Ahad, 1 Februari 2009

nyilunya................

Nikmatnya kehidupan ini.
kadang2 senang dengan apa yg berlaku
kadang2 nyilunya dengan apa yang berlalu
kadang tak tentu arah dengan apa yang berlaku
KERANA FITRAH KITA MEMANG BEGITU : KEJADIANnya.
Ada semua - tawa.tangis.resah.gelisah.rimas
kerana itulah kita.
Keangguhan kita untuk bercakap pada diri sendiri
AKU OK AJA - LA TAHZAN.
itu sekadar untuk menyokong diri mungkin untuk beberapa ketika
dan beberapa ketika lain - nyilunya hidup
zahirnya kita disini tidak untuk menjadi pemenang atas kekalahan orang lain
kita semua mahu menang
Proses kearah itu terkadangnya kita tersasar.
tersasar.dan seterusnya tersasar.
bila mula hidup seakan dihempap batu besar
baru kita menyiakan : aku tersasar selama ini
Hari ini - kita singgirkan keangguhan diri.kadang2 kita memang perlu merasa dan dirasakan yang kita tersasar.
sesekali kita memang perlu merasa nyilu hidup yang tidak berpihak kepada kita.
AKHIRNYA
YA ALLAH PEMUDAHKAN URUSAN KAMI UNTUK MENERUSKAN -
NIKMATNYA HIDUP YANG DIBERI..

22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sabau je le ckgu... dh ketentuannye gitu, telan jugak le walaupun pahit.

Unknown berkata...

saya sekadar menulis sahaja : sebab manusia mampu berbohong pada orang lain - tapi bukan diri sendiri...

sejauh mana kemampuan kita untuk menidakkan diri sendiri.
hanya Allah yg maha mengetahui...

Unknown berkata...

Itulah lumrah alam dan kita manusia menerima seadanya. Kalau menang pastinya ada yang kalah

Ada kemenangan yang hina dan kekalahan yang membaggakan.

Pada satu waktu tinggikanlah dirimu, dan pada satu waktu hinakanlah dirimu. Kedua-dua keadaan adalah penentu maruah.

Unknown berkata...

tuan mounth

tingginya ilmu tuan
ayat yg membuatkan saya kena duduk baca 2 kali.
tapi itulah kita terkadangnya : terleka dengan kemenangan dan terleka dengan kekalahan
dihujungnya - itulah cantik hidup yg direntaskan pada kita.

Brahim Nyior berkata...

Bro Jinggo, Perak akan buat small election dlm tempoh terdekat nih..
Komen sikit....

ckLah @xiiinam berkata...

Laa Tahzan;
Jangan Bersedih;
Don’t Be Sad;
Karangan Dr Abdullah ‘Aidh al Qarni itu memang antara teman saya saat sesakali saya terasa gagalnya menjadi orang, selain mashaf yang khaliq….lalu saya turut tertarik menjadikannya tajuk blog saya, kerana saya juga tidak mahu bersedih, dan sentiasa elakkan naratif plot yang melankolik….meski ada yang tidak senang dengan cara penulisan saya yang terlalu santai…..
Adik saya yang baru pulang dari Makkah Al Mukarromah, telah menghadiahi saya buku "Enjoy Your Life" karangan Dr. Muhammad Abd Al-Rahman Al-Arifi terbitan Darussalam berharga SR45(terjemahan daripada bahasa Arab). Saya sedang membaca buku tersebut dan di dapati sangat menarik dan setanding dengan La Tahzan. Alhamdulillah banyak yang saya pelajari daripada buku tersebut kerana ia banyak memberikan panduan berguna mengenai hubungan sesama manusia dan interpersonal skill dengan memberikan contoh-contoh kehidupan Rasulullah s.a.w dan pengalaman penulis sendiri. Saya syorkan kepada sesiapa supaya membelinya. Doakan supaya saya dapat mengamalkan apa yang terkandung dalam buku tersebut.

~Insan Biasa~ berkata...

Em....begitulah hakikat hidup. Mahu tak mahu kena juga di redah. Nampak kuat..belum tentu menang. Nampak lemah...belum tentu kalah.

id kata a
ego kata b
super ego kata c

:-)

Unknown berkata...

sdr. jinggo.

Ketinggian ilmu bukannya ada pada saya. Apa yang saya ungkapkan adalah apa yang saya lihat dan saya selami melalui pengalaman.

Honey Bee berkata...

Cikgu..
Lumrah manusia...termasuk saya..dah terhantuk baru nak tengadah...

