Khamis, 7 Mei 2009

apa yang boleh kita kongsi....

berfikir tentang perkongsian.masa dan komitmen...
Pada suatu hari , sepasang suami isteri yg sudah lanjut usia mengunjungi Cameron Highland bagi mengingati kenangan suka duka semasa mereka bercinta. Kesempatan bernostalgia ini dimanafaatkan oleh mereka dengan menikmati
sup ekor yg terkenal di sebuah warung di sana.
Suami isteri ini mula berbaris bagi memesan sup ekor mereka. Mereka memesan satu mangkuk sup ekor , sepinggan nasi dan dua gelas teh ais serta satu piring dan mangkuk kosong. Semua yang memerhati gelagat pasangan suami isteri itu merasa hairan.
Mengapa mereka hanya membeli satu pesanan sup dan nasi sahaja ? Malah beberapa orang pekerja sedih melihat kedaifan kedua orang tua itu hanya mampu memberi makanan bagi seorang sahaja.
Si suami mula membahagikan nasi dan sup ekor itu kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk dirinya dan satu bahagian untuk isterinya. Kemudian mereka pun makan. Namun , yang makan hanya si suami , manakal si isteri hanya tersenyum menunggu dan melihat suaminya menjamu selera…
Seorang pekerja tiba2 berdiri dan berjalan menuju ke meja mereka , dengan rasa sedih pekerja itu mempelawa mahu membelanja pasangan tersebut.
Namun pelawaan itu di tolak dengan lembut , sambil keduanya terseyum.
Pekerja tadi sudah tidak dapat lagi menahan rasa hairanya lalu bertanya :
Mak Cik saya tengok dari tadi , mak cik tidak makan tetapi hanya menunggu dan melihat Pak Cik makan. Bolah saya tahu mengapa mak tidak makan….
Dengan tersenyum si isteri menjawab
MAK CIK TUNGGU GIGI PALSU , YANG SEDANG DIPAKAI OLEH PAK CIK…..

Moral dari aku untuk aku dan kawan2

Perkongsian menunjukkan pengorbanan dan kerelaan untuk memberi. Semakin banyak kita memberi , semakin kita tidak akan merasa kekurangan. Pengorbanan yang paling besar adalah pengorbanan diri iaitu apabila yg dikorbankan adalah harga diri sendiri demi meningkatkan harga diri orang lain…
Realiti hari ini – masih ramai yang sanggup berkongsi tapi sekadar untuk kepentingan diri dan mencari ‘ apa aku akan dapat ‘…..
Disebab dunia ini hanya satu pusingan : aku harus memikirkan bagaimana untuk belajar berkongsi

11 ulasan:

addyaholix berkata...

saya senyum bila penghabis cerita. kamu betul-betul buat saya senyum tuan. haha!

berkongsi hati, jiwa dan rasa itu saya kira antara pengorbanan yang paling hebat. dan tak semua manusia mampu!

note:ya gambar saya. haha!

- jinggo - berkata...

addy oh addy
terima kasih kerana kita terus berurusan.

apa yg mahu kita kongsikan hari ini.....
sedaya kita cuba untuk memenangkan orang - tapi dalam masa yang sama : kita jangan sampai kalah...

my name is Ain berkata...

erk..tp perlu ke smpai kongsi gigi palsu..huhu..geli geleman depan pc ni..

**hehe, bila kita berkongsi bermakna kita syg**

- jinggo - berkata...

ain.

kalau itu aja yg ada macamana - madsudnya gigi palsu....
yang penting : orang kata - kalau nak berkongsi - berikan apa yg kita rasanya paling berharga kepada kita........

ONE ZABA berkata...

kongsi suka dan duka.

tapi aku ni...jgn sekali-kali kongsi berus gigi aku . naik hangin jawabnya...hehhh..hehhh.

~Insan Biasa~ berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
- jinggo - berkata...

cgu one...

saya pun ada benda yg pantang berkongsi....
suratkhabar
kawan2 ni kalau baca suratkhabar bukannya reti nak susun.
untuk itu....
tak suka kongsi.

ku tak sempurna berkata...

wakakakakaka..
ya... sy ketawa pd mulanya..

tapi slps itu, sy rasa sedih.. terharu..

sungguh...


psssttt.. awk nak pinjam gigi palsu sy tak?? :D

SRISUFI berkata...

salam cikgu,

~cinta kerana DIA memang cukup kukuh dan ampuh cikgu.

- jinggo - berkata...

ha..
ku tak sempurna.
dari pinjam gigi palsu
tak payah makan pun tak apa...
he...
itulah pengorbanan namanya.

- jinggo - berkata...

sri

terima kasih kerana kita terus berurusan...
kita korbankan apa....

Eco Kid Adventure on Facebook