Isnin, 30 Mei 2011

jom hisap rokok

PUTRAJAYA: Jumlah perokok wanita di negara ini semakin meningkat kepada tahap yang membimbangkan, terutama di kalangan remaja perempuan berusia antara 13 tahun hingga 15 tahun. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata Tinjauan Tembakau Belia Global (Global Youth Tabacco Survey), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2009 menunjukkan peningkatan peratusan perokok remaja perempuan iaitu 12.4 peratus berbanding 11.5 peratus dalam kajian pada 2003.
Katanya, jumlah perokok wanita secara keseluruhan juga menunjukkan peningkatan iaitu 5.3 peratus dalam kajian 2009 berbanding 4.2 peratus pada 2003. “Ini berbeza dengan peratusan perokok remaja lelaki yang menunjukkan penurunan iaitu 46.7 peratus dalam kajian 2009 berbanding 54.5 peratus pada 2003 manakala peratusan perokok lelaki secara keseluruhannya juga susut daripada 36.3 peratus pada 2003 kepada 30.9 peratus tahun 2009.
“Bagaimanapun, secara keseluruhan, jumlah perokok di kalangan remaja adalah berkurangan iaitu 30 peratus pada 2009 berbanding 33.1 peratus pada 2003,” katanya.

DARI JINGGO
Persoalan kenapa
Dimana mulanya.
Tentunya bermula dari persekitaran
RUMAH
KAWAN
PENGARUH SEMASA
Berdasarkan pembacaan mengenai sikap
Menyatakan 70 % pembentukan kelakuan kita
Bersumberkan persekitaran

Rabu, 25 Mei 2011

GEMUK....


KUALA LUMPUR 16 Mei - Malaysia merupakan negara yang mempunyai paling ramai penduduk obes atau gemuk di Asia Tenggara, menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) tahun lalu.Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, kajian yang dijalankan itu mendapati, sebanyak 16.3 peratus penduduk negara ini mengalami masalah obesiti.Di peringkat Asia, Malaysia berada di kedudukan keenam di belakang Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Kuwait dan Jordan, yang merupakan negara-negara Asia Barat."Arab Saudi berada di tempat pertama dengan 35.6 peratus diikuti oleh Emiriah Arab Bersatu (33.7 peratus), Bahrain (28.9 peratus), Kuwait (28.8 peratus) dan Jordan (19.5 peratus).

"Hanya Malaysia negara dari Asia Tenggara yang berada di tempat keenam bagi seluruh Asia," katanya ketika dihubungi, di sini baru-baru ini.Sementara itu, WHO turut menyenaraikan 10 'negara paling gemuk' di dunia.Negara-negara tersebut ialah Samoa iaitu 93.5 peratus daripada rakyatnya obes diikuti Kiribati (81.5 peratus), Amerika Syarikat (66.7 peratus), Jerman (66.5 peratus) dan Mesir (66 peratus).Lima lagi negara ialah Bosnia-Herzegovina (62.9 peratus), New Zealand (62.7 peratus), Israel (61.9 peratus), Croatia (61.4 peratus) dan United Kingdom (61 peratus).

DARI JINGGO

JANGKAAN bahawa 25 peratus pelajar akan mengalami obesiti menjelang 2020, bukan sesuatu yang mustahil sekiranya gaya hidup kebanyakan masyarakat masih tidak berubah. Kajian yang dijalankan pada 2007 menunjukkan 12 peratus daripada kira-kira lima juta atau hampir 600,000 pelajar menjadi obes disebabkan kegagalan ibu bapa membentuk kehidupan lebih sihat serta mengamalkan pemakanan seimbang.

Realitinya, Malaysia telah pun mencipta nama sebagai `negara obes.’ Ini berdasarkan kajian oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) yang mendapati bahawa Malaysia merupakan negara paling ramai penduduk obes di Asia Tenggara.

SAYA ADA ANAK YANG GEMUK.

