Memaparkan catatan dengan label komuninasi hadapan.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label komuninasi hadapan.. Papar semua catatan

Sabtu, 29 Mei 2010

mari bergossip

gossip dan kita
gossip bukan hanya dilakukan oleh orang perempuan
lelaki juga hidupnya penuh dengan unsur2 gossip
DIANTARA TOPIK
masalah kewangan bos
masalah rumahtangga bos
A yang mengampu untuk bisnes
dato B kahwin lagi
gossip dikaitkan dengan perkara2
negetif mengenai orang lain
INGIN BERBUAL MENGENAI
ORANG LAIN OK
TAPI HADKAN KEPADA
PERKARA2 POSITIF
sekarang uji diri sendiri samada kita
cenderung kepada aktiviti gossip @ tidak
adakah saya suka menyebarkan khabar angin
mengenai orang lain.
adakah saya sentiasa bercakap mengenai
ciri2 baik yang ada pada orang lain
adakah saya suka mendengar skandal
adakah saya menilai orang lain berdasarkan fakta.
adakah saya menggalakkan orang lain supaya
mencerita khabar angin kepada saya
adakah saya sendiri memulakan perbuallan dengan
JANGAN BERITAHU ORANG LAIN
adakah saya individu yang mampu
menyimpan rahsia
adakah saya rasa bersalah berbual mengenai
orang lain.
DARI JINGGO
ini satu lagi
cerita dipersekitaran kita.

Ahad, 17 Januari 2010

kalau bercadang nak kahwin.

Sebelum berkahwin semuanya indah belaka.
Tetapi apabila sudah bergelar suami isteri dan hidup bersama,
ada sahaja yang tidak kena.
Sebab itu, sebelum bergelar suami isteri,
setiap pasangan perlu mengenali diri
mereka sendiri agar lebih mudah menjalani kehidupan bersama.
Berikut disenaraikan beberapa sikap diri
yang perlu dielakkan supaya
proses komunikasi suami isteri berkesan
sekaligus mewujudkan alam rumahtangga yang harmoni.
Mempunyai andaian salah mengenai peranan suami isteri
seorang suami yang mengandaikan bahawa semua wanita suka memasak mungkin menghadapi masalah sekiranya membelikan barangan dapur untuk isterinya .
Ini kerana bukan semua wanita gemar memasak terutamanya mereka yang bekerjaya
dan tiada masa untuk melakukan kerja-kerja dapur.
Ingin pasangan mempunyai sikap dan perasaan
serupa dengan diri sendiri
Lazimnya, seseorang akan mencari pasangan yang mempunyai sikap, pemikiran dan kesukaan yang serupa dengan dirinya. Namun suami atau isteri perlu memberi ruang untuk sedikit perbezaan.
Perbezaan begini memberi peluang untuk suami isteri berkomunikasi dengan lebih kerap. Bagaimanapun, perbezaan sebegini kerap kali dijadikan rintangan dan punca perselisihan. Cara yang berkesan menangani perbezaan ini ialah menerima pasangan sebagaimana seadanya. Sekiranya terdapat sedikit kelemahan dari segi perangai pasangan, bersabar sambil berusaha untuk mengatasinya.Adakalanya perbezaan yang wujud memberikan lebih warna di dalam hubungan suami isteri. Jadi tidaklah kehidupan anda dan pasangan terlalu bosan kerana sentiasa melakukan perkara yang sama.
Suka mencari kelemahan pasangan
Komunikasi dan seterusnya perhubungan antara suami isteri juga boleh terhalang sekiranya salah seorang atau kedua-dua suka mencari kelemahan atau kesalahan orang lain. Sikap sebegini perlu dikikis supaya tidak terbawa-bawa di dalam perhubungan suami isteri.
Terlalu cemburu
Ada orang yang berpendapat sikap cemburu menunjukkan pasangan anda menyayangi anda.
Tapi kalau sikap cemburunya sangat keterlaluan, siapa agaknya yang mampu bertahan?
Pasangan yang tidak saling mempercayai antara satu dengan lain tidak akan dapat menyatakan perasaan mereka secara jujur. Mereka akan berkelakuan buruk sangka dan tidak dapat meneruskan perhubungan dalam suasana yang baik.
Kesannya rumahtangga tidak pernah aman dan anak-anak selalu menjadi mangsa.
Ingin menguasai pasangan
Suami atau isteri yang pentingkan diri sendiri biasanya ingin berkuasa ke atas pasangannya sehingga hanya wujud komunikasi sehala di antara mereka. Suami atau isteri yang terlalu dominan, juga memaparkan sifat suka merendah-rendahkan pasangannya. Akibatnya perhubungan menjadi kaku dan tidak mesra.Bagi pasangan yang tidak mampu bertahan, mereka mungkin akan mengambil keputusan untuk pergi daripada terus dibelenggu oleh sikap pasangan yang terlalu mengawal. Oleh itu untuk mendapatkan kebahagiaan, sebagai suami atau isteri, kena selalu bertolak ansur dan jangan sekali-kali mengabaikan perasaan pasangan masing-masing.
DARI JINGGO
kisah perhubungan sosial
ini merupakan kisah yang ini mungkin sudah.
sudah menjadi fitrah manusia yang senang berurusan dengan orang yang sama nilai.
BAGAIMANA
rasanya tidak mudah.
DARI BUKU SENI BUAL.
kenapa orang lain senang dengan kita.
DIRI SENDIRI
melibatkan
penampilan fizikal + sosial
hemofili iaitu kemampuan yang menyamaratakan nilai melalui komunikasi
kekerapan dikaitkan dengan cinta itu lahir dari perkataan CARE.
ISI BAHASA
GAYA BAHASA.
kemampuan kita menguasai ketiga2 faktor ini menjadikan kita pasangan yang mampu memberi keuntungan emosi kepada pasangan masing.

