Rabu, 21 Oktober 2009

kita berkongsi apa.....

Pada suatu hari , sepasang suami isteri yg sudah lanjut usia mengunjungi Cameron Highland bagi mengingati kenangan suka duka semasa mereka bercinta. Kesempatan bernostalgia ini dimanafaatkan oleh mereka dengan menikmati sup ekor yg terkenal di sebuah warung di sana.
Suami isteri ini mula berbaris bagi memesan sup ekor mereka. Mereka memesan satu mangkuk sup ekor , sepinggan nasi dan dua gelas teh ais serta satu piring dan mangkuk kosong.
Semua yang memerhati gelagat pasangan suami isteri itu merasa hairan. Mengapa mereka hanya membeli satu pesanan sup dan nasi sahaja ? Malah beberapa orang pekerja sedih melihat kedaifan kedua orang tua itu hanya mampu memberi makanan bagi seorang sahaja.
Si suami mula membahagikan nasi dan sup ekor itu kepada dua bahagian.
Satu bahagian untuk dirinya dan satu bahagian untuk isterinya. Kemudian mereka pun makan. Namun , yang makan hanya si suami , manakala si isteri hanya tersenyum menunggu dan melihat suaminya menjamu selera…
Seorang pekerja tiba2 berdiri dan berjalan menuju ke meja mereka , dengan rasa sedih pekerja itu mempelawa mahu membelanja pasangan tersebut.Namun pelawaan itu di tolak dengan lembut , sambil keduanya terseyum.
Pekerja tadi sudah tidak dapat lagi menahan rasa hairanya lalu bertanya :
Mak Cik saya tengok dari tadi , mak cik tidak makan tetapi hanya menunggu dan melihat Pak Cik makan. Bolah saya tahu mengapa mak tidak makan….
Dengan tersenyum si isteri menjawab
MAK CIK TUNGGU GIGI PALSU ,
YANG SEDANG DIPAKAI OLEH PAK CIK…..
DARI JINGGO
Perkongsian menunjukkan pengorbanan dan kerelaan untuk memberi.
Semakin banyak kita memberi , semakin kita tidak akan merasa kekurangan.
Pengorbanan yang paling besar adalah pengorbanan diri iatu apabila yg dikorbankan adalah harga diri sendiri
demi meningkatkan harga diri orang lain…
Realiti hari ini – masih ramai yang sanggup berkongsi tapi sekadar untuk kepentingan diri
dan mencari ‘ apa aku akan dapat ‘…..
Disebab dunia ini hanya satu pusingan
aku harus memikirkan bagaimana untuk belajar berkongsi

24 ulasan:

zaijb berkata...

Entri yang menarik sekali,
hehe... gigi palsu pun boleh di kongsi... sehati sejiwa... semakin tua semakin terasa keakraban hasil dr perkongsian tue...
berkongi tue memang bagus...
tp bab gigi palsu nie...ishh.. ishh... rasanye cikgu jinggo sanggup ke?...he

ONE ZABA berkata...

mesti pasangan tu makan kat tempat kita pekena roti canai hari tu. mujur aku tak jumpa pasangan tu.kalau kau jumpa, pasti aku bagi acuan karipap pada yang sorang lagi tu buat ganti gigi palsu.


psstt.... aku lebih rela pakai acuan karipap buat ganti gigi palsu daripada berkongsi gigi palsu..wakakaka!!!

Tanpa Nama berkata...

Perkongsian buat kita wujud dlm diri org2 lain..

p/s ye la One...
aku pun tak sanggup share gigi tu tau....agagagag

Tanpa Nama berkata...

Lupa plak nk tnya..

Mana shoutmix??? dah kena curi ke?

Tirana berkata...

Memberi secara ikhlas tidak mengharapkan apa yang kita dapat sebagai imbalan. Untuk menjadi ikhlas, semuanya bermula dengan apa yang kita fikirkan.

Marzalina berkata...

alamak..lawak pulak entry ni..gigi palsu pun share hehehe..tapi itulah makna sebenar kasih saya...sharing is caring hehehehe

~Insan Biasa~ berkata...

Realiti hari ini – masih ramai yang sanggup berkongsi tapi sekadar untuk kepentingan diri
dan mencari ‘ apa aku akan dapat ‘

sangat2 susah sekarang untuk mencari orang yang sanggup berkongsi tanpa ada kepentingan diri.....

masing2 berkira-kira...kau dapat aku dapat...
masing2 berkira-kira...kau nak kau kena beri
masing2 berkira-kira...kau kongsi baru aku kongsi
masing2 berkira-kira...kau jadi follower aku, aku jadi follower kau

mesti ada balasan baru nak buat...

rimas dibuatnya....

