Selasa, 21 Julai 2009

nak marah pun ada skill..


Menurut Iman Ghazali - marah itu ialah nyalaan api , yang diambil dari api neraka Allah. Dan dijadikanNya sifat itu satu perasaan pada manusia. Apabila berlaku sesuatu yg menghambat api tersebut , maka api kemaharan itu akan bernyala - kerana ianya hendak menuntut sesuatu yang tidak disukai.Api itu akan naik sampai kepangkal hati dan menetap dalam lipatan hati.
Zahirnya ianya akan terserlah apabila sifat sombong yg tertanam dalam hati sesesorang itu diluahkan.Semakin banyak sifat sombong semakin terserlah sifat kemarahannya.
Menurut Iman Ghazali lagi - seseorang yang sedang marah itu urat darahnya ditarik kepada syaitan yg terkutuk.Madsudnya seseorang yang sedang marah itu sangat hampir kepada syaitan.
BILA MARAH APA YG BERUBAH
urat2 darah mendidih itu akan terserlah kepada muka seseorang.sebab itu orang yg sedang marah mata dan mukanya akan merah.darah yg panas itu juga akan mengembang , membuatkan orang yang sedang marah itu merasakan bahawa dirinya besar dan berkuasa ke atas orang yg dimarahinya.orang yang marah akan bertindak agresif bergambarkan kekuasaannya.
bagaimana kalau orang yg dimarahi itu jauh lebih hebat daripadanya - maka akan berlaku kekecutan darah pada permukaan kulitnya - dibawa ke rongga hati. maka jadilah dia orang yg bergundah gulana , yang akan menukar warna kulit kepada kekuningan pula.
KALAU ORANG ITU SETARAF
darah itu akan berbolak balik di antara kecut dan mengembang , lalu kesan pada wajahnya pula sekejap merah dan menguning dan menggeletar tubuhnya.

DARI JINGGO

sebahagian dari pergolakan hidup dikaitkan dengan marah.
suami marah isteri
gurubesar marah gurukecil
majikan marah anak buah
pemimpin kerajaaan marah peminpim pembangkang.
menurut buku BAGAIMANA MENYATASI MARAH marah itu hanya berpunca dari 2 faktor utama
TERLALU SUKA
TERLALU BENCI.
( akan dikupas dalam N3 akan datang )
tentunya dalam keperluan hari ini keperluan kita untuk tahu : bagaimana dan dimana kemarahan harus didatangkan dan dinyahkan.ianya melibatkan skill yang kita akan kongsikan.

15 ulasan:

ONE ZABA berkata...

hujung-hujung bulan ni nak marah saja la...

arryani berkata...

Slalu marah ,,,nnti cepat tua..

- jinggo - berkata...

cgu one

saya tengah marah..
kucing sapa yg dtg bertandang...
berak rata2.....

- jinggo - berkata...

arayani
nak tgk gelanggang orang marah.
WWE - gusti
semua marah2......

blueCITY berkata...

salam...

i pernah marah
i pernah benci
tapi semua tuh sekejab jer
hanya kerana bukan org yg kita sayang
now, tiada lagi rasa apa2. semua blank dan kosong...

i pernah marah
pernah benci
tapi sekejab juga
hanya kerana dia org yg i sayang
kerana rasa sayang mengatasi rasa marah marah..
buangkan rasa marah n benci tuh
kenangkan rasa2 suka n hppy..

betul ke?
ahaks!
=)

- jinggo - berkata...

jingga 2 blue

gitulah orang yg ada pengalaman menulis..
cerita marah
pastinya 2 asas kita marah
sayang dan benci..

mestikh ada perasaan tu
yes - mesti ada
hanya orang yg normal saya kalalau tidak ada fitrah tu.

cara untuk marah itu berbeza.....

'ainrahimin berkata...

kalau nak marah, ckp je saya marahla
jgn simpan2, takut nanti meletup, lagi bahaya, kalau terasa diri ni suka marah2, apa kata kita pakat2 belajar cara nak marah...

- jinggo - berkata...

ain
kalau nak belajar marah - jom join pisang dtg kem..
kita sembang2

~Insan Biasa~ berkata...

bagaimana nak meluah rasa marah?

Meluahkan perasaan marah dengan secara wajar (tegas, yakin dan terkawal) adalah cara yang paling terbaik dan berkesan.

Untuk melakukannya, perlu tahu bagaimana cara untuk meluahkan apa yang dirasai sejelasnya, apa kehendak dan bagaimana untuk memenuhinya tanpa mencederakan orang lain.

Bertindak tegas bukan bermaksud bersikap menolak atau terlalu menuntut; ia bermaksud menghormati diri sendiri dan orang lain.

2_one berkata...

salam jinggo..
sudah lama tdk bertandang di ruang kamu..rindu bangat..hee
sy pernah baca ttg meredakan marah.kalau kita rse marah cuba ubah posisi kita.conthnya kalau kita berdiri,kita ubah kpd duduk..tp kalau duduk pun still rse marah cuba kita baring,,merendahkan posisi badan..kalau kita marah ketika duduk,tetiba kita bgun marah jd makin membara..ni maybe salah satu teknik mengawal marah..

- jinggo - berkata...

cgu anis

marah itu sendiri orang tak suka....disebabkan oleh aliran darah yg mengalir dipamerkan pada fizikal...

bagaimana nak marah - ada beberapa hal yg kena kita fikirkan...

agar dihujungnya menang - menang

- jinggo - berkata...

2 one

itulah jawapan pada keseluruhannya....semuga kiya tidak terkelompok dikalangan umatnya yg dijanjikan kmurkaan

mountdweller berkata...

Salam sdr. Jinggo

Satu sifat buruk saya ialah cepat marah tetapi cepat sejuk.

Mana kala saya rasakan sifat baik saya ialah saya tidak dendam dan cepat memaafkan. Prinsipnya ialah kita juga perlukan kemaafan dari orang lain.

- jinggo - berkata...

tuan
rasanya itu yg terbaik dalam hubungan sosial.
bukan manusia kalau tak marah...
yg penting tidak ada dendam dihujungnya....

- jinggo - berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Eco Kid Adventure on Facebook