Isnin, 26 Oktober 2009

apa yang kita sembangkan.


Kalau lelaki berkumpul apa yg disembangkan
Kalau pompuan apa yang di hebahkan
Kalau remaja lelaki apa yang mahu digahkan
Kalau remaja perempuan apa yang mahu di glamourkan.
MUNGKIN BEGINI
lelaki mungkin cerita
politik tentunya
perempuan mungkin
masalah perhubungan.
remaja lelaki
apa yang aku ada.
remaja perempuan
artis mana yang dah di add kat 'myspace '.
HARI INI.
berjumpa dengan orang hebat di zamannya.
KHALID JAAFAR.
semasa UMNO masih ada Anwar Ibrahim.
inilah di antara orang2 yang menjadi S.U akhbar.
hari ini - keadaan sedikit berubah
tapi minat pada ilmu masih tidak berubah
INST KAJIAN DASAR
merupakan media akademik yang membicara kebangkitan insan berasaskan ilmu.
DARI JINGGO
saya amat yakin kepada keperluan ' menyama ratakan ' minat
dalam mana2 perhubungan komunikasi.
rentak dan nilai seharusnya di sana.
kita kongsikan begini.
BERJUMPA DENGAN SESIAPA
kita boleh kenalpasti minat berdasarkan kepada beberapa faktor.
pakaian, kerjaya, percakapannya.
ini dikaitkan semua manusia suka akan ceritanya dan menjadi cerita kita.
SAYA PRAKTISKAN LAGI SATU TEORI.
kami akan berurusan untuk program seterusnya.
dan syazali : kita sembang cerita lain kali.
baru nak ' pekena '....

Jumaat, 23 Oktober 2009

saya pun belajar sesuatu...

LUMRAH manusia, kita tidak suka andai diri disisih dan dipinggirkan.
Oleh kerana itu, kebanyakan individu gemar diberikan perhatian.
Namun, untuk meraih perhatian orang lain,
kita perlulah memiliki daya tarikan.
Adakalanya, perhatian amat penting kerana daripadanya tercetus keyakinan diri. Ia juga membuatkan kita optimis untuk menempuh apa juga situasi.
Berikut beberapa tip yang boleh dijadikan panduan
untuk menjadi individu menarik:
Pamerkan air muka bertenaga
Sapa orang sekeliling dengan suara jelas sambil mempamerkan air muka yang bertenaga. Sesiapapun akan berasa kagum dengan anda walau pertama kali berjumpa.
AIR MUKA MELIBATKAN MATA + BIBIR
Tenang dan kawal diri
Bercakap dengan nada terkawal, tidak terlalu gopoh dan tidak terlalu teruja.
Kawal emosi walaupun ketika anda sedang sakit hati.
Pakaian kemas dan bersih
ke mana-mana sahaja
Biasa tengok David Beckham? Penampilannya di padang bola, ketika menghadiri majlis makan malam, pelancaran produk atau anugerah tertentu, dia cukup menyerlah.
Pilih yang positif, lupakan yang negatif
Jika anda pernah ada krisis dengan sesiapa atau anda pernah bertengkar dengan sesiapa, jangan ada benci. Pilihlah untuk berkawan dengannya, elak bermusuh dengannya lama-lama. Dendam kesumat yang ada di dalam hati membuatkan anda berfikiran negatif. Ini kerana, dendam itu akan menarik sifat marah, panas baran dan perengus. Jadi, untuk menjadi individu menarik, bersedia untuk membuang sikap tersebut sekurang-kurangnya secara beransur-ansur. Pilih yang positif, lupakan yang negatif, selupa yang mungkin.
Berkawan dengan sesiapa sahaja
Jangan pilih dengan siapa anda berkawan. Jaga hati setiap orang.
Anggap semua orang penting.
Bagi setiap individu, mereka mahu dihargai. Jadi, untuk menarik minat mereka terhadap anda, layan mereka dengan baik, pamerkan kesopanan, jaga pandangan mata (eye contact) dan jaga postur badan anda. Elak berpeluk tubuh atau menyilang kaki ketika bercakap.
Berterus terang, telus dan jujur
Ini tip yang paling penting. Jangan kata anda seorang yang jujur, tetapi tidak mempamerkan kejujuran dalam apa juga yang anda lakukan dan di mana anda berada.
Jangan kata anda seorang yang telus, tetapi tidak mempamerkan ketelusan dalam apa juga yang anda kerjakan.
Sentiasa senyum
Senyum merupakan aset berharga untuk diri anda. Kalau tidak, masakan seseorang boleh jatuh cinta disebabkan dengan satu senyuman sahaja. Kata orang, senyum itu sedekah. Senyuman membawa 1001 makna. Senyuman yang ikhlas dapat menenangkan hati orang lain.
Jika ada orang tidak senyum pada anda, maka hadiahkan mereka senyuman. Ia mendekatkan lagi jarak anda dengan mereka.

