Khamis, 29 Julai 2010

untuk diri sendiri - seorang lelaki


Jangankan lelaki biasa,
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.
Kepada wanitalah lelaki memanggil
ibu, isteri atau puteri.
Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok
untuk diluruskan oleh lelaki,
tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus,
tak mungkin mampu untuk meluruskan mereka.
Tidak logik kayu yang bengkok menghasilkan
bayang-bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah,
kerana mereka dicipta begitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan dariNya.
JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA
DENGAN HARTA,
NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR.
JANGAN HIBURKAN MEREKA
DENGAN KECANTIKAN,
NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA.
Yang sementara itu tidak akan
menyelesaikan masalah.
Kenalkan mereka kepada Allah,
zat yang kekal.
AKAL SETIPIS RAMBUTNYA,
TEBALKAN DENGAN ILMU.
HATI SERAPUH KACA,
KUATKAN DENGAN IMAN.
PERASAAN SELEMBUT SUTERA,
HIASILAH DENGAN AKHLAK.
Suburkanlah, kerana dari situlah nanti mereka
akan nampak nilai dan keadilan Tuhan.
Bisikkan ke telinga mereka bahawa
kelembutan bukan suatu kelemahan.
Itu bukan diskriminasi Tuhan.
Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan.
Kerana rahim wanita yang lembut itulah yang
mengandungkan lelaki-lelaki negarawan,
karyawan, jutawan dan 'wan-wan' yang lain.
Tidak akan lahir superman tanpa superwoman.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya,
pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan.
Tanpa ilmu, iman dan akhlak,
mereka bukan saja tidak boleh diluruskan,
bahkan mereka pula yang
akan membengkokkannya.
LEBIH RAMAI LELAKI YANG
DIROSAKKAN
OLEH PEREMPUAN
DARIPADA PEREMPUAN YANG
DIROSAKKAN OLEH LELAKI.
SEBODOH-BODOHNYA
PEREMPUAN PUN DAPAT
MENUNDUKKAN SEPANDAI-
PANDAINYA LELAKI.
Itulah akibatnya apabila wanita
tidak kenal tuhan.
Mereka tidak akan kenal diri
mereka sendiri,
apalagi mengenal lelaki.
Bila wanita derhaka,
dunia lelaki akan huru-hara.
Bila tulang rusuk patah,
rusaklah jantung, hati dan limpa.
Para lelaki pula jangan hanya mengharapkan
ketaatan tetapi binalah kepimpinan.
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah,
pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya.
Jinakkan diri dengan Allah,
nescaya akan jinaklah segala-galanya
di bawah kepimpinan kita.
JANGAN MENGHARAPKAN ISTERI
SEPERTI SAYYIDATINA FATIMAH RA,
KALAU PERIBADI BELUM LAGI
SEPERTI SAYYIDINA ALI RA...

Selasa, 27 Julai 2010

macamana nanti.

KUALA LUMPUR 27 Julai - Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik,
demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara,
Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa
guru suatu masa dahulu memain peranan penting
dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.
"Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagi tujuan itu, beliau berkata, pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin
.
SUMBER UTUSAN.
kita fikirkan begini
penglibatan guru dan politik adalah cerita yang cukup
menarik berdasarkan senario semasa dipersekitan kita.
SEJARAH SUDAH DITULIS
BESARNYA PERANAN GURU DALAM
KANCAH INI.
sekadar pandangan.
BAGAIMANA AGAKNYA NANTI.
bila guru2 ' menebalkan ' fahaman sampai
ke bilik guru
ke bilik darjah.
akan ujud kumpulan
berdasarkan warna parti.
DARI JINGGO
dasar yang dirancang tentu ada
cerita untuk memberi menambahbaikkan kepada kita.
kadang2 terfikir sesekali
sejauh mana provokosi dan sistem politik ' menang - kalah '
ini mampu memberi kesan untuk memberi menambahbaikkan.

dimana2 pun sama....