Isnin, 23 Mei 2011

kahwin lewat....

KUCHING: Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) memandang serius isu sosial yang berkaitan dengan trend melewatkan perkahwinan, terutama di kalangan wanita berpendidikan tinggi.
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Dr Anjli Doshi Gandhi berkata fenomena itu boleh membawa implikasi kepada institusi perkahwinan.
Beliau berkata data terkini menunjukkan 30 peratus wanita di antara umur 25 dan 29 tahun belum berkahwin berbanding 25 peratus untuk lelaki di antara umur 30 dan 34 tahun yang masih bujang.
"Kami memberi perhatian serius trend perkahwinan yang semakin di lewatkan, khasnya di kalangan wanita yang memberi alasan bahawa mereka tidak ada calon yang sesuai," katanya pada taklimat dan bual bicara Dasar Keluarga Negara (DKN)peringkat negeri Sarawak, yang di hadiri Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah di sini, Isnin.
Beliau berkata bagi lelaki pula, keadaan kewangan yang belum stabil adalah antara faktor yang menyebabkan lelaki dalam lingkungan umur awal 30-an belum berkahwin.
Sementara itu, Fatimah dalam ucapannya berkata satu pertiga dari 27.5 juta penduduk di negara ini terdiri daripada mereka yang berumur 15 tahun ke bawah dan akan memasuki usia perkahwinan menjelang 2020.
Beliau berkata satu dasar yang komprehensif amat diperlukan dalam menghadapi cabaran pembangunan keluarga kerana golongan itu akan memberi kesan kepada penambahan isi rumah yang berlipat kali ganda dari jumlah sekitar 6.3 juta yang ada sekarang.-BERNAMA
DARI JINGGO
Kahwin lewat
KITA DAN BUDAYA SEMASA
Kadang2 ada semacam perubahan yang harus diterima
Walaupun sukar.
KAHWIN LEWAT
Dapat anak lewat
Bayangkan dikala umur 40 an masih sibuk2 menganti lampin anak2.
Nampak janggal.
Dikala umor hari ini dah macam atuk
Kita masih menunggu anak balik sekolah – darjah satu
INILAH PERUBAHAN.

ilmu yg dikongsikan

kadang kita rimas berurusan dengan beberapa karektor manusia begini.
dan kita ada pilihan
meninggalkan orang begini
dan tentunya kita ' terbakar ' setiap kali bersama...
mari kita menilai sikap kawan2 kita dan kita bagaimana kita mahu berurusan.
dalam buku : memahami tingkah laku dan kesannya saya merujuk

SAYA MULAKAN
jenis A
KEKUATAN
berterus terang. peramah berani tampil kehadapan. perangsang. mempunyai kemahiran. berdaya pujuk. sanggup mengambil risiko. berdaya saing. yakin pada diri sendiri.
KELEMAHAN
sikap menggertak. suka menguasai. gelisah. tidak sabar.suka mendesak.pandai memanipulasi.reaktif.suka mengawal.
BAGAIMANA MAHU BERURUSAN DENGAN ORANG BEGINI
sentiasalah memberi pujian , penghargaan .
bergaullah dengan mereka
jadikan mereka penting.
beri mereka semangat
jangan menyanggah
diam kalau itu satu keperluan.
itu kawan2 kita - mahu @ tidak - kita ada pilihan :

samada kita mengabaikan kawan2

begini @ terus bersama.

kadang2 kita terperangkap dengan

' kekemasan ' jenis ni menguasai -

kita letih dan akhirnya mengeluh dan mengesal.
kita ada pilihan seterusnya.
PASTINYA JENIS INI SENTIASA MAHU JADI PENTING
PENTINGKAN DIA.
untuk jenis2 lain kita akan kongsikan - anggap ini sebagai satu ilmu

Ahad, 22 Mei 2011

bila alam mengajar lagi...







setakad blog ini ditulis

14 kematian dari cerita alam

dan mungkin kita ada macam2

cerita mengenai

CARA ALAM MENGAJAR KITA.

dan tentunya ' kemarahan ' alam

tidak pernah memilih.