Banyak memberi
Masyarakat sukakan individu yang suka memberi. Tidak kisah apa-apa pun. Mungkin dari segi barangan, wang ataupun pertolongan dalam bentuk fizikal. Manusia tidak sukakan mereka yang hanya mementingkan diri sendiri. Oleh itu, belajarlah untuk memberi.
Berikan pujian
Manusia sebenarnya dahagakan pujian. Tetapi masalahnya, semua sibuk dengan hal masing-masing. Jadi, apa salahnya jika kita memberi sedikit pujian. Dengan ini, ia akan membuatkan mereka merasa bahawa mereka seorang yang berharga di mata anda.
Percayalah dengan membuat orang lain bahagia,
anda juga akan turut bahagia.
Mempunyai prinsip
Berprinsip merupakan ciri penting untuk menjadi individu yang menarik. Lihat pada Mahatma Gandhi. Beliau merupakan orang biasa sahaja. Tidak kaya pun. Tetapi mengapa beliau menjadi individu menarik? Sebabnya, beliau mempunyai prinsip untuk menolong masyarakat daripada dibelenggu penjajah.
Mempunyai keyakinan diri
Tip ini penting. Anda mesti mempunyai keyakinan diri terhadap diri anda.
Anda mesti percaya dengan diri anda. Jika anda tidak percaya,
mana mungkin orang lain juga akan percaya kepada anda.
DARI JINGGO
salah satu skill yang paling hebat dan
sukar untuk dilaksanakan
adalah
KEMAHIRAN MEMBINA PANDANGAN PERTAMA
4 saat pertama kita akan dihakimi sebanyak 70 %.

Isnin, 19 Oktober 2009

mari main saham

Kita biasa mendengar ekuiti – dalam permainan saham : tapi bagaimana kalau dikatakan kita seakan bermain saham dalam hubungan sosial kita.
Samada dalam perkahwinan mahupun dalam persahabatan
BAGAIMANA TEORI INI BERFUNGSI
Sebagai pemilik ekuiti , kita mempunyai kos @ modal @ sumbangan. Dan kita juga mendapat faedah @ pulangan @ ganjaran dalam hubungan yang kita jalin. Menurut teori ini kita akan meneruskan perhubungan selagi kita berasa kita menikmati nisbah
antara KOS dan GANJARAN yang menguntungkan kita.
Ertinya kos yang kita tanggung adalah rendah manakala ganjaran yang kita perolehi adalah tinggi @ sekurang2 kita berasa ganjaran yg kita terima adalah setimpal dengan kos yang kita tannggung.
Mengikut teori ini – apabila kita memberi sumbangan ( modal ) yang besar sewajarnya kita mendapat pulangan yang besar.
Jikalau kita berasa pasangan kita TIDAK MEMBERI SUMBANGAN YANG LEBIH BANYAK daripada sumbangan kita ,
maka kita berasa dia tidaklah berhak menerima pulangan lebih daripada apa yg disumbangkan.
Teori ini menyatakan kita mahukan keadilan , iaitu ekuiti yang setimpal.
Ertinya kita mahukan perhubungan yang berdasarkan ekuiti yang adil.
Apabila kita berasakan ekuiti yang ada sudah tidak adil lagi ,
motivasi kita meneruskan perhubungan yang ada akan menurun.
Perselisihan akan timbul kerana ada pihak yang berasa dirinya terpaksa menanggung lebih banyak kos ,
tetapi dia tidak menerima ganjaran yang setimpal.
Keadaan ini memungkin kita akan hilang penghargai perhubungan itu.
DARI JINGGO
Mari kita menjalankan perhubungan yang menguntungkan.
Bagaimana ! Kita melabur dalam pertemuan ini. kita menyumbang - dan tentunya dihujung kita mahukan keuntungun - dalam konteks hubungan sosial.
KEUNTUNGAN EMOSI
bagaimana untuk mendapat keuntungan emosi.
jadikan pasangan kita penting.
sebab itu fitrah, kita sama2 melabur dalam pertemuan ini, masing2 mahu untung.
dan pastinya
kita mahu untung - tidak mungkin ada prinsip
MENGHALALKAN SEMUA CARA UNTUK MENANG
APA YANG KITA NAK MODALKAN HARI INI..

Isnin, 12 Oktober 2009

harap cantik aja...

gambar hiasan.
wajah yang cantik merupakan satu tarikan dalam mana2 hubungan sosial
TAPI BAGAIMANA
semua orang lari bila kita membuka mulut.
wajah cantik adalah satu jenis kejelitaan , tetapi ada satu lagi kecantikan
KECANTIKAN SOSIAL
akibat pulut santan binasa
akibat mulut badan merasa
KENAPA MACAM TU
sebab ada orang yg cantik - gagal dalam hubungan sosial.
mulut merupakan satu aspek kejelitaan yang amat penting pengaruhnya dari sudut keupayaan menambat hati orang lain.
menurut pakar psikologi : orang yang pandai berbahasa dipandang lebih tampan @ lebih jelita daripada wajah sebenar.
KAJIAN MENYATAKAN
gaya bahasa menuduh menyebabkan orang yang mendengar menjadi defensif
akibat dari bahasa menuduh menyebabkan pendengar
sakit hati.marah.perselisihan.pertengkaran.pergaduhan.
GAYA BAHASA MENUDUH JUGA DI SEBUT GAYA BAHASA ' AWAK '
gaya menuduh akan disertai dengan jari telunjuk yang menuding.
gaya menuduh mengandungi unsur2
PENGHAKIMAN
HUKUMAN
KEPUTUSAN
TUDUHAN.
KAJIAN MENYATAKAN WANITA LEBIH KERAP MENGGUNAKAN GAYA BAHASA AWAK DIBANDING LELAKI
DARI JINGGO
jangan gunakan bahasa tuduhan - kerana
tuduhan tidak menyelesaikan masalah
tuduhan akan dijawab dengan tuduhan balas
seterusnya
kepada kita.jangan risau kalau kita diberi ' nikmat ' yang tak sama macam orang lain - cantik - percayalah diantara kita dan orang lain
penghubungnya adalah
MATA
MULUT.
semuga kita disedarkan pada keduanya :
ada kepentingan yang besar dalam hubungan sosial

Khamis, 1 Oktober 2009

kita akan di sukai

Kita Tentunya Akan Disukai Ramai Sekiranya .

