Khamis, 5 Februari 2009

kita tukar tempo....

Ramai perempuan bertanya : apakah lelaki merasakan emosi yang serupa dengan emosi yang dirasai oleh perempuan bila bercakap soal cinta.
Kajian pakar menyatakan
bagi perempuan cinta itu adalah emosi
bagi lelaki cinta itu adalah peristiwa.satu kejadian.
setiap peristiwa mempunyai permulaan dan penghujungnya.
BAGI LELAKI , APABILA DIA SUDAH MELAFAZKAN KOMITMEN CINTANYA KEPADA PEREMPUAN , PERKATAAN 'CINTA' TIDAK PERLU DISEBUT2 LAGI
kepada lelaki - sekali cinta dilafazkan - disitu permulaan dan penhujung.
maka baginya cinta tidak perlu dilafaz lagi.
INI YANG TIDAK DIMENGERTI OLEH PEREMPUAN
kepada perempuan
satu kali jatuh cinta - dia mahu terus bercakap2 tentang cinta itu masa kemasa...
DIMANA PUSAT PERCINTAAN LELAKI DAN PEREMPUAN
LELAKI PADA AKTIVITI
PEREMPUAN PADA KEMESRAAN
apabila lelaki dapat melakukan dengan pasangan apa yg mereka sukai ,
maka barulah disitu beroleh nikmat kepuasan erti cinta kepada lelaki.
untuk itu - kepada perempuan : lakukan apa2 aktiviti yang disukai oleh pasangan anda
dan lelaki - cinta perempuan pada kemesraan dan aktiviti cakap2 yg berulang....

Hasil bacaan berterusan dari buku Bahasa Sosial.
cinta kepada jinggo

cintakan keharmonian dan seterusnya hidup yg berpaksikan kepada kebenaran yang sudah dizahir dalam Quran dan Sunnah.
Cintakan bangsa sendiri
cinta negara sendiri
cintakan negeri sendiri - perak.
cinta diri sendiri dan keluarga

12 ulasan:

Tirana berkata...

A Comme Amour..hehehe..

Cinta yang difahami oleh perempuan berbeza dengan cinta yang difahami oleh lelaki tapi masih ada jalan untuk menyemarakkan cinta dalam kehidupan kita sebenarnya..kerana perbezaan itulah yang mengindahkan situasi dan keadaan. Yang wajar..pelajari bahasa cinta pasangan masing-masing dan cuba berkomunikasi menurut "primary love language" pasangan masing-masing. InsyaAllah biarpun berbeza namun nikmatnya cinta boleh dirasa..

Unknown berkata...

Puan

bagus buku ni - nanti saya akan kongsikan.
bertahun rasanya kita hidup berdasarkan urutan sahaja.cinta lelaki dan cinta perempuan.
kadang2 ada pertembungan
banyak ketika ada pertelingkahan
sebab ruang untuk memahami semacam ditiadakan....

hari ini : ditangan saya ada satu naskah ilmu yg kita akan kongsikan - semuga kita saling faham memahami : bahawa kita memang entiti yg berbeza tapi matlamat dihujungnya sama.....

my name is Ain berkata...

cinta pada yang Maha Mencipta adalah lebih agong dan tak payah dipersoalkan lagi.. Itu yang nyata..

Unknown berkata...

Ain

itu yang terbaik
tapi cinta pada manusia itu kan fitrah kita...
jangan dinafikan...
rugi.
he....

my name is Ain berkata...

erm..rugi xde lah sampai bankrup kan?
huhu

Unknown berkata...

Ain

macam nak menafikan aja...

nurdaniella berkata...

cikgu, 'untuk perempuan- lakukanlah aktiviti2 yang akan menggembirakan pasangan kamu'.. bahaya tu.. lakukan aktiviti yang tidak melampaui batas dan agama sahaja yer..

Unknown berkata...

Nur

madsudnya aktiviti yang lelaki tu suka : tengok gusti ke.mancing ke.tgk bola ke...
jangan nak koma......
sebab lelaki ni memang macam tu....
nak orang aja faham...
he...sori2....

noriza berkata...

Dulu saya pernah bercinta, namun putus ditengah jalan. Sekarang saya dah tua.Cinta pada Allah dan keluarga adalah terbaik. Tetapi kekadang saya juga tak mampu untuk mengawal emosi masa lalu. Jalan terbaik buat saya ialah sering buat yang terbaik dan menerima diri ini seadanya.

Unknown berkata...

cgu ija

cinta tu fitrah - dimana dan bagaimana sekali pun jangan kita nafikan kepentingannya....

Tanpa Nama berkata...

Bab yg menarik. :)


Cara orang lain menilai cinta adalah berbeza. Ada yg mengkelaskan Komitmen sbgai keutamaan dan tidak kurang yg mahukan "nilai perasaan" itu yg perlu diambil kira .

Apa yg dikatakan terbaik oleh satu pasangan mungkin berbeza dangan pasangan yg lain.

Gred percintaan pasangan bermula apabila memilih pasangan hidup.

p/s Jinggo juga kena cari pasangan. Ramai yg menanti kat luar sana tu...;)

Rosnah bt. Abu Hassan berkata...

Salam,

Terima kasih.

Saya setuju...sama je dengan perlakuan suami saya dan saya.

Eco Kid Adventure on Facebook