Selasa, 30 November 2010

mesti dikongsikan

Pd Zaman Yunani kuno, Dr. Socrates
adalah seorang terpelajar
dan intelektual yang terkenal
reputasinya kerana
pengetahuan dan kebijaksanannya yang tinggi.
Suatu hari seorang lelaki berjumpa
dengan Socrates dan berkata,
"Tahukah anda apa yang baru saja saya
dengar mengenai salah seorang teman anda?
""Tunggu sebentar," jawab Dr. Socrates.
"Sebelum memberitahukan saya sesuatu,
saya ingin anda mengikuti sebuah ujian kecil.
Ujian tersebut dinamakan
Ujian Saringan Tiga Kali."
"Saringan tiga kali?" tanya lelaki tersebut.
"Betul," lanjut Dr. Socrates.
"Sebelum anda mengatakan kepada
saya mengenai teman saya,
mungkin merupakan idea
yang baik untuk
menyediakan waktu
sejenak dan
menyaring apa yang
akan anda katakan.
Itulah kenapa saya sebut sebagai
Ujian Saringan Tiga Kali.
Saringan yang pertama adalah
KEBENARAN.
Sudah pastikah anda bahawa apa yang anda
akan katakan kepada saya
adalah benar?"
"Tidak," kata lelaki tersebut,"
sesungguhnya saya baru saja mendengarnya dan
ingin memberitahukannya kepada anda"
."Baiklah," kata Socrates. "
Jadi anda sungguh tidak tahu apakah
hal itu benar atau tidak.
"Sekarang mari kita cuba
saringan kedua yaitu :
KEBAIKAN
Apakah yang akan anda katakan
kepada saya mengenai teman
saya adalah sesuatu yang baik ?"
"Tidak, sebaliknya, mengenai hal yang buruk".
"Jadi," lanjut Socrates, "anda ingin
mengatakan kepada saya
sesuatu yang buruk mengenai dia,
tetapi anda tidak yakin kalau itu benar.
Anda mungkin masih bisa
lulus ujian selanjutnya, yaitu:
KEGUNAAN
Apakah apa yang anda ingin
beritahukan kepada saya
tentang teman saya tersebut akan
berguna buat saya ?"
"Tidak, sungguh tidak," jawab pria tersebut.
"Kalau begitu," simpul Dr. Socrates,
" jika apa yang anda ingin
beritahukan kepada saya...
tidak benar,
tidak juga baik,
bahkan tidak berguna untuk saya,
kenapa ingin menceritakan kepada saya.

Isnin, 29 November 2010

kita kadang2 tidak dipedulikan..

Luka yang paling menyakitkan
dalam hidup bukanlah kematian,
namun menjadi orang yang diabaikan.
Kehilangan orang yang sangat kita cintai,
yang berubah menjadi seseorang yang tidak peduli
denganmu sama sekali.
Ketika orang yang sangat kau sayangi mengadakan pesta ....
dan tidak mengundangmu sama sekali.
Ketika orang yang paling kau
sayangi di dunia .....
dengan sengaja tidak mengundangmu
menghadiri perayaannya,
sehingga membuat orang
berfikir kamu tidak peduli.
Luka yang paling menyakitkan dalam
hidup bukanlah kematian,
namun menjadi orang yang dilupakan.
Menjadi orang yang dilupakan setelah
kita memberikan yang terbaik.
Menjadi orang yang tidak mempunyai kawan,
walau hanya sekadar untuk saling menyapa.
Ketika kau melihat orang yang ada dilubuk hatimu
yang paling dalam mentertawaimu didepan wajahmu.
Ketika kau memerlukan seseorang untuk
memacu semangatmu,
tapi kau menyedari bahawa hanya seseorang
yang masih peduli denganmu iaitu
kamu sendiri.
Hidup memang penuh penderitaan,
tapi akankah ini membaik???
akankah semua orang saling peduli,
dan menyediakan waktu untuk
mereka yang memerlukan ?
Setiap orang mempunyai peranan untuk
dimainkan di panggung yang besar
yang kita sebut kehidupan.
Setiap orang punya kewajipan terhadap
lingkungan sekitarnya untuk mengatakan
bahawa kita menyayangi mereka.
Kau tidak akan mendapat hukuman jika kau
tidak mempedulikan kawan-kawanmu.
Kau hanya akan diabaikan
dilupakan.
KITA TIDAK DIPERDULIKAN
BERMULA BILA
KITA TIDAK MEMPERDULIKAN

