Khamis, 14 Januari 2010

seorang kawan yang ditimpa musibah

sapa mahu gagal dalam hidup
itu bukan fitrah kita.
KITA TIDAK PERNAH MENDENGAR ORANG BERKATA
alangkah bahgia aku tak bahgia.
proses untuk kemenangan tidak semudah yang kita fikirkan.
sebagaimana kata seorang ahli sufi
HEBATNYA MANUSIA DIUKUR DARI SKALA PEMASALAH
YANG DIHADAPI
dan bagaimana orang itu keluar dari pemasalah tersebut.
JANGAN PUTUSASA.
untuk itu percayalah
kegagalan memberi kita 2 perkara
pengalaman
kenangan
pengalaman bermaksud kita akan cuba dan cuba dan cuba
kenangan bermaksud kita tidak akan mencuba lagi
UNTUK ITU
bangunlah.
DAN PERCAYA
biar apa pun yang berlaku disini.
KITA DIAJAR
KITA HARUS BELAJAR.
seorang kawan.sudah berumahtangga.bisnes
ditipu.40 ribu.
isteri tak kerja
rumah hampir dilelong
kereta dah kena tarik
anak2 hari2 tanya - yuran sekolah macamana.
hutang mula datang satu persatu.
isteri telah mula mempersoalkan itu dan ini.
PENGALAMAN JINGGO
saya dah lalui semua.
saya juga tidak dibantu oleh sesiapa.
kawan2 - kita sekadar boleh bercerita.
MORALNYA.
Allah tahu apa yang terbaik untuk umatNya
percayalah.dekatkan diri dengan Nya
ada yang mahu di ajarkan pada kita.
percayalah.

11 ulasan:

Ruby berkata...

salam cgu...

bersyukur kerana kita terpilih untuk melaluinya...
kerana musibah jugalah kita berada di mana kita berdiri sekarang... tersungkur dan jatuh membuatkan kita tahu menilai kehidupan yang sebenar...
sakit rasanya tapi percayalah ada yang lebih sakit..
semuanya sudah diatur dan tidak ada satu pun yang terlepas daripada pandanganNya...
cuma kita perlu tahu di mana kita dan ke mana kita...

saya setuju...kita di ajar dan kita harus belajar...

terima kasih atas perkongsian itu...

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

terima kasih atas perkongsian yang mendamaikan. Betulkah semua itu? ttiap kali di pilih untuk lalui bermacam2, tiap kali itu mula diri berfikir "kenapa la aku tak kuat" tiap kali juga "kenapa aku dipilih" mungkin inilah di katakan kita berlajar dan di ajar.. Pengalaman kenangan. Semoga Allah permudahkan lalui semuanya dan semoga ada hikmah di sebaliknya.. kalau ikutkan hati ini.. nak tdo ja tak mau memikir apa pun. tapi itulah bila terjadi begini cepat sangat tak dapat bertahan nak lalui.. terima kasih jinggo terima kasih ats perkongsian. maiza kena dan harus lalui dengan tenang.. semoga Allah kuat dan permudahkan.. amen..

Unknown berkata...

ruby
kawan tu.datang.
ceritanya sama - tolong redakan kesulitan saya.....
jalan mudah - pinjamkan duit
jalan tidak mudah - tidak.

memang sudah menjadi satu prinsip -saya tidak akan bantu memudahkan rakan2 keluar dari kesulitan.

sepayah2 mana pun - kita akan diberi kekuatan : dikala beginilah kita dekat dengan Allah.

belajar dan belajar.

Unknown berkata...

maiza
saya dipilih
saya tidak memilih itu sahaja.
akhirnya lalui semua : sorang2.
ada kekuatan lain yg mungkin tidak pernah mahu dikongsikan

memang kesulitan menjadi saya kuat.....
walaupun tidak pernah dikongsikan dengan sesiapa.......

sebab saya MARAH orang yg menjadikan hidup ini main2.....

Maiyah berkata...

ujian itu menguatkan iman kita dgn lebih mengingati Allah.. InsyaAllah kawan jinggo tu akan dpt atasinya

sy doakan dia tabah dan sabar

Tirana berkata...

Kadang-kadang musibah datang sebagai ujian untuk menguji tahap kesabaran. Kadang-kadang ia datang untuk memberi peringatan terhadap kelalaian. Kadang-kadang ia datang sebagai pembersih terhadap dosa yang kita lakukan. Apa sekalipun sebab musibah itu menimpa kita, perkara pertama kita kena buat ialah REDHA. Redha ini lebih senang dicakap daripada dibuat tapi jika kita mampu buat, kesannya akan memberi kelegaan pada kita.


Saya pernah juga berhadapan dengan seorang kawan yang ditimpa musibah sehingga tidak ada makanan yang hendak dimakan. Sedih melihat anak-anak yang kelaparan. Pertama yang saya buat ialah memberi bantuan kecemasan. Bantuan kecemasan ini bermaksud bantuan segera berupa makanan dan sedikit wang ringgit untuk mengatasi kelaparan. Bantuan kedua ialah dengan mencarikan atau memberi sesuatu yang dengan itu dia boleh berdikari mencari rezekinya sendiri. Kita tidak selama-lamanya boleh memberi ikan sebaliknya kita boleh memberi joran di mana dengan joran itu dia bisa memancing ikan untuk meneruskan kehidupan.

Unknown berkata...

puan maiyah
saya kesian.kawan saya tu.
kadang2 dalam masa macam ni - nak bercerita pun kena tgk orang.
ada dua yg kita harapkan dihujung.
simpati
empati...

bagaimana kalau kita bercerita : kita akan ' menambah ' cerita.....org menempelak semula.....

Unknown berkata...

puan tirana
saya senang dan sokong pandanga puan tapi........

saya ada pandangan yg berbeza.

saya suka nak ' ajar ' kawan2 untuk keluar dari kepompong tu - tanpa jalan mudah.kecuali kalau dah tak makan...
sebab kita ada akal dan kewarasan untuk keluar.mesti ada jalan...
yg penting
jangan berhenti berharap.
sebab berdasarkan cerita kawan saya ni....
kesilapan mudah percayakan kawan......

yg kesian bila anak2 merengek....
itu yg saya tak boleh nak kata apa.

zaijb berkata...

salam jinggo,

setiap orang tidak sama kekuatan bagaimana utk mengharunginya... hanya yg bercekal hati saja dapat mengatasinya...

ape yg penting berikan sokongan dan kekuatan kerana bila sudah berkeadaan begini.... akal pun sukar utk berfikir dgn lebih dalam akibat dr tekanan dan desakan...

moga Allah mempermudahkan jalan hidup nye....

ONE ZABA berkata...

bebudak sekarang nak hadapi ujian UPSR pun dah setengah nazak ditekan dek mak bapak.

~Insan Biasa~ berkata...

musibah.....betul mengawalnya, menjadikan kita tabah. kalau sebaliknya, parah!

Eco Kid Adventure on Facebook