HARI INI SEKUMPULAN

anak2 yang mungkin tidak pernah

berkeinginan untuk ' mencacatkan ' alam

SUDAH DISEDIAKAN SATU

PENGAJARAN KEPADA KITA SEMUA.

alam ini ada caturannya

alam ini adalah ' kemarahan ' nya

SIKAP DEMI SIKAP

kita tidak mempedulikan

keinginan alam harus dikekalkan keharmoniannya

KITA CABUT KEINGINAN TERSEBUT

atas apa yang namakan sebagai

pembanggunan.

KITA ABAIKAN

banyak perkara.

HARI INI

alfatihah kepada sekumpulan anak2

yang tidah pernah berkeinginan untuk

menjadi perosak alam.

Khamis, 19 Mei 2011

kisah helang

Helang merupakan jenis unggas yang mempunyai umur paling panjang didunia. Umurnya dapat mencapai 70 tahun. Tetapi untuk mencapai umur sepanjang itu seekor helang harus membuat suatu keputusan yang sangat berat pada umurnya yang ke 40.
Ketika helang berumur 40 tahun, kukunya mulai menua, paruhnya menjadi panjang dan membengkok hingga hampir menyentuh dadanya. Sayapnya menjadi sangat berat kerana bulunya telah tumbuh lebat dan tebal, sehingga sangat menyulitkan waktu terbang.
Pada saat itu, helang hanya mempunyai dua pilihan:
Menunggu kematian, atau
Mengalami suatu proses transformasi
yang sangat menyakitkan
suatu proses transformasi yang
panjang selama 150 hari.
Untuk melakukan transformasi itu, helang harus berusaha keras terbang k eatas puncak gunung untuk kemudian membuat sarang ditepi jurang , berhenti dan tinggal disana selama proses transformasi berlangsung.
Pertama-tama, helang harus mematukkan paruhnya pada batu karang sampai paruh tersebut terlepas dari mulutnya, kemudian berdiam beberapa lama menunggu tumbuhnya paruh baru. Dengan paruh yang baru tumbuh itu, ia harus mencabut satu persatu kuku-kukunya dan ketika kuku yang baru sudah tumbuh, ia akan mencabut bulu badannya satu demi satu.
Suatu proses yang panjang dan menyakitkan.
Lima bulan kemudian, bulu-bulu helang yang baru sudah tumbuh. Helang mulai dapat terbang kembali. Dengan paruh dan kuku baru, helang tersebut mulai menjalani 30 tahun kehidupan barunya dengan penuh bertenaga!
DARI JINGGO
Dalam kehidupan kita ini, kadang kita juga harus melakukan
suatu keputusan yang sangat berat untuk memulakan sesuatu proses pembaharuan.
Kita harus berani dan mahu membuang semua kebiasaan lama yang konservatif, meskipun kebiasaan lama itu adalah sesuatu yang menyenangkan dan melenakan.
Kita harus rela untuk meninggalkan perilaku lama kita agar kita dapat mulai terbang lagi menggapai tujuan yang lebih baik di masa depan. Hanya bila kita bersedia melepaskan beban lama, membuka diri untuk belajar hal- hal yang baru, kita baru mempunyai kesempatan untuk mengembangkan kemampuan kita yang terpendam, mengasah keahlian baru dan menatap masa depan dengan penuh keyakinan.
Halangan terbesar untuk berubah terletak
di dalam diri sendiri dan andalah
sang penguasa atas diri anda.
Jangan biarkan masa lalu menumpulkan rasa dan melayukan semangat kita.
Anda adalah helang-helang itu.
Perubahan pasti terjadi.
Maka itu, kita harus berubah!

Rabu, 18 Mei 2011

kisah sahabat....

