Jumaat, 26 Mac 2010

my long distance relationship

MENCABAR dan sukar.
Itu ungkapan paling tepat untuk menggambarkan
perhubungan cinta jarak jauh. Namun demikian,
adalah tidak mustahil perhubungan
sebegini dapat bertahan dan kekal lama.
Apatah lagi kini, sudah menjadi trend kebanyakan anak muda atau pasangan suami isteri menjalinkan hubungan cinta jarak jauh walaupun sudah tahu risiko yang bakal dihadapi. Apa yang pasti, perhubungan sebegini mempunyai peluang yang sama untuk berjaya seperti perhubungan cinta jarak dekat.
Pensyarah Jabatan Psikologi dan Pembangunan Manusia,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Madya Dr. Khaidzir Ismail memberitahu,
hubungan jarak jauh ini sebenarnya,
jika difikir dari sudut positif
adalah lebih manis.
"Ia ibarat jauh di mata, dekat di hati.
Pasangan yang terlibat akan semakin rindu
antara satu sama lain kerana berjauhan rentetan
timbul rasa kehilangan dan kekosongan.
"Rasa kehilangan itu ditebus dengan berutus surat,
menghantar e-mel, menelefon.
Tetapi bahayanya perhubungan ini adalah,
jika terlalu lama berjauhan dikhuatiri kasih sayang mula pudar,"
Berikut beberapa tip bagi membantu pasangan
mempertahankan hubungan jarak jauh:
Kepercayaan dan kejujuran
Kepercayaan adalah keutamaan jika mahu
perhubungan sebegini berhasil.
Tanpa kepercayaan dan kejujuran hubungan
akan berada dalam keadaan bahaya.
Anda perlu percaya dan berserah pada takdir.
Komitmen
Komitmen amat penting dalam perhubungan.
Jika anda dan pasangan memberikan komitmen sepenuhnya dalam perhubungan,
ia akan berjaya. Faktor jauh atau dekat sama sahaja,
cuma perhubungan jarak jauh lebih banyak cabarannya.
Apa pun ia terpulang kepada individu.
Selalu berhubungan
Komunikasi amat penting.
Walaupun tidak dapat berkomunikasi secara
bersemuka atau secara langsung,
anda dan pasangan masih boleh berhubungan
dengan mengutus surat, e-mel dan menelefon.
Ia penting bagi mengelakkan pasangan mengisi kekosongan yang ada dengan mencari keseronokan dengan orang lain. Mungkin ia bermula dengan mencari teman untuk makan, bersukan atau sebagainya, namun ia mungkin akan membibitkan rasa cinta antara si dia dan teman baru.
Jangan letakkan banyak harapan
Setiap individu sememangnya mengimpikan perhubungan yang berakhir dengan kebahagiaan, namun jangan sekali-kali meletakkan harapan yang tinggi dalam perhubungan sebegini kerana dikhuatiri akan menyebabkan kekecewaan yang tragis.
Bukan bererti anda tidak perlu serius dalam menjalinkan hubungan, cuma jangan letakkan harapan 100 peratus terhadap hubungan cinta jarak jauh
sebegini kerana perhubungan sebegini sukar dan berisiko tinggi.
Kesetiaan
Perhubungan sebegini memerlukan kesetiaan antara pasangan
yang bersungguh-sungguh dan ikhlas.
Jika tidak hubungan tidak akan berjaya.
Kebanyakan pasangan yang tiada sifat ini akan putus
terutama melibatkan pasangan yang baru diperingkat bercinta kerana tiada ikatan.
Dalam kes ini, kebiasaannya lelaki lebih kerap berlaku curang.
Emosi
Jangan terlalu beremosi ketika berjauhan kerana faktor jarak dan
jarang bertemu muka membuatkan anda sering menaruh prasangka buruk.
Kawal emosi sebaik mungkin dan perlu berfikiran positif bagi mengelakkan pergaduhan.
sumber kosmo
DARI JINGGO
dari sebuah buku
menyatakan begini.
atas faktor apakah kita berjaya
mempengaruhi seseorang untuk
terus bersama kita.
DIRI SENDIRI
kemahiran pembinaan komunikasi
sosial yang menjadikan pasangan kita meletak.
HEMOFILLI
sudah menjadi fitrah manusia
sukakan diri sendiri.
semuanya berkaitan dengan diri sendiri
kebijaksaan mencari kesamaan minat.
KEKERAPAN
ini faktor penentu dalam
mengekalkan hubungan sosial.
kerap berhubung.
KETIGA2 FAKTOR
INILAH YANG MEMASTIKAN
HUBUNGAN SOSIAL BERJALAN
DENGAN SEMPURNA.

