Selasa, 19 Mei 2009

perempuan kena tahu....

Persoalan yang sering bermain di fikiran wanita moden - apakah yang lelaki mahu?
Dalam perhubungan, adakah hanya wanita yang merana kerana lelaki tidak pernah menghargai kehadirannya?
Ketika menempuh fasa sukar dalam perhubungan yang semakin goyah, hanya wanita bertaruh nyawa demi mempertahankan hubungan.
Lelaki semakin ‘berubah rupa’, tidak lagi mempertaruhkan kesetiaan sedangkan sebelumnya tugu cinta sentiasa ampuh.Keadaan ini menghantui sebahagian wanita yang belum mampu memahami sikap teman lelaki atau suami.Lebih membingungkan, wanita tidak faham apa yang lelaki cari dalam sesebuah perhubungan.
Renung perkara berikut, mungkin ia merungkai
kebingungan wanita mengenai lelaki:
Apa yang mereka cari dalam perhubungan?Ia satu soalan yang kompleks dan tiada jawapan mudah, namun asas permulaan bagi membina sesebuah hubungan adalah
minat, cinta dan tarikan kasih sayang.
Apa yang lelaki mahu dalam aspek berkenaan?
Jauh di sudut hati, lelaki mahu isteri atau teman wanita yang boleh dipercayai, setia serta boleh berkongsi hal peribadi.
Lelaki juga mencari wanita yang mempunyai keseimbangan antara sifat semula jadi wanita yang feminin serta pada masa sama, teguh dan kuat.Mereka suka wanita lemah lembut, penyayang, matang, belas ihsan namun berpendirian teguh, tegas, berdikari serta bijaksana.
Teman yang tegas jadi penyokongLelaki mencari wanita yang boleh jadi ibu kepada bakal anak-anaknya, teman berbual dan berkongsi jenaka.
Pandai bergurau dan mampu berkomunikasi dengan baik antara ciri yang sangat penting.
Lelaki suka memiliki wanita yang menyokong mereka dan bukannya membebel, tegas tetapi bukan pendera atau pemarah.Rakan yang mengujakanLelaki suka wanita yang dapat merangsang dan mencabar minda, bukan sekadar berserah kepada takdir.Komitmen, keakraban dan hubungan jangka panjang juga penting kepada mereka.
Lelaki juga suka hubungan yang mengutamakan elemen hormat menghormati dan persefahaman.Pandangan daripada perspektif fizikal dan psikologi .Anda mungkin mengatakan yang lelaki menginginkan wanita yang cantik, seksi dan bergaya.
Tidak dinafikan lelaki mudah tertarik dengan penampilan fizikal, tetapi tarikan nafsu atau seks hanya di peringkat permulaan.

Peringkat seterusnya, lelaki lebih berminat kepada hubungan yang lebih stabil.
Lelaki pada usia 20, 30 dan 40 tahun
Usia 20-an bagi lelaki adalah masa untuk berseronok dan mempersiapkan diri ke alam rumah tangga. Lelaki akan cuba mencari wanita cantik dan menayangkannya pada dunia.

Pada usia 30-an, lelaki mula mengharapkan sedikit kestabilan dan kewarasan dalam hidupnya. Oleh itu, dia mencari wanita yang boleh dijadikan isteri untuk berkongsi hidup.

Ketika menginjak usia 40-an, dia akan menjadi lebih sensitif dalam proses mencari makna sebenar kehidupan. Pada usia ini, mungkin timbul kesedaran untuk mengukuhkan lagi hubungan (perkahwinan) sedia ada.

Begitupun, peringkat kematangan lelaki ini tidak boleh diaplikasikan pada semua lelaki kerana sesetengah bergerak lebih pantas dari satu peringkat ke satu peringkat.

38 ulasan:

~ a m a ~ berkata...

hurm.. tak berani nk komen byk sbb x byk pengalaman lagi pasal bnd2 ni..tapi rasenye..baik laki mahupun pmpn,, mmg akn m'idamkan ciri2 wanita atau lelaki yg penuh ngn sifat2 yg 'smpurna' u kbhgiaan rmh tgga msg2.sy x nafikan sy dri mahukan laki yg boleh memimpin n pnuh ngn ciri2 seorang ayah n suami yg baik. tp apa yg sy nk katakan disini,, tak semua yg kita nak kita akan dapat. mgkin psgn kita x memenuhi cri2 yg kita mahukan tp mgkin ada sbbnye Allah jd kan psgn 2 u kita. sbg peringatn, mcm n3 yg lpas..jgn tlalu ghairah mngejar kesempurnaan..terima dri kita n psgn kita seadanya. sedarlah masing2 mpunyai kelemahan masing2 n adanya psgn u mlengkapi n menutup sgl kekurangn itu.. sy pcya dgn adanya keseimbgn ini, br lah dpt mbentuk rmh tngge yg stabil n harmoni.
wallahua'lam..