Facebook dan Reunion
sudah menjadi macam satu padanan
terutamanya rakan2 dibangku sekolah
MACAM2 CERITA
bila terjumpa rakan di FB
semua diimbau satu persatu.
DIMANA2 PUN SAMA.
dari pengalaman rakan2
reunion2 lain
SETELAH BERBELAS
TAHUN TAK JUMPA
semua macam tak sabar.
semua boleh dikorbankan
macamana agaknya dia dan dia
TAPI SETELAH BERJUMPA
semua ceritanya sama.
masing2 dengan cerita sebelumnya.
sibuk dengan urusan sendiri.
TIDAK MUDAH UNTUK
URUSAN SETERUSNYA
dari jinggo
mari kita fikirkan

Isnin, 26 Julai 2010

APA YANG PALING


1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ?
2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ?
3. Apa yang paling besar di dunia ?
4. Apa yang paling berat di dunia ?
5. Apa yang paling ringan di dunia ?
6. Apa yang paling tajam di dunia ?
Suatu hari, seorang ustaz berkumpul dengan
murid-muridnya.
Lalu si ustaz bertanya....
Pertama : “Apa yang paling dekat
dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab
"orang tua,guru,kawan,dan sahabatnya".
ustaz menjelaskan semua jawaban itu benar.
Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "MATI".
Sebab itu sememangnya janji Allah Subhanahu wata'ala
bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)
Kedua : "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".
Murid -muridnya menjawab
"negara Cina, bulan, matahari dan bintang - bintang".
Lalu ustadz menjelaskan bahawa semua jawaban yang
mereka berikan itu adalah benar.
Tapi yang paling benar adalah "MASA LALU".
Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak
dapat kembali ke masa lalu.
Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan
hari-hari yang akan datang dengan perbuatan
yang sesuai dengan ajaran Agama.
Ketiga : "Apa yang paling besar di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab, "gunung, bumi dan matahari".
Semua jawaban itu benar kata ustaz.
Tapi yang paling besar dari yang ada
di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf 179).
Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.
Keempat : "Apa yang paling berat di dunia ini?".
Ada yang menjawab "besi dan gajah".
Semua jawaban adalah benar,
kata ustaz, tapi yang paling berat
adalah "MEMEGANG AMANAH" (Al Ahzab 72).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat
semua tidak mampu ketika Allah Subhanahu wata'ala,
meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini.
Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi
permintaan Allah Subhanahu wata'ala,
sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena
ia tidak dapat memegang amanahnya.
Kelima : "Apa yang paling
ringan di dunia ini?"...
Ada yang menjawab "kapas, angin, debu dan daun-daunan".,
tapi yang paling ringan di dunia ini adalah
MENINGGALKAN SHOLAT.
Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan sholat,
gara-gara bermasyarakat kita meninggalkan sholat.
Keenam adalah, "Apakah yang
paling tajam di dunia ini?"...
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, "pedang".
Benar kata ustadz, tapi yang paling tajam
adalah "LIDAH MANUSIA" Karena melalui lidah,
Manusia selalunya menyakiti hati dan
melukai perasaan saudaranya sendiri.

Ahad, 25 Julai 2010

ada cerita.....



satu cerita yang tidak mahu
DIDENDANGKAN.
cerita alam sekitar
cerita tidak pernah penting dalam mana2 sistem pun
sedangkah jauh dari ' minat ' kita.
dunia perlukan pembelaan kita
jalan mudahnya adalah
PENDIDIKAN MENGENAI ALAM
dan kami mengambil cerita yang tak didendang ini
Kem yang ke 4 untuk 2010
dari MBPJ.
terima kasih
SMK LA SALLE DAN SMK DAMANSARA DAMAI ( 2 )

Rabu, 21 Julai 2010

suatu ketika

KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
tetapi menikah di hadapan Allah
KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang
untuk mendoa'kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka
semua dan meminta maaf apabila anda berfikir
untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.
KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan
bukan sepasang malaikat.
SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak
melalui jalan bertabur bunga,
tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan,
tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan
KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%
KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100%
dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar
berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia
mendampingi kita semasa menderita
KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa
untuk bangkit secara bertanggung jawab
apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut,
tetapi selalu berhasil menyelesaikan
semua pekerjaan.
KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah
orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,
kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....
KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang
tidak mahu bekerjasama dengan orang tua,
yang ada adalah anak yang merasa tidak
didengar oleh orang tuanya.
KETIKA INGIN
AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

Selasa, 20 Julai 2010

satu lagi cerita menarik mengenai...

