Rabu, 31 Disember 2008

Sorotan 2008


Liputan akhbar terhadap Eco Kid
Beberapa jam lagi kita akan sidaikan tahun 2008. Banyak orang banyak cerita. Yang pastinya banyak perkara2 yang kita mahu @ tak mahu berlaku. Seadanya siapalah kita untuk menidakkan apa yang telah berlaku.
DALAM HIDUP TENTUNYA KITA TIDAK BOLEH MEMILIH SEMUA YANG HANYA KITA MAHU SAHAJA.SEBAB TERKADANGNYA YANG KITA TIDAK MAHU ITU : LEBIH BAIK DARI APA YANG KITA MAHU.
Dan sebagaimana orang lain : Ada yang mahu menyimpan dan ada yang mahu menyelak kembali cerita demi cerita 2008. Hari ini suka rasanya saya mahu menyelak sedikit dan 'menyimpan ' terus apa yang tidak sepatutnya diselak lagi.
CERITA JINGGO
2008 : terlalu banyak warna warna.hitam.putih.kuning.merah.dalam kelabu.Tapi itulah cerita kita sebab terkadangnya kita tidak berpeluang yang banyak untuk memilih. Pastinya : itulah kehidupan SEAKAN AKAN kita memilih. Seterusnya apa lagi : kita disini bukan untuk dihukum dan dihakimi.
Jinggo 2009 : Seterusnya jalan harus kedepan.Dalam bidang kerjaya tentunya saya telah mula meletakkan diri dalam satu kelompok yang semua orang mahu.Dihargai dan diletakkan ditempat yang betul. Itu landasan untuk seterusnya.Harapan semuga landasan ini akan diperkukuhkan dengan penglibatan beberapa watak lain.Sebab kita tidak mampu naik keatas tanpa ada orang dikiri kanan.Landasan sudah disedia.Jalan seterusnya kehadapan.

Isnin, 29 Disember 2008

Kita tak suka ARAHAN

ini adalah mangsa ARAHAN

Dua cerita yang berlaku dihujung2 ini terus menjadi penghakiman saya mengenai satu perkara semua orang tidak suka : ARAHAN.
Murid2 tak suka di ARAH buat HomeWork
Suami tak suka di ARAH berhenti hisap rokok
Mat Rempit tak suka di ARAH jangan merempit
Anak2 tak suka di ARAH basuh kasut sekolah
DAN cgu - cgi tidak suka di ARAH kerja lebih masa....
Kita menentang ARAHAN.
Bagaimana kalau tidak ada ARAHAN
Sebab ARAHAN adalah kita tak SUKA BUAT tapi KITA BUAT.
Pastinya kita tidak MEMILIH untuk BUAT.
Menurut kajian besar dalam buku Sosial Skill :
Ketindakbijaksaan kita memberi ARAHAN membuat ARAHAN akan dijengkel. Sebab manusia memang tidak suka di suruh tapi dia akan buat kalau dia SERONOK untuk BUAT.
ARAHAN melibat pemberi arahan.
ARAHAN melibatkan komunikasi verbal & non- verbal pemberi arahan.
Kajian terbaru pada BAHASA BADAN OBAMA :
Semasa Obama memberi ARAHAN -Tapak Tangannya akan keatas ( terbuka ) ...bukannya kebawah.Menunjuk dengan tapak tangan kebawah ( sambil menunjuk ) adalah lambangan kepada KUASA. Dan pastinya autokratik.

Moral untuk kita : Saya terlibat dua situasi yang melibatkan arahan.Seorang rakan meninggal dunia .Satu pejabat datang.Dari Pengarah sampai ke PAR.Bila jenazah mahu diusung.Arahan dari Pengarah : yang mengusung semua pekerja bawahan. Malam tadi sekali lagi bersama rakan2 disatu Program di Banting.Sekali lagi melibatkan arahan.Buat BBQ - semua pekerja bawahan. Pegawai masih memberi ARAHAN....dan sempat mencuri2 dengar soksek2 dari pekerja bawahan......sampai diluar pejabat pun nak bagi arahan

Sabtu, 27 Disember 2008

Ini sekadar pandangan :Kenapa saya masuk dan keluar PLKN

Selamat Menjalani Latihan Wira dan WiraWati dan tentunya Cgu2 PLKN.
Selamat bertugas kerana bermula hari ini dan seterusnya dunia kalian akan berbeda.Dunia yang dikelilingi oleh ARAHAN. Kenapa tergerak hati untuk menulis tajuk ini sedangkan ramai yang mungkin berpandangan yang PLKN adalah
Program yang tidak halatuju yang jelas. Program yang tentunya punyai NAWAITU untuk menguatkan POLITIK seseorang. Program yang akan mengayakan kroni2.Tidak Islamik. Program yang akan mengalakkan lagi percampuran jantina. .
( kalau kita memang tafsir untuk mencari kesilapan : kesilapan lah yg kita akan jumpa )
ITU SEKADAR PANDANGAN.
Dan ini PANDANGAN SAYA.
PLKN - secara praktikalnya adalah satu Program Bina Insan yg paling lama ( 3 bulan ) yang pernah diujudkan di Malaysia. Biarkan apa pun pandangan demi pandangan : ini adalah satu2 media yang menyediakan latihan pembinaan diri jatidiri , motivasi luaran & dalam , kecintaan pada negara seterusnya meletakkan remaja dilandasan yang betul
berdasarkan realiti
hari ini.
Media yang secara jelas cantik pada pembikinan Modul.

2004 : Saya sudah ber'bekal' pengalaman hampir 7 tahun dalam bidang yang sama -saya meletakkan komitmen dengan NAWAITU yang jelas.BERKONGSI. Seterusnya TOT.Saya tuang CAWAN SAYA.KOSONG.saya kaut sebanyak mana mungkin pendekatan demi pendekatan latihan yang agak up to date....
dari Jurulatih biasa seterusnya ke Ketua Jurulatih Pembinaan Karektor.

AKHIRNYA 31.OGOS.2007.SAYA TAMATKAN TERUS PENGLIBATAN SAYA.CUKUP... KENAPA.
Modul yang dirancang 100 % cantik pembikinan.Terlalu cantik.Pendekatan terlalu cantik.
Yang buruknya ada perlaksanaan.Siapa yang melaksanakan modul.Melibatkan seluruh sistem.Dari Pentadbiran di JLKN hingga ke kem dan tangan Jurulatih.
Ini pandangan saya. Jurulatih yang datang bermotifkan duit.Jurulatih tidak membuat HomeWork.Jurulatih yang masih berada dalam Zon Selesa di kampus....Akhirnya dimana Kepimpinan Melalui Tauladan.
Sebab saya diantara mereka2 yg memberi ARAHAN
Modul yg tersedia ada cantik pembikinan di ROSAKKAN oleh
Modul2 baru.kesenian.kebudayaan.pendidikan sex.menembak...jadi modul yang cantik dipendekkan untuk memberi ruang kepada modul2 lain masuk....
DAN AKHIRNYA DIIBARATKAN SEBUAH NEGARA YANG BERSISTEM : POLITIK DALAMNYA MENAKUTKAN.
Akhirnya : Cukup dan Cukup. Terima Kasih JLKN.Terima kasih Komandan Kem Air Tawar Lumut.Kem Bina Semangat Kuala Kubu.Kem PDS .PD.
Kem Mellenium Beranang.

