Selasa, 10 Februari 2009

muka aja cantik - tapi hampeh.....

Wajah yang cantik - mudah membuatkan orang tertarik dan ingin berkenalan - ini dikaitkan dengan pengaruh. Tapi adakah ini satu penyudah dalam penyempurnaan satu hubungan sosial.
kita mungkin biasa mendengar
KETAMPANAN FIZIKAL
KETAMPANAN SOSIAL
mulut seseorang adalah aspek sosial yang amat penting pengaruhnya dari sudut aspek keupayaan menampat hati orang lain.
kita biasa mendengar
kerana mulut badan binasa.
satu kajian menyatakan begini
sesetengah orang memiliki wajah yg cantik tetapi gagal mendapat kekasih selayaknya disebabkan tidak suka dengan mulutnya.
sesetengah orang yang memiliki wajah sederhana - ramai kenalan :
ini dikaitkan dengan kejelitaan sosial
pakar2 psikologi menyatakan orang yang pandai berbahasa dipandang lebih tampan dari wajah mereka yg sebenar
BAGI SESETENGAH ORANG - MUNGKIN DILUAR KESEDARAN MEREKA SEDANG MENGGUNAKAN JENIS2 GAYA BAHASA YANG
MEMBAHAYAKAN PERHUBUNGAN.
gaya bahasa tuduhan
dihujung gaya bahasa ini akan mencetuskan rasa sakit hati ,
marah , perselisihan , pertengkaran.
kita kerap bercakap bahasa tuduhan apabila timbul masalah
itulah...kenapa awak macam tu
ini semua sikap awak
awak sepatutnya tahu
saya dah kata awak.....
awak.awak dan awak.gaya penuduhan mengandungi unsur
PENGHAKIMAN , HUKUMAN , KEPUTUSAN DAN TUDUHAN.
bahayanya : orang yang mendengar akan menjadi defensif.
MORAL UNTUK KITA
sempena minggu berkasih sayang
Elakkan menggunakan ayat2 yang mengandungi tuduhan
tuduhan tidak menyelesaikan masalah
tuduhan akan dijawab dengan tuduhan balas
kajian menyatakan wanita lebih kerap menggunakan ayat2 jenis ini jika dibanding dengan lelaki
Dari buku Seks dan Psikologi - Prof Abdullah Hassan

34 ulasan:

siti_m berkata...

sepatutnya bukan sempena minggu berkasih sayang nie saja tapi setiap masa jika boleh kita tidak menggunakan bahasa pertuduhan...
perempuan yang banyak guna bahasa nie iye... lepas nie kena check balik percakapan

nurdaniella berkata...

salam cikgu, terkadang wajah tampan/jelita tanpa personaliti yang menarik juga tiada gunanya.. ia umpama satu pakej.. tampan tapi selekeh?? cantik tapi busuk?? dan pastinya paras rupa yang menarik mesti seiring dengan personaliti dan peribadi yang cantik juga..

Unknown berkata...

cgu ct m

maaf kalau terasa ayat yg hujung itu - itu hanya sekadar kajian berfakta.dan tentunya tidak bertujuan untuk mengenakan sesiapa2.sebab saya yakin pada ketampanan sosiol mendahului segala.
kajian juga menyatakan : kenapa UMNO kalah dalam 2 piliharaya - disebabkan faktor diatas......

Unknown berkata...

Nur..

Penampilan Sosial bukan sekadar komunikasi - mungkin begitu.Sebab ianya datang dengan pakej untuk MENGURAT orang yg bersama kita.
kenapa orang suka kita.
tentunya mula pada apa yg dia nampak - fizikal.
bila dia mendekati - ceritanya akan berubah selepas itu....

my name is Ain berkata...

bila baca tajuk sekali..
nmpk mcm mrh sgt..
huhu..

**
xtau nk komen apa..tiba2 blur..
**

erisya nor berkata...

tuan J....lebih malang: dah lah tak cantik, perangaipun buruk! papepun, kecantikan dalaman lebih indah walau jarang dihargai oleh khalayak

Unknown berkata...

Ain

Semoga ; cerita N3 ni menjadi perbandingan kepada kita.
kena ingat orang cemerlang : mempastikan hari ini lebih baik dari semalam..
dan setiap kesilapan adalah kecelakaan......

Unknown berkata...