KEPIMPINAN.
kepimpinan dikaitkan dengan
MELAYAN
DI LAYAN
mana satu pilihan kita seandainya kitalah pemimpian hari ini.
melayan bermaksud
rela berkorban demi kepentingan kelompok
pada tahap amalan dalam menjalan kepimpinan pelayanan
pertama
pemimpin melakukan sendiri
kedua
pemimpin melakukan manakala pengikut pengamati
ketiga
pengikut melakukan
pemimpin mengamati
keempat
pengikut melakukan sendiri
INI SATU LAGI SKILL
UNTUK DIKONGSIKAN
HONEY
H : honesty
kejujuran - semuanya dizahirkan melalui tindakan.
memiliki integriti.terhormat.tidak berbohong.
O : open mindedness
kesedian menerima orang lain dalam diri kita.
orang yang ingin maju bersedia untuk di kritik
bersedia untuk dinilai.
N : never Give up
mereka yang putus asa adalah mereka yang kalah
kita adalah simbol pembelajaran hidup
bagi orang lain di sekeliling kita.
E : Enthusiasm
semangat.keghairahan berkerja.
tiada kejayaan tanpa keghairahan
Y : You ' re the first
mengutamakan kepentingan orang lain
daripada kepentingan diri sendiri.
DAN KITA ADALAH
PEMIMPIN UNTUK DIRI SENDIRI

Isnin, 19 Julai 2010

buku yang menarik untuk dikongsikan...

satu persatu buku2 yang hebat
DARI INDONESIA
masuk ke pasaran kita.
yang menariknya.
MACAM ADA SATU PERBEZAAN.
ini sekadar pandangan peribadi.
mungkin disebabkan kadar pemintaaan
yang tinggi menjadikan penulis rasa
berbaloi untuk duduk dan membuat kajian
dan pembacaan dari bahan2 yang lain
HASIL NYA KITA KONGSIKAN YANG INI.
perbezaaan SANG PEMENANG dan SI KALAH.
sang pemenang selalu memiliki program
si kalah selalu memiliki sesuatu untuk dimaafkan
sang pemenang menyatakan
BIAR AKU BUAT KERJA
si kalah menyatakan
ITU BUKAN TUGAS AKU
sang pemenang memiliki jawapan diatas persoalan
si kalah melihat adanya masalah dalam setiap persoalan
si pemenang menyatakan
MUNGKIN SUKAT TAPI MASIH BOLEH
si kalah
MUNGKIN BOLEH TAPI SUKAR
sang pemenang membuat kesilapan
ITU SALAH AKU
si kalah membuat kesilapan
BUKAN SALAH SAYA
sang pemenang membangun suatu komitmen
si kalah membuat janji
sang pemenang memiliki mimpi
si kalah memiliki rencana
sang pemenang salah satu bahagian dalam kumpulan
si kalah terpisah dari kumpulan
sang pemenang melihat tujuan
si kalah melihat penderitaan
sang pemenang melihat kemungkinan - kemungkinan
si kalah melihat penderitaan.
sang pemenang mempercayai situasi menang2
si kalah mempercayai situasi menang - kalah
sang pemenang melihat potensi
si kalah melihat masa lalu
sang pemenang memilih apa yang dia katakan
si kalah menyatakan tentang apa yang dia pilih
SANG PEMENANG MEBUAT
SESUATU BERLAKU
SI KALAH MEMBIAR
SESUATU BERLAKU.

Ahad, 18 Julai 2010

kita kongsi lagi..



