Ahad, 21 Jun 2009

kerana ini sahaja yang kita ada...

ini media kita
tidak mungkin kita macam orang lain
YANG BOLEH
duduk kedai kopi mencerita dari dewan ke parlimen
di jalanan meluahkan tafsiran kita
menhabiskan masa dan komitmen untuk tujuan yang satu - politik
KERANA KITA HANYA ADA MEDIA INI.
untuk kita jadikan
kedai kopi kita
cerita jalanan kita.
cerita komitmen dan tujuan.
KERANA ITU - INI MUNGKIN SEKADAR PANDANGAN BIASA.
POLITIK + KITA + MASA DEPAN.
cerita politik negara kita semakin licik - umpama satu pertandingan bola sepak yang masing2 tentunya mengatur satu persatu strategi untuk satu tujuan
UNDILAH KAMI.
kerana itu kita semakin terus dihidangkan dengan cerita yang sama.
KAMI LEBIH BAIK DARI KELOMPOK ITU
IKUTLAH KAMI.
TINGGALKAN KELOMPOK ITU.
kami menjanjikan itu dan ini.
KITA SIBUK DENGAN IKLAN DEMI IKLAN
sehingga kita lupa asas dan keperluan kita disini.
KITA FIKIRKAN YANG INI.
kita sudah terlalu lama dan mungkin banyak sangat ' install ' cerita yang semakin tidak banyak membantu pembanggunan diri dalam keperluan hari ini.
Melayu + Islam sudah jauh tersasar dari paksi yang sepatutnya kita semakin kuat + kukuh dengan bantuan persekitaran.
Hasilnya
anak2 remaja kita semakin tersasar.
kelompok demi kelompok masyarakat kita semakin menyepikan bila diajak duduk mempersoalkan isu pembanggunan diri.
HASILNYA PERCAYALAH.
melayu akan hilang didunia
bila sejarah sendiri semakin dijauhkan
bila budaya sendiri semakin disepikan
bila kita mula mencari kiblat dan kitab yang datangnya dari Amerika.
pengalaman bersama anak2 di Asunta 2 - semakin jelas : bangsa lain - india dan cina semakin jauh meninggalkan kita dari segi komitmen untuk naik keatas.

11 ulasan:

Hazlin Nazri berkata...

Salam,
Selamat Hari Bapa.
Semoga menjadi bapa mithali.

CITY® berkata...

takbir!!!!

=)

Guru berkata...

setiap kejadian ada rahmatnya... kita berusaha , namun Allah menentukan,
jika tak terdaya, kita berdoa,
moga Allah memakbulkan

~Insan Biasa~ berkata...

Gemalainya tari seni diwarisi
Zaman berzaman gemilang
Teruna dan dara adat dimahkota
Takkan Melayu hilang di dunia

Anak jati bertandang di negeri orang
Biarpun berhujan emas
Hujan batu kita lebih sejahtera
Takkan Melayu hilang di dunia

Pusaka budaya khazanah berharga
Janganlah dipersia
Wahai anak watan diwasiatkan

Pertahan kedaulatan bangsa
Arus perubahan oh kuasa Tuhan kejarlah hajat di jiwa
Namun peganglah kata wira laksmana
Takkan Melayu hilang di dunia

Tirana berkata...

pemimpin politik kita asyik bercakaran sesama sendiri....ibubapa pulak sibuk mencari rezeki untuk menampung keperluan hidup yang semakin meningkat..pendidikan anak-anak dah jatuh di tempat yang entah ke berapa. Jadi tidak hairan jika terjadi banyak salah laku di kalangan remaja kita.

Unknown berkata...

cgu hazlin..

selamat hari bapa untuk diri sendiri.
hari ini anak sulong saya dah ' period '.....

tak boleh peluk lagi.....
he......

Unknown berkata...

blue

he..takbir
macam tahu dan faham aja haluan orang macam ni.
saya
ONE MALAYSIA....

Unknown berkata...

cu a kl....

kerana begitulah seharusnya
berdoa agar dihujungnya - kita sama2 dapat dan menang.

Unknown berkata...

cgu anis

sejak 2 minggu ni - kalau bercuti aja saya mesti ke muzium.
segala jenis muzium.
kenapa.
sebab sekadar untuk tahu nak mendapatkan negara macam sekarang bukan mudah.......

Unknown berkata...

puan tirana

kita terperangkap diantara 2 cabang...
keseronokan
kebendaaan...
kedua2nya dicari tidak dilandaskan berdasarkan asasnya..

maka terimalah hukum Allah seterusnya

~ a m a ~ berkata...

ape nak jadi dgn bgsa kite skrg ni.. hurmmm................,

Eco Kid Adventure on Facebook