Selasa, 19 Januari 2010

kita sekadar berkongsi aja......

Seramai 23 guru Bahasa Inggeris di seluruh Perak menghadapi tekanan kerana mendapat arahan pertukaran serta-merta tanpa memikirkan kebajikan mereka.
Guru berkenaan ditukarkan tanpa mengira jarak perjalanan membabitkan kos agak membebankan, contohnya melebihi 40 kilometer (KM) dan memakan masa melebihi sejam untuk sampai ke sekolah.
Pertukaran ini juga tidak menitikberatkan faktor usia, kehidupan berkeluarga dan masalah guru terbabit. Rayuan dibuat kepada Jabatan Pelajaran Perak tetapi ditolak.
Apa yang mengecewakan ialah jawapan diberikan iaitu guru perlu memilih antara kerjaya atau keluarga dalam perkara ini; pada satu masa tidak boleh memiliki dua perkara (kerjaya dan keluarga), dan tidak mempedulikan masalah yang sudah diluahkan.
Jika sayangkan suami dan anak, guru diarah letak jawatan. Apa yang menjadi ketidakpuasan ialah semua guru yang ditukarkan mempunyai komitmen tersendiri di sekolah lama dan tempat tinggal iaitu sudah membeli rumah, persekolahan anak, pekerjaan suami/isteri, keadaan kewangan dan kesihatan.
Tempat guru berkenaan digantikan dengan guru yang sama opsyen. Malah, ada guru baru yang masih belum mempunyai tanggungjawab berkeluarga ditempatkan di bandar.Mengapa mereka diberi keistimewaan ini sedangkan sudah termaktub dalam pekeliling bahawa guru baru perlu ditempatkan di pedalaman?Kebanyakan guru yang ditempatkan di bandar ialah isteri, suami, anak serta saudara-mara orang Jabatan Pelajaran. Mereka mengetepikan hak guru lain yang lebih memerlukan. Taburan penempatan guru di Perak amat mendukacitakan. Tiada langsung tindakan untuk memperbetulkan keadaan.
Ada guru yang sangat selesa, boleh berjalan kaki ke sekolah lebih kurang lima minit dari rumah. Ada guru yang amat tertekan. Sekolah di luar daerah, menempuh perjalanan melebihi sejam dan duit minyak melebihi RM25 sehari. Di manakah keadilan? Bagaimanakah diri ikhlas berkhidmat jika tidak selesa atau keselamatan terancam di jalan raya?
Guru perempuan pula tidak dapat menguruskan suami dan anak dengan baik sehingga berlaku keretakan rumah tangga. Tiada langsung rasa simpati untuk guru yang menghadapi masalah.
Bukan mahu ingkar arahan tetapi pihak berkenaan perlu rasional dalam membuat tindakan.
Guru masih berpegang teguh pada aku janji, namun jika kebajikan sendiri terabai bagaimana mahu menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.Jangan mempertikaikan jika ada guru yang hanya jasad wujud di sekolah, tetapi hati hilang entah ke mana. jangan mempertikaikan juga jika ada guru yang membatu tidak mengajar, tidak mengikut arahan, tidak memberikan komitmen, ponteng, perlu di kaunseling dan pelbagai lagi kerenah lain. Ini semua kerana kerenah birokrasi.
sumber : berita harian.
DARI JINGGO
ramai kawan2 pendidik kat blog ni
semuanya memahami cerita keluhan seorang guru diatas
INI PENGALAMAN SAYA
kerja kita sama
memdidik - dari konteks yang berbeza
PLKN
satu program besar
dikendalikan dengan objektif yang besar
untuk menjadikan program
KOMITMEN JUGA HARUS BESAR
tapi ceritanya sama.
PENEMPATAN VC KEBAJIKAN
saya pernah ditempatkan di kem air tawar lumut.
saya pernah ditempatkan di kem PDS PD.
semasa di lumut - balik 2 minggu sekali
masa di PDS - balik 2 hari sekali
BAYANGKAN DARI RAWANG
untuk menjaya misi besar
kelas pukul 8.00.pukul berapa saya harus berada dijalan
seterusnya di kem beranang.
INI PENGUDAH
hari2 dijalanan.
RAWANG ADA 2 KEM PLKN
kenapa tak dapat
ALASANNYA MUDAH.
tidak ada orang dalam yang boleh mengaturkan.
kita orang Melayu yg tidak boleh asingkan famili dan kerjaya
kebagusan dalam bekerjaya berfaktor kepada kekuatan emosi.

7 ulasan:

ONE ZABA berkata...

ini berlaku pabila kuasa dan ego org atasan melebihi akal fikiran. bukan memikirkan kebajikan guru atau murid tapi lebih kepada dendam. berlaku di mana-mana.

.... kerusi itulah yang bakal aku duduki tak lama lagi.

hmmm....sapa aku nak tukarkan lepas ni!!!!!!

Tirana berkata...

hehehe..cikgu2 sekelian kena baik dengan ONE ZABA..bribe him agar tak ditukarkan ke tempat yang jauh..hehehe..

Kesian cikgu-cikgu..sepatutnya cikgu-cikgu tak boleh berhadapan dengan stress yang keterlaluan kerana kerja mendidik perlukan fikiran yang tenang.

zan xray berkata...

Itu lah jinggo.masalah ni ada di mana2 jabatan. Yang istimewanya jabatan pelajaran ni banyak sekolah di bawahnya jadi banyak juga pilihan. tapi tidak juga jadi begitu. pertukaran ikut sesedap je.. dalam hati pegawai tu itu masalah anda bukan masalah saya.

Belum lagi terkena pada diri macam tu la.

zai berkata...

Aduhai...sedih dan geram dengar cerita macam ni..nasib baik kak zai bukan cikgu kalau tidak alamatnya terpaksa juga berkorban masa dan tenaga..., silap haribulan boleh berantakan rumahtangga kerana asyik bergaduh menetapkan siapa harus balik awal menguruskan rumah dan anak2..kalau nak kejar masa bermakna harus menjadi minah rempit setiap hari..bawak keta 140 km sejam...wajib !!!!

~Insan Biasa~ berkata...

dalam dilemma...mcmtulah...

setiakasih berkata...

Wahhh.... posting yang paling bagus dan menyentuh hati...
sungguh berani dan mendalam.

Tapi sayangnya... org yang berkenaan itu sudah lupa langit ini tinggi rendah dan telah lupa bahawa mereka dulu juga bekas guru... opss... mungkin dah lupa daratan dan tidak mahu mempertimbangkan goodwill kepada guru.

ah... sakitnya hati!

Noordin Khalid berkata...

apakan daya kita berada di tmpt yang politiknya ditahap kelas ketiga.

brp ramai bijakpandai malaysia tidak lagi mahu pulang ke malaysia hanya kerana ketidakseimbangan ini.

nape lak aku pulang dahulu? huhuhu

Eco Kid Adventure on Facebook