Menarik untuk dikongsikan cerita ini.
2 kisah yang cukup untuk kita jadi
sebagai satu
KEPERCAYAAN
bagaimana kuasa penampilan menjadikan
kita sesuatu yang berbeza.
SAYA MULAKAN DENGAN CERITA 1
saya amat yakini kepada satu konsep
KECANTIKAN FIZIKAL
merupakan satu
KUASA PENGARUH
yang cukup besar untuk menangkap minat
orang lain untuk mendekati kita.
ADAKAH INI SEGALANYA.
sebab saya yakini kepada satu pandangan
KECELAKAAN PALING
BESAR DALAM HUBUNGAN SOSIAL
BILA MANA KITA TIDAK DIPEDULIKAN.
kita mahluk sosial yang tentunya
mahu dipedulikan.
adakah ini pengudahnya
KITA ANGGAPLAH
kepedulian orang lain umpama
kemahuan orang lain ' masuk kedai ' kita.
KEINGINAN UNTUK MEMBELI
DAN TERUS MEMBELI
semua bergantung besar kepada
kemahiran seterusnya
KECANTIKAN SOSIAL.
ini kisah ke2
seorang sahabat.
sepetang bersamanya.
CUKUP UNTUK SAYA KATAKAN.
patutlah dia bagus dalam perniagaan.
KECANTIKAN SOSIAL
amat2 tinggi.
cara aturan dia menyalurkan komunikasi
dengan pelanggan dan pekerja cukup untuk
membuatkan ' rugi ' kalau tidak terus berurusan.
midah kalau ko baca
ada satu ' babak ' ko dengan ' budak india '
yang macam merajuk tu.
cukup untuk aku buat kesimpulan.
http://www.riverstoneecoresort.com/
menurut dale carnigie
dalam buku klasiknya
BAGAIMANA UNTUK MEMBINA PENGARUH
percayalah : kemahuan manusia
DILIHAT
DIPEDULIKAN
DIHARGAI.
hari ini dunia semakin meletakkan
untuk menjadi orang hebat
KEMAHIRAN MEMBINA
KECANTIKAN SOSIAL
HARUS DIDAHULUKAN.
kita menjual diri kita
untuk di ' beli ' oleh orang lain.
tentunya dimulai dengan apa yang
orang lain nampak.
keseronokkan untuk terus berada dalam
' kedai ' kita ( bersama kita ) dikaitkan dengan
sejauh mana kemampuan kita sesama menjadikan
hubungan yang menguntung dari segi emosi.

Sabtu, 17 Julai 2010

kita kongsikan....

Ingin cemerlang, anak tertekan
Ingin cemerlang, anak tertekan
Sebenarnya tidak terlalu mengejutkan apabila laporan
akhbar baru-baru ini menyebut bahawa semakin
ramai kanak-kanak dan remaja dikesan
mengalami penyakit berkaitan mental atau psikiatri.
Melihat daripada keadaan keperluan kepada
kecemerlangan akademik,
persaingan dengan rakan-rakan,
harapan melampau ibu bapa pada pendidikan anak-anak,
menyebabkan golongan muda ini menjadi
mangsa kepada keadaan.
Dalam laporan itu juga menyebut apa yang lebih
membimbangkan ialah salah satu punca kepada
fenomena tersebut ada kaitannya dengan tekanan yang
dihadapi golongan tersebut ketika menghadapi peperiksaan.
statistik Kementerian Kesihatan yang menunjukkan bahawa
sejak lima tahun lalu kira-kira 11.2 peratus penduduk
berusia 18 tahun ke atas mengalami masalah berkaitan psikiatri.
Data statistik itu juga menunjukkan sebanyak 20.3 peratus
kanak-kanak dan remaja berusia antara lima dan 15 tahun
mengalami masalah yang serupa dan dilaporkan
menteri itu turut bimbang sekiranya statistik itu terus meningkat.
Mengulas topik berkaitan peningkatan
penyakit berkaitan psikiatri
di kalangan kanak-kanak ini, Pakar Psikologi
Kanak-Kanak dan Kaunseling,
Jabatan Pendidikan Psikologi dan Kaunseling,
Fakulti Pendidikan Universiti Malaya,
Profesor Madya Dr. Mariani Md. Nor berkata,
perkara itu timbul apabila kanak-kanak terlalu
diberi tekanan mengenai kemajuan mereka dalam
bidang pelajaran sejak dari usia kecil lagi.
Mariani berkata, fitrah kanak-kanak yang dunia
mereka lebih cenderung kepada alam permainan
digantikan secara 'paksa' dengan perkara-perkara
yang mereka tidak gemari dan memerlukan
mereka berfikir secara serius.
''Apabila mereka tidak dapat bermain,
tenaga dalaman yang ada di kalangan
kanak-kanak itu tidak dapat dibebaskan.
Kanak-kanak sebenarnya aktif bermain
untuk melepaskan tenaga tersebut,
sebab itu kita tengok mereka tidak
boleh duduk diam.
''Bila mereka tidak boleh bermain,
mereka akan jadi
stres atau tertekan,'' katanya.
KESANNYA
Pemberontakan dalaman ini akan dilepaskan pada waktu
ketikanya apabila mereka semakin dewasa dengan
melakukan gejala sosial
lain untuk melepaskan tekanan.
Gejala sosial yang dilakukan itu seperti melepak,
malas belajar, merempit dan sebagainya
adalah salah satu alternatif untuk cara mereka
melepaskan tekanan yang dibebankan kepada mereka
dalam kehidupan normal kanak-kanak.
DARI JINGGO
ini berdasarkan pengalaman.
ini adalah kajian
ini adalah satu kemestian untuk kita tahu
MENDAPAT ANAK2 YANG BANYAK A..
merupakan satu lagi lambang keegoaan kita
TERUTAMANYA DARI
kelompok golongan pertengahan
pada kelompok ini.
A nya anak2 merupakan satu lagi status
dalam kelompok sosial.
lambang kepada ' kebagusan ' diri
berdasarkan kepada keperluan semasa
TIDAK UNTUK KELOMPOK ' DIATASNYA '
( didasarkan dari status sosial
ekonomi.pendidikan dan persekitaran )
dari pergaulan dan sembang2.
A bukan jaminan untuk mempastikan
keseluruhan hidup ini mampu disempurnakan.
DAN SETERUSNYA DARI JINGGO
berdasarkan kepada keperluan kerjaya
saya meletakan diri saya didalam
beberapa kelompok berdasarkan keinginan
untuk tahu dan melihat sejauh mana
keperluan A diatas segalanya.
CUKUP UNTUK DISIMPULKAN
semuga perkongsian ini
menjadi satu lagi titik tolak
kepada keinginan kita sebagai
makayah untuk sama2 melihat anak
mampu untuk mempastikan
hari ini lebih baik dari semalam.