Ini adalah sebuah kisah tentang dua orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Di tengah perjalanan, mereka bertengkar, dan salah seorang menampar temannya. Orang yang kena tampar, berasa sakit hati, tapi tanpa berkata apa-apa pun, dia menulis di atas pasir : HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENAMPAR PIPIKU.
Mereka terus berjalan, sampai menemui sebuah oasis, di mana mereka membuat keputusan untuk mandi. Orang yang pipinya kena tampar dan terluka hatinya, cuba berenang namun nyaris tenggelam dan lemas, tetapi berjaya diselamatkan oleh sahabatnya. Ketika dia mulai sedar dari lemas dan rasa takut sudah hilang, dia menulis di atas sebuah batu : HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENYELAMATKAN NYAWAKU.
Orang yang menolong dan menampar sahabatnya, bertanya, "Kenapa setelah saya melukai hatimu, kamu menulisnya di atas pasir, dan sekarang kamu menulis di batu ?"
Temannya sambil tersenyum menjawab, "Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang menghembus dan menghapus tulisan tersebut. Dan bila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak hilang ditiup angin."
DARI JINGGO
Dalam hidup ini sering timbul berbeza pendapat dan konflik

kerana sudut pandangan yang berbeza. Oleh sebab itu,

cubalah untuk saling memaafkan dan lupakan masalah lalu.

Belajarlah menulis di atas pasir

Ahad, 15 Mei 2011

cerita semalam

bersama Dato' Timbalan Ketua Polis Selangor


abang ' hussein '.....


ada sesuatu yang beharga RM 1000.


CERITA MEDIA
Semakin panas – dan dipanaskan
Dengan alas an yang mungkin sama
CERITA JINGGO
Semakin panas - dtg duduk dimajlis social
Untuk orang2 yang difikirkan
MUSTAHIL DULUNYA
Semalam dijemputkan lagi.
Oleh ‘ team ‘ Jenayah Sosial
Duduk.makan.sembang2 dengan semua
Orang2 yang terlibat dengan jenayah sosial
DAN 2 MANUSIA BESAR
YANG TAHU APAKAH ITU JENAYAH SOSIAL
Berdasar pengalaman dan penglibatan.
Melihat Jamal Abdilah dan Awie…Hussein….
Cukup untuk dikatakan.
SIAPA YANG TAK PERNAH TERSASAR.
Dan yang paling best
CABUTAN NOMBOR BERTUAH
Kain 'lece ' yang berharga RM1000…

Khamis, 12 Mei 2011

abang jem....


ABANG JEM KAHWIN LAGI
satu lagi cerita menarik untuk dikongsikan
kalau mahu dilihat dari faktor umor
mungkin ramai yang ' terkedu '
TAPI KITA LIHAT DARI SUDUT LAIN
( rujukan dari buku seni bual ).
banyak faktor menjadikan orang tertarik pada kita.
Satu faktor besarnya adalah
KETAMPANAN SOSIAL
selain kebijaksaan menjadikan orang lain
seronok bersama kita.
SATUNYA MUNGKIN
kebijaksaan kita menjadikan oleh penting
tahu dan bijak mencari ruang menghargai orang lain.
Ini dikaitkan dengan fitrah manusia itu sendiri
sentiasa mahu dianggap betul dan penting.
DAN HARI INI.
Satu perubahan dalam sistem sosial
bila perempuan muda mula mencari..
LELAKI YANG SELAMAT.
( selamat di dunia dan akhirat )
Untuk dijadikan ketua keluarga.
MULANYA
dengan ketrampilan sosial.

Selasa, 10 Mei 2011

kita fikirkan..

Suatu hari, dua sahabat karib, matahari dan angin terlibat


sebuah perdebatan yang tak berkesudahan


tentang siapa yang paling kuat diantara mereka.


Keduanya sama-sama tidak mau mengalah.


Keduanya merasa dirinya masing-masing yang paling kuat.


Pada saat itulah, melintas seorang lelaki tua.