Bila anda mengucapkan "Selamat Pagi" atau "Assalamualaikum", anda mengucapkannya dengan bersungguh-sungguh, terang dan sepenuh hati.
Anda penuh bersemangat dalam menghadapi hidup sehari-hari.
Anda sentiasa jujur dalam menilai kebaikan-kebaikan
orang yang anda temui.
Anda banyak mengukir senyuman manis yang ikhlas.
Anda menghargai dan menyanjungi setiap pemberian orang kepada anda.
Anda mampu bertahan selama berbulan-bulan tanpa meradang dan merengus.
Anda tidak membebankan orang lain dengan masalah atau tugasan-tugasan anda Anda dapat mengingat dengan baik rupa paras dan nama-nama orang.
Anda dapat melahirkan perasaan tidak puas hati anda dengan sehalus yang mungkin dan tidak menyinggung hati mana-mana pihak.
Anda tidak mempersendakan dan mempermainkan mana-mana pihak.
Anda berhati-hati ketika menyampuk atau memotong percakapan orang lain.
Anda menitikberatkan cara penampilan anda ketika anda bersosial.
Anda menghindarkan diri daripada mengucapkan kata-kata kesat dalam perbualan anda.
Anda tidak lokek dalam menghulurkan bantuan kepada orang.
Anda tidak menyimpan perasaan syak wasangka terhadap orang lain.
Anda menitikberatkan perasaan orang lain ketika berkomunikasi
(sama ada secara verbal ataupun unverbal).
Anda dapat menyesuaikan diri dengan mereka
yang ingin berkenalan dengan anda.
Anda dapat menghindarkan diri daripada menegur kesilapan orang lain
secara langsung dan berterus-terang.
DARI JINGGO
semuanya dikaitkan dengan urusan kita dengan orang lain. kerana kita mahluk sosial - kemahiran komunikasi yang berkesan akan mengujudkan impak yang besar dalam mana2 hubungan sosial.
saya yakin pada percaya : sebahagian besar dari ' kecomotan ' hidup kita hari ini adalah disebabkan ketidakmahuan kita untuk tahu.
SKILL KOMUNIKASI HADAPAN
yang berkesan.

Isnin, 28 September 2009

kempen sudah bermula...

maruah diri seorang ialah suatu yg sangat dipelihara oleh Islam.
Kemulian maruah manusia yang dipelihara dengan baik oleh syariah ,
terjelma menerusi pelbagai peruntukkan syarak yang disandarkan dengan nas2 yg berautoriti. Ancaman utama kepada maruah seseorang ialah sesuatu yang menghina dan menjatuhkannya.
Cara untuk menjatuhkan maruah seseorang adalah dengan cara - mengintip , mengintai , meneropong , menyelidik , mengekori ,
menyiasat kehidupan peribadi seseorang
.
MENCARI2 APAKAH ARANG HITAM YANG BOLEH DICONTENG
KE WAJAH EMPUNYA DIRI.
bahan ini akan dijaja.
Maruah orang yg disasarkan akan di robek - robekkan , imejnya dicarik , ceritanya didedahkan dan aibnya diperkatakan.
Dilumur nista , direjam dengan kata2 dan ditokok tambah adunannya.
semua ini ditentang secara tegas oleh Islam

Ibn Umar meriwayat dalam satu Hadis : Rasullah s.a.w. pernah berkata
' wahai kelompok manusia yang telah memasuki Islam dengan lidahnya sahaja tidak dengan hatinya, maka jangan menyakitkan hati orang Islam yang lain.Dan jangan menaibkan ( menhina ) mereka dan jangan mengintip aurat mereka.Maka sesungguhnya , sesiapa yang mengintip aurat saudara Muslimnya , maka Allah akan membuka auratnya dan sesiapa yang dibuka auratnya oleh Allah maka Allah akan mendedahkan auratnya walaupun dia berada di kediamannya
DARI JINGGO
kita akan berpesta lagi.pesta membuka ' aurat ' masing2.
ada sekelompok kita - memang menzahirkan secara praktikal kerjanya ada mencari dan menjatuhkan aib orang lain - dalam apa bentuk sekalipun dihujung....
orang ini mesti diaibkan.
dihujungnya apa yang kita akan dapat.
KEPUASAN DIRI DAN KELOMPOK
dihujungnya kita meranapkan satu lagi sistem.
pastinya : kita masih dikiblat yang sama.

Ahad, 27 September 2009

keganasan mulut

Kita biasa mendengar keganasan fizikal -
tapi bagaimana dengan KEGANASAN MULUT.
KAJIAN MENYATAKAN TABIAT BANYAK MULUT ADALAH MASALAH SIKAP ,
BUKAN MASALAH KEPINTARAN.
APA ITU KEGANASAN MULUT
ini adalah sejenis kezaliman psikologi
boleh menyebabkan kecederaan psikologi
KAJIAN MENYATAKAN
2 jenis keganasan mulut
BANYAK MULUT
SERANGAN MULUT
orang yang banyak mulut sangat sukar diyakini dan sangat skeptis.mereka sentiasa tidak percaya kepada apa2 yang mereka dengar.jadi ,
fikiran dan pendapat mereka sukar diubah.
ORANG BEGINI - suka bercakap lepas - asal dia menang.suka mempertikai cakap orang lain.suka membuktikan orang lain salah.
dapat membuktikan dirinya lebih pintar dari orang lain
DAN LAGI
mereka sentiasa tidak percaya kepada apa yang mereka dengar.
fikiran dan pandangan sukar diubah.
RENUNG2KAN
sifat banyak mulut tiada kena mengena dengan IQ dan kelulusan, ini adalah persoalan sikap
dan bagaimana kita.dalam kontek hubungan sosial ini merupakan satu kecelakaan.
Kita mahluk sosial : kesilapan dan ketidakmampuan kita untuk belajar menggunakan mulut merupakan satu kecelakaan yang serius.
KITA DIBERIKAN SATU MULUT
DUA TELINGA.
agar banyak mendengar dari banyak bercakap.