Puan Erisya

sebab tu sekarang orang sibuk dengan EQ + ESQ - inilah kepentingannya.sebab kita kena keluar dari kebiasannya.terutamanya dalam kontek komunikasi sosial.

dan topik N3 hari ini merupakan satu topik dalam Soft Skill training.....

~Insan Biasa~ berkata...

Cantik atau buruk luaran dan dalaman seseorang - pendekkan kata : Tak kenal maka tak cinta. :-)

Unknown berkata...

cgu anis.

saya selalu ingatakan diri saya - dan rakan2 sekitar saya.
dunia hari ini faktor kecantikna luaran sudah jauh ditinggalkan.
- memang sukar untuk mengakui yg kita gagal menggunakan mulut sebaiknya.
kalau tahu pun sejauh mana keinginan untuk berubah....

Brahim Nyior berkata...

Tak sior teman!

Muka cantik perangey ngalahkan beruk, memang takde nilai le diri seseorang tu..

Teman tak ngumpat sesapa yer, cuma respons entry Bro Jinggo..

Tirana berkata...

Tajuk entry tu buat saya tersenyum...Semalam saya membaca buku Men from mars, women from venus... Mukaddimah buku tu saja boleh membuatkan airmata saya mengalir.. Berapa ramai pasangan yang bercerai berai hanya disebabkan mulut. Ramai kata wanita lebih lancang bila berkata-kata sedangkan lelaki lebih suka berdiam jika diserang oleh kelancangan perempuan. Terdapat banyak perbezaan di antara lelaki dan perempuan dan jika kita tidak berusaha memahami perbezaan ini secara akedemik (pinjam kata2 jinggo..hehehe)...itu yang selalu membuatkan rumahtangga tegang. Zaman ibubapa kita dulu berbeza dengan zaman kita sekarang. Generasi hari ini, expectationnya berbeza dari makayah kita dulu. Jadi betapa kita perlu kepada ilmu dan kemahiran (kemahiran komunikasi adalah salah satu contoh) itu sebenarnya kerana "what your mother couldn't tell you and your father didn't know'

Kecantikan rupaparas saja tidak cukup untuk menambat hati pasangan kita sekarang ini. Kita perlu ada pelbagai kemahiran lain untuk MENGORAT pasangan masing-masing.

Tanpa Nama berkata...

bahasa jiwa bangsa!

Mak Su berkata...

wow!

Unknown berkata...

yop brahim

kongsikan dengan anak murid kat sekolah - budak2 ni kalau cantik sikit - mulalah sombong.
tak gitu yop...
bagi tahu deme tu - zaman Pop Yeh2 bolehlah di jual muka aja.Zaman sekarang kuanlitinya.....

sapa2 aja lelaki pompuan sama aja
dan peringat juga untuk diri sendiri....

Unknown berkata...

Puan tirana

panjangnya komen - he - saya pun merujuk kepada buku tu.tapi itulah kita : kadang2 berbangga dengan 'kecelakaan'yang ada.
bangga menjadi manusia sombong...
kadang2 kita ada berjumpa dengan orang macam tu..

selepas tahu : bertindak adalah kesulitan.sebab saya yakin dan percaya - rentak komunikasi kita dilentur oleh sistem awal kita....

hari ini : sempena minggu berkasih sayang - duduk dan menungkan : dalam satu buku lain menyatakan segala berantakan dalam hidup semuanya bermula dengan diri sendiri.....

Unknown berkata...

cgu tera

bahasa jiwa bangsa - tapi ada sorang kawan berkata begini : aku kalau marah mesti cakap orang putih.
lebih sopan.
sebab kalau marah dalam bahasa melayu.banyak sangat yg tak sopannya.....

Unknown berkata...

mak su

napa - terpegun.
he.....saya adalah mangsa kejahatan mulut !

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya tarikan bukan pada wajah yg cantik, tetapi ada sesuatu karisma yg menarik org utk berdamping.

Berapa ramai pempuan cantik yg tiada pasangan. Sebab apa? Tiada tarikan karisma itu.

Karisam mungkin boleh di titip dari pergaulan, perbualan, perbuatan, dan bermacam2 "per" yg lain.

p/s sekadar pendapat peribadi. Kalau silap, maafkan saya.

jane berkata...

salam cikgu,

beauty is in the eyes of the beholder...

jadi, cantik dimata kita tidak semestinya sama dimata orang lain. jika cantik, mestilah berisi...jangan cantik tapi otak cetek!

x cantik x apa, janji kemas bersih dan wangi...haha!

Unknown berkata...

