Selasa, 19 Jun 2012

hidup adalah keajaiban...


Sekelompok siswa kelas geografi sedang mempelajari “Tujuh Keajaiban Dunia.” Pada awal dari pelajaran, mereka diminta untuk membuat daftar apa yang mereka pikir merupakan “Tujuh Keajaiban Dunia” saat ini. Walaupun ada beberapa ketidak-sesuaian, sebagian besar daftar berisi:

Piramida
Taj Mahal
Tembok Besar Cina
Menara Pisa
Kuil Angkor
Menara Eiffel
Kuil Parthenon



Ketika mengumpulkan daftar pilihan, sang guru memperhatikan seorang pelajar, seorang gadis yang pendiam, yang belum mengumpulkan kertas kerjanya. Jadi, sang guru bertanya kepadanya 
apakah dia mempunyai kesulitan dengan daftarnya.



Gadis pendiam itu menjawab,

“Ya, sedikit. Saya tidak bisa memilih karena sangat banyaknya.”
Sang guru berkata, “Baik, katakan pada kami apa yang kamu miliki, dan mungkin kami bisa membantu memilihnya.”
Gadis itu ragu sejenak, kemudian membaca, “Saya fikir, “Tujuh Keajaiban Dunia” adalah" :


Bisa melihat,
 Bisa mendengar,
 Bisa menyentuh,
 Bisa menyayangi,



Dia ragu lagi sebentar, dan kemudian melanjutkan,



Bisa merasakan,
 Bisa tertawa,
 Dan, bisa mencintai



Ruang kelas tersebut sunyi seketika. Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat pada eksploitasi manusia dan menyebutnya “keajaiban”. Sementara kita lihat lagi semua yang telah Tuhan karuniakan untuk kita, kita menyebutnya sebagai “biasa”. Semoga anda hari ini diingatkan tentang segala hal yang betul-betul ajaib dalam kehidupan anda.

Khamis, 14 Jun 2012

kalau ada kuasa....

Alexander The Great, atau yang lebih dikenal juga dengan nama Iskandar Zulkarnain, adalah raja Romawi yang sangat terkenal dengan kepemimpinannya.

Suatu waktu Alexander The Great memimpin pasukannya melintasi gurun pasir yang panas dan kering. Setelah hampir dua minggu berjalan, ia dan pasukannya kelelahan dan hampir mati kerana kehausan. Tetapi Alexander tetap memimpin pasukannya untuk terus berjalan penuh semangat.

Pada siang yang terik, dua orang pasukannya datang menemui Alexander dengan membawa semangkuk air yang mereka ambil dari sebuah kolam air yang telah kering. Kolam air itu kering dan hanya ada sedikit air yang tidak akan cukup untuk memenuhi seluruh pasukan. Melihat hal ini, Alexander membuang air itu ke gurun pasir.

Sang Raja berkata, "Tidak ada gunanya bagi seseorang untuk minum
di saat banyak orang sedang kehausan!"

Demikianlah kepemimpinan itu. Anda tidak boleh memperlakukan orang-orang anda hanya sebagai alat untuk mencapai tujuan anda. Anda harus menunjukkan ketulusan dan keteguhan diri anda dengan sama-sama merasakan apa yang orang-orang anda rasakan.

CERITA KITA HARI INI

kita berhadapan dengan cerita demi cerita
kepimpinan dan kuasa.
ada yang kamukan
KUASA UNTUK BERKUASA
KUASA UNTUK BERSOSIAL
mana satu pilihan kita.

Isnin, 11 Jun 2012

keputusan.......

Seorang wartawan menemuramah seorang CEO sebuah bank luar negara

“Tuan, apa rahsia kejayaan anda?”
“Tiga perkataan sahaja” jawabnya.

“Apa itu tuan?”
“Keputusan yang tepat!”