3 tahun saya datang dengan sedikit bekal dan 3 tahun JLKN telah memberi bukan sedikit.Menggunung ilmu2 baru.Skil dan sepakterajang bahawa
inilah hidup sebenarnya...

Jumaat, 26 Disember 2008

ini tindakan kita

Jangan bercakap soal berubah diri seandainya tidak komited untuk bertindak.
Dan fitrah kita akan menentang perubahan kerana :

KURANGNYA KEINGINAN UNTUK BERUBAH
KURANGNYA DISIPLIN UNTUK BERUBAH
KURANGNYA KEPERCAYAAN YANG KITA BOLEH BERUBAH
KURANGNYA KESEDARAN KENAPA MESTI BERUBAH
.

Kita mencipta alasan demi alasan sekadar untuk menyedapkan diri sendiri.
Kita semua mempunyai pilihan..
Kita biasa mendengar @ selalu bercakap dengan diri sendiri..

KAMI MEMANG SELALU MELAKUKAN PERKARA ITU…( berlagak tahu aja )
KAMI TIDAK PERNAH PERNAH MELAKUKAN..
ITU BUKAN KERJA SAYA.
SAYA TAK FIKIR ITU BOLEH MEMBAWA APA2 PERUBAHAN
SAYA TERLALU SIBUK…

Betullah kata Dr Hill dalam buku hebat nya dari 100 orang yg berjalan : 95 orang tidak ada MATLAMAT yang jelas. Kenapa :

TIDAK TAHU KEPENTINGAN MATLAMAT
TIDAK TAHU MERANCANG MATLAMAT

Mari kita cuba formula yg biasa pada kita.

Matlamat tidak akan jadi apa2 kalau tidak di tulis.
Matlamat tidak akan jadi apa2 kalau tidak di pamerkan


WHAT
apa matlamat kita.jelas.tepat
WHY
kenapa : ini motivasi kita.ini kekuatan kita.kenapa kita mesti berubah
WHEN
bila : tarikh yg jelas dan tepat.tarikh yang tidak jelas membuang kita tidak komited
HOW
Bagaimana : skill pada tindakan
WHO
Siapa yang akan bantu kita….

TULIS DAN PAMERKAN : DAN GUNAKAN KUASA KEPERCAYAAN :
install dalam MINDA DIBAWAH SEDAR.

Khamis, 25 Disember 2008

Ini pilihan kita....

Dalam hidup kita kita mungkin biasa berhadapan dengan keadaan macam ni..
Sakit hati.Geram.Putus Asa. Mengeluh.Tidak bermaya.Marah. Merungut. Baran.Kecil Hati.Dendam.Benci.Tak Buat HomeWork.Tak Bertanya...
Itu sebahagian dari situasi negetif yang kita hadapi – suka @ tidak itulah kita.
Semuanya bermula bila kita tidak SUKA dengan apa yg kita lakukan.
Kita MESTI lakukan sesuatu perkara yg bukan kita mahu.
Kita MESTI pilih sesuatu perkara ygn tidak tidak pilih
Kita MESTI lalui hari2 yang kita tidak suka lalui.
TAPI KITA LAKUKAN SEMUANYA – DENGAN BEBALAN DI ATAS.
Semua itu kita install dalam Minda di Bawah Sedar maka jadilah kita apa yg kita installkan.
Cuma latihan ini….

SAYA MESTI A
KALAU TIDAK A AKAN JADI B
KALAU TIDAK B AKAN JADI C
KALAU TIDAK C AKAN JADI D
KALAU TIDAK D AKAN JADI E
AKHIRNYA SAYA MEMILIH UNTUK A.
Perkataan MEMILIH yang kita akan install : seterusnya kita bertangungjawab dengan apa yg kita pilih……

SAYA MESTI BACA BUKU ( sebenarnya malas juga )
KALAU SAYA TIDAK BACA BUKU SAYA AKAN JADI BODOH
KALAU SAYA JADI BODOH AWEK CARI ORANG LAIN
KALAU DIA CARI ORANG LAIN SAYA BUNUH DIA
KALAU SAYA BUNUH DIA SAYA MASUK JEL
KALAU MASUK JEL KENA GANTUNG
AKHIRNYA SAYA MEMILIH UNTUK BACA BUKU….

Moral untuk kita : Dalam hidup sehari2 itulah kita. Kita MESTI BUAT perkara2 yg kita tidak suka buat.Kita TERPAKSA laku.Dan kita lakukan.Apa yang kita TUKAR : MESTI KEPADA MEMILIH : akhirnya kita rasanya LEGA...

Rabu, 24 Disember 2008

Meluatnya Aku....

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari.

Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci. "Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam.
Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa. "Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Maryam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir.

Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam. Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. !

Moral untuk kita : menyukai dan membenci hak kita. kita diberi kewarasan untuk menilai itu dan ini berdasarkan 'bekalan ' yang ada.kewajarannya : adalah kita perlu membenci orang lain...teringat pepatah lama : Jam yang mati akan betul dua kali ( mati pukul 5 - ianya akan betul pukul 5 pagi dan 5 petang ) jadi untuk itu MARIlah kita berbaik sangka dengan semua keadaan dan persekitaran kita kerana disini bukan untuk menhukum dan di hukum..

Hadiah Terbesar

Manusia , daripada semua mahluk , dari segi fizikalnya paling tidak lengkap dalam dunia ini. Manusia tidak boleh terbang seperti burung , tetapi boleh dibunuh oleh serangga yang sangat kecil , tidak boleh berlari lebih laju daripada seekor harimau bintang. , tidak boleh berenang seperti seekor buaya , tidak boleh memanjat pokok seperti seekor monyet , tidak mempunyai mata seperti helang , dan tidak pulaklah dia mempunyai kuku dan gigi seekor kucing liar. Dari segi fizikal , manusia tidak berdaya dan tidak berupaya mempertahankan diri.

Tetapi alam ini bertimbang rasa dan murah hati. Hadiah terbesar ala mini kepada manusia adalah kemampuan berfikir. Manusia boleh mewujudkan persekitaran sendiri , sedangkan haiwan menyesuaikan diri kepada persekitaran mereka.
Yang menyedihkan pula , sangat sedikit individu menggunakan hadiah yg terbesar itu –
kemampuan untuk berfikir – ketahab sepenuhnya.

Kata Jinggo : Kegagalan hadir dalam dua jenis , mereka yang melakukan tanpa memikirkannya dan mereka yang memikirkannya dan tidak pernah melakukannya. Menjalani kehidupan tanpa menggunakan kemampuan berfikir ibarat menembak tanpa membidik..


Renungkan : Kehidupan ini ibarat kaferia. Kita ambil dulang , pilih makanan kita dan bayar dihujungnya. Kita boleh mendapat apa – apa sahaja yang kita mahu asalkan kita sanggup membayar. Di dalam kafetaris , sekiranya kita menunggu seseorang menhidangkan kita , kita akan menunggu buat selamanya. Dan itu lah hidup kita. Kita membuat pilihan dan membayar harganya.
Akhirnya semua ditangan kita : Kita berhak memilih hidup bagaimana untuk seterusnya...

Selasa, 23 Disember 2008

Susahnya nak bertanya....macam bagus2

Seorang ahli Sufi pernah berkata :
Orang yang berhenti bertanya adalah orang yang berhenti belajar. Orang yang berhenti belajar adalah orang yang sombong.
SEBAB ITU DIKATAKAN :
MUSUH UTAMA KEPADA MANUSIA ADALAH SIFT TIDAK INGIN TAHU.