Ahad, 28 November 2010

kita fikirkan dimana silapnya




satu patah perkongsian menarik
DARI USTAZAH ASNI
seorang remaja berusia 17 tahun
hanya tahun membaca Alif Ba Ta...
sedangkan ayahnya seorang pengedar AlQuran
terbesar seluruh Msia.
MARI KITA FIKIRKAN
dimana yang boleh kita kongsikan

Khamis, 25 November 2010

esok....

kadang2 saya terfikir begini
BAGAIMANA KAMI MAHU
menyamaratakan pendekatan.
UNTUK MENYESUAI SEKUMPULAN
pelajar
makayah
YANG AKAN BERSAMA
kem remaja muslim.
mungkin ada perbezaan aliran.
SATU BAHAN BACAAN DIPELIK
skill membina pengaruh
manusia dimana2 pun akan senang.
bila kita bercakap dan berurusan
dengan satu nilai dan kepercayaan
INI MUNGKIN DIKAITKAN
DENGAN FITRAH MANUSIA ITU SENDIRI.
senang dengan cerita sendiri
senang dengan suara sendiri
senang dengan pandangan sendiri
UNTUK ITU.
mungkinkah kami akan menukar
uniform untuk melengkapi keperluan
untuk mempengaruhi.

Selasa, 23 November 2010

kita ajaib

Sekelompok siswa-siswi kelas geografi sedang mempelajari
"Tujuh Keajaiban Dunia." Pada awal pelajaran,
mereka diminta untuk membuat senarai apa yang
mereka fikir merupakan "Tujuh Keajaiban Dunia" ketika ini.
Walaupun ada beberapa ketidak- sesuaian,
sebahagian besar senarai diperolehi:
Piramida
Taj Mahal
Tembok Besar Cina
Menara Pisa
Kuil Angkor
Menara Eiffel
Kuil Parthenon
Ketika mengumpulkan senarai pilihan,
pensyarah memperhatikan
seorang pelajar, seorang gadis yang pendiam,
yang belum mengumpulkan kertas kerjanya.
Jadi, pensyarah bertanya kepadanya apakah
dia mempunyai kesukaran membuat senarainya.
Gadis pendiam itu menjawab,
"Ya, sedikit. Saya tidak dapat
memilih kerana sangat banyak."
Pensyarah berkata, "Baik, katakan pada
kami apa yang kamu miliki,
dan mungkin kami dapat membantu memilihnya."
Gadis itu ragu sejenak, kemudian membaca,
"Saya fikir, "Tujuh Keajaiban Dunia" adalah,
Dapat melihat,
Dapat mendengar,
Dapat menyentuh,
Dapat menyayangi,
Dia ragu sebentar,
dan kemudian melanjutkan,
Dapat merasakan,
Dapat tertawa,
Dan, Dapat mencintai
Pengajaran Cerita Ini:
Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat pada
eksploitasi manusia dan menyebutnya "keajaiban".
Sementara kita lihat semua yang telah Tuhan
kurniakan untuk kita, kita menyebutnya sebagai "biasa".
Semoga anda hari ini diingatkan
tentang segalanya
yang betul-betul ajaib dalam
kehidupan anda.

Ahad, 21 November 2010

SENYUM.............

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih,
jiwa yang sedang berduka,
minda yang sedang berkecamuk,
inilah petua terbaik buat
mengubat resah dan gundah:
Amalkan tasbih, tahmid dan takbir
Inilah petua yang diberikan oleh
Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
Berdoa -
Mohonlah kepadaNya.
Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
Sibukan diri dengan sesuatu
Lakukan aktiviti yang boleh melupakan
segala kekusutan seperti perbanyakan
membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan,
terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan
dan sebagainya.
Luahkan perasaan anda -
Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan.
Carilah seseorang yang paling anda percaya
(sebaiknya yang ada pertalian darah atau
orang yang arif dalam agama),
menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.
Senyum
Apabila berada dalam tekanan,
cubalah untuk senyum.
Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah
diri anda yang sedang tersenyum.
DARI JINGGO
kita adalah
APA YANG KITA FIKIRKAN

Sabtu, 20 November 2010

saya suka....



