Isnin, 27 September 2010

malas nak tulis..copy ajalah...

ANDA seorang pemalas? Atau anda seorang bos yang kecewa dengan sikap pekerja-pekerja anda yang malas dan lembap dalam melaksanakan tindakan? Jangan marah-marah. Mungkin anda perlu melihat malas dalam horizon yang lebih luas.
Selain melihat malas lebih kepada masalah psikologi atau sikap individu, malas juga boleh dilihat dari sudut kesihatan. Seseorang itu mungkin malas kerana mempunyai penyakit yang bersimptom kemalasan atau melibatkan hormon.
Menurut pakar kesihatan pekerjaan, Hospital Pakar An-Nur, Dr. Azrul Rozaiman Datuk Abdullah, malas bukan sekadar keengganan untuk melakukan sesuatu aktiviti tetapi ia adalah koleksi sifat-sifat buruk merangkumi sikap
gemar bertangguh,
tidak menepati waktu,
tidak pandai mengurus masa
lemah untuk mengenal pasti apa yang perlu diutamakan.
SESEORANG itu mungkin malas kerana
kurang pengetahuan tentang apa yang
sepatutnya dilakukan.
Jelasnya, daripada konteks kesihatan, malas boleh berlaku
dalam dua keadaan iaitu malas yang merupakan
simptom kepada sesuatu penyakit atau
malas kerana kesan sampingan ubat-ubatan.
Azrul memberitahu, memang terdapat beberapa penyakit yang boleh menjurus kepada sifat malas seperti penyakit hipotiroid yang disebabkan oleh kekurangan hormon tiroid.
“Apabila hormon tiroid kurang dalam diri seseorang individu, maka ia biasanya akan memperlihatkan simptom malas seperti mentalnya lambat memproses maklumat, lesu, pergerakan turut menjadi lambat dan aktiviti metabolisme badan menjadi perlahan,” ujarnya.
Hormon tiroid dikeluarkan oleh kelenjar
tiroid yang terletak di bahagian
leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan.
Hormon tiroid berkurangan boleh jadi disebabkan oleh
kekurangan pengambilan makanan beriodin seperti ikan.
Amalan bertangguh-tangguh atau melengah-lengahkan
kerja juga menjadi penyakit masyarakat
moden kerana tekanan hambatan masa.
Menurut sebuah majalah kesihatan,
kajian terbaru mendapati 20 hingga 25 peratus
daripada manusia hari ini adalah seorang yang gemar
bertangguh berbanding hanya lima peratus pada tahun 1978.
“Persekitaran turut mempengaruhi
seseorang itu menjadi malas,”
ujarnya sambil menjelaskan terdapat dua kategori malas,
iaitu malas pada perkara tertentu dan malas pada melakukan banyak perkara.
“Ada sesetengah orang itu kita lihat dia rajin di rumah
tapi di pejabat dia malas dan begitu juga sebaliknya.
Mengapa ini berlaku?
“Ia mungkin kerana minat terhadap
aktiviti berkenaan kurang kerana kekurangan
pendedahan atau pengetahuan,” katanya.
Memberikan motivasi juga merupakan salah satu
cara untuk menyingkirkan sifat malas.
Sebab itulah pengkaji-pengkaji dari Australia pernah
menyifatkan malas yang ekstrem sebagai motivational deficiency disorder.
“Motivasi boleh datang daripada dalam diri individu itu
sendiri dan boleh diperoleh daripada dorongan motivasi orang lain.
Motivasi bagi diri sendiri boleh diperoleh dengan
menetapkan matlamat yang khusus,” ujarnya.
“Adakalanya penyakit malas perlu
diubati dengan paksaan.
Bukankah dalam hidup
kita ada perkara yang
kita pada awalnya tidak berminat
tetapi berubah minat
apabila didorong atau dipaksa
untuk melakukannya?
KESIMPULANNYA
malas dengan tak minat
malas sebab tidak ada pengatahuan
malas ubatnya adalah
PAKSAAN

3 ulasan:

Mak Su berkata...

mcm tahu2 jer cikgu jinggo ni, sy mmg tgh malas ni....

Unknown berkata...

mak su malas apa
malas masak
sebab tak minat masak
malas libat baju
sebab tak minat..ha..

jangan malas jadi orang..ha

ONE ZABA berkata...

tak mengomen pun kira malas jugak...

Eco Kid Adventure on Facebook