Rabu, 28 Oktober 2009

kalau dibaca - fahamlah ana............

esok sudah 11 tahun ana membesar menjadi orang yang kadang2 kita
tidak tahu dimana perancanganNYa.
11 tahun abi tengok ana membesar
dari jalan jatuh dan bangun
sehingga 11 tahun
SUDAH JADI PEREMPUAN
sebagai anak remaja
ana tidak ada apa ' istemewanya ' dibanding remaja lain.
INI SEKADAR LUAHAN YANG TIDAK DIZAHIRKAN DENGAN KATA2.
mana2 ayah dalam dunia
hanya yang tidak waras sahaja mengenepi kebajikan untuk melihat anak2
menjadi ' orang' sebagaimana yang sepatutnya
abi - tidak ada lainnya dari itu.
seluruh perhatian abi untuk melihat ana membesar dengan asas kehidupan yang kuat.
nasib mungkin kadang2 tidak menyembelahi kita
dikala 11 tahun ana sudah boleh menilai.
ANA SEDIHLAH ABI.
apa nak disedihkan.
hidup kita tidak mungkin berhenti dengan kesedihan.
dunia dan paksi nya tidak mungkin akan berhenti walaupun sesaat.
mungkin ini terbaik untuk kita.
HARAPAN ABI
sudah 11 tahun ana melihat dunia dan hidup dalam lingkungan abi.
memang kadang2 ada satu dua perkara yang abi tersasar dimana2.
tapi tidak untuk hari ini.
komitmen abi untuk melihat ana membesar
sebagai wanita solehah
dimana asasnya sudah abi sediakan
DALAM USIA YANG BEGINI.
fahamilah nasib kita kadang sukar dihitung.
berikan perhatian 100 % pada komitmen abi
berikan perhatian 100 % pada keinginan abi
abi menyerah jiwa untuk melihat ana berada dipaksi yang betul
HARI INI.
membesarlah ana.
ana hanya ada satu sahaja.
usah dipertikaikan itu dan ini yang mungkin tidak sempurna.
sempurnakan keinginan abi

29 ulasan:

Tirana berkata...

Selamat harijadi Ana..Moga berjaya menjadi insan yang cemerlang.

AiE bAhRi berkata...

Selamat hari lahir Ana..

untung kamu ada abi.

moga jadi anak yang cemerlang.jadilah perempuan yang sentiasa berada dalam kaca.Dilihat tapi sukar disentuh.

zaijb berkata...

perjalanan hidup ini... penuh dgn suka dan duka... insyallah Ana pasti faham... ia cukup matang...

Setelah menyempurnakan tanggungjawab sbg ayah... sentiasalah berdoa yg terbaik utk mereka...

perjalanan masih jauh... ape yg berlaku anggaplah sebagai pengajaran yg sgt bernilai... jgn menoleh kebelakang lagi...

Selamat Hari Lahir Ana...
jgn nakal dan dengar kata abi...he.

Tea Cha Hai berkata...

InsyaAllah....kalau pun Ana tidak memahaminya hari ini...suatu hari nanti pasti Ana akan memahaminya juga...dan di hari itu pastinya terlihatlah hikmahNya..

Amin...

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

selamat hari jd ana..

nak akak nyanyi kn lagu keroncong utk ana tak?

hehehe...

addyaholix berkata...

selamat hari lahir buat ana. moga terus menjadi kebanggan abi.

zai berkata...

Sebak kak zai baca harapan seorang abi kepada ana...sungguh terharu seakan terngiang2 ditelinga kak zai pesanan abah kepada kak zai suatu waktu dulu sewaktu remaja bahawa dia tidak redha atas segala yg Allah tidak redha..

Dan kini kak zai bergelar seorang ibu..baru memahami betapa besar harapan seorang ibu dan ayah terhadap anak2 mereka..

Semoga ana membesar menjadi muslimah sejati dibawah restu dan doa abi..

Selamat Hari Jadi Ana..

Unknown berkata...

puan tirana

itulah harapan mak ayah yg waras
pendekatan sahaja yg berbeza...

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

aie

wanita berada dalam kaca
boleh tgk
tak boleh sentuh kan...
hebat.falsafah tu....

Unknown berkata...

zaijb

kita pun anak
kita pun ada ayah
kadang2 kita tak faham ' bahasa ' ayah..
mungkin ayah ni diam aja....

Unknown berkata...

ari

anak2 zaman sekarang
cepat faham kut
makayah - ada kata2 yg kita tak faham....

semuga dia cepat faham bila ditulis...

Unknown berkata...

keroncong untuk ana

lagu tema kami tu...ha...

Unknown berkata...

ady

semua masa - akan jadi ayah...
........
akan mengalami proses ni.
dah bersedia ke

Unknown berkata...

kak zai

saya rasanya paling banyak dosa pada ayah....
rasanya tak mahu kesilapan yg sama.
sebab tu saya kena belajar memahami ' ana ' dari sudut dia...

dan kesannya : hebat.

Keri AlHaj berkata...

InsyaAllah... satu masa Ana akan tunaikan impian abi...

Selamat hari lahir Ana...

teachersepum berkata...

happy birthday ana..
may happyness owez with u.. =)

Unknown berkata...

chimera

satu masa ' kamu ' akan berada di tempat jinggo....bersedia ke

Unknown berkata...

teacher

kita doakan yg terbaik untuk ' anak2 ' kita yang lain juga....

Tanpa Nama berkata...

jinggo..
burfday ana tu lbeh kurang burfday saya...
hehe..
tp saya 25 october

name pn dh same kn?

Marzalina berkata...

Selamat ulangtahun ana..semoga menjadi wanita yang solehah dan dikasihi Allah..amin.

ONE ZABA berkata...

salam sayang dari kami di atas gunung untuk ana dan abinya....

Tanpa Nama berkata...

Selamat tu Ana...

Kalolah Ana tau...
betapa dia bermakna dalam kehidupan Abinye..

Unknown berkata...

raihanah

memang pun.
kalau YM saya keliru
sebab add emailnya pun hampir sama....
sebab ana kadang2 keliru.

Unknown berkata...

intan..

terima kasih.
11 tahun dah jadi pompuan
...
cepatlah dapat menantu...ha..

Unknown berkata...

cgu one

nak jadi besan tak boleh
anak cgu semua pompuan...ha....

Unknown berkata...

puan aryani

ana memang tahu
dia ada harga dimata abi nya....

Tanpa Nama berkata...

Selamat hari lahir untuk ana. Semoga diberkati Allah selalu dalam menjalani kehidupan di dunia ini.

Bahagianya ibu dan bapa mendapat anak yang mendengar cakap dan pedoman.

MaizaC'Joe berkata...

walaupun agak terlambat

selamat hari lahir Ana..

moga menjadi anak yang soleh, jangan hampakan harapan Abi. InsyaAllah kelak akan berjaya..

-maiza-

Eco Kid Adventure on Facebook