masa sekolah
2 subjek yang menjadi saya
amat seronok belajar
SEJARAH DAN BIOLOGI
kenapa.
Sains Bio
mungkin dikaitkan dengan persekitaran
bila ayah ' pindah ' dari kedah ke perak
kawasan hutan ' banat '
saya mengaksikan satu persatu
cerita hutan dan pokok.
dari ada kepada tak ada.
MAIN KEJOR KEJOR dicelah2
timbunan pokok balak yang dilonggokkan.
akhirnya minat itu menhantar saya
ke Fakulti Perhutanan - UPM
seterus ke Inst. Penyelidikan Perhutanan Msia ( FRIM )
kerja dengan potensi dan minat
kenapa saya minat sejarah
faktor politik ayah sendiri mungkin.
sebagai pemimpin masyarakat semua cerita
sudah di masukkan.
HARI INI.
kembali ke dunia Bio
kembali ke dunia sejarah
Hutan Pendidikan Kuala Sepetang
satu kawasan pemuliharaan bakau terbaik di dunia
Singgah ke Rumah Lama Ngah Ibrahim di Larut
rupa2nya dirumah inilah Dato' MaharajaLela di bicarakan
dan yang lebih menarik di rumah ini
pusat latihan pendidikan guru
sebelum Tanjung Malim.
KITA FIKIRKAN BEGINI
betapa terkesannya
persekitaran dan pendedahan
awal terhadap
minat dan potensi kita.
UNTUK ITU JANGAN
PAKSA ANAK KITA PADA
SATU2 BIDANG2.
DEDAHKAN.

Isnin, 15 November 2010

lihat dari sudut lain....

semua kita berbeza.
BANGI 14 Nov. - Kajian Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (Jakim)
mendapati perkahwinan dalam tempoh
10 tahun pertama amat terdedah kepada
keruntuhan rumah tangga sekiranya tiada kesabaran.
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim,
Othman Mustapha berkata,
kajian Jakim pada 2008 itu mendapati, pada tempoh
berkenaan perkahwinan menghadapi cabaran
hebat seperti rumah tangga mudah
goyah sehingga berlakunya perceraian.
Dalam pada itu, katanya, dalam kajian pada
2007 pula mendapati
32.2 peratus perkahwinan untuk tempoh
lima tahun pertama mengalami perceraian.
Selain itu, katanya, 27.7 peratus perceraian berlaku untuk
tempoh enam hingga 10 tahun pertama perkahwinan.
"Kajian juga menunjukkan 44.9 peratus perceraian
berpunca daripada pasangan gagal menjalankan
tanggungjawab masing-masing selain
masalah akhlak, kewangan, seksual dan
campur tangan orang ketiga," katanya.
DARI JINGGO
kita lihat dari sudut begini
bersosial dan berpasangan dan seterusnya
BERKAHWIN
bukan lagi sekadar memenuhi fitrah
keperluan kemanusian.
perkahwinan bukan lagi sekadar memenuhi
keperluan biologi sahaja.
ADA CERITA LAIN MUNGKIN
YANG KITA TINGGALKAN
persoalan
karektor
nilai
kepercayaan
YANG MEMBENTUK
seluruh perlaksanaan tindakan kita.
ini mungkin persoalan yang kita abaikan
DIMANA MULANYA
mulanya dari dimana kita dibesarkan
siapa yang membesarkan
taraf sosial dimana kita dimulakan
cerita apa yang membentuk kita
SEMUANYA AKAN MEMBENTUK
NILAI
KEPERCAYAAN
UNTUK ITU SAYA YAKIN
penyelesaiannya adalah
NIAT.

