Selasa, 31 Ogos 2010

kita dimana...

santun bercakap mengandung adab
santun berbual mengandung akal.
CERITANYA
setiap katabual kita seharusnya kita
mendahulukan akal.
kalau hendak melihat orang beradab
tengok caranya memilih cakap
tengok gayanya dalam bercakap
TENTUNYA BUKAN MUDAH
kerana kita dilahirkan dengan karektor
dan pembentukan dari persekitaran
yang menjadikan kita siapa hari ini.
KITA KONGSIKAN BEGINI
tingkahlaku kita boleh dibahagikan kepada
3 iaitu tingkahlaku
ASERTIF
AGRESIF
PASIF
ciri2 sifat diatas
arsertif
menghadapi masalah dan keputusan dengan sepatutnya
cuba memahami perasaan pihak lain
sebelum mencurahkan perasaan
berkonsepkan menang - menang.
menghormati suasana.keperluan dan hak orang lain.
membenarkan org lain habis bercakap sebelum menyampuk.
sentiasa beranggapan orang lain hebat.
boleh mengambil bahagian dalam
perbualan dalam keadaan dan situasi apa pun
dengan menggunakan nada suara yang sederhana.
agresif
sentiasa berperasaan diri betul dan hebat
suka melanggar hak orang lain dan
mengambil kesempatan ke atas orang lain
sering menunjukkan kemarahan dan pemberontakan
diri secara mendadak dan tidak terkawal.
suka mengujudkan pertengkaran dan permusuhan
suka menghina dan memandang
rendah pada orang lain.
cepat membuat andaian dan prasangka negetif
tidak suka mengalah walaupun ada bukti
pasif
sentiasa hak dirinya dilanggar oleh orang lain
tidak yakin dan sentiasa.
membenarkan orang lain membenarkan pihak lain
membuat pilihan bagi pihaknya.
tidak mencapai matlamat dalam setiap perhubungan
sentiasa merasa terhalang.tidak berminat
dan cepat menarik diri.
merasa kecewa , rendah diri , kecil hati , cemas.
cepat dan mudah mengalah pada keputusan yang
dibuat pada orang lain.
DARI JINGGO
tentunya tidak mudah
seorang yang disenangi dalam
semua ruang dan urusan dalam
perhubungan sosial.
tapi percayalah
70 % dari masa sedar diri - kita
sentiasa berurusan dengan orang lain
45 % berkomunikasi verbal
55 % berkomunikasi secara non-verbal.
dimana2 ketidakbetulan dalam hubungan sosial
menjadikan diri kita terus tidak
DIPEDULIKAN.

3 ulasan:

2_one berkata...

erm...tdk dpt dinafikan komunikasi itu amt penting..dan seolah2 tiket utk bahagia..silap berkomunikasi sengsara hidup..krn kite hidup bkn seorg dri tp dikellilingi oleh yang lain..komunikasi menngerakkan sesuatu situasi....sy juga msih lemah dlm komunikasi..perlu belajar lg..tq ats perkongsian..

ZOOL@TOD berkata...

Menarik dan saya bersetuju 100%. Bahasa menunjukkan/ menggambarkan perwatakan kita.

Kalau bahasanya kotor, hatinya pasti tidak bersih.

Bahasanya kasar, pasti tindakannya juga turut kasar.

a kl citizen berkata...

saya sependapat dengan jinggo dan zool

ramai sangat kini yang bersifat agresif teruma anak muda...

Eco Kid Adventure on Facebook