Lelaki tua itu berjalan tertatih-tatih di dekat mereka.


Melihat lelaki tua itu, angin terfikir sesuatu yang boleh


mengakhiri perdebatan yang tak berujung itu.


"Sahabatku... Kata sang angin, rasanya perdebatan kita ini


tidak akan berakhir hanya dengan kata-kata.


Bagaimana kalau kita membuat pertandingan saja


untuk membuktikan mana di antara kita yang paling kuat.


"Kamu lihat lelaki tua itu,"


Mari kita bertanding!".


Siapapun dari kita yang paling cepat dapat melepaskan


jubah yang ia pakai maka dialah yang paling kuat"."


Baiklah, Aku setuju dengan idemu itu",


Jawab matahari dengan suara tenang berwibawa.


Pertandingan pun dimulai. Sejurus kemudian,


entah dari mana datangnya, tiba-tiba berhembuslah angin


yang sangat kencang menerpa lelaki tua itu.


Jubah yang dikenakan lelaki tua itu berkibar-kibar


seperti hendak tertarik dari tubuhnya


dan membumbung ke udara.


Begitu kuatnya angin yang menerpa sampai membuat


beberapa bahagian dari jubah itu terbuka.


Sementara, lelaki tua itu mempertahankan jubahnya mati-matian.


Ia memegang jubahnya itu sekuat tenaga.


Pergulatan sengit terjadi, lelaki tua itu menjatuhkan diri ke tanah,


dan terus menahan agar jubahnya tidak lepas.


Akhirnya, angin pun menyerah.


Angin tidak boleh melepas mantel


lelaki tua itu dengan kekuatan hembusannya.


Kini, tibalah giliran matahari untuk membuktikan kekuatannya.


Matahari tersenyum ramah pada angin.


Perlahan matahari memberikan sinarnya


yang hangat kepada lelaki tua itu.


Dan tidak berapa lama, pria itu menghusap dahinya,


keringatnya bercucuran. Sejurus kemudian lelaki tua itu


melepaskan jubahnya.Tanpa kekerasan sedikitpun,


bahkan dengan penuh kehangatan matahari itu


mampu melepas jubah lelaki tua itu.


Seketika itu angin harus mengakui kelebihan matahari.


Kisah di atas mengisyaratkan pesan halus kepada kita bahwa mengubah peradaban ke arah yang lebih baik dengan kehangatan dan kebersihan jauh lebih efektif dari pada dengan kekerasan dan tangan besi.*Jika ingin mengubah orang lain, cara termudah untuk memperoleh hasil adalah dengan memperlihatkan kebaikan dalam pikiran, kata-kata, dan perbuatan*

Ahad, 8 Mei 2011

mari kita kongsikan

3P cerita komunikasi kita.
Dimana ceritanya sama.
CUMA KADANG2 KITA TERABAI.
Untuk sama tahu dan ambil tahu.

PENERIMAAN
Dimana ceritanya sama.
Manusia normal mahu sentiasa diterima
Kajian terhadap banduan – kenapa mereka pernah
Masuk ke penjara – akan masuk semula
Sebab tidak di TERIMA.

PERSETUJUAN
Manusia mahu disetujui dalam apa bentuk sekalipun.
Untuk menguasai manusia lain – langkah awal kita
Mesti ada keinginan untuk bersetuju..
Umpama : Mengeluarkan air yg masuk dalam kepala
Kita masukkan air semula dan kita keluarkan..
PENGHARGAAN’
Ini fitrah manusia – sebagai kata2 dale carnagie
Diberikan sekeping gambar.
Gambar siapa kita cari dahulu
GAMBAR DIRI SENDIRI
Untuk itu – mari kita mempraktiskan 3P
Dalam kehidupan social kita.