Khamis, 15 Julai 2010

cerita lama dibarukan...



cerita ni dah lama
PENGURUSAN SISA PEPEJAL
persoalan yang sama dan lama.
KENAPA KITAR SEMULA TIDAK BERJAYA.
hari ini berpeluang untuk duduk bersama
sekumpulan rakan2 yang tidak keterlaluan
kalau dikatakan sebahagian dari orang2 yang
terlibat terus untuk melaksanakan
POLISI BARU MENGENAI ISU BERKAITAN
tahun depan 2011.
KESIMPULAN KITA.
kenapa kitar semula tak berjaya.
sedangkan jauh dari pengetahuan kita.
kita sudah berhadapan
dan bakal berhadapan
dengan isu2 yang amat2 serius bila dikaitkan
dengan sampah dan kita.

Rabu, 14 Julai 2010

pengurusan nyawa

bagi mengetahui nilai satu tahun..tanyalah
kepada murid yang gagal ujian akhir tahun
bagi mengetahui nilai satu bulan...tanyalah
kepada ibu yang melahirkan anak tak cukup bulan
bagi mengetahui nilai satu minggu...tanyalah
kepada editor sebuah majallah mingguan
bagi mengetahui nilai satu hari...tanyalah
kepada buruh yang mempunyai enam anak.
bagi mengetahui nilai satu minit...tanyalah
kepada kekasih yang sedang menunggu
bagi mengetahui nilai satu saat...tanyalah
kepada yang terselamat dari kemalangan
bagi mengetahui nilai satu milisaat...tanyalah
kepada pemenang pingat perak dalam sukan olimpik.
INI DARI JINGGO
saya yakin dan percaya
bagusnya manusia pada tindakan.
satu daripada tindakan yg paling sukar
PENGURUSAN MASA.
saya berurusan dengan orang
berdasarkan masa.
DAN KESIMPULAN SAYA
CUKUP MUDAH
jangan bercakap soal kecemerlangan
kalau asas mengendalian masa teruk.

Selasa, 13 Julai 2010

terima kasih kerana dijadikan begini....