Ahad, 14 November 2010

jom minum kopi

Sekumpulan bekas pelajar yang sudah berjaya
di dalam kerjaya masing-masing telah berkumpul
untuk melawat pensyarah universiti yang
pernah mengajar mereka.
Mereka berasa gembira kerana dapat bersua sesama
mereka setelah lama tidak berjumpa, apatah lagi dapat
menemui pensyarah universiti yang selama
ini telah banyak membantu mereka
ketika menuntut ilmu di universiti yang
menatijahkan kerjaya yang baik buat mereka.
Setelah lama berbual, timbullah beberapa rungutan
tentang tekanan di tempat kerja dan juga dalam
kehidupan seharian yang disuarakan
oleh beberapa bekas pelajar ini.
Pensyarah itu hanya mendengar dan kemudian beliau
ke dapur untuk menyediakan air kopi untuk tetamu-tetamunya.
Beliau kemudiannya keluar dengan membawa
satu bekas besar yang berisi
air kopi dan beberapa jenis cawan.
Ada cawan itu diperbuat daripada
porselin, plastik, kaca dan kristal.
Ada yang kelihatan ringkas sahaja, ada yang kelihatan murah,
ada juga yang kelihatan mahal dan sangat cantik.
Pensyarah itu mempelawa tetamu-tetamunya
agar melayan-diri.
Masing-masing pergi ke meja tempat dihidangkan air kopi itu
dan menuangkan sendiri air kopi ke dalam cawan yang
berbagai-bagai bentuk dan buatannya itu.
Setelah semuanya mengambil
secawan kopi, pensyarah itu berkata:
Jika anda perasan, kesemua cawan-cawan yang
kelihatan cantik dan mahal telah pun diambil,
tetapi cawan-cawan yang ringkas dan nampak murah
tiada sesiapa yang mahu mengambilnya.
Biasalah tu, memang semua nakkan yang
terbaik untuk diri sendiri kan…”
Beliau kemudian menyambung.
“Itulah puncanya kepada masalah-masalah anda.
Dan itulah sebabnya kenapa anda berasa
tertekan dengan kerjaya dan kehidupan.
“Saya pasti, cawan-cawan itu tidak memberikan
apa-apa nilai kepada air kopi yang anda minum.
Dalam beberapa situasi, cawan-cawan itu
hanya membuatkan kopi yang diminum
itu lebih mahal harganya.
Dan di dalam situasi yang lain,
cawan itu malah menyorokkan apa yang kita minum.”
“Apa yang anda semua betul-betul
mahukan adalah air kopi itu,
bukan cawannya.
Tetapi anda tetap mahukan cawan yang terbaik sifatnya,
dan kemudian anda memandang dan menjeling
ke arah cawan kawan-kawan anda untuk melihat
siapakah yang memiliki cawan yang
paling cantik atau paling bagus.”
“Sekarang, cuba anda fikirkan:
KEHIDUPAN adalah air kopi.
Manakala pekerjaan, wang, pangkat dan kedudukan
di dalam masyarakat adalah cawan.
KEHIDUPAN!”
“Rupa dan jenis cawan tidak memberi makna
atau mengubah nilai
KEHIDUPAN yang sedang kita jalani ini.
Kadang-kadang dengan kita hanya menumpukan
kepada rupabentuk
CAWAN, kita gagal untuk menikmati AIR KOPI itu.
Jadi, nikmatilah AIR KOPI itu, bukan CAWANNYA!”

Rabu, 10 November 2010

zero waste..apa tu....


terima kasih kerana komitmen
dari kiri Dato Nazri.Wakil CIMB.Dato Isa YB ADUN Btg Kali
YB ADUN Kuala Kubu.Dr Azlina UM
Dato Nazri dari Jbt Sisa Pepejal Negara

YB Btg Kali.YB Kuala Kubu
Dato Ketua Pengarah Jbt Sisa Pepejal Negara

kami dibelakang semua cerita
CERITA LAMA
cuma dibarukan dengan sistem
kitar semua sudah menjadi satu cerita
KINI ZERO WASTE
apakah Zero Waste !
sistem bagaimana mahu menjadikan
SAMPAH SEBAGAI DUIT !

Selasa, 9 November 2010

kita memang berbeza...

seorang rakan yang bertanya
KENAPA SUKARNYA HUBUNGAN
SAYA DENGAN ORANG LAIN
ada sahaja ketidaksempurnaan
KENAPA
KECELAKAAN PALING BESAR
DALAM HUBUNGAN SOSIAL BILA
KITA TIDAK DIPEDULIKAN
semuanya tentunya bermula
dengan diri sendiri.
kita berkongsi kemahiran ini
sedarkan tiada orang yang sempurna
kadang2 kita merasa yang kita' lebih sempurna ' dari orang lain.
percayalah tidak ada sesiapa yang sempurna.
hormati hak orang lain menonjolkan
perbezaan mereka
jangan timbulkan kebencian hanya disebabkan
kita memang berbeza.tegur biar dengan cara yang betul
kebanyak orang tidak suka
diberitahu itu salah
kita kena percaya semua orang betul
atas kapasti diri sendiri
untuk itu hati2.
DARI JINGGO
kita memang berbeza
fasiologinya.
sosiologinya.
psikologinya
semuanya akan membentuk nilai
yang menjadikan kita memang
BERBEZA
adakah itu satu alasan besar
untuk menjadikan kita terus berbeza.

Jumaat, 5 November 2010

PEMBINAAN KAREKTOR




SMK PADANG TEMBAK
latihan yang dijalan berasaskan
MODUL PEMBINAAN KAREKTOR
hasilnya cukup menarik.
terima kasih cgu yus dan lembaga dsiplin
sekolah : percaya anak2 didik kita
sudah bersedia untuk memberikan
khidmat yang terbaik.

Eco Kid Adventure on Facebook