Ini cerita malam tadi : Saya di Pusat Bimbingan Pelajar - Program khas untuk pelajar2 ( kumpulan A yang duduk diasrama ).Tentunya bukan sedikit A yg mereka kumpul..Hebat pada tafsiran awal pelajar - pelajar ni.. Kami bercerita & berkongsi....timbul kegusaran saya.Hampir 2 jam akhirnya : Ada soalan.Diam. Itulah kesimpulannya yang boleh kita katakan - kita semakin banyak melahirkan orang - orang yg tahu sekadar tahu. Susah nak bertanya @ malu nak bertanya @ sombong. Aku lagi bagus dari kau......atau pun mungkin tak YAKIN dengan soalan yg nak ditanya ( takut orang akan buat penghakiman )......

Moral untuk jinggo dan kita : Itulah apa yg kita akan terus hadapi.Satu masyarakat yang semakin susah nak bertanya : dalam mesyuarat.dalam kuliah. dalam usrah.kelas kelas - semuanya akan bertanya pada orang sebelah aja..sekadar cakap - cakap..( kita LAGI SUKA BERCAKAP DIBELAKANG ) Dimana itulah situasi kita.Susah nak melihat pelajar kita bertanya.Saya kongsikan berdasarkan dari pengalaman kerjaya. Itu seakan satu keperluan untuk naik keatas. Tidak mahu bertanya seolah - olah kita tahu semua : dan tak perlu untuk tahu lagi..
Teringat pepatah lama : Malu bertanya sesat perjalanan.........

Isnin, 22 Disember 2008

Home Work....

Puan Norela Samad ( Bekas Wartawan Penyiaran RTM )

Rasanya ini hak saya untuk merungut begini : susahlah berkerja dengan orang yang tidak komited ni....memang betul kata orang :
kita boleh bayar apa saja untuk tenaga dan masa orang lain tapi bukan kesetian dan komitmen....
Cerita bermula dari cerita yg panjang - dari pertemuan demi pertemuan dengan BOSS2..hasilnya begini.

Cgu akan marah bila anak murid tak buat HomeWork
Mak akan marah bila anak tak buat HomeWork
Pengarah akan marah bila pelakun tak buat HomeWork
Pengarang akan marah bila wartawan tak buat HomeWork.
Dan jinggo akan marah bila fasi tak buat HomeWork.

Apakah itu HomeWork : Kerja tambahan untuk menambahkan kuanliti kerja dan diri.Kerja diluar masa.Tidak dibayar.Pengorbanan masa. Hanya orang Komited sahaja yang anggap HomeWork tu penting. Hasilnya adalah kuanliti.

Teringat kata Puan Norela Samad ( bekas wartawan penyiaran RTM ) pada satu pertemuan dahulu : susahlah budak wartawan sekarang.Tak buat HomeWork.Kalau nak suruh pergi temuduga Menteri kadang2 tak tahu Menteri datang dari Parlimen mana ( sebab tak buat HomeWork ) - kami dulu sebelum pergi field buat kajian.Masuk perpustaakan.Cari matlumat....

Akhirnya : Untuk kita.....dah buat HomeWork ke belum...Home Waor dikaitkan dengan komitmen.Ini yang membezakan orang yg ada keinginan dan orang yang ada harapan. Orang yg ada harapan hanya akan bergerak dalam zon selesa sementara orang yang ada keinginan akan melakukan suatu yang berasas AKU MESTI BUAT....mari kita fikirkan.

Sabtu, 20 Disember 2008

Pasar Buku......


buku sebagus ini hanya berharga RM 2.

buku yang dibeli di Pasar Buku.Promosi dapatkan Dewan Bahasa bulan ini.
Cerita Pasar Buku.Kita boleh pilih buku mana yang kita suka. Seronok tengok rupa2 ramai diantara kita yang masih menjadikan membaca sebagai aktiviti keluarga hujung minggu....sebab kesan di hujungnya ada berbeza : dalam buku Seni Bual dikatakan - kehebatan manusia ( sebahagiannya ) diukur daripada GAYA BAHASA dan ISI BAHASA dan kesemuanya itu mampu dilentur oleh buku apa yang kita baca. Sebab itu dikatakan untuk melihat seseorang dalam tempoh 5 tahun akan datang - lihat buku apa yg dia baca hari ini.....
Itu bukan persoalan : Semuanya adalah ilmu.Sejauh mana ilmu mampu memandu kita untuk setapak lagi kehadapan.
Ada kajian menyatakan : Kuasa yang paling besar kepada manusia adalah KUASA BERTINDAK. Bukan kepintaran.kegagahan dan kekayaan....mari kita sama2 fikirkan. BERTINDAK.Sejauh mana kemampuan untuk bergerak kearah itu...

Khamis, 18 Disember 2008

cerita orang kalah.....

Sesungguhnya dalam hidup kita tidak akan menang dalam semua hal : sesekali kita akan di'kalah'kan oleh diri sendiri. Kita akan dikalahkan oleh diri sendiri bila kita mengiakan yang kita kalah. Yang menjerumus diri kita dalam dunia yang kita cipta sendiri. Dunia orang kalah. Kita berhak menyatakan apa sahaja : sesungguhnya dunia ini tidak pernah mahu berhenti : malah mungkin tidak mahu bersimpati langsung kepada kita..Dan begitulah seterusnya kita. Kita berhak menuding kepada persekitaran yang tidak sepatutnya memperlakukan kita sehingga kita kalah...
Adakah betul kita kalah.
Dunia ini masih adil dengan percaturan demi percaturan. Cuma kita terkadang alpa dengan fitrah kita sendiri. Persetankan segala punca yg di ' ada' kan - jalannya harus di hadapan. Kita akan terus di kalahkan seandainya kita menyalah. Hidup ini adalah selingkar cerita yang kita pilih dan seharusnya kita bertanggungjawab terhadap pilihan kita. Membiarkan diri terus terusan mencipta cerita ' orang kalah ' akan membenarkan segala hukum ' orang orang kalah '.
Hari ini.Kita tidak kalah.Kita ada pemenang yang ditunda kemenangannya.

cinta sejati


Sekumpulan saintis yang menkaji otak manusia mendapati ungkapan bahawa cinta sejati tidak luput ditelan masa adalah benar. Saintis Universiti dari New Jersey, yang menganalisa otak pasangan suami isteri yg hidup bersama lebih dua dekad , mendapati perasaan saling menyayangi masih wujud.
Kajian itu melibatkan 17 lelaki dan wanita mengaku cinta mereka masih membara.
Kajian dijalankan berdasarkan imbasan otak dan mendapati ia menyamangi imbasan yang dirakam daripada pasasangan yang jatuh cinta dalam tempuh 12 bulan.
Jika ada bertanya di seluruh dunia sama ada cinta romantis akan berkekalan , mereka mungkin akan menyatakan tidak. Namun kami berjaya membuktikan mereka silap : Dr Helen Fisher.
Kes Rita dan Zafuan : kalaulah saya ni mak ayah mereka. Kecewa sekejap - tapi akhirnya percaya yang cinta sejati masih ujud...
Kepada kita : Cuba kita duduk ditempat semua 'watak' yang terlibat.Rita.Zafuan.Mak.Ayah.Semua ada tafsiran sendiri.....

Rabu, 17 Disember 2008

Bila ada yg bertanya....