Jumaat, 6 Mei 2011

tetap sama orangnya...





orang yang sama

YANG BERBEZA

angka2 pada usia

pengalaman pada cerita hidup

komitmen pada matlamat

BILA DIAJAR BERKONGSI

cukup mudah soal prinsipnya

untuk berjaya sesiapa pun sama

JANGAN BER ' MAIN2 ' DENGAN KEGAGALAN

asasnya mudah

komitmen

disiplin.

LAGI2....

perkemaskan asas urusan kita

dengan persekitaran

softskill.

SEBAB BERDASARKAN KAJIAN

85 % kebagusan kita disebab orang lain

85 % kejatuhan kita juga disebab

orang lain dan kesan persekitaran.

Rabu, 4 Mei 2011

kita bukan haiwan


Mengapa semut berhenti sekejap ketika bertemu dengan semut yang lain?
Semut yang kelihatan “berlaga kepala” ketika bertemu itu sebenarnya sedang berkomunikasi. TC Schneirla, seorang saintis di Universiti New York, pernah mengadakan eksperimen pasal semut. Dia mengambil seekor semut kemudian diletakkan dalam tempat yang berisi makanan. Semut lain diletakkan dalam bekas yang mengandungi semut-semut musuh. Kemudian kelakuan kedua-dua semut ini diperhatikan terutama ketika
bertemu dengan rakan-rakannya di jalan.
Dari eksperimen itu Schneirla menyimpulkan bahawa bahan kimia yang dikeluarkan dari makanan ataupun dari musuh semut melekat pada semut itu. Ketika bertemu dengan kawannya, semut ini akan saling menyapa (bersentuhan). Kemudian, dengan saling menyapa inilah zat kimia dari semut akan memberi tahu temannya (melalui antena di kepala semut) adakah di kawasan sekitarnya ada makanan ataupun ada musuh.
Umat Islam pun amat digalakkan bersalam ketika bertemu temannya yang lain. Dengan bersalam biasanya akan bertanya khabar. Dan dengan ini kita boleh mengetahui adanya berita baik atau pun berita buruk.

Isnin, 2 Mei 2011

berkongsi buku lagi..

FAKTA DAN FAKTA DAN FAKTA
Kadang ketidakmahuan dan ketahuan
Mengenai bezanya lelaki – perempuan kita saling
MENYALAH.
Perempuan mahukan perhatian – lelaki mahukan kepercayaan
Perempuan mahukan pemahaman – lelaki mahukan penerimaan
Perempuan mahukan dihormati – lelaki mahu dihargai
Perempuan mahukan belaian – lelaki mahu dikagumi
Perempuan perlu merasakan perasaan mereka betul
Lelaki perlu merasa tindakan mereka betul
Perempuan perlu diyakinkan dan lelaki perlu digalak.
DARI JINGGO
Dalam banyak hal kita mengabaikan perbedaan tersebut
Diatas keperluan menjaga institusi social…
Kita mengabaikan perasaan dan emosi bertahun.
Kita hidup dalam keadaan yang tidak ketahuan
dan kesempurnaan Emosi
JAUH DISUDUT HATI SEORANG LELAKI
Terdapat seorang hero yang sedang menunggang

kuda putih , lebih dari segala2nya.
Lelaki mahu Berjaya melayan dan melindungi perempuan
Yang dicintainya.apabila mererasa dipercayai

,dia menjadi lebih mengasihi.

Ahad, 1 Mei 2011

ANAK2 LAGI...





KALAU LAH DUNIA

ini anak2 yg ' memerintah '

mereka akan menulis

mereka akan bercerita

SEMUA YANG BAIK2

berasaskan ilmu yang jelas.

TAPI DUNIA INI BUKAN

anak2 yg ' memerintah '

yang memerintah

dan mencatur cerita

KITA BAPAK2 YANG

sesekali macam ' anak2 '

yang seakan2 tidak pernah

langsung diajar ilmu bahawa

MATLAMAT MANA MUNGKIN

SEMUA CARA BOLEH DIHALALKAN.
Eco Kid Adventure on Facebook