“Bagaimana anda membuat keputusan yang tepat?”
“Satu perkataan sahaja”

“Apa itu tuan?”
“Pengalaman”


“Dan bagaimana anda mendapatkan pengalaman?”
“Tiga perkataan sahaja juga”

“Apa itu tuan?”
“Keputusan yang salah…”

Jangan terlalu kecewa jika tersilap langkah,
anggaplah itu adalah pengalaman yang mematangkan anda untuk kejayaan cemerlang di masa hadapan.

Sabtu, 9 Jun 2012

berani menjadi berbeza.........

senang sekali ulang2 ayat ini
BERANI MENJADI ORANG BERBEZA
untuk berjaya mesti menjadi orang berbeza
menjadi orang berbeza.
CUMA KADANG2
dalam keinginan kita mencipta berbezaan tersebut
haruskah kita sasarkan dari garis kehidupan kita sendiri
SEKADAR UNTUK MENJADI ORANG BERBEZA
dan tentunya dalam konteks kehidupan biasa kita
kita perlu tahu satu perkara lain
UNTUK MENJADI ORANG BERBEZA
menjadi orang berbeza tentu sahaja tidak disenangi kelompok.
kerana orang berbeza.
berkerja dengan komitmen berbeza
berurusan dengan masa dari sudut yang berbeza
berurusan dengan manusia juga dari sudut yang berbeza

KERANA KELOMPOK KITA
BUKAN ORANG BERBEZA.


Rabu, 6 Jun 2012

kisah suami.

Jaga emosi suami anda

SETIAP isteri sering mendambakan kata-kata cinta dan sayang yang lahir daripada mulut suami masing-masing hampir setiap hari.Sebagaimana isteri, suami juga sebenarnya mempunyai keinginan yang serupa. Mereka ingin dibelai manja dan juga 'disimbahi' dengan kata-kata sayang daripada isteri mereka.

Mungkin cara setiap individu adalah berbeza dari segi pengucapan dan ada di kalangan isteri yang jarang-jarang memberi pengucapan kata-kata itu kepada suami masing-masing melainkan si suami terlebih dahulu mengucapkan kata-kata hikmat itu.Ini kerana ada di kalangan isteri yang malu untuk menzahirkan ucapan sayang akibat daripada runtunan perasaan yang berbelah bahagi, malu untuk melakukannya mahupun atas rasa ego dan merasakan tidak penting kata-kata berkenaan berbanding pengucapan yang terlahir daripada mulut suami.

Sebenarnya, menzahirkan perasaan sayang itu bukan hanya sekadar daripada kata-kata. Sekiranya sebagai seorang isteri anda malu atau tidak mudah untuk menzahirkan kata-kata itu ia sebenarnya boleh diperlihatkan menerusi perbuatan.Anda juga boleh menunjukkan rasa sayang anda dengan melakukan beberapa perkara asas:

1. Hormati dia

Cara yang paling berkesan untuk membuktikan cinta ialah belajar menghormati dia khususnya di depan sanak saudara. Buatlah sesuatu yang baik untuk membuktikan anda menyayangi suami anda dan jangan sesekali memperlakukan yang anda lebih berkuasa daripada dia di depan orang lain.

Sentiasalah menjaga maruah dan 'air muka' suami anda.

Sekiranya di dalam telefon pun tidak perlulah anda bercakap dengan nada sinis mahupun garang kepada suami anda seolah-olah untuk menunjukkan kuasa anda kerana anda tahu pada masa itu orang yang berhampiran dengan anda dapat mendengarnya. Jangan sesekali memperlihatkan suami anda dayus di depan anda.

2. Sentiasa meminatinya

Kata-kata seperti "saya suka tubuh abang" atau " abang ni kelakarlah", umpama pujian yang meresap ke dalam tubuhnya. Siapa yang tidak sukakan pujian tambahan pula ia dikeluarkan oleh insan yang dicintainya.