Ini topik saya : Bagaimana untuk MEMBINA PENGARUH ( dalam bahasa mat salleh - bagaimana untuk MENGURAT orang lain - ini tajuk rujukan saya ) . Ini satu persoalan yg suka dan senang didengar oleh semua orang - terutamanya REMAJA. Ini berdasarkan fitrah semuanya kita mahu dianggap penting.Dalam semua hal begitulah.Kita mahu pandangan.Diri kita.Dan semua pasal kita di anggap penting oleh orang lain.
Tetapi adakah kita ini penting kepada orang lain.
Bagaimana untuk menjadi penting kepada orang lain.
Kita mahluk sosial.Kemahiran untuk MENGURAT adalah satu keperluan untuk menjadikan kita dan kita adalah orang yg dilihat.Ini satu kepentingan hari ini.Untuk dilihat.Sebab tu dalam rancangan Mr Donald Trumph adalah istilah ' stand out '...nak bagi orang nampak : KITA KENA BERCAKAP.
Kemahiran mudah untuk menangkap orang lain adalah dengan cara menjadi setiap orang sekeliling kita PENTING. Sebab itu fitrah.Kuasa PUJIAN.
Orang senang dengan kita bukan berdasarkan penampilan semata2. Sebab penampilan itu kita kelompok kepada 2 ( ketampanan fizikal dan sosial ) : orang cantik memang cepat untuk menangkap orang lain tapi tidak semesti dia boleh 'mengikat ' persahabatan. Kemahiran Komunikasi Hadapan harus diletakkan untuk menjadikan kita amat2 cantik pada sosialnya. Orang senang dengan kita disebab Kuasa Kesamaan - sebab fitrah kita akan suka dengan orang yg sama nilai.sama sikap dan sama minat...belajar untuk menyamakan minat...seterusnya. kekerapan : kita akan senang dengan org yg dekat dan selalu bersama kita........
Untuk kia : Apalah erti ilmu tanpa amal. Semua bahan yg saya tulis dari buku SENI BUAL dan hasil bacaan dari buku2 komunikasi Dale Carnegie....kita adalah mahluk sosial. Kemahiran ini harus dikuasai hari ini....

Selasa, 16 Disember 2008

inikah percaturan kita

adakah akan sampai begini kita...

Maafkan saya sedikit emosi semasa menulis cerita yang baik kita jadikan pengajaran. Maaf , saya tidak ada niat untuk menjadi ruang dan media ini untuk mengenakan sesiapa. Ini ruang yg akan memfokuskan kearah pembinaan ‘ nice person ‘ yang berpaksi kepada dua hukum. Agama yg berlandaskan Al Quran & Sunnah dan hukum hakam dunia yang meletakkan ilmu sebagai asas.

Memang begitulah resamnya hidup selama ni , saya lama membiarkan hidup ini menjadi satu proses pembelajaran yang tidak kesudahnya. Kelas Bimbingan kehidupan tidak berakhirnya. Satu persatu dibiarkan berlaku dan berlalu…samada teori dan praktikal.

Hari ini ( malam tadi ) satu lagi latihan praktikal mengadap saya. Pertemuan dengan beberapa orang peminpin kecil ( JKKK ) dan kepimpinan baru daerah. Duduk dan mempersoal banyak cerita yang memang selama ni tidak pernah ( mungkin ) mereka fikirkan. Dimana lagi tanah kosong !!!! Itu bukan fokus pertemuan kita

Janji + Masa. …cgu malam ni pukul 9.00 free tak. Tepat pukul 9.00.Menunggu untuk seterusnya.9.45. Biasalah cgu janji Melayu - itu jawapan dari kepimpinan daerah. sudah nak ubah pemikiran tu.......berderau darah ! Perubahan harus kita mulakan.Uruskan semuanya berdasarkan kepentingan.

Saya minta maaf kalau ruang ini seakan mempersendakan beberapa orang lain. Kalau lembu di pegang pada tali manusia dipegang pada janji. Mahkamah dunia sudah membuat keputusan. Jatuhnya sahabat kita daripada kepimpinan : Satunya adalah JANJI dan MASA.

Kenapa kita sudah nak tepati masa. Saya tidak faham akhirnya. Untuk membina masyarakat yg berkuanliti seharus dimulai dengan kepimpinan. Kepimpinan itu adalah kita. Dimulai dengan latihan yang mudah. Komitmen. Letakkan keutamaan dalam Pengurusan Masa.

Teringat satu panggilan dari seorang rakan di Kementerian Pendidikan Putrajaya : Tuan sukatan pelajaran sekolah rendah akan ada penambahbaikan. Soft Skill akan dimasukkan. Kenapa nak dimasukkan ! Sebab kuanliti kita bergantung besar kepada keupayaan membawa diri untuk kita ‘ jual ‘ kepada orang lain.

Teringat sebuah buku Dale Carnegie : kita kena bayangkan kita sedang mempromosikan diri agar ada orang ‘ membeli ‘ kita. Apakah ciri2 orang nak menjual.Satunya tidak mungkin barang mampu dijual kalau kuanliti barang itu tidak berkuanliti. Satunya ada MASA. ( secara fitrahnya kita sentiasa mahu dianggap penting : untuk menjual diantara keperluanya adalah nilai barang )

Moral untuk Jinggo : Saya ingatkan diri saya dan kawan2. Masa dan Janji. Dua perkara kecil yang tidak nampak apa2 dihujungnya. Tetapi kesannya besar terhadap hubungan sosial. Saya yakin kepada bahawa perancangan kehidupan ini harus dilihat dalam kontek yang berbeza. Keinginan untuk naik ke atas ( SEE AT THE TOP ) asasnya adalah diri sendiri.
Kepada rakan2 yang sibuk mencari tanah kosong – maaf saya tidak akan berkompromi dengan kegagalan…….

Isnin, 15 Disember 2008

Kononnya....


Kononnya....
Satu Impian Lebih Baik Dari Seribu Mimpi,
Satu Kesedaran Lebih Baik Dari Seribu Impian,
Satu Tindakan Lebih Baik Dari Seribu Kesedaran,
Satu Matlamat Lebih Baik Dari Seribu Tindakan,
Satu Keihklasan Lebih Baik Dari Seribu Matlamat.
Mulakanlah Walaupun Sedikit, Melencong Seinci Rugi Seribu Batu
'KEAZAMAN UNTUK BERJAYA
di atas kegagalan anda semalam binalah bangunan hidupmu buat
hari esok letakkan batu-bata tujuan yang teguh,
dan sediakan puing-puing raksasa dari kejatuhanmu yang silam,
ukirkan menara-menara yang hebat,
bagi membenam lembah-lembah air mata kehampaan.
Usahalah dengan sabar, walaupun usaha anda itu perlahan.
Namun dari hari ke sehari, binaan itu akan tumbuh cemerlang.
Percayalah kepada Tuhan, dan dengan penuh keyakinan,
Bahawa anda akan berjaya dari apa yang anda usahakan

Takut di Kritik


Kata Dr. Hill (penulis buku Think & Grow Rich), takut dikritik adalah perasaan takut yang paling merbahaya di antara ketakutan yang lain (takut sakit, takut mati, takut miskin..).


Enam Asas Ketakutan Manusia

Takut di Kritik
Takut diserang penyakit
Takut di timpa kemiskinan
Takut untuk menempuh hari tua
Takut kehilangan orang tersayang
Takut mati...