Sabtu, 5 September 2009

dari lelaki untuk semua........

Persoalan yang sering bermain di fikiran wanita moden -
apakah yang lelaki mahu?
Dalam perhubungan, adakah hanya wanita yang merana kerana lelaki tidak pernah menghargai kehadirannya?
Ketika menempuh fasa sukar dalam perhubungan yang semakin goyah,
hanya wanita bertaruh nyawa demi mempertahankan hubungan
.
Lelaki semakin ‘berubah rupa’, tidak lagi mempertaruhkan kesetiaan sedangkan sebelumnya tugu cinta sentiasa ampuh.Keadaan ini menghantui sebahagian wanita yang belum mampu memahami sikap teman lelaki atau suami.Lebih membingungkan, wanita tidak faham apa yang lelaki cari dalam sesebuah perhubungan.
Renung perkara berikut, mungkin ia merungkai
kebingungan wanita mengenai lelaki
Apa yang mereka cari dalam perhubungan?
Ia satu soalan yang kompleks dan tiada jawapan mudah, namun asas permulaan bagi membina sesebuah hubungan adalah minat, cinta dan tarikan kasih sayang.
Apa yang lelaki mahu dalam aspek berkenaan?
Jauh di sudut hati, lelaki mahu isteri atau teman wanita yang boleh dipercayai,
setia serta boleh berkongsi hal peribadi.
Lelaki juga mencari wanita yang mempunyai keseimbangan antara sifat semula jadi wanita yang feminin serta pada masa sama, teguh dan kuat.
Teman yang tegas jadi penyokong. Lelaki mencari wanita yang boleh jadi ibu kepada bakal anak-anaknya, teman berbual dan berkongsi jenaka.
Pandai bergurau dan mampu berkomunikasi dengan
baik antara ciri yang sangat penting.
Lelaki suka memiliki wanita yang menyokong mereka dan bukannya membebel, tegas tetapi bukan pendera atau pemarah.

Lelaki suka wanita yang dapat merangsang dan mencabar minda, bukan sekadar berserah kepada takdir.Komitmen, keakraban dan hubungan jangka panjang juga penting kepada mereka. Lelaki juga suka hubungan yang mengutamakan elemen hormat menghormati dan persefahaman.Pandangan daripada perspektif fizikal dan psikologi .
Kita mungkin mengatakan yang lelaki menginginkan wanita yang cantik, seksi dan bergaya.
Tidak dinafikan lelaki mudah tertarik dengan penampilan fizikal,
tetapi tarikan nafsu atau seks hanya di peringkat permulaan.
Peringkat seterusnya, lelaki lebih berminat
kepada hubungan yang lebih stabil.
Lelaki pada usia 20, 30 dan 40 tahun
Usia 20-an bagi lelaki adalah masa untuk berseronok dan mempersiapkan diri ke alam rumah tangga. Lelaki akan cuba mencari
wanita cantik dan menayangkannya pada dunia.
Pada usia 30-an, lelaki mula mengharapkan sedikit kestabilan dan kewarasan dalam hidupnya. Oleh itu, dia mencari wanita yang boleh dijadikan isteri untuk berkongsi hidup.
Ketika menginjak usia 40-an, dia akan menjadi lebih sensitif dalam proses mencari makna sebenar kehidupan. Pada usia ini, mungkin timbul kesedaran untuk mengukuhkan lagi hubungan (perkahwinan) sedia ada.
DARI LELAKI.
kadang2 kami tidak difahami.
sebagaimana serangan yang bertalu2 terlalu lelaki yang bernama Ahkil.
dalam konteks kehidupan hari ini.kita sering 'membulatkan ' keputusan kepada lelaki sahaja.yang kononnya lelaki memang dilahirkan untuk menjadi pendusta dalam banyak hal.
yang gatal lelaki
yang curang lelaki
yang mata keranjang lelaki.
KADANG2 KETIDAKMAHUAN KITA UNTUK MAHU TAHU - APA YANG LELAKI MAHU DALAM PERHUBUNGAN SOSIAL.
mungkin lelaki tidak ada airmata mahu direngekkan
mungkin lelaki akan ' jatuh ego nya ' membuka cerita tak macho ni.
AKHIRNYA LELAKI DIAM
dan lelaki lah yang bersalah.
kesimpulan
tidak mahu melebarkan ' perbalahan ' seterusnya.
hari ini kita kena belajar mengenal yang kita memang berbeza.
ADA TITIK YANG MENYATUKAN KITA
keinginan untuk tahu - apa yg kita mahu
sumber : buku bahasa sosial

semua penting...

