Selasa, 3 November 2009

mari bakar jambatan....

Julius Caesar adalah seorang Kamandon perang yg berjaya
menawan Brittnia kerana strateginya yang unik.
Dalam sejarah , ada tercatat ketika Caesar berjaya mendarat pasukannya pada satu tengah malam , dia diam , sementara pasukannya sibuk merapat dan menyembunyikan
perahu - perahu yang mereka naiki.
Mereka berfikir tentu mereka memerlukan perahu - perahu itu untuk pulang nanti.
Tetapi mereka terkejut apabila mendengar perintah ketua mereka
' BAKAR SEMUA PERAHU YANG SUDAH KAMU DARATKAN TADI..'
Akhirnya mereka membakar semua kapal sehingga hangus
( oleh kerana mereka beranggapan mereka tidak boleh kembali , maka mereka pun bertempur habis - habisan. Mereka merasakan yg mereka perlu menang.)
KITA FIKIRKAN BEGINI
perjalanan menuju puncak kerap kali diwarnai
kekhuatiran sehingga
kadangkala membuatkan kita cenderung menyerah kalah.
Menurut John Maxwell
Kekhuatiran akan menghambat tindakan
tiadanya tindakan menunjukkan tiadanya pengalaman ,
tiada pengalaman menunjukkan tiadanya pengetahuan
tiadanya pengetahuan akan melahirkan
kekhuatiran
Menurut Denis Waitly ( buku seed greatness )
60 % kekhuatiran kita sama sekali tidak berasas.
20 % kekhuatiran kita berfokus pada pengalaman
lampau dan yang berada diluar kawalan kita.
20 % kekhuatiran kita kepada benda yang remeh temeh
Hikmah untuk KITA
kehidupan ini ibarat satu perjalanan yang sehala.
Seberapa banyak pun perubahan laluan yang kita alami,
tidak satu pun yang akan membawa kita kembali.
Apabila kita mengetahui dan menerima hakikat ini , kehidupan akan kelihatan lebih mudah....untuk itu mari kita
MEMBAKAR JAMBATAN...

7 ulasan:

ONE ZABA berkata...

bakar jambatan lebih baik daripada jambatan runtuh.

kerana jambatan runtuh menyebabkan banyak hati hati yang terluka.

petang ni buat bakar ikan talapia pun ok gak. terliur la pulak...haihhhh!!!!!!

Unknown berkata...

ha..
dah agak dah
sebut jambatan - mesti ingat jambatan runtuh...
sekarang kalau sya nak anjurkan kem - mesti msukkan sekli gambar jambatan kat kem....

Maiyah berkata...

bakar jambatan camna nak lalu :D

Unknown berkata...

puan maiyah...

bakar jambatan bermakna tidak boleh patah balik ke belakang...jalan harus ke depan...

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

kena bakar jambatan.. tapi kena tengok juga jambatan mcm mn.. klu tak elok utk di lalui baik bakar aja.. tapi klu masih elok.. kena fikir dl.. jln harus ke dapan.. tapi sesekali menoleh sikit ke belakang bagus jg..

-maiza-

Unknown berkata...

maiza

bakar jambatan : bermaksud dalam satu2 kerja jangan ' separuh2 '....bila dah bakar.
MESTI kedepan aja...

hamba ABDI berkata...

cikgu..
teknik ini digunakan oleh pahlawan ISLAM = Tariq bin Ziyad..

menang atau mati syahid.. (^_-)

Eco Kid Adventure on Facebook