Khamis, 25 Mac 2010

jangan abaikan

SATU Pelajar Satu Sukan.
Mungkin itulah tema paling sesuai menggambarkan
hasrat Kementerian Pelajaran yang mahu
mewajibkan semua pelajar menyertai
satu jenis sukan mulai tahun depan.
SIHAT
sukan berupaya melahirkan pelajar
yang sihat dan cemerlang
Kajian untuk memberikan kredit atau markah kepada pelajar yang terbabit sukan adalah bagi mengubah persepsi ibu bapa sebelum ini melihat aktiviti sukan tidak memberi makna, sebaliknya lebih menekankan pencapaian akademik anak mereka.
DARI JINGGO
satu lagi bab yang mungkin
TIDAK MENARIK
kepada makayah yang selama ini
MEMBELAKANGKAN
bahawa pendidikan fizikal
TIDAK PENTING
dalam konteks kecemerlangan.
mungkin begini.
sukan @ pendidikan luar
tidak sekadar berlaku dan berlaku
begitu sahaja.
ada cerita yang mungkin mampu kita tafsirkan
melalui sukan.
ADA PENDIDIKAN MENGENAI
latihan fizikal
latihan komunikasi
latihan mengenai kepimpinan
latihan mengenai menang - kalah
latihan mengenai motivasi dalaman
latihan mengenai emosi
latihan mengenai.
SEMUA ORANG ADA MATLAMAT
YANG SAMA.
nak menang.
dibawah matlamat
ada starategi
ada tindakan
ada keputusan.
INI YANG KITA ABAIKAN.
comotkan sistem pendidikan kita bukan
berdasarkan berapa A yang kita ada
tapi ' softskill ' yang mampu dizahirkan
dalam bentuk tindakan.
UNTUK ITU APA LAGI
kepada rakan2 guru :apa lagi - praktis kembali skill yang mungkin
dan berkarat.agak2nya sukan apa yang kita nak ambik agaknya.

4 ulasan:

ONE ZABA berkata...

satu pelajar satu sukan...

bermakna tiada lagi takuk lama yakni tiap kali waktu mata pelajaran PJ ambil bola dalam stor...lepas tu main bola sepak bagi lelaki. bagi pompuan pulak pegi le main bola jaring. cikgu sekadar pemerhati.

Unknown berkata...

macam tu ke cguone
ada satu lagi...
kalau petang.
cgu2 duduk bawah pokok @ bawa payung dan mesti pakai cermin mata tebal...........ha...

harap2 selepas ni tidak macam tu lagi

zan xray berkata...

Masih ramai guru yang memberi komitmen dlm sukan, baik waktu pj atau luar waktu sekolah. yang gigih melatih , mengeluarkan duit sendiri untuk makan dan ganjaran pada anak didiknya.
begitu juga bidang dan pertandingan lain selain sukan.

Saya masih mengharapkan agar penilaian berasaskan peperiksaan mata pelajaran diberi sedikit kelonggaran agar kita dapat menumpukan membentuk sahsiah. Bak kata orang "meluntur buluh biar dari rebungnya"

Unknown berkata...

zan
harap2 begitu - sebab kalau di Maktab semuanya hebat.mungkin pemasalah semasa menjadi sebahagian guru2 yg dilatih ni tak dapat beraksi..

dengan adanya polisi baru - semakin hebat sekolah selepas ni..

Eco Kid Adventure on Facebook