Puan Aryani

saya setuju : saya percaya kesukaran dalam hubungan sosial dikaitkan dengan kemahiran menggunakan mulut.
untuk itu : saya tak sudah2 - kongsikan dengan ' anak buah ' ini bukan lagi zaman untuk menjaja fizikal
diantara IQ ada EQ
diantara EQ ada ESQ
banyak kedurjanaan hidup hari ini dikaitkan dengan mulut.

mudahnya politik negara kita.kerana mulut

dan jangan lupa ' pesta mulut ' sudah bermula di TV3 sekarang - kalau sanggup tgklah....he....

jane berkata...

pst...
saya suka kelas prof Abdullah Hassan masa di UPSI dulu. beliau sangat profesional! kalau x ready dalam kelas dia, jgn lah duduk di hadapan, sure merah muka x tau jawab masa di soal....

Unknown berkata...

cgu jane

saya mungkin ( puji diri sendiri ) kelompok no 2 - ketampanan sosial.
he...memang saya membaca dan buat praktikal sendiri.
dalam kontek kehidupan hari ini kita biasa dengan perkataan...
MENGANYAT....
apa madsud tu....
ayat kena power !!!!

cgu pun berkerja dengan mulut kan - semuga anugerah yg diberikan mampu kita manafaatkan dengan baik

Unknown berkata...

Cgu Jane

saya tak biasa dengan Prof tapi kenal Puan Ainon isteri dia...sebab mungkin ( kalau ada kelapangan ) semua cerita dalam N3 saya akan dibukukan....termasuk komen2 sekali.

jangan tak komen pulak lepas ni.....

khasyikelvin_ berkata...

kenapa
gambar itu yg
menjadi pilihan???

Unknown berkata...

ah lin dan semua

kenapa gambar tu jadi pilihan : sebab dia cantik.tapi itu hanya gambaran fizikal sahaja - lainnya kena tgk kemahiran menggunakan mulut.....

untuk org dalam gambar tu - tidak ada kena mengena dengan N3 ni

Marzalina berkata...

bagi saya cantik tu kurniaan Allah..tapi terpulang kepada individu tu sendiri nak tonjolkan kecantikkan yg macam mana..kalau rupa cantik..baguslah..tapi bertambah cantik lagi kalau disertakan dengan akhlak yg baik kan...saya mengaku suka tgk orang yg cantik atau hensem..haha..tapi buat penyedap mata memandanglah...tapi saya lebih suka kalau orang tu cantik, baik dan berbudi bahasa..itu lebih penting.

Unknown berkata...

intan

kalau saya - tafsiran perempuan...
mula2 : tgk pakaian kut - sebab itu juga diantara ukuran awal
lepas tu - tgk bahasa badan dia kut.....terbuka @ tertutup dlm kontek komunikasi...

lepas tu baru yg lain.....

Ibnurashidi berkata...

Salam En.Jinggo...

Sebab itu dalam Islam kita disarankan untuk berakhlak mulia. Kerana dengan akhlak mulia segalanyakan nampak sempurna.

Unknown berkata...

ustaz ibnu

itu kesimpulan terakhir.kita kembali kepada asas yg telah digariskan oleh agama.

semuga kita diberkatiNya.

Unknown berkata...

sdr. jinggo.

Di dalam pergaulan, banyak yang saya dapati manusia yang suka menidakkan pendapat orang lain dengan tidak berhemah. Tidakkah kita terfikir apa yang luahkan itu ada berdasarkan pendapat dan persepsinya. Ini bermakna pandangannya itu adalah betul dari sudut dirinya.

Manusia yang bijak akan menolak pendapat orang lain kalau tidak dipersetujuinya dengan penuh berhikmah. Barulah kita akan dihormati dan disukai.

iina berkata...

adakalanya diam itu lebih baik.. silence is golden.. tapi.. menulis di blog bagaimana? kadangkala ia ditulis tanpa nada dan intonasinya.. dan mudah disalah erti dengan nada-nada ugutan ;)

Unknown berkata...

tuan mount

saya setuju kepada konsep MENANG - MENANG.
sebab kita yakin setiap orang ada pandangan tersendiri.
persoalan hari ini bila kita menjadikan pandangan kita ada penyudah

Unknown berkata...

iina

saya kirakan menulis dalam blog ini kita kena ada identiti - sebaiknya gunakan ruang ini untuk kepentingan semua orang - menulis berdasarkan apa yg boleh dikongsikan....

Eco Kid Adventure on Facebook