Selasa, 1 Disember 2009

kerana saya bukan orang politik

DISEBABKAN FAKTOR DIATAS
tafsiran saya juga berbeza.
melalui Isu BTN dan Prosesnya.
ini pandangan saya yang melalui proses ' pendidikan ' KeNegaraan.
saya ketepikan persoalan mengUMNOkan peserta.
fakta yang tidak mampu diubah adalah kita pernah jatuh.
kita seakan ' menyerah ' negara kita untuk dijajah
bukan disebabkan oleh sesiapa.
PERCAKARAN SESAMA SENDIRI.
bukan sekejap - beratus tahun.
DAN HARI INI.
kita semacam mahu ' menyerah ' kembali kembali negara untuk dijajah semula.
perbedahan kata dan pandangan
YANG DITAFSIRKAN DARI SUDUT POLITIK.
dihujungnya hanya ada satu jawapan
AKU MENANG - KAU KALAH.
proses untuk sampai kejawapan tersebut.
kita bermain dengan provokasi yang berbagai.
semua yang keluar dari mulut orang politik
ADALAH POLITIK.
dari jinggo
saya melalui proses - belajar dan mengajar topik ini seketika.
dan satu tahu asasnya dimana.
kesimpulan dihujung.
kita kena kuat.
melayu kena kuat
asas kita adalah agama.budaya.etika dan beradapan kita.
yang menang tak menang semua
yang kalah tak kalah semua.
MARI KITA BELAJAR UNTUK MENJADI SEORANG
YANG KALAH
YANG MENANG.
percayalah ada orang lain yg sentiasa melihat kita..

13 ulasan:

Tirana berkata...

Di Malaysia ni..kadang2 isu biasa pun boleh dicop sebagai isu politik. Bila dah dicop begitu..mulalah ada yang memuji dan ada yang menghentam..Kecoh jadinya.. Yang memuji apa niatnya dan yang menghentam apa niatnya.. Sudahnya isu tak selesai..perbalahan bertambah teruk..

- jinggo - berkata...

puan tirana

......tgklah apa yang berlaku di banggunan SUK Kelantan.
satu cerita
dua pandangan yang berbeza.
yang penting : ada isu yang mahu di keluarkan.
diaibkan.
begitulah seterusnya.

ZOOL@TOD berkata...

Saya menghantar anak saya ke Tadika PASTI kerana kurikulumnya bagus. Adakah saya telah menjadi ahli PAS?

Sepatutnya mereka bersikap lebih terbuka. Buka minda. Buka ruang untuk menilai dan berfikir.

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

saya tak pandai sangat bab2 nie. cuma ambil tahu.. tapi, kalau masing-masing asyik kata "aku ja betul".. itulah.. di malaysia nie kalau kadang tue isu sekecil-kecil kuman tapi mula di aibkan di pandang sebesar gajah. bukan nak mendamaikan tapi tak habis-habis berbalah, kata mengata.. mula berpecah.. yg paling teruk maaf.. melayu..melayu.. entah di mana penghujungnya..

-maiza-

ONE ZABA berkata...

mari kita berdoa sama...

agar kebenaran dapat ditegakkan.

uNiqUe oRgaNisM berkata...

iSU yaNg haNgat diPerkatAkaN.. isU iNI spErti mnCeritAkn 'teH tarIk' poLitik neGara...ad yaNg iNgin d atAs daN aDa yG dBAwaH....jwpNnya ttp 1....mreka mahu MENANG,....

feeza berkata...

Apa ada pd MELAYU? Manusia elakkan lebihkan agama yang utama!Bila amalan melanggar aqidah..manusia jadi alpa..Melayu diterima sebagai Islam utk pegangan setiap individu.Tp, Islam kah setiap Melayu? Islam dipolitikkan..minda Melayu kontang angkara politik..negara hampir tergadai..Melayu juga dipersalahkan..sedarkah kita???

- jinggo - berkata...

enzool
dalam soal ini rasanya kita perlukan keterbukaan.
politik kepartian hanya satu daripada cabang2 hidup yg lain........
kenapa kita seakan mahu ' mati ' kerana nya

- jinggo - berkata...

maiza
atas faktor ketidak terbukaan itulah
kadang2 kita merasakan - kita tidak boleh terlalu bebas bersuara.........
maaf kalau saya menulis macam tu.

- jinggo - berkata...

cguone
apa yg penting.
masyuk tetap masyuk....
bonus ada ka.

- jinggo - berkata...

asraff unik.
itu yg menjadikan kita semakin seronok membaca - suratkhabar semakin banyak modal.............

Brahim Nyior berkata...

Salam Bro Jinggo,

Susah nak ulas, sebab kita bukan ahli politik. Lebih tepat lagi kita pemerhati yang tak bertauliah.

Tapi apa salahnya memberi pandangan... Cuba join orang tua yang melepak di kedai kopi, panjang lebar ulasannya tentang sesuatu isu.

Kupasan isi yang dibincangkan jauh menepati kehendak akademik, tetapi biasanya begitulah yang orang suka.

Sembang politik kedai kopi ni pun, bagus jugak untuk saya dengar, tapi tak pandai nak sertai... Sekadar jadi pendangar sajalah.

- jinggo - berkata...

yop
teman ada cerita berfakta berdasarkan pengalaman duduk dalam modul tu.
tak molek nak dikongsikan
apa yg di hebohkan tu...
kedua2 pihak ada fakta.
percayalah.
kerajaan selangor betul pada pandangannya.

Eco Kid Adventure on Facebook