KTS berkata...

errr...

semua sifat wanita yg dinyatakan itu ada padaku ...

mahu berkenalan??
.
.
.
.
.
.

hikhikhik...

sila jgn percaya..
aku tak sempurna :)

Unknown berkata...

ama..
semuga berjumpa dengan lelaki yg baik dan sempurna dimata -ama -

betul tu - jangan terlalu menyejar kesempurnaan sebab diyakini kalau terlalu BERPRINSIP - takut terperangkap diantara ITU dan INI....

sebab peganglah pada prinsip
JAM YG MATI PUN ADA BETULNYA.....

Unknown berkata...

ku tak sempurna
.
.
.
.
.
.
.
.
he...aku pun tak sempurna

~ a m a ~ berkata...

thanks cikgu!
mmg btul,,

''JAM YG MATI 2 PN ADA BETULNYA'''.

sbb sy prnah tmkn dgn kata2 ngn prinsip sy sdri.
dan akhirnya sy terima akibatnya..
amat pedih n myakitkan tp ckup u mberi pngajaran...
hurm..

Unknown berkata...

-AMA -

ada sebuah buku ada menyatakan - punca perempuan lambat kahwin - adalah persoalan prinsip.

lelaki mesti begini dan begini.

ada sorang perempuan tu.
lelaki mesti kelulusan lebih tinggi
kereta CC mesti lebih tinggi
tinggi lebih tinggi
kerja....bla...bla...bla....

akhirnya tak kahwin !

~ a m a ~ berkata...

hahhaha..
i'allah sy x lah cerewet mcm tu..
eisyhh cikgu ni mcm nk takutkn sy je..
sape nk jd andartu?
sy pn nk kawen laaaa...
hahahhaha.. :P

Unknown berkata...

ama..

ini bukan cerita kedai kopi
nanti kita buka buku nya.....
tapi minta maaf untuk pandangan tu.....

kita belajar...
agar jangan tersalah hitung.

Marzalina berkata...

cikgu jinggo..saya rasa sebenarnya lelaki atau pompuan sama saja..mengharapkan kesempurnaan luar dan dalam..tapi selalunya manusia lebih mengutamakan kesempurnaan luaran sebab itu yg nampak di mata kasar..yg dalaman tu kita tak nampak hanya boleh menilai apabila benar2 mengenali pasangan kita..ada sesetengah orang mengenali pasangan melalui dalaman..kadang kadang sy sendiri keliru nak pilih dalaman atau luaran..yg pentingnya kalau dalaman baik..insyaallah luaran akan lebih baik..tak gitu?

sy harap sebenarnya saya dapat membuat pilihan berdasarkan nilai2 murni dan keikhlasan hati serta sedikit perasaan yg boleh memberikan kesan sehingga ke akhirnya..ish..panjang gile la pulak komen kali ni hehehe..tapi kan..kenapa ye lelaki lambat matang? dah usia 30 an baru nak matang hehehe

Unknown berkata...

intan

JAM YG MATI PUN AKAN BETUL 2 KALI
dan begitulah kita.
siapa yg tahu dalaman manusia..
sebab kita diajar
untuk melihat true color orang lain melalui tekanan emosi...

baru keluar - siapa dia sebenarnya....

cuba2 lain......

~ a m a ~ berkata...

takpe..
saya phm mksd cikgu..
bia salah skrg spy sy bole d betulkan mane2 yg silap..
nyway,,thnks alot..

ha'ah..
penah jgak t'pk,,
knape gak nye laki lambat sgt matang?
hehehehe..

Unknown berkata...

lelaki lambat matang.....
macam mana nak jawab ni.

ada sapa2 boleh tolong jawab.

mungkin faktor biologi diri diantaranya kut.....

nanti kita cari jawapan.

2_one berkata...

itulah penting persefahaman..dan sikap berterus terang dgn pasngan..ckp apa yg kita mahu dari dia,dan dia ckp apa yg dia mahu dari kita..sy itu lbh baik.barulah pasngan tu tau apa yg kita mahu..kalau kita tidak nyatakan kemahuan kita,kita xboleh salahkan pasangan sekiranya dia tidak seperti yg kita mahukan.bukan salah dia..n 1more,jgn terlalu mgejar kesempurnaan dalam diri pasangan kita..terus terang,tegur mnegur amat penting..