3. Biar dia mendengar pujian anda

Katakanlah anda sedang berbicara dengan rakan-rakan di rumah, sesekali pujilah suami anda dan biarkan dia mendengarnya sebaik apabila dia melintas di belakang anda. Pastinya dia berasa senang dengan pujian anda itu.

4. Tinggalkan segalanya

Sebaik dia pulang ke pejabat atau berada di rumah, fokuskan diri anda hanya untuk dia. Jauhkan diri daripada komputer, tutup televisyen, biarkan anak-anak anda bermain sendiri, berhenti memasak dan berikan tumpuan sepenuhnya untuk dia dalam beberapa minit. Ini pastinya memberikan suami anda terasa diutamakan.

Ini tidak, ada di kalangan isteri yang asyik menonton televisyen sedangkan suaminya sudah melangkah kaki ke dalam rumah baru pulang dari kerja.

5. Perasan akan kekuatannya

''Tolong bang, ketatlah balang ini" atau "abang kuatlah boleh membukanya," atau ''cantiklah cat ini, sesuai abang pilih," adalah contoh berbentuk pujian ikhlas yang boleh menyebabkan suami anda berasa dihargai dan disayangi.

Namun jangan sesekali memuji 'palsu' suami anda dengan harapan untuk mendapatkan sesuatu. Dia boleh mengetahuinya.

6. Maafkan kelemahannya, terima seadanya

Semua daripada kita mempunyai kelemahan masing-masing. Maafkan kelemahan suami anda dan terima dia seadanya dan jangan gunakan kelemahannya untuk menentangnya.

7. Jangan bandingkan

Jangan sesekali bandingkan suami anda dengan lelaki lain. Golongan Adam ini masing-masing mempunyai kelemahan dan kekuatan tersendiri. Jika selalu sangat membandingkan suami anda dengan lelaki lain, dia akan terasa kelemahannya dan akan timbul emosi negatif dan menjarakkan hubungan dengan anda.

Selasa, 5 Jun 2012

dari jinggo

Salah satu asas untuk melakukan sebarang perubahan -
anda harus memenuhi keperluan diri anda sendiri terlebih dahulu.

TANGGUNGJAWAB KITA BUKAN UNTUK
MENYENANGKAN ORANG LAIN TERLEBIH DAHULU.

nampak seperti ada keangguhan disitu.
seorang ahli akademik menulis begini.
setelah kita melakukan yang terbaik untuk diri sendiri barulah terdaya kita
memberi sumbangan dan layanan yang terbaik bagi orang lain.

dr seabury dalam buku

ART OF SELFISHNESS menyatakan.
jangan bimbang tentang keadaan dunia - jika anda bimbang perasaan itu akan menghancurkan diri anda fikirkan masalah satu persatu.
senangkan diri anda lakukan sesuatu untuk anda dan orang2 lain akan menyokong anda. - MASANYA TELAH TIBA UNTUK ANDA MENYOKONG DIRI SENDIRI

dari jinggo

kita sibuk membantu orang lain
sumbangan diri vc pembanggunan diri.
maka hari ini begitulah
cerita persekitaran kita

Jumaat, 1 Jun 2012

mahu menulis lagi...



TAPI TAK TAHU DIMANA MULANYA
kita mulakan begini.
seorang sarjana ilmu menulis begini.
99% KEGAGALAN DISEBAB OLEH ALASAN
dan alasan tidak menulis disini
TAK TAHU NAK MULAKAN.
ok kita mulakan.
2012.
banyak cerita menarik kami dan diri sendiri
kami telah pindah kem.
YANG LEBIH MENARIK DAN PRAKTIKAL
kami juga telah mula untuk keluar zon kami
KAMI UNTUK ' STUDENT DEWASA '
itu yg pasti.
dan kami sudah lakukan.
TIDAKLAH SE ' RUMIT ' MANA
modul yg sama
jurulatih yg sama
CguJinggo yang sama.
KENAPA TAK MULAKAN DARI DULU.
alasan
alasan
alasan.
Eco Kid Adventure on Facebook