak suka diarah. Kalau saya buatpun tak sepenuh hati. Tapi arahan perlu untuk kesempurnaan urusan. Kalau tak diarah tentunya kerja tak menjadi.(situasi mereka yang hanya menunggu arahan). Kecualilah semuanya dah perfect.Arahan juga perlu untuk memberi motivasi kepada subordinat untuk mengubah sikap dan meninggikan prestasi kerja.Matlamat pekerja selaras dengan keperluan organisasi.Oleh itu kita perlu menerima arahan dengan tersenyum dan kreatif. Mempunyai daya notivasi untuk bersaing secara sihat dan proaktif. Sentiasa berdoa agar mendapat keberkatan dalam perkerjaan. Salah satu daripadanyan ialah dengan mengamalkan "Etika Kerja Cemerlang".Akhirnya Selamat Tahun Baru Hijrah buat semua.'Kau Pelitaku'

Unknown berkata...

Puan Erisya : sebgai majikan dan ketua jbatan tentunya kita akan bekerja dengn arahan kn....

sebab semua orng tak suka diarh....pendekatan arhan harus diubah kut....agar org yg menerima arahan tidak terasa di arahkn.....

apa yg penting : KERJASAMA....wonder pet......

Unknown berkata...

Puan Noriza : semuanya tidak akn menjadi klau tidk ada arahan.....terutamanya yg perangai macam pahat dgn penukul...

Tapi pendekatan harus diubah...sebab sapa2 akan berubah kalau dia suka untuk berubah.

Sulamankasihabadi berkata...

kalau crita bab ni mmg ujie suka dgr..n ujie la org yang x suka ARAHAN...

imbas kembali kejadian setahun yang lalu...ujie anti dgn bekas penyelia ujie ni sbb dia ni kuat memberi ARAHAN.tp dia sendiri tak betol.mcm mana kita nak ikut.n kerja dia bulat2 bagi kat kita..mmg la ARAHAN dia kita kena ikut,sbb kita ni bawah dia tp yang meyakitkan hati tu dia mengarah dgn cara yang kurang sopan&menengking.

kesimpulan yer kita boleh terima ARAHAN kalau kena dgn cara ye...

Mardihah berkata...

kdg-kdg arahan memberi perubahan juga.
ia menguji tahap penerimaan keikhlasan kita. Jika arahan secara baik untuk seseorang memakai kopiah..dipakai secara paksa, keikhlasan hatinya memang tiada, tetapi lama kelamaan hatinya akan iklhas untuk memakai kopiah..

betul kan?

Unknown berkata...

Ujie : Saya faham apa yg gie madsudkan.begitulah selalu orang2 yg BERKUASA memberi ARAHAN...

Ada org nakkan KUASA untuk BERKUASA.
Ada orang nakkan KUASA untuk BERSOSIAL

Biasanya orang no 1 : Arahan diberi agar orang nampak dia tu berkuasa...

Sekarang dah jadi majikan kepada syarikat kecil : selalu fikir untuk kurangkan memberi arahan.tapi DO IT....nanti adalah yg ikut....

Unknown berkata...

Mardiah : selamat kembali....betul2.saya setuju..ARAHAN suruh pakai kopiah...

persoalannya :macamana nak suruh pakai kopiah tanpa diberi arahan.tentunya orang beri arahan kena pakai kopiah dulukan.....sebab ARAHAN : mari kita sama2 fikirkan. Macam kata Uji. Kepimpinan Melalui Teladan...

SRISUFI berkata...

salaam buat cikgu...

berkisah mengenai arahan nih kan...semua orang akan cakap tak suka diarah...termasukler saya sendiri...

alah...tak suka nyer diarah...tp suka pulak mengarah..terutama adik2...itu..ini...

bagi sri,arahan kena tengok pada situasi...kalau bos ngan pekerja..selayaknyalah turuti arahan...(paling tak suka diarah keje time cuti...)

hurrmm...mungkin si pengarah perlu ada aura seperti Mawi kot cikgu baru orang sumer alert...sedangkan 'arahan' dr Pencipta pun selalu saja ingkar...sri tak lepas dr si pengingkar tu..

Unknown berkata...

Sri :bila kita mempersoal tentang arahan mesti dikaitkan dengan U MUST DO IT....

kakak mengarah adik...kemas katil.
mak mengarah kakak....basuh pinggan

Bila sebut arahan : Subejtif.Medianya adalah komunikasi - bila semua tidak suka ARAHAN....siapa yg suka ARAHAN !

Mungkin bila semua orang mengARAHkan diri sendiri untuk buat....tanpa diarah....

Eco Kid Adventure on Facebook