Ateh berkata...

hahaha..betul tu anis...tapi susah org nak kongsi kalu kita x punya apa..kalu kita x punya harta..kalu kita x de modal..sedangkan dalam islam pun diwajibkan zakat..sebab ada hak org lain ke atas apa yg kita ada...ni lari tajuk ckt tapi masih topik berkongsi...kalau kita ikhlas berkongsi..kita tidak akan fikir tentang keuntungan mahupun kerugian..mahupun kebaikan atau pun kelemahan dalam satu perhubungan(perkongsian hidup).. kalau memikirkan hanya keuntungan..x perlu berkongsi..

zan xray berkata...

kisah ni bukan kisah sebenar kot..
kalau ada kagum gak hehe
walaubagaimana pun menarik gak ni untuk dikongsi-kongsikan.

Ateh berkata...

terkadang kita lupa..semua yg kita punya adalah pinjaman sementara ..bukan hak mutlak kita...brape ramai yg sanggup berkongsi walaupun kerugian lebih byk memihak kpd kita..berapa ramai yg sanggup berkongsi harta pusaka..berapa ramai yg sanggup berkongsi rasa, berapa ramai yg sanggup berkongsi susah, berapa ramai yg sanggup berkongsi suami...hahahaha...x ramai ...sbab kita tamak dan hanya fikir tentang diri sendiri..

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, penutup dan pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan.

Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju, tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap yang stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri dalam Islam seperti yang tercatat dalam Al Quran.

Unknown berkata...

zaijb..

saya - kena fikir.
sebab memang ada yang macam tu - semakin tua semakin romantik....

dalam konteks berkongsi.
saya sedang berkongsi sekarang...tentunya benda paling mahal sekali...komitmen saya.

Unknown berkata...

ha..cgu one.
agaknya kat kedai yg kita pekena roti dulu kot..

entah2 yg duduk sebelah kita...ha....

Unknown berkata...

puan aryani.

saya yakin
berkongsi - dikaitkan dengan keihlasan.
sebab - jawapan dari keihlasan tu dizahirkan dalam bentuk tindakan fizikal..

dan kita sedang berkongsi sekarang...

Unknown berkata...

puan tirana

saya percaya kepada keihlasan.
.............
orang berkongsi : penyumbang.
samada kita memberi
dan pengambil - itu yang membezakan diantara keduanya

Unknown berkata...

intan.
sebab tu kalau nak berkongsi pasti dihujungnya adalah keihlasan....
berkahwin untuk berkongsi...
berkongsi segala2nya...

Unknown berkata...

cgu anis.
itu yg kita nampak hari ini.
terumtanya orang2 poliitk..

apa aku akan dapat.

jadi kena lihat dalam bahasa komunikasi adalah rentak bahasa badan yg berbeza orang macam tu......

Unknown berkata...

brozan..

lihat N3 ni dalam konteks perkongsian..
sebab hari ini : kita pun sedang berkongsikan.

masa sekolah dulu..
selalu berkongsi tuala dengan kawan...ha...

Unknown berkata...

en razak.
saya suka perkataan SEPASANG tu......

kena kita diujudkan berpasangan.maka satu diantara memang ada kepentingan..

terima kasih kerana ayat sepasang tu

Unknown berkata...

ateh...

terima kasih kerana pandangan yg praktikal.
kita pun sedang berkongsi...

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

berkongsi + keikhlasan

nak berkongsi apa pun perlunya keikhlasan, tanpa perlu mengharapkan balasan.
pasangan suami isteri tue memang romantik.. itulah pengorbanan setia..

jom nyanyi.. berkorban apa sj..... hee...
n3 best..

-maiza-

Unknown berkata...

maiza

terima kasih kerana pandangan...
kita disini pun berkongsi...
yg penting : zahirkan keihlasan.
kita bukan berkongsi dalam kontek ' pengambil '...

pengambil
akan persoalkan.
apa aku akan dapat....

CITY® berkata...

salam..
heeeeeeeeee
mak saya juga pakai gg palsu per
saya juga suka makan sup ekor
saya teringin sangat nak g cameron highlands, sapa la yg nak ajak g nih, heeeeeeee

Unknown berkata...

blue...
jom2...
he...
terima kasih kerana berkongsi disini...

Eco Kid Adventure on Facebook