Selasa, 18 Mei 2010

JIWA wanita mana yang tidak tertarik dengan lelaki yang berbudi penyayang, pemurah, bertimbang rasa, bertanggungjawab, ikhlas dan jujur. Anda juga berkemungkinan besar jatuh cinta dengan lelaki apabila dia memiliki sifat-sifat baik seperti itu.
Kesemua peribadi terpuji tersebut sudah tentunya terbentuk atas asuhan ibu bapanya, malah didikan itu juga biasanya menyebabkan anak lelaki sangat menuruti arahan dan permintaan keluarga terutama ibunya.
Ia mungkin bukan masalah apabila lelaki masih lagi bujang,
namun konflik boleh terjadi apabila sudah menjengah
alam rumah tangga dan menjadi seorang suami 'anak emak'.
Tindakan suami menuruti segala permintaan
ibu membuatkan si isteri acapkali menjeruk rasa.
Menurut Ahli Psikoterapi Universiti Putra Malaysia (UPM),
Prof. Dr. Azhar Md. Zain, mengikut teori Sigmund Freud,
secara semula jadi anak lelaki lebih cenderung
bersama ibu manakala
anak perempuan pula dengan bapa.
Oleh sebab itu, secara naturalnya dapat dilihat kebanyakan
anak-anak lelaki lebih rapat dengan ibu sehingga
berkongsi segala masalah peribadi dan
menjadikan ibu sebagai sahabat baik mereka.
Bagi golongan isteri yang sukar menghadapi suami 'anak emak',
Azhar memberi beberapa tip untuk memperbaiki
keadaan dan menangani masalah agar
tidak menggugat kebahagiaan rumah tangga.
Kenali personaliti jejaka
Sebelum menjalin hubungan lebih serius kenali
kekasih anda terlebih dahulu.
Seseorang wanita boleh memahami personaliti dan
latar belakang lelaki itu sewaktu bercinta lagi.
Pada waktu itu, anda boleh melihat cara perbualan atau
kekerapan teman lelaki anda bercerita mengenai ibu atau ahli keluarganya.
Jika anda boleh menerima situasi dia sebagai lelaki 'anak emak', maka anda seharusnya belajar menerima situasi itu dari awal. Jika anda wanita yang tidak dapat bertolak ansur dengan situasi tersebut, sebaiknya anda sudah menamatkan hubungan itu daripada pergi terlalu jauh. Apabila anda memahami lebih awal sifat tersebut, setelah berkahwin anda lebih mudah menyesuaikan diri dengan situasi itu.
Memberitahu perasaan
Elakkan naik berang atau pun cemburu tatkala suami lebih
memberi tumpuan kepada ibunya.
Ini akan membuatkan dia berasa tertekan
dan mendorong kepada keretakan hubungan indah suami isteri.
Cuba beritahu suami apa yang boleh dia lakukan untuk menunjukkan kejujuran, kasih sayang dan keikhlasan dirinya kepada anda. Misalnya, anda berkecil hati apabila terdengar kata-kata sinis dan aduan ibu mertua kepada suami tentang diri anda. Jangan merajuk sebaliknya beritahu kepada suami supaya meminta ibunya berterus-terang dengan anda. Bercakap secara berhadapan boleh mengelakkan syak wasangka. Dengan ini, suami tidak perlu menjadi orang tengah untuk menyelesaikan masalah.
Terbuka dan positif
Apabila anda berfikiran terbuka dan positif,
segala tindakan sama ada suami mahupun ibu mertua tidak menjadi masalah besar.
Amalkan sikap lebih bersabar dan berdoa agar
dapat mengharungi segala masalah dengan tenang.
Ibu mertua juga semakin lanjut usia,
sudah tentu dia juga inginkan perhatian dan berhak ke atas anak lelakinya.
Apabila anda berfikiran begitu, soal kepentingan
dan kasih sayang yang utama jarang timbul
dalam diari kehidupan yang indah ini.
Jalin hubungan baik
Layanlah ibu mertua seperti ibu sendiri anda.
Sungguhpun teguran dia kadangkala menyinggung perasaan tetapi
jangan lupa tanpa didikan serta pengorbanan wanita
tersebut mungkin tiada suami yang tercinta itu.
DARI JINGGO
saya ada seorang kawan
kisah berlenggar pada
mak saya cakap
mak saya cerita
mak saya bagi tau
AKHIRNYA.
kita berkongsi lagi satu kisah kehidupan.

4 ulasan:

Guru berkata...

kalau suami menjaga hubungan baik dengan ibunya, insyaAllah anak2 kita pun akan menjaga hubungan baik ngan kita, ibunya

Rohani M.U berkata...

Salam.
Satu lagi n3 yang menarik untuk difikir-fikirkan.

Marzalina berkata...

menraik betul...memang wajar mengenali siapa pasangan kita sebelum membuat keputusan utk bersamanya..saya rasa tak salah kalau menjadi lelaki anak emak kerana dalam apa juga situasi..ibu harus diutamakan dari isteri..sbb syurga anak adalah di bawah tapak kaki ibu, tapi kena jugaklah ikut keadaan..memsti bijak membahagikan masa dan kasih sayang jika tersepit dlm dilema anak emak ni.

CITY® berkata...

saya wanita apa ya?

wanita jinak2 merpati?

wanita si rama-rama?

hehhehehheh...

saya wanita biasa sahaja

Eco Kid Adventure on Facebook