Pada suatu hari ada seorang gadis buta yg
sangat membenci dirinya sendiri.
Kerana kebutaannya itu. Tidak hanya terhadap dirinya sendiri,
tetapi dia juga membenci semua orang kecuali kekasihnya.
Kekasihnya selalu ada disampingnya untuk
menemani dan menghiburnya.
Dia berkata akan menikahi gadisnya itu kalau gadisnya itu sudah boleh melihat dunia.
Suatu hari, ada seseorang yang mendermakan
sepasang mata kepada gadisnya itu
Yang akhirnya dia boleh melihat semua hal,
termasuk kekasih gadisnya itu .
Kekasihnya bertanya kepada gadisnya itu
” Sayangggg … sekarang kamu sudah bisa melihat dunia.
Apakah engkau mau menikah denganku?”
Gadis itu terkejut melihat bahwa kekasihnya itu ternyata buta.
Dan dia menolak untuk menikahi kekasihnya
itu yg selama ini sudah
sangat setia sekali mendampingi hidupnya
selama si gadis itu buta matanya.
Dan akhirnya kekasihnya itu pergi dengan menitiskan air mata,
dan kemudian menuliskan sepucuk surat
singkat kepada gadisnya itu,
“Sayangku, tolong engkau
jaga baik-baik ke-2
mata yg telah aku berikan kepadamu.”
KITA FIKIRKAN BEGINI
Kisah di atas memperlihatkan bagaimana
Fikiran manusia berubah saat status dalam hidupnya berubah.
Hanya sedikit orang yang ingat
bagaimana keadaan hidup sebelumnya
lebih sedikit lagi yang ingat terhadap
siapa harus berterima kasih
DAN LAGI
Hari ini sebelum engkau berpikir untuk mengucapkan kata- kata kasar
Ingatlah akan seseorang yang tidak bisa berbicara.
Sebelum engkau mengeluh mengenai cita rasa makananmu,
Ingatlah akan seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum engkau mengeluh tentang suamimu,
ingatlah akan seseorang yang menangis kepada Tuhan
untuk meminta penyembuhan sehingga suaminya
TIDAK LUMPUH seumur hidup.
Hari ini sebelum engkau mengeluh tentang hidupmu,
Ingatlah akan seseorang yang begitu cepat pergi
ke alam kubur dengan masih menyertakan kemiskinannya.
Sebelum engkau mengeluh tentang anak-anakmu
Ingatlah akan seseorang yang begitu
mengharapkan kehadiran seorang anak,
tetapi tidak mendapatnya.
Dan ketika engkau lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu
Ingatlah akan para penganguran, orang cacat
dan mereka yang menginginkan pekerjaanmu.
Dan ketika beban hidup seakan menjatuhkanmu,
pasanglah senyuman di wajahmu dan berterima kasihlah pada
Tuhan karena engkau masih hidup dan ada di dunia ini.
Hidup adalah anugerah, syukurilah, jalanilah,
nikmatilah dan isilah hidup ini
dengan sesuatu yg bermanfaat untuk umat manusia.

Isnin, 12 Julai 2010

mari kita kisahkan...

kegagalan bukan satu kejadian
yang mendatangkan bala bencana.
KITA TIDAK GAGAL MENDADAK
kegagalan adalah hasil daripada tidak dapat
mengelak himpunan pemikiran yang pilihan yang kurang tepat.
MUDAHNYA ADALAH
kegagalan adalah himpunan daripada
beberapa kesilapan dalam pertimbangan yang dibuat seharian.
BAGAIMANA IANYA BERLAKU
himpunan bermaksud kesilapan yang berulang2
kenapa begitu
ini dikaitkan dengan sikap tidak kisah
dengan kesilapan dan pertimbangan
KITA TIDAK GAGAL SECARA MENDADAK.
kesan buruk dari kegagalan tidak ketara
dalam jangkamasa pendik seakan tidak ada apa2.
KITA MENERUSKAN KESILAPAN
kegagalan tidak menjerit
tanda amaran
DARI JINGGO
kejayaan dan kegagalan
membabitkan kesan pada masa depan
dan amat diyakini apa yang berlaku dalam
hidup ini adalah satu proses yang
BERANSUR2.
kita yang menjadikan hidup kita
dihujungnya bagaimana.
UNTUK ITU
marilah kita
KISAHKAN KESILAPAN2
kecil yang mungkin ' tidak akan menjerit '
sebagai tanda amaran.

Sabtu, 10 Julai 2010

tak faham...lu cakap apa...



budak cina tu buat persembahan dalam bahasa cina
dan pelajar melayu sebelah tukang tafsirkan.


saya lