Isnin, 9 Februari 2009

kita fikirkan...

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!! !
PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.
KELIMA.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.
KEENAM
.Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain.
Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.
KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
KESEPULUH
.Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"
KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
KELIMABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.
KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:* Rasa hormat pada diri sendiri;* Rasa hormat kepada orang lain;* Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
KESEMBILANBELAS
.Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

20 ulasan:

~Insan Biasa~ berkata...

Per 3 - Tidurla seberapa lama yang anda perlu -Tidur lama...x elok juga kan...?

Per 21 - Sendiri ada waktu ia menenangkan adakala ia menyakitkan.

Unknown berkata...

cgu

tidur lama tu nikmat - ada orang tidur tapi tak lena
macam gang lompat2 tu - ingat dia orang lena tidur ke - kalau hari2 kena 'kutuk '.....

sendiri - suka dengan lagu jamal abdillah - sendiri....

nurdaniella berkata...

salam cikgu, saya setuju bebenar dengan no 6, 10 dan 11 tu.. ni berdasarkan pengalaman sendiri.. huhu..

Unknown berkata...

nur

ini sekadar pandangan yg dikutip dari bahan bacaan lain.
kita ambil mana yg kena batang hidung.
tapi jangan dibuang yg kita tak setuju - hari ini.....

saya dah tampal besar2 dalam bilik.

Tanpa Nama berkata...

Jinggo,
Yang akhir tu memang betul.. Bersendirian memberi kita ruang untuk berfikir tentang diri sendiri dan orang lain.

(Spend time utk diri sendiri - membaca dan mendengar lagu rancak)..

Tanpa Nama berkata...

kata-kata sempena bulan kasih-sayang... menarik sekali, thanks ckgu!

Honey Bee berkata...

Me4narik entri nie...semuanya hampir tepat...tapi yang no. enam tue...kalu tak bertunang x boley ke...masa tue kan hati menjadi semakin panas...

Unknown berkata...

cat..

semuanya betul bergantung pada penafsiran penerima - hari ini saya pun duduk sorang2 layan Gun & Roses....

Unknown berkata...

cgu tera.

saya dah tulis besar - sebab tema bacaan saya minggu ini adalah KOMUNIKASI...
dan kepada semua yg sedang berkasih....terimalah.

Unknown berkata...

honeybee

bertunang tak boleh lama2 - sebab ruang terlalu banyak untuk menyimpang....he...
banyak cerita boleh dijadikan perbandingan.

Aloy Paradoks berkata...

bab tidur tu gua tertarik,,gua perlukan 11 ke 12 jam utk tidur,,

sgt siot,,gua selalu miss kelas pagi.

Unknown berkata...

Salam sdr. jinggo.

Satu urutan nasihat yang cukup baik. Terima kasih kerana perkungsian.

"Manusia pemberani adalah manusia yang sanggup mengakui kesilapan dan memohon maaf" dan "Beranilah berkata benar walau pun pahit" serta "Berani menegur walau pun Ibu bapa sendiri" Itulah tiga perkara yang saya terapkan kepada anak-anak saya sejak mereka kecil lagi.

Unknown berkata...

saudara aloy

masa paling best adalah tidur dizaman bujang...
kalau dah kahwin - tentunya nikmatnya kurang : sebab kena bangun buat susu anak....

untuk itu nikmatilah sepenuhnya

Unknown berkata...

Tuan

saya sendiri merasakan semua nasihat2 itu terbaik - saya selalu ingatkan diri - maafkan orang , kerana yakin hidup ini adalah satu proses yg berpusing....

hari ini kita maafkan orang esok tentunya kita akan dimaafkan.

SRISUFI berkata...

salam cikgu...

lambatnya saya hari ini..

ermmm...saya paling suka PERKARA 8 DAN 11..pernah terjadi dalam hidup saya..

Perkara 15...paling praktikal

Perkara 16..sebagaimana hari ini..maruah leh beli ngan duit...

kabare cikgu?

SRISUFI berkata...

salam cikgu...

lambatnya saya hari ini..

ermmm...saya paling suka PERKARA 8 DAN 11..pernah terjadi dalam hidup saya..

Perkara 15...paling praktikal

Perkara 16..sebagaimana hari ini..maruah leh beli ngan duit...

kabare cikgu?

jane berkata...

salam cikgu,

sangat bagus entry ini.

Unknown berkata...

sri

semua dalam N3 tu bukan sekadar cerita : semuga kita ambil semua iktibar - kerana dsini bukan satu persinggahan ( teringat lagu lama ).....

fikir2kan

Unknown berkata...

cgu jane

seterusnya terima kasih kerana kita masih berurusan.
kita kongsikan dengan anak murid kita....

Tanpa Nama berkata...

Saje nak tambah,

ke 22, berterimakasih lah pada si pemberi info ini. Mmberi satu motivasi buat kita.

Eco Kid Adventure on Facebook