Ini kerana, ketakutan yang lain itu tidaklah memberikan kegagalan yang amat besar, tapi jika takut dikritik, segala-galanya akan tidak mendatangkan hasil atau dalam erti kata yang lain, impian yang dibina akan musnah dan matlamat yang ditetapkan pasti tak akan tercapai.

Nah, lihat. Apa yang akan anda dapat kalau anda takut dikritik??

Sabtu, 13 Disember 2008

Kita fikirkan bersama......


Saya selalu ingat kata-kata peransang semangat dari Uzumaki Naruto, katanya :
“I'm Not Good At Giving Up”
Maksudnya, “saya memang lemah bila sampai masa nak mengalah. Masalahnya, saya tak pandai nak mengalah!”

Ikut kemampuan akalnya...

Bersabdalah Rasullah SAW : Aku diperintah menyeru manusia atas kadar kemampuan akalnya.
Berdasarkan kajian yang dijalankan menyatakan manusia , akal kita mempunyai empat peringkat.
Pertama : kita akan dapati pemiliknya menentang setiap cadangan yang diberikan. Akal jenis ini hanya membenarkan cadangan yang datang dari diri sendiri sahaja. Ini dinamakan Akal Tertutup. Mendekati orang jenis harus zahirkan kepentingan mereka. Jadikan orang dalam kelompok ini penting.
Kedua : Pemiliknya akan mendengar cadangan yang diberikan , tetapi tidak akan menerima selain disertakan dengan bukti & fakta. Akal jenis ini menerima cadangan hanya berdasarkan kepada fakta ( sahih ). Bersama kelompok ini pastikan gunakan kebijaksaan untuk berhujah berdasarkan fakta sebab kita pastikan benar2 tahu mengenai cadangan yg ingin di kongsikan.
Ketiga : Pemiliknya akan mendengar setiap cadangan dan mereka bersedia mematuhi setiap cadangan tersebut dengan bukti dan fakta tanpa mempersoalkan.
Keempat : Pemiliknya akan menerima segala cadangan2 tanpa bantahan dan keraguan & tanpa meminta bukti selama mereka mempercayai pemberi cadangan. DI ULANG : SELAGI MEREKA MEMPERCAYAI.....
Moral pada kita : Bila berhadapan dengan keinginan untuk memberi cadangan itulah zahirnya. Sebagaimana fitrah manusia akan menentang setiap perubahan berlaku. Sebuah ahli sufi pernah dikatakan : Bahawa haiwan manusia ini adalah kelompok yang malas.Nak kenyang tanpa makan.Nak kaya ( cepat ) tanpa bekerja. Nak berjaya tanpa berusaha. .Nak berseronok tanpa kahwin ( ada macam tu ) – Kita dikata kelompok kejadian yang tidak suka menerima cadangan dan tidak suka menerima tanggungjawab.

Untuk itu mari kita sama2 fikir . Dimana duduknya akal kita.Orang2 sekitar kita. Semuga kita diberkatiNya.

Dipetik dari Buku Personaliti di Kagumi

Jumaat, 12 Disember 2008

apa sikap kita.....


Untuk hari ini teruja dengan buku yang mahu saya kongsi : Skill Membina Kuasa Dalaman. Kenapa teruja dan penting : memiliki perasaan yang menyenangkan lebih utama dari apa yang terhias di badan kita....
Saya teringat buku ' Seni Bual ' - fitrah kita manusia untuk menjadi orang penting. Kita sentiasa mahu orang tahu dan nampak kita. Bukan sedikit usaha yang dilakukan untuk ' menampakkan ' orang pada kita.....tetapi suatu yang dinafikan PEMBINAAN KUASA DALAM. Kenapa orang suka dengan senang dengan kita. Satu faktor besar adalah apa yg orang nampak....selepas itu apa impak kehadiran kita. Untuk seterusnya saya akan kongsikan..

Keyakinan tanpa rasa rendah diri adalah keangguhan. Rendah diri adalah asas kepada semua kebaikkan. Ia adalah tanda keagungan. Rendah diri yang ikhlas menarik perhatian orang manakala yang palsu tidak.
Beberapa tahu lalu , seorang penunggang kuda terserempak dengan beberapa orang askar yang gagal mengalihkan kayu balak yang berat. Askar yg berpangkat Kopral berdiri sementara yang lain bersusah payah.

Si penunggang kuda bertanya kepada Kopral mengapa dia tidak membantu : Kopral itu menjawab - Saya kopral , saya yang memberi arahan. Si Penunggang kuda turun dan membantu mengalih balak tersebut. Setelah balak itu berjaya dialih , si penunggang kuda pergi kepada Kopral tadi dan berkata : Lain kali jika orang - orang anda perlukan bantuan , hantar seorang Ketua Panglima.
Setelah Si Penunggang itu pergi , barulah Kopral itu tahu bahawa si penunggang kuda tadi adalah GEORGE WASHINGTON.

Moral kepada kita : Madsudnya jelas. Kejayaan dan rendah diri adalah seiringan. Kesederhaan dan rendah diri adalah dua tanda keunggulan. Rendah diri tidak bermakna merendahkan martabat.

Khamis, 11 Disember 2008

Kerana kita semakin tua.....apa kita akan diperlakukan...

Ketika aku sudah tua, bukan lagi aku yang dahulu.
Mengertilah,bersabarlah sedikit terhadap aku.
Ketika pakaianku tertumbah sup, ketika aku lupa bagaimana mengikat sepatu,
ingatlah bagaimana dahulu aku mengajarmu.
Ketika aku berulang-ulang berkata-kata tentang sesuatu yang telah bosan kau dengar, bersabarlah mendengarkan, jangan memutus pembicaraanku.
Ketika kau kecil, aku selalu harus mengulang cerita yang
telah beribu-ribu kali kuceritakan agar kau tidur.
Ketika aku memerlukanmu untuk memandikanku, jangan marah padaku.
Ingatkah sewaktu kecil aku harus memakai segala cara untuk memujukmu mandi?
Ketika aku tak paham sedikitpun tentang teknologi dan hal-hal baru,
jangan mengejekku.
Pikirkan bagaimana dahulu aku begitu sabar menjawab setiap “mengapa” darimu.
Ketika aku tak dapat berjalan, ulurkan tanganmu yang masih kuat untuk memapahku.
Seperti aku memapahmu saat kau belajar berjalan waktu masih kecil.
Ketika aku seketika melupakan pembicaraan kita, berilah aku waktu untukmengingat.
Sebenarnya bagiku, apa yang dibicarakan tidaklah penting,
asalkan kau disamping mendengarkan, aku sudah sangat puas.
Ketika kau memandang aku yang mulai menua, janganlah berduka.
Mengertilah aku, seperti aku menghadapimu ketika kamu mulai belajar menjalani kehidupan.
Waktu itu aku memberi petunjuk bagaimana menjalani kehidupan ini,
sekarang temani aku menjalankan sisa hidupku.
Beri aku cintamu dan kesabaran, aku akan memberikan senyum penuh rasa syukur, alam senyum ini terdapat cintaku yang tak terhingga untukmu.
Kepada Aku dan Kita : Hukum Alam tidak pernah menidakkan kerjanya. Suatu masa kita akan mengenang.terkenang suatu masa kita pernah begitu.....dan dikala itu apa kita akan diperlaku keadaan yang sama. Ataupun kita laku sebaliknya.......Terkadangnya terfikir jauh dan seterusnya membayangkan apa kita akan diperlakukan...semuga apa yg kita benihkan bersama hari ini membutirkan buah yang boleh memberi manafaat pada persekitaran......