12 ulasan:

plumfield82 berkata...

Long distance relationship aka PJJ.. mmg best..! adventerous.. ;)
Most of my relationship is PJJ (wah, byk la sgt relationshipku..!! wakaka)

But.. yup! its fun.. sy selesa begitu. sy tak perlu merasa terkongkong dgn kehadiran si dia.. org lain pun x tahu bahawa kita single BUT NOT AVAILABLE.. hehe..

Bukan bermaksud utk mencari ruang memasang pihak ketiga.. tp PJJ memberikan kta peluang utk melalui hidup ini dgn cara kta sndiri.. kta ada life kta.. dia pun ada life dia.. pokok pangkalnya kta tahu hati kita hanya utk dia..

Tp PJJ adalah st berisiko tiggi utk org yg x faham nilai SETIA.. *wink wink!*

Apapun, sbnrnya kta x perlu bimbang memikirkan sma ada psgn yg jauh di mata itu setia atau pun x.. jujur atau pun x.. hakikatnya Allah tahu sejauh mana kejujuran & kesetiaan kita.. dan sesungguhnya Dia xkan mensia2kan apa yg kta lakukan.. maka, tawakal & redha la..

~resam dunia; what u give, u get back! :) ~

Unknown berkata...

plum
saya pandangan dari orang yg ' seakan2 ' merasai hubungan ni..
pada saya berubahan persekitaran - mewajibkan kita membenarkan hubungan PJJ ni.
dekat @ jauh risikonya tetap ada kan...cuma sejauh mana kemampuan kita mempastikan kita ' sama2 menang ' dalam situasi ini...

ZaridaIshak berkata...

PJJ!... penuh makna, kalau masa bercinta boleh lahh 'CJJ'... tapi sekarang ni dengan anak2 tak sanggup rasanya kalau study PJJ boleh le... hehehe
PJJ... memang perlu kepada rasa hormat dan setia yang tinggi kepada pasangan ... kerana manusia ni kekadang tak mungkin boleh hidup lama berseorangan dengan pelbagai dugaan dan ujian yang bergelandangan di sekeliling pinggang...

ONE ZABA berkata...

pengomen jarak jauh pun cukup kut...

zaijb berkata...

entry yg menarik....
jauh di mata bukan jauh di hati.....

Tuai padi antara masak... esok jgn layu-layuan.... intai kami antara nampak... esok jangan rindu-rinduan..

mmm... cari yg dekat jeelahh...he..

Unknown berkata...

yang baik
saya amat setuju ayat yg hujung tu
mana ada manusia boleh hidup sunyi2sorang diri.........

rajin2 lah call.
orang disana !

Unknown berkata...

cgu one
pada saya - semua yang jauh - hari ni mampu didekatkan..

Unknown berkata...

kepada zaijb
rajinlah hubungi en abang tu...
PJJ kan..
dan saya jadi ayah PJJ aja sekarang.....

zai berkata...

Percintaan jarak jauh ni kadang2 lebih indah dari percintaan jarak dekat kerana ia membuatkan saling rindu-rinduan..berbeza kalau dah saling berjumpa..nantikan jemu dan perasaan CINTA juga akan mulai PUDAR seiring dgn masa..bukan apa bila dah sering bertemu mulala nak bertekak.. ada ja yg tak kena.. !!

ONE ZABA berkata...

zaijb...

aku pong nak ngintai sama la. tapi bukan takat antara nampak je la. memang nampak terus.

zaijb berkata...

one...

nampak ape tue... tak baik skodeng tau...he...

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

maiza benar2 bersetuju.. PJJ memang indah.. ya.. saling percaya mempercayai.. tak kisah la.. berhubung hanya di YM.. yang penting si dia tak kan lupa kita.. mudah-mudahan bila si dia kembali akan ada sesuatu.. yg akan merangkumi satu.. betul la jng terlalu berharap, tapi bila dah di ucap kata2 "dclare" usah takut atau risau.. Ya Allah jika itu orangnya penyeri dekatkan kami.. jika tidak jauhkan.. mudah-mudahan saling mengerti.. penghujung pada sebuah kisah yang terbaik.. InsyaAllah.. Ameen..

Eco Kid Adventure on Facebook