Khamis, 19 November 2009

ini puncanya.....

kembali sibuk di Inst Kajian Dasar
Bersama Khalid Jaafar.
APABILA rasa takut, marah, tertekan dan berlaku perubahan emosi secara tiba-tiba, badan kita mengeluarkan adrenalin. Secara fisiologi kita akan menunjukkan reaksi dan bersedia untuk melawan atau cabut lari (fight or flight).
Jantung berdebar kerana kadar kelajuan jantung bertambah, pengaliran darah ke perut dan otak berkurangan. Pengaliran darah ke otot bertambah! Jika ada perasaan takut, aliran darah ke kulit berkurangan, muka menjadi pucat.
Maka, reaksi 'fight fright or flight' menjadi suatu liabiliti. Ini lebih-lebih lagi, apabila keadaan tekanan (stress) berpanjangan dan adrenalin serta insulin sentiasa dirembeskan. Akibat tindak balas ini adalah 'penyakit'.Organ yang sentiasa kekurangan darah akan menjadi lemah dan tidak keruan. Organ yang mendapat lebih darah pun akan mengalami 'kesesakan'.
Banyak kajian menunjukkan bahawa faktor yang menyebabkan tekanan bagi seorang mungkin tidak menyebabkan tekanan kepada orang lain.Jadi faktor yang menyebabkan tekanan, bukan semata-mata kerana keadaan yang tegang atau sukar,
tetapi sikap seseorang itu melihat atau menanggapi sesuatu keadaan.
Tekanan bukan disebabkan semata-mata keadaan luaran
tetapi tindak balas dari badan sendiri terhadap sesuatu rangsangan.
Jadi kita harus meneliti semula reaksi badan kita ini. Sebenarnya ada jalan untuk mengubah tindak balas badan iaitu dengan perubahan sikap yang hanya boleh timbul selepas mengenali diri, reaksi badan dan mengenal pasti apa yang menyebabkan reaksi tekanan.
Kita mula menyalahkan nasib malang dan tidak melihat ini sebagai
masalah diri yang perlu ditingkatkan.
Maka, rangsangan dan tindakbalas yang dilakukan menjadi tidak sesuai.
Apakah strategi yang mudah kita lakukan
untuk menangani tekanan.
Memahami bahawa perubahan sikap adalah perlu.
Bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan dan reda atas segala dugaan serta sentiasa melihat kepada kelebihan, jangan memikirkan kekurangan.
Mengenali reaksi badan dan memahami ada masanya reaksi badan tidak sesuai serta berusaha mengubah reaksi badan dengan melakukan teknik pernafasan melalui latihan jasmani (breathing exercise) dan rohani melalui tafakur.
Ada masanya kita tertekan oleh perangai orang lain, dia tidak seperti yang kita sangka, sebab perangai dan perbuatannya lain daripada hakikat. Terimalah hakikat dan buangkan pengharapan kita. Terimalah semua manusia seadanya. Terimalah perbezaan pendapat dengan cara yang baik dan bertata susila.
Faham bahawa kita boleh mengubah diri sendiri
dan hanya dengan perubahan diri yang kita dapat menangani emosi dan keadaan apa juga pun. Kita tidak boleh mengubah diri orang lain.
Dapatkan kekuatan dan ilham diri dari tafakur, solat dan doa.
Belajar cara yang paling berkesan untuk melakukan segala ibadat ini.
Belajar untuk bersabar dengan kerenah manusia sebagaimana Rasulullah bersabar dengan penduduk Taif yang melemparnya dengan batu. Namun, Baginda berdoa "Ya Allah, ampunkanlah mereka kerana mereka tidak ketahui apa yang mereka lakukan."
DARI JINGGO
untuk dikongsikan.
saya mengalami proses yang cukup menakutkan.
apakah sudah berakhir semuanya disini.
semua tidak keharuan.
akhirnya.
tidak keterlaluan dikatakan.
saya kembali melihat dunia dari sudut yang berbeza.
mula mencari erti lain bahawa sumbangan dan nikmat ini harus disertakan dalam
IBADAH.
kerjaku keranaMu
membacaku keranaMu
menulisku keranaMu
berkerjayaku keranaMu.

11 ulasan:

ZOOL@TOD berkata...

Dah dapat "nurse" ke belum?

- jinggo - berkata...

enzool

semuga dipermudahkanNya...
nak cari nurse bukan mudah..
semua dah lari ke hospital swasta.....
gaji lebih...
ha...

Sulamankasihabadi berkata...

SALAM JINGGO..

HIDUP KITA MAKIN HARI MAKIN MENCABAR...X SEMUDAH YG DILIHAT...

SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN...

DR UJIE&ABG MISAI..
BANYAK2 LA BERSABAR..

- jinggo - berkata...

uji

terima kasih
semuanya dah ok - alhamdulillah.
kembali normal seperti adanya....
teriam kasih.

blueCITY berkata...

salam jinggo..

saya pernah satu ketika hanya menyebut2 apa kelemahan.keburukan saya?

saya itu
saya ini
saya begitu
saya begini

teruk kan saya?
heeeeeee

cuma, or mayb
saya buat sekarang utk org lain,
mayb family,
hmmm

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

hidup kita makin hari kian mencabar. macam2 ragam orang kita jumpa.. kesabaran sangat penting, tenangkan diri, berbalik padaNya.. dulu sy pun pernah merasa.. keadaan sama tapi mungkin juga situasi berbeza.. kuat memang kena kuat.. tabahkan hati, lawan... semoga di permudahkan sentiasa dalam lindunganNya.. hanya diri kita dapat bantu diri... Sayangi diri ok...


-maiza-

Tirana berkata...

Jinggo, saya tak larat nak duduk lama2 depan komputer. Sakit belakang tak hilang lagi..tapi nak juga baca entri baru ni..

Semoga Jinggo akan lebih tenang selepas ini..

- jinggo - berkata...

BLUE

saya dah diajar
terlalu banyak ilmu yg boleh kita kongsikan...
amat malang kalau saya anggap ini bukan ilmu
amat malang kalau saya anggap ini sekadar berlaku....

- jinggo - berkata...

maiza

ini sebahagian dari cerita kehidupan yang amat2 menarik
untuk kita jadikan pengalaman.
jangan biarkan apa2 yg berlaku - pergi kosong.

- jinggo - berkata...

tirana..

sibukkan diri
elakkan diri dari berfikir keburukan diri...
saya dah semakin pulih
berkat sokongan kawan....

ONE ZABA berkata...

hari ni dada berdebar sepanjang perjalanan dari kuala terengganu ke gunung. hujan lebat sepanjang jalan. bimbang terkandas banjir. mujur dah selamat masuk rumah ni.

Eco Kid Adventure on Facebook