Selasa, 10 Mac 2009

damai yg kita cari




TIGA jam sebelum Menteri Kewangan, Mohd Najib Razak membentangkan bajet mininya di Parlimen jam 4:00 petang ini, berlangsung satu peristiwa diluar jangka yang penuh tandatanya, iaini Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi duduk serumah dan makan tengah hari bersama Anwar Ibrahim.
Peristiwa bersejarah ini berlaku di Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat, Selangor. Abdullah dan Anwar sama-sama hadir pada majlis sambutan Maulid Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun Syeikh Mahmud Al-Majzub
DARI KITA
Diharap ini bukan lagi satu sandiwara (samada sengaja @ tidak ) yang ingin kita tonton - kita mahu pertemuan ini mungkin menjadi satu titik mula untuk kita kembali melihat bahawa kita sudah jauh menyimpang. Diharap pertemuan ini akan memulakan seperkara yang ' hilang ' dari kita .
DAMAI YANG KU CARI .
dan tentu ada juga yang tidak suka dengan pertemuan ini.kerana pada mereka kedamaian keduanya membuat mereka susah nak cari makan lagi....
Sumber

10 ulasan:

sakurasa 2 berkata...

Salam Cik jinggo

Di harap pertemuan ini biarlah....

" seteguh masa,
Tidak menoleh kebelakang walau seketika.
Tidak kecewa dan berundur walau apa jua.
Tidak henti ke hadapan walau apa jua rintangan"
demi DAMAI YANG KU CARI....

mountdweller berkata...

Sdr. Jinggo,

Bagi saya hanyalah pertembungan biasa bagi dua orang tokoh politik yang tidak membawa apa-apa makna.

Oleh kerana mereka ada tokoh-tokoh politik yang besar dan bertentangan maka berita berkenaan menjadi satu peristiwa besar. Kita semua tahu mereka hanya bergaduh tentang fahaman politik, bukannya peribadi sepertimana Anwar - Mahathir.

Jadi pertemuan begitu adalah normal.

al amin berkata...

Jinggo...

Saya sokong mountdweller...

Pertemuan yang biasa antara ahli2 politik....

Damai yang kita cari mungkin terlalu payah nak digapai dalam suasana politik sekarang. Macam cuaca Malaysia juga...dalam2 panas ada pulak kat tempat lain yang banjir!

Rashid berkata...

Salam..
ermm suka teramat bila tengok pertemuan sebegini.. moga semuanya kembali damai demi bangsa...

addyaholix berkata...

salam mr jinggo!
kalau masuk bab politik, saya lebih suka lihat dari jauh. atau diam. sebab saya tak pandai nak komen. atau lebih tepat saya tak bercakap tentang perkara yang saya tak pernah tahu. ayah pernah bising suruh sekurang-kurangnya perlu tahu. tak banyak pon sedikit. tapi hati saya degil. haha!

selamat malam!

- jinggo - berkata...

sakura

puitis nya.
itulah yg kita harapkan : pencinta dalam yang hilang.....
apa lagi yg kita mahukan..
selain
mahu melihat kembali kepimpinan kita bertaut dibawah satu matlamat yg besar.....untuk kita.

- jinggo - berkata...

tuan mounth.

itu sekadar pertemuan biasa.
itu zahirnya.
cuma kita harapkan - dah berkongsi meja makan tu terdetik hati masing2......
......
kita dah lama bertelagah disebabkan ideologi politik yg tidak menguntungkan.

- jinggo - berkata...

al amin

macam kata tuan tadi.
pertemuan biasa.
pada kita semua begitulah.tapi menarik walaupun sekadar pertemuan yg tidak beragenda ( politik ).

ini orang besar dalam dunia kita.
semuga terdetik hati mereka....

- jinggo - berkata...

cgu rasyid

perbalahan orang2 ( politik ) tidak menguntungkan diri ( warga pendidik ) - lain yg diajar dalam sukatan lain pula realiti dalam masyarakat politik....

terutama ilmu2 yg dikaitkan dengan kenegaraan.

- jinggo - berkata...

addy

politik - saya tidak berpihak secara zahir.
juga tidak berkokok secara zahir.
tapi membuat pengamatan untuk cerita sendiri...

akhirnya - kita berdoa untuk kedamaian kita......

Eco Kid Adventure on Facebook