Kisah Garam Kehidupan


Seorang guru sufi mendatangi seorang muridnya ketika wajahnya belakangan ini selalu nampak murung."Kenapa kau selalu murung, nak?

Bukankah banyak hal yang indah didunia ini? Ke mana perginya wajah bersyukurmu?" sang Guru bertanya."Guru, belakangan ini hidup saya penuh masalah. Sulit bagi saya untuk tersenyum. Masalah datang seperti tak ada habis-habisnya," jawab anak murid .Sang Guru terkekeh. "Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam.Bawalah kemari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu."Si murid pun bergerak perlahan tanpa semangat. Ia laksanakan permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan garam sebagaimana yang diminta."Cuba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu," kata Sang Guru.

"Setelah itu cuba kau minum airnya sedikit."Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini meringis kerana meminum airmasin."Bagaimana rasanya?" tanya Sang Guru.

"Masin, dan perutku jadi mual," jawab si murid dengan wajah yang masih meringis.Sang Guru terkekeh-kekeh melihat wajah muridnya yang meringis kemasinan."Sekarang kau ikut aku." Sang Guru membawa muridnya ke danau di dekat tempat mereka.

"Ambil garam yang tersisa, dan tebarkan ke danau."Si murid menebarkan segenggam garam yang tersisa ke danau. "Sekarang, cuba kau minum air danau itu," kata Sang Guru . Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air danau, dan membawanya ke mulutnya lalu meneguknya. Ketika air danau yang dingin dan segar , Sang Guru bertanya kepadanya, "Bagaimana rasanya?""Segar, segar sekali," kata si murid sambil mengelap bibirnya . Tentu saja, danau ini berasal dari aliran sumberair di atas sana.Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa masin yang tersisa di mulutnya."Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi?""Tidak sama sekali," kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Sang Guru hanya tersenyum memperhatikannya,membiarkan muridnya itu meminum air danau sampai puas."Nak," kata Sang Guru setelah muridnya selesai minum.


"Segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih.Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang haruskau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadar oleh Allah, sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tetap, segitu-segitu saja, tidak berkurang dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang bebas dari penderitaan dan masalah."Si murid terdiam, mendengarkan."Tapi Nak, rasa `masin' dari penderitaan yang dialami itu sangat tergantung dari besarnya 'qalbu'(hati) yang menampungnya. Jadi Nak, supaya tidak merasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikan qalbu dalam dadamu itujadi sebesar danau."

Rabu, 10 Disember 2008

LOMPATAN BELALANG.


Setiap orang yang berhasrat besar untuk menjadi manusia yang lebih baik perlu merenungkan kata-kata Stuart B. Johnson berikut ini: “Urusan kita dalam kehidupan ini bukanlah untuk mendahului orang lain, tetapi untuk melampaui diri kita sendiri, untuk memecahkan KEMAMPUAN diri, dan untuk melampaui hari kemarin dengan hari ini.”

Dalam era persaingan hari ini, bagaimana kita memahami kalimat yang demikian itu? Bukankah kita harus bersaing dengan orang lain, dengan siapa saja yang berusaha mengalahkan kita? Jika demikian cara berfikir kita, maka cerita yang dikirim seorang kawan berikut ini mungkin menarik untuk menjadi bahan renungan.
LOMPATAN SI BELALANG…. .
Di suatu hutan, hiduplah seekor belalang muda yang cerdik. Belalang muda ini adalah belalang yang lompatannya paling tinggi di antara sesama belalang yang lainnya. Belalang muda ini sangat membanggakan kemampuan lompatannya ini. Timbul satu keinginan di dalam hatinya untuk suatu saat dapat pergi ke sana.

Suatu hari, saat yang dinantikan itu tiba. Teman setianya, seekor burung merpati, mengajaknya untuk terbang dan pergi ke desa tersebut. Dengan semangat yang meluap-luap, kedua binatang itu pergi bersama ke desa tersebut. Akhirnya mereka sampai di suatu taman yang indah berpagar tinggi, yang dijaga oleh seekor anjing besar. Belalang itu bertanya kepada anjing, “Siapakah kamu, dan apa yang kamu lakukan di sini?”
Aku adalah anjing penjaga taman ini. Aku dipilih oleh majikanku kerana aku adalah anjing terbaik di desa ini,” jawab anjing dengan sombongnya.
Mendengar perkataan si anjing, panaslah hati belalang muda. Dia lalu berkata lagi, “Hmm, tidak semua binatang bisa kau kalahkan. Aku menentangmu untuk membuktikan bahawa aku boleh mengalahkanmu. Aku menentangmu untuk bertanding melompat, siapakah yang paling tinggi diantara kita.”
“Baik,” jawab si anjing. “Di depan sana ada pagar yang tinggi. Mari kita bertanding, siapakah yang bisa melompati pagar tersebut.”
Keduanya lalu menuju ke pagar tersebut. Kesempatan pertama adalah si anjing. Anjing itu berlari dengan kencang, melompat, dan berhasil melompati pagar yang setinggi orang dewasa tersebut tersebut. Kesempatan berikutnya adalah si belalang . Dengan sekuat tenaga belalang tersebut melompat. Namun, ternyata kekuatan lompatannya hanya mencapai tiga perempat tinggi pagar tersebut, dan kemudian belalang itu jatuh kembali ke tempatnya semula. Dia lalu mencuba melompat lagi dan melompat lagi, namun ternyata gagal pula.
Si anjing lalu menghampiri belalang dan sambil tertawa berkata, “Nah, belalang, apa lagi yang kamu mahu katakan sekarang? Kamu sudah kalah.”
“Belum,” jawab si belalang. “Tentangan pertama tadi kamu yang menentukan. Beranikah kamu sekarang jika saya yang menentukantantangan kedua?”
“Apa pun tentangan itu, aku siap,” tegas si anjing.
Belalang lalu berkata lagi, “Tentangan kedua ini sederhana saja. Kita berlumba melompat di tempat. Pemenangnya akan diukur bukan dari seberapa tinggi dia melompat, tapi diukur dari lompatan yang dilakukan tersebut berapa kali tinggi tubuhnya.”
Anjing kembali yang mencuba pertama kali. Dari hasil lompatannya, ternyata anjing berhasil melompat setinggi empat kali tinggi tubuhnya. Berikutnya adalah giliran si belalang. Lompatan belalang hanya setinggi setengah dari lompatan anjing, namun ketinggian lompatan tersebut ternyata setara dengan empat puluh kali tinggi tubuhnya. Dan belalang pun menjadi pemenang untuk lomba yang kedua ini. Kali ini anjing menghampiri belalang dengan rasa kagum.
Hebat. Kamu menjadi pemenang untuk perlumbaan kedua ini. Tapi pemenangnya belum ada. Kita masih harus mengadakan perlumbaan ketiga,” kata si anjing.
“Tidak perlu,” jawab si belalang. “ pada dasarnya pemenang dari setiap perlumbaan yang kita adakan adalah mereka yang menentukan tahab perlumbaannya. Pada saat perlumbaan pertama kamu yang menentukan tahab perlumbaannya dan kamu yang menang. Demikian pula perlumbaan kedua saya yang menentukan, saya pula yang menang.” “ Hasilnya adalah, kamu dan saya mempunyai potensi dan kemahiran yang berbeda tentang kemenangan. Adalah tidak bijaksana membandingkan potensi kita dengan yang lain. Kemenangan sejati adalah ketika dengan potensi yang kamu miliki, kamu bisa melampaui tahab dirimu sendiri ?”