Anda Tentunya Akan Disukai Ramai Sekiranya .
Bila anda mengucapkan "Selamat Pagi" atau "Assalamualaikum", anda mengucapkannya dengan bersungguh-sungguh, terang dan sepenuh hati.
Anda penuh bersemangat dalam menghadapi hidup sehari-hari.
Anda sentiasa jujur dalam menilai kebaikan-kebaikan orang yang anda temui.
Anda banyak mengukir senyuman manis yang ikhlas.
Anda menghargai dan menyanjungi setiap pemberian orang kepada anda.
Anda mampu bertahan selama berbulan-bulan tanpa meradang dan merengus.
Anda tidak membebankan orang lain dengan
masalah atau tugasan-tugasan anda
Anda dapat mengingat dengan baik rupa paras
dan nama-nama orang.
Anda dapat melahirkan perasaan tidak puas hati anda dengan sehalus yang mungkin dan tidak menyinggung hati mana-mana pihak.
Anda tidak mempersendakan dan mempermainkan mana-mana pihak.
Anda berhati-hati ketika menyampuk atau memotong percakapan orang lain.
Anda menitikberatkan cara penampilan anda ketika anda bersosial.
Anda menghindarkan diri daripada mengucapkan kata-kata kesat dalam perbualan anda.
Anda tidak lokek dalam menghulurkan bantuan kepada orang.
Anda tidak menyimpan perasaan syak wasangka terhadap orang lain.
Anda menitikberatkan perasaan orang lain ketika berkomunikasi
(sama ada secara verbal ataupun unverbal).
Anda dapat menyesuaikan diri dengan mereka yang
ingin berkenalan dengan anda.
Anda dapat menghindarkan diri daripada menegur kesilapan orang lain secara langsung dan berterus-terang.
DARI JINGGO
kita mahluk sosial.dikatakan 70 % dari kehidupan seharian kita adalah bersama orang lain dalam berbagai bentuk @ media.
samada kita mendengar @ bercakap.
samada kita berjaya @ gagal
bergantung besar kepada skill komunikasi kita.
MENJADI ORANG YANG DISENANGI
adalah menjadi fitrah manusia.
sebagaimana kata2 kerama diulang2 oleh mr dale carnigie dalam bukunya,
SEMUA MANUSIA MAHU DIANGGAP PENTING.
jadi untuk itu.
hari ini kita jadikan semua rakan2 persekitaran kita penting
DAN RAKAN2
saya amat2 menghargai penglibatan kalian samada yang dizahirkan dalam bentuk ' komen ' @ sekadar melintas diblog ini.semuanya penting.amat penting.kerana semakin hari saya semakin merasakan ada tanggungjawab yang perlu sentiasa saya laksanakan.
ilmu yang mahu dikongsikan.

Jumaat, 4 September 2009

kita belajar lagi

KURANG berkomunikasi, cemburu dan sikap tidak peduli menjadi antara sebab utama pasangan sering bertelingkah dan bermasam muka.
Sudah tentu kebahagiaan tanpa sebarang pertelingkahan yang serius diidamkan setiap pasangan dan perpisahan adalah sesuatu yang patut dielakkan.
Kadangkala individu tidak mempedulikan kekurangan diri dan tidak berusaha untuk mengubah diri demi memenuhi kepentingan perhubungan dan percintaan.
Tidak perlu menyalahkan pasangan jika berlaku sebarang salah faham. Sebaliknya, cuba perbaiki diri agar tidak menyumbang kepada pertelagahan.
KITA KONGSIKAN YANG INI.
Terima seadanya: Jangan cuba untuk mengubah pasangan mengikut kemahuan anda. Ingat, pasangan yang anda kahwini atau cintai itu adalah pilihan anda sendiri.
Jangan terlalu dambakan kesempurnaan.
Berkomunikasi secara terbuka: Jangan selalu membuat andaian mengenai perasaan pasangan anda. . Ucaplah kata sayang sekerap yang mungkin walaupun kadangkala ia dianggap keterlaluan. Tetapi itulah yang mahu didengar oleh pasangan. Sikap mendiamkan diri adalah sesuatu yang patut dielakkan.
Aktiviti bersama: Aktiviti bersama mampu merapatkan perhubungan. Carilah sesuatu yang boleh dilakukan bersama. . Anda perlu berhati-hati jika anda lebih gemar untuk bersama rakan-rakan melebihi pasangan anda. Ini kerana itu adalah petanda yang tidak baik.
Tunjukkan cinta anda: Setelah berumah tangga, ramai yang kurang mengambil perhatian mengenai perihal hati pasangan.
Ramai yang berkata 'sudah kahwin untuk apa romantik lagi'.
Kawal perasaan: Apabila marah atau ada hal yang mengganggu anda, cubalah bertenang dan bertanya kepada pasangan. Elakkan tuduhan melulu dan meninggikan suara kerana ia hanya akan membawa kepada pergaduhan.
Jangan ungkit kisah lalu: Berhentilah mengungkit masa lalu yang negatif. Tidak ada sesiapa mahu mengingati kesilapan yang mungkin merupakan kenangan pahit atau memalukan.
Kurangkan rasa cemburu: Setiap individu tidak boleh lari daripada pasangan cemburu. Namun, cemburu yang keterlaluan patut dielakkan kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan dan rasa tidak selesa pada diri sendiri.
Hubungan cinta harus dibina atas dasar percaya kepada pasangan.
Jaga komitmen antara satu sama lain: Elakkan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi. Jika berlaku, ia akan menyebabkan pasangan kurang menghormati kita. Menjaga kepercayaan merupakan komitmen dalam satu perhubungan yang sihat. Apabila pasangan merasakan anda mula mengabaikan komitmen,
maka bersiap sedialah untuk kehilangannya.
Jujur: Jujur adalah perkara yang paling penting dalam perhubungan. Jangan sesekali menipu pasangan kerana ia adalah antara punca utama sebuah perpisahan. Kejujuran yang dimaksudkan adalah kejujuran untuk mengungkap perasaan kita terhadap pasangan. Jika terluka, katakan bahawa anda terluka.
Beri layanan terbaik sepanjang hidup: Layanlah pasangan anda seperti sebelum berkahwin. Jika dahulu jalan berpimpinan tangan, pimpinlah tangan pasangan setelah berkahwin. Ramai pasangan cenderung untuk mengabaikan keakraban perhubungan selepas berkahwin kerana lebih tertumpu kepada keperluan keluarga atau anak-anak.
sumber kosmo
DARI JINGGO
komunikasi melibat hubungan hubungan duahala.
pengucap dan pendengar.
bagaimana kalau ada satu diantara duanya tidak mampu berada dalam situasi komunikasi yang dibenar.kesudian untuk berada dalam keadaan yang bertimpalbalik.
kesedian untuk mendengar.
saya yakin ini adalah satu ' kecelakaan '
dalam mana2 hubungan sosial
KEMAHIRAN MENDENGAR
selain fakta menyatakan
60 % kefahaman dalam hubungan komunikasi ada ' bahasa badan '.
HARI INI.
kemahiran ini seharus diletakkan diatas dalam kontek hubungan sosial.