Tanpa Nama berkata...

Ada org yg jambatannya panjang dan berhalangan dan ada jugak yg jambatannya pendek dan mudah untuk dilalui...maka kena bersabar dalam segala hal...

Berbalik pada topik...

20, saat mencari pasangan
30, mencari bahagia
40, mencari harapan yg masih ada..

DAn tak habis-habis mencari...

Sharifah Hassan berkata...

Salam,

Kali ni saya bersetuju dengan apa yang dikatakan dek entri ini!

Cuma selalunya pertembungan berlaku kerana kita "rasa" kita dah faham apa yang dia nak...dan kemudian kita mempersoalkan adakah dia faham apa yang kita nak...

Adusshh!! Gi mana gitu?

~Insan Biasa~ berkata...

kak yan,
mencari selagi tak jumpa .....yang dah jumpa tapi masih mencari-cari camne?

Tanpa Nama berkata...

Anis,

kena banyak sabaq noooo..Ada bahgia yg menanti kat depan tu..don wori...



p/s Jinggo mintak maaf tersalah guna platform nih....heheh

Mak Su berkata...

tq, komunikasi paling penting dalam setiap perhubungan. kan?

Dearie Pearls berkata...

..info penting nie..

salin..
salin..

hehehe..

Thanks bro for sharin...

sedikit ader dlm diri, nak kena tambah lagi...

Unknown berkata...

izzati

jangan dikejarkan kesempurnaan...itu yg terbaik.......

Unknown berkata...

20, saat mencari pasangan
30, mencari bahagia
40, mencari harapan yg masih ada..

DAn tak habis-habis mencari...

puan aryani

terkedu saya membaca komen ni......
kita mencari bahgia dan pada harapan yg malap2 ni....

Unknown berkata...

akhirnya

cgu sharifah setuju....
he....bukan senang nak suruh cgu setuju !
ha....ha....

Unknown berkata...

mencari selagi tak jumpa .....yang dah jumpa tapi masih mencari-cari camne..

cgu anis.
kalau dah ada masih mencari sebab yang dicari + yg dijumpai bukan - kemahuan kita....

untuk itu - jangan dicari sangat kesempurnaan....

Unknown berkata...

kena banyak sabaq noooo..Ada bahgia yg menanti kat depan tu..don wori...

cgu anis

tu nasihat kakak tu.
dengar !

Unknown berkata...

mak su

terima kasih
jangan dicari kesempurnaan.....

Unknown berkata...

LoL

hidup ini banyak cintanya
cari
cari
dan
cari.....

~Insan Biasa~ berkata...

ye ye ye
dengar dengar dengar
saya ikut cakap kakak!

hehhehe
oh ada pelangi depan sana
1
2
3
kejarrrr!!!

ekekekke

ONE ZABA berkata...

jgn kejar anis...nanti saya lariii!!hehh..hehhh.

Unknown berkata...

cgu anis

kata orang tua.
ada pelangi
jangan tunjuk
kenapa !

kita fikirkan

Unknown berkata...

cgu zaba

tolonglah cgu anis
nak kejap pelangi...
saya dengar
lagu kumpulan PELANGI aja....

~Insan Biasa~ berkata...

erm...apa rasionalnya ek..?
pelangi hilang atau jari kudung?

x tau..

Tanpa Nama berkata...

Pelangi cuma cantik dari jauh..tapi, bila nak pegang tak dapat..Moral pada Anis jangan kejar Si One tu!!

Unknown berkata...

cgu anis

rasionalnya
sebab orang2 tu nak tgk jua
sebab diaorang nak kejar pelangi.......

Unknown berkata...

aryani + cgu anis...

mmm - si One tu jangan dilepaskan.....
pelangi bukan dtg selalu

Tanpa Nama berkata...

Cikgu Jinggo,
Dah lama tak datang sini.. Rindu plak.. hehe

Masih mencari.. tapi cari apa? Itu rahsia..

Unknown berkata...

cgu cat...

rahsia
saya macam dapat rasakan
cari pelangi kan....

adiltu berkata...

sorang kawanku cite nak lari dari umah sebab dah tak tahan hb die asyik kluar umah sesuka ati smpai kul 2.00am pasal ikut kawan-kawan...suka suka je tinggalkan umah tangga n anak2...si isteri dah bosan...rasa aku bukan die je bini kat Malaysia rase mcm tu malah ramai lagi senasib mcm die...

apa komen saudara...?

addyaholix berkata...

saya lelaki usia 20-an.

=)

Eco Kid Adventure on Facebook