Sharifah Hassan berkata...

Salam...

Nak pro dengan isu ni rasanya tak best! Sebab hakikatnya bila sorang down sorang lagi kena upkan (buat moodlifting) baru besshh!

Bab sedih-sedih ni memang sadis tapi kita orang yang tahu apa yang terbaik dan kita tahu apa yang perlu dilakukan...So just get up and move on!

Unknown berkata...

yop brahim

malam tadi - ada sedikit program sembang2 sambil pekena teh tarik - gini ajalah yop

meletakan jawatan adalah tindakan paling sopan daripada lompat parti berdasarkan perkembangan semasa.

dengan kes rasuah yg ditangguh - keduanya mungkin tidak ada banyak pilihan.

jadi apa lagi yop : pandangan teman : perak akan ada MB baru.itu aja.

tapi pagi ni keadaan semakin tidak keruan...ini saja nak menambahkan trajisnya drama aja kut...

ngeri yop dengan permainanan orang politik ( sama aja )

Unknown berkata...

"Enjoy Your Life" karangan Dr. Muhammad Abd Al-Rahman Al-Arifi terbitan Darussalam berharga SR45(terjemahan daripada bahasa Arab).

terima kasih kerana iklan - hari ni juga saya cari dan beli.

sebab itulah cgu : kita manusia yg sekadar biasa2 kejadiannya.tidak ada kuasa magic yg boleh kita katakan tidak pada keluhkesah..

semuga kita dizahirkan dengan kekuatan sebab kita adalah media perubahan orang lain....betul tak cgu.

apa khabornya perak hari ini yong....meraya lagi gamaknya kita ni

Unknown berkata...

cgu anis

nampak kuat belum tentu menang.
menarik..
tapi oranng yg nak menang mesti kuat.zahir mesti kuat
macam nak kuat agaknya.selalu muasabah diri - kita masih kuat selagi ada nyawa dikandung badan.masih kuat di lagi waras...

dan cgu tentu kuat dengan segala yg diberi - kita masih kuat !!!!

Unknown berkata...

tuan mounth

saya macam baca buku2 lama - tulisan orang besar2 bila membaca tulisan tuan.

tak nak buat buku ke...
saya tertarik dengan semua pandangan yg tidak kekiri dan kekanan...pandangan yg boleh diterima pakai.

semuga itulah kita pada media ni...

Unknown berkata...

puan honey

dalam hidup : ingat cerita katak jatuh dalam susu...
hidup ini adalah proses yg beransur2..
diulang : proses yg beransur2
...semuga kita ingatakan diri : ini semuanya yg mencantikkan hidup kita.
apa yg penting : landasan masih betul !

Unknown berkata...

cgu sharifah

LA TAHZAN - buku yg cgu pernah cadangkan dulu.seronok baca buku tu.memang jelas : kenapa mesti sedih.sebab keadaan begitu tidak banyak membantu kita untuk naik keatas...

bila nak belanja...

Tanpa Nama berkata...

La Tahzan...

Tiada yang membuatkan jiwa dan wajah menjadi muram selain dari KEPUTUS'SAAN. Maka jika anda inginkan senyuman, tersenyumlah terlebih dahulu dan PERANGILAH keputusasaan itu.

Biasakan fikiran anda agar selalu optimis dan yakin akan masa depan yang baik, lebih baik dan terus baik......

my name is Ain berkata...

"singkirkan keangkuhan diri"...
mungkin itu yang perlu sy lakukan sekarang..huhu

jinggo berkata...

kalah dan menang tu adalah biasa....
cuma bentuk kekalahan dan kemenangan saja berbeza...

bila kita menang bukan bermakna kita mencapai kejayaan....

bila kita kalah juga bukan beerti kita tewas......

Unknown berkata...

Puan aryani

selamat kembali
KEPUTUSASAAN - menarik ayat tu.
putus asa nak jadi orang yg waras -itu puncanya.
kenapa putus asa....

setiap kita ada keupayaan yg berbezakan...
apa2 pun selamat kembali
dan tentu semakin meriah dunia maya ni

Unknown berkata...

"singkirkan keangkuhan diri"...
mungkin itu yang perlu sy lakukan sekarang..huhu

terima kasih ain..

terima kasih

Unknown berkata...

jinggo 2 jinggo - kita berkongsi nama pena....

kalah dan menang tu adalah biasa....
cuma bentuk kekalahan dan kemenangan saja berbeza...

satu pandangan yg amat menarik.orang nama jinggo memang menarik....he...he...

Eco Kid Adventure on Facebook