Khamis, 21 Mei 2009

nak jual diri - perlu ke...

mendapat TAJUK ceramah : yang menarik
teknik menjual diri - peserta pelajar kolej - remaja tentunya
sesuatu yang membuatkan saya ' berkampung ' dengan buku2...
INI HASIL UNTUK DIKONGSIKAN.
memang ada keperluan yang hari ini untuk kita ' menjual ' diri agar dihujungnya orang nampak kita - itu keperluan hari ini. kita akan jauh ditinggalkan kalau kita masih mengambil pendekatan ' lama ' : duduk kat belakang.dan diam.mendengar.
menurut Mr Donald Trumph - STAND OUT
.bangun.keluar.madsudnya bangun dan bercakap.
konsep ' menjual diri ' sama dengan ' teknik ' perniagaan.
KENAPA ORANG MEMBELI
mungkin kerana penjual
mungkin kerana produk
mungkin kerana lokasi ( apa yg dilihat )
mungkin kerana keperluan ( terdesar )
MANA YANG MAHU KITA DAHULUKAN.
dari beberapa buku lain menyatakan begini. dahulukan apa yg - mungkin orang nampak -
sebab itu tarikan orang untuk tahu - bangun dan bercakap ! ini dikaitkan dengan skill MEMBINA HUBUNGAN PERTAMA
fakta menyatakan : 4 saat pertama kita gagal bermakna
untuk seterusnya kita akan gagal.
seterusnya mulakan dengan penampilan. hati2 mengenakan warna dan pakaian !
penampilan secara keseluruhan dikaitkan dengan airmuka - sebab itu yg orang lihat dulu.dua faktor penting adalah mata dan bibir.
seterusnya ada produk
orang yg hebat dikaitkan dengan BAHASA DAN GAYA BAHASA.
dimana nak cari keduanya : MEMBACA.
keharusan kita menguasai Teknik Komunikasi Hadapan yang berkesan + Teknik Mengorat ( dalam buku Seni Bual ).
DAN AKHIRNYA ' BARANG KITA DIBELI '
apa seterusnya
Penjual yang hebat dikaitkan dengan Mesra Pelanggan.
dan begitu jua dengan kita.
Dari Jinggo.
kita mahluk sosial.70% kehidupan seharian kita bersama orang lain : samada kita bercakap @ mendengar - ketidakmampuan kita untuk tahu dimana betul dan silapnya kita dalam hubungan sosial menjadikan kita terkadang terfikir - dimana salahnya aku. apa yang pentingnya : dalam kontek hubungan sosial keharusannya kita mengelak dari berhubungan secara
MENANG - KALAH.
ringkasan dari pembacaan yg panjang

Selasa, 5 Mei 2009

sukarnya nak berurusan......

kadang kita rimas berurusan dengan beberapa karektor manusia begini.
dan kita ada pilihan
meninggalkan orang begini
dan terus menjadikan orang begini - rakan kita berurusan -
dan tentunya kita ' terbakar ' setiap kali bersama...
mari kita menilai sikap kawan2 kita dan kita bagaimana kita mahu berurusan.
dalam buku : memahami tingkah laku dan kesannya saya merujuk
SAYA MULAKAN
jenis A
KEKUATAN
berterus terang. peramah berani tampil kehadapan. perangsang. mempunyai kemahiran. berdaya pujuk. sanggup mengambil risiko. berdaya saing. yakin pada diri sendiri.
KELEMAHAN
sikap menggertak. suka menguasai. gelisah. tidak sabar.suka mendesak.pandai memanipulasi.reaktif.suka mengawal.
BAGAIMANA MAHU BERURUSAN DENGAN ORANG BEGINI
sentiasalah memberi pujian , penghargaan .
bergaullah dengan mereka
jadikan mereka penting.
beri mereka semangat
jangan menyanggah
diam kalau itu satu keperluan.
itu kawan2 kita - mahu @ tidak - kita ada pilihan : samada kita mengabaikan kawan2 begini @ terus bersama. kadang2 kita terperangkap dengan ' kekemasan ' jenis ni menguasai - kita letih dan akhirnya mengeluh dan mengesal.
kita ada pilihan seterusnya.
PASTINYA JENIS INI SENTIASA MAHU JADI PENTING
PENTINGKAN DIA.
untuk jenis2 lain kita akan kongsikan - anggap ini sebagai satu ilmu

Khamis, 23 April 2009

berbosskan SADDAM HUSSIEN...

