Selasa, 27 April 2010

kelebihan mendengar.....

Manusia memerlukan didengar kata-katanya sama
seperti dia perlukan makanan.
Tanpa makanan akan lemahlah jasad, sakitlah badan.
Tanpa didengar akan tumpullah perasaan dan lumpuhlah emosi.
Manusia yang membesar tanpa diberi hak didengar
akan menjadi manusia
yang kurang cerdas emosinya apabila dewasa kelak.
Dia akan gagal mengurus perasaan marah,
kecewa, takut dan dendamnya.
Orang yang begini, akan gagal dalam hidupnya.
Peri pentingnya didengar dalam hidup seseorang itu hingga
menyebabkan bijak pandai mengungkapkannya
melalui kata-kata hikmah yang berbunyi:
“Tugas cinta yang pertama ialah mendengar.”
kekasih yang baik ialah kekasih yang mendengar.
Mendengar rintihan, keluhan, aduan dan rayuan pasangannya.
Justeru, dengan mendengar cinta akan lebih subur dan harum.
Dengan mendengar ertinya kita memberi telinga, mata dan hati.
Orang yang mendengar sebenarnya
adalah orang yang “memberi”…
Bukankah cinta itu bererti memberi?
Memberi kasih-sayang, perhatian dan perlindungan.
Orang yang banyak mendengar akan banyak
belajar dalam hidup ini.
Orang yang banyak mendengar bukan sahaja
banyak pengetahuan tetapi akan banyak
kawan dalam masyarakat.
Mungkin kerana itu Allah ciptakan kita dua telinga
dan satu mulut sebagai simbolik,
kurangkan berkata-kata tetapi banyakkan mendengar.
Malangnya, kebanyakan manusia
lebih suka “memperdengarkan”
daripada mendengar cakap orang lain.
Lidah selalu menyebabkan telinga menjadi tuli.
Dalam pergaulan, kita selalu sahaja ingin
memonopoli perbualan.
Kononnya dengan banyak bercakap kita akan terlihat pandai
dan bijak berbanding orang yang diam.
Kebanyakan kita menyangka orang yang diam itu bodoh.
Tidak ada idea dan pendek wawasan.
Sedangkan diam itulah terpuji dan bermanfaat.
bahkan mampu mendengar seluruh
pengaduan hamba-Nya pada satu masa!
dari blog : ustaz pahrol
DARI JINGGO
ini satu lagi kemahiran
yang kita abaikan
MENDENGAR
tuhan jadikan satu mulut
dua telinga untuk kita
banyak memdengar.
SATU SKILL YANG DIABAIKAN
percayalah
ketidakmahuan kita mendengar
menjadikan satu lagi hal yang
menjadikan kita semakin tidak
penting dalam kehidupan orang lain.

3 ulasan:

Ruby berkata...

salam cgu

bukan senang untuk menjadi pendengar yang setia..

Tanpa Nama berkata...

Salam Cikgu Jinggo,

Alangkah lebih baiknya lagi seandainya kita amanah menjaga 'luahan hati' orang yang telah mempercayai kita itu.

Janganlah kita amanahkan pula 'luahan hati orang tu' kepada orang lain tanpa keizinannya.

ONE ZABA berkata...

betapa seksanya kalau ada dua mulut satu telinga. mana satu nak didengar agaknya.

Eco Kid Adventure on Facebook