Moral untuk kita : Dijanjikan merata atas muka bumi ini tiga kelompok manusia.CEMERLANG.MALANG & RUGI. Orang Cemerlang mempastikan HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM. Orang Malang HARI INI SAMA DENGAN SEMALAM dan orang yg Rugi HARI INI LEBIH TERUK DARI SEMALAM...semuga hari2 seterusnya pada kita lebih baik dari semalam.....

Selasa, 9 Disember 2008

Kenapa tak ada yang gagap......

Cerita ini di petik dari Buku ini...

Berapa tahun lalu seorang saintis berkerja dengan dua puak Indian Amerika menyedari bahawa tidak seorang pun Indian asli ini yg gagap. Sebagai seorang saintis , dia hairan jika ini kebetulan atau jika itu sifat puak indian. Minat ingin tahunya membawa dia mengkaji puak indian tersebut. Dia tidak menemui seorang indian pun yang gagap. Hasil kajian mendapati : tiada perkataan gagap dalam bahasa mereka. Jika tiada perkataan gagap , ia mustahil bagi seorang indian gagap.
Kita tahu bahawa perkartaan melukis gambaran dalam minda dan minda yang akan memikirkan gambaran itu. Jika tiada perkataan bagi gagap , minda tidak boleh memperlihatkan atau melukis gambar seorang yg gagap : Hasilnya : tiada gagap.

Pandangan Jinggo : Banyak sangat perkataan yang memberi gambaran dalam minda. Dan hasilnya semua perkataan itu akan membentuk gambaran seterusnya membentuk kepercayan. Kepercayaan seterusnya akan membentuk budaya seterusnya tabiat seterusnya sikap seterusnya takdir.....
Teringat : Orang dulu : marahkan anak mesti kiasnya memberikan gambaran yg positif...bertuah punya anak......oklah panjatlah pokok tu lagi.....itu cerita orang dulu dulu.Banyak kiasan......

Kembali berNostalgia.....Ulang Siaran..




Banyaknya gambar2 di atas - sekadar untuk di kongsi ( sebab kita mungkin punya pengalaman berbeza )- MASTAN GHANDI : rasanya kena buang daerah kalau orang teluk intan tak tahu betapa seronok bernostalgia di kedai ( agak sama macam 20 tahun dulu )hidanganya sama . Mee Rebus dan Air Manis ( he...he...itu aja yang ada ). Tidak ada banyak istemawanya . Kalau di Teluk Intan - ada satu kedai lagi - MEE REBUS KAMARUDDIN (dari zaman Raja Muda Musa )- juga jual mee rebus air manis ( harga masih sama - design kedai masih sama )...pada aku MESTI singgah !! dan hari ini ramai ( amat ramai ) mungkin berkongsi nostalgia yang sama.zaman kecik2 dulu mungkin cerita kami sama.Ada satu lagi KEDE LAMBE ( bahasa perak ) sebab pekerja kedai makan ini ( mamak ) akan melambai orang untuk makam ( ha...ada yang makan - tapi tak ada bayar - sebab kena panggil ). Aku pusing untuk melengkapkan nostalgia.
Seterusnya yang bestnya Teluk Intan adalah kedai makan GHULAM RASUL....resepinya sama.tapi tak menang tangan.....

Cempedak Goreng - Ini macam satu kemestian. Mungkin kita tidak pernah tahu , orang kat sini makan cempedak dengan pulut...pelek !!! tapi itulah ceritanya.Masjid Sg Jejawi @ Sk Sg Jejawi ( gambar tak ada kat sini ) - masjid.teruknya. kenapa projek pembesaran masjid dari zaman Ramli Ngah Talib sampai sekarang tak siap ( dan aku membuat andaian sendiri ) jika di banding Masjid 6 juta siap ( 6 bulan - Bukit Beruntung ) . Mungkin orang kampung tak reti nak minta lebih ( sekadar yang diberi ) walaupun mereka ada hak....Dan Menara Condong - mesti naik ( walaupun dah tak terkira ).Dan aku - raya sudah berlalu : ceritanya tetap sama.....
Pentingkah semua NOSTALGIA begini : Penting bergantung kepada kepentingan individu. Pada saya itulah zaman dimana semuanya berlaku....agar kita tahu dimana bumi di pijak disitulah seharusnya langit di junjung....

Salah kah saya ni....




Dalam perjalanan balik dari Teluk Intan : rasanya semua penat. Kepada anak2 menhabiskan percutian bersama abi adalah sesuatu yg ' susah ' nak dapat. Kami menggunakan ruang yang ada secara maksimum sekali. Tetapi sesuatu telah berlaku. Ceramah Motovasi dalam kereta - Satu Slot yang mungkin jarang anak2 suka.
Abi rasanya ana kena faham keadaan abi sekarang. Abi bukan macam dulu lagi. Abi tak boleh duduk dan tengok akak belajar macam dulu. Keadaan sudah berubah. Abi tak suka ana terdedik2 - selagi ana bernama pelajar : tidak ada istilah cuti. Ana banyak main2. Abi dah tengok handphne ana......ana harus menjadi contoh kepada adik2 yg lain.....Yang lain terpaksa di ' sensor
Hukuman pertama : Tidak ada bantuan credit handphone. Astro akan di tamatkan. Duit sagu akan di kurangkan.Bercuti ( jalan 2 ) di tarik balik.
Untuk berkongsi : Kepimpinan ( keluarga ) akan menzahirkan kuasa dan arahan. Arahan akan dibutirkan oleh tindakan. Adakah tindakan menhukum adalah mengudah kepada segala urusan pentadbiran. Tindakan dari hukuman akan melahirkan rasa : Takut.Tidak Ikhlas. Bebal...apakah jawapan di hujung mari sama2 kita fikirkan....
Motivasi takut - saya menyorot satu cerita :
Seorang lelaki kaya.Ingin menyahwinkan anak2nya. Lelaki kaya ini ingin menguji ' bakal menantu ' dalam satu pertandingan. Sesiapa yg memenangi pertandingan ini boleh minta apa sahaja. Pada hari kejadian di kumpul semua pemuda kampung ( yg memang nak kahwin dengan anak orang kaya ni )
Ok - wahai pemuda2 kampung : kalau kamu semua nak kahwin dengan anak aku : disebelah sana ada kolam dan ada beberapa ekor buaya di dalamnya. Sesiapa yg boleh melepasi halangan dengan cara berenang dari sini ke hujung sana.....kamu berhak minta apa saja.Termasuk kahwin dengan anak aku....
Semua pemuda terjun sebaik arahan diberi.Akhirnya hanya seorang yang berjaya. Yang kandas ( takutkan buaya ) : Orang kaya bertanya : Apa yg kamu mahu wahai orang muda....
Saya hanya nak tahu siapa yg tolak saya.
Moral kepada kita : Adakan takut adalah satu pendekatan ! Pemuda ini berjaya melepasi semua halangan disebabkan TAKUT.