ini ada satu cerita yang mungkin kita boleh jadikan panduan dan sempadan.
seorang kawan - hadiahkan saya sebuah buku yang menarik
SADDAM HUSSEIN & FAMILY.
ini manusia hebat - mencatur manusia dengan KETAKUTAN.
semua nampak cantik - dengan ketakutan yang diperkenalkan.
perubahan manusia Iraq seketika atas dasar ketakutan.
dikatakan : Pasukan BolaSepak Iraq diberi amaran oleh Uday Hussein
KALAH BERMAKNA HILANG KUKU....
itu kehebatan motavasi takut
SEJAUH MANA BERKESANNYA MOTIVASI TAKUT.
memang berkesan untuk jangka yang pendek.
TENGOK APA BERLAKU DI IRAQ SEKARANG
TENGOK APA BERLAKU DI SINGAPORE..
takut buang sampah di negara sendiri
BUANG SAMPAH DI NEGARA ORANG LAIN...tanya orang Johor.

dan hari ini - saya bergerak sejauh 60 km hari ini - untuk ambil cek dari Program yang sudah dijalankan - sukses - disebab GuruBesar hanya ada satu keputusan - semua urusan adalah tanggungjawab saya.cgu2 lain tidak berani angkat muka - dan saya tidak berani menyanggah - tunggu - tunggu - GuruBesar hanya kat bawah - tidak ada sesiapa berani panggil - tunggu lagi - akhirnya balik - 60 km lagi - balik - disebabkan tidak ada sesiapa yang berani sanggah GuruBesar....
sejauh mana tindakan ini betul
betul - untuk melihat perubahan dalam jangkamasa pendek
tidak betul - untuk melihat perubahan dalam jangkamasa yg panjang
SEMUA PERUBAHAN BERLAKU ATAS DASAR TAKUT.

moral untuk kita.

memang pendekatan motivasi takut begini berkesan untuk satu tempoh yang pendek - selalu yang menjadi ' ketidakcantikan ' pendekatan ini - bila mana pemberi motivasi hanya menyalur motivasi hanya pada satu arah.
SEMUA HARUS BEGINI.
pemberi motivasi begini hanya ada satu jawapan
AKU YANG BETUL.

Khamis, 9 April 2009

cgu KPLI lawan cgu Maktab

saya menyimpan 2 hari sebelum membuat satu keputusan yang sukar.
melibatkan diri dalam satu latihan yang melibatkan ' cgu KPLI vs cgu Maktab '
kenapa dengan cgu2 ini.
( terdahulu saya minta maaf - ini sekadar pandangan peribadi yang tentunya tidak terniat untuk mengenakan sesiapa - semuanya didasarkan dari pengalaman yang panjang dalam bidang latihan )
SEORANG GURU BESAR ( sekolah rendah )
bercerita panjang lebar - rimasnya dia dengan sistem yang ada di sekolah.
diantara keluh kesannya.
CGU2 KPLI sukar untuk berkerjasama dengan CGU MAKTAB
CGU2 KPLI tidak berminat dengan rutin seorang guru...
CGU2 KPLI tidak tahu ' menguasai ' pelajar.
CGU2 MAKTAB mula membuat TEGURAN
( biasanya tahab kakak2 dan makcik2 )
TEGURAN ALA2 KAKAK DAN MAKCIK2
kesannya.
CGU2 KPLI mula menarik diri.
CGU2 KPLI mula memprotes program sekolah yg diluar waktu persekolahan.
dan aku diantaranya.
APA KELAYAKAN CGU ( MAKTAB ) MENEGUR KAMI...
kelayakan kami.doktor.peguam.jurutera....dan lagi.lagi.
DUA HARI HARI SAYA AMBIL MASA UNTUK AMBIL RISIKO INI.
pengalaman yang lama di kolej + latihan saya membuat kesimpulan sendiri -
berdasarkan apa yang sistem kita lahirkan.
kita mulakan dari mula.
sistem pendidikan yang menjadi hanya orang dapat A yang harus dizahirkkan.
orang yang dapat A akan memenuhi semua kerusi2 bilik kuliah
( walaupun masing2 berebut nak duduk belakang )
sistem pendidikan yang menjadikan - pelajar susah nak buka mulut - bertanya
sistem pendidikan yang tidak menjadi...
ADA ILMU LAIN YANG HARUS DI CARI.
membaca.jauh sangat - pelajar hari ini dengan buku.
akhirnya : kita berhadapan dengan siswazah yang tahu apa mereka tahu.
ketidakmahuan untuk tahu selain menjadikan siswa-siswazah kita - sebagaimana adanya.
KAMI ADA IJAZAH YANG DIBANGGA OLEH JPA UNTUK JADI BOSS.
akhirnya siswazah ini
TERPAKSA AMBIL TAHU SATU LAGI BIDANG YANG JAUH DARI KEMAHIRAN
seorang doktor akan jadi cgu
seorang jurutera akan jadi cgu
seorang peguam akan jadi cgu.
cgu yang kena tanda buku
cgu yang kena ukur padang untuk budak bersukan
cgu yang kena marah dengan parent
cgu yang kena - macam2 sekarang.
pendidikan di sekolah yang memerlukan sentuhan lain.
biar dimana pun kita sebagai media untuk perubahan manusia2 lain - perubahan - harus dilihat dari sudut lain tidak sekadar A sahaja.
akhirnya saya menyiapkan satu ' persembahan ' untuk saya kongsi
agar kita sama tahu - kita adalah media kepada perubahan.
saya menulis berdasarkan cerita pada satu sekolah ini.saya yakin semua cgu2 samada KPLI @ Maktab adalah satu anugerah.
Eco Kid Adventure on Facebook