Isnin, 8 Disember 2008

Erti PENGORBANAN kepada NORMAN HAKIM

Cerita - basi.Tak habis2.Dimana dan bagaimana kesudahnya cerita yang semakin ' seronok ' untuk dibaca. ......
Langkah itu mungkin ada kaitan dengan kes penangkapan tersebut kerana Norman yang memegang watak Cif Inspektor Haris dilihat telah mencalar imej pasukan polis.
Dan yang ketiga, ketika orang asyik membicarakan perkara itu, tiba-tiba muncul Abby Abadi dengan seorang pelakon baru bernama Zulkifli Arifin.
Pemuda berusia 22 tahun itu dikaitkan mempunyai hubungan dengan Abby.
Peliknya Zul tidak menganggap Abby sebagai kakak sedangkan wanita itu sembilan tahun lebih tua daripadanya tetapi menganggap dia sebagai kawan - petikan Mingguan Malaysia.


Sedikit pandangan kepada :
Norman : Nampaknya En Norman cuba bertindak cukup ' adil ' berdasarkan situasi yang tidak banyak ' memenangkan ' dia. Satu demi satu aib yg di ' selak ' menjadikan En Norman semakin tidak boleh mengelak. Jalan harus ke depan Norman - tahniah kerana ada beberapa ' part ; saudara cukup matang melunasi pandangan. Semuga Allah memberkati En Norman - dan melihat apa kehidupan yang saudara telah pilih sebelum ini.
Abby : Rasanya puan bertindak atas kapasiti Puan seorang yg ' menjadi mangsa ' kepada persekitaran puan dan suami. Puan berhak diatas semua keputusan. Dengan membenarkan media ' turut ' menyelak aib keluarga puan rasanya tidak molek untuk dijadikan perbandingan. Maaf kalau dikatakan : kehadiran Zul seakan mengundang keadaan yang lebih tidak molek.
Diharap puan - mengelak dendam ada diantara keputusan - keputusan yang mahu di zahirkan.
Untuk Norman & Abby : Rasanya berbincangan seharusnya diakhiri dengan keputusan. Dengan membenarkan aib yg ' telah ditutup ' dibuka rasanya tidak molek untuk kehidupan seterusnya.
Kepada aku dan kita : Itu pengorbanan Norman dan Abby yang mereka hanya yang tahu : kami hanya seronok mentafsir cerita berdasarkan berita yang tidak boleh pertikaikan betul @ salahnya. Kepada En Norman & Abby : Menjadikan cerita ini untuk disensasikan adalah sesuatu yang tidak molek. Diharap di bulan PENGORBANAN ini ada ruang untuk kita sesama mencari ruang agar tidak ada MENANG - KALAH.

Ahad, 7 Disember 2008

Gunung Ganang itu adalah PASAK BUMI


Dimana2 nadanya sama : BENCANA2 begini adalah peluang yang terbaik untuk memberi KHIDMAT. Dan satu keberuntungan kepada ADUN HULU KELANG - pilihannya satu. Saudara Azmin Ali mesti tunjuk muka. Ini seakan medan kepada team PKR untuk menyatakan KAMI JUGA BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT.
Kita mungkin kebetulan : Yang pastinya kita seakan tidak berhenti diasakkan dengan cerita yang sama. Tidakkah kita belajar dari peristiwa runtuhnya Highland Tower yang meranap dan tentunya turut tertimbus adalah anak bekas TPM.
Enough is Enough - itu yang kita dengar dari mulut PM. Rasanya dulu pun sama. Itu adalah keinginan semasa : tapi seronok dengar komen Mr Gurmit Singah ( aktivis Alam Sekitar ) -
' hangat2 taik ayam ' - sapa yg kenal Gurmit Singah akan tahu perjuangan dia.
Komen Prof dari UITM untuk kita fikirkan.
Moral untuk aku dan kawan2 : Bila kita menjadi menjadikan kepentingan diri & politik & persekitaran semasa sebagai alasan untuk kita menidakkan hukum Allah yg memang sudah menjanjikan yang GUNUNG GANANG ITU ADALAH PASAK BUMI.

Sabtu, 6 Disember 2008

apa aku akan dapat....


Anak2 kadang SEHARUS diberitahu sejarah asal - usul.
Dan sesekali menukar cerita dan persekitaran ini kesimpulan.....
Seronok tengok anak2 membaca itu dan ini pada kemudahan yang disediakan.Dan bersiaplah sedia kita untuk memberi ' keterangan ' seterusnya. Setidaknya dia tahu bahawa kita tidak selamanya disini dan begini.
Skrip ceritanya hampir sama : Kejatuhan kita ke tangan ' ORANG ASING ' disebabkan krisis kepimpinan di masa itu. Kedangkalan pengetahuan semasa , selain daripada beberapa kepentingan yang tidak selari dengan keperluan semasa.
446 tahun kita dijajah ( guru sejarah tolong betulkan kalau salah ).
Hari ini - apa cerita.Semangat Puntun.Dato' Sagor.Maharaja Lela seakan mengalir deras melihat cerita disini. Tapi seharusnya kita bagaimana ; melihat satu persatu percaturan yang semakin menampakkan kedangkalan......
Sistem yang ada seakan menjadi percaturan peribadi : Segala penghakiman semua berasaskan kepada ' apa aku akan dapat '......
Dan hari ini ( sehingga sekarang ) 3 dilapurkan mati di Bukit AntasaBangsa.Ampang. Ceritanya mudah.Perlaksanaan semua Projek Pembanggunan Tanah Tinggi terletak kepada beberapa peruntukan dasar - adakah semua itu diambil kira.....

Khamis, 4 Disember 2008

Berteori lagi : Mana buah Limau....


Kita ber' teori ' lagi : Teori ini mungkin tidak akan menjadi apa2 seandainya kita tidak meletakkan KEPERCAYAAN pada ini sesuatu yang memang dah ada dalam diri kita. Mungkin tidak ada ruang yg memberitahu kita.

PEJAMkan MATA ( dengar lagu dlm blog saya ni ).
Tarik nafas.Redakan semua.Kendurkan gelombang otak ke ALPHA ( gelombang otak )...Bayangkan kita berada di hadapan peti sejuk yg terletak di dapur. Dalam minda kita , lihat diri kita membuka peti sejuk tersebut. Di dalam peti sejuk tu kita melihat sebiji buah limau , ia berwarna kuning , besar dan masam. Bayangkan kita menghulurkan tangan dan memegang buah limau tersebut. Rasakan kedinginan dan tekstur buah limau tersebut. Sekarang , bawa keluar limau tersebut dan letakkan di atas meja. Seterusnya potong limau dan lihat jusnya mengalir keluar. Ambil hirisan yang kita potong itu dan masukkan ke dalam mulut kita.Kunyah dan rasa betapa masamnya jus limau itu pada lidah kita dan keseluruhan mulut kita..
Apa yang berlaku : Kita akan merasa kita 'dah ' makan buah limau tersebut. Mana buah limau. Itu KUASA MINDA DI BAWAH SEDAR. Ini adalah KUASA. Dan beberapa teori lagi seperti PLACEBO dan PYGMATION .
Pada saya : Saya mula berhadapan dengan teori ini 1O tahun dahulu. Kuasa apa yg boleh menjadikan kita sebagaimana yg kita mahu.kuasa PERCAYA.Dan hari ini sebahagian besar atlet barat menggunakan teori ini untuk menang.Kita mesti MENANG sebelum MENANG.....dan tentunya ada perbincangan2 akademik lain yang menjadikan ianya jadi ( dapatkan buku di atas )
Buku dan ilmu ini amat ' cantik ' untuk menetapkan MINDA kita dan orang2 persekitaran kita untuk MAHU apa yang kita MAHU ( saya sedang mencari dan merujuk kepada kefahaman agama sebab ada orang mula mempertikaikan teori ini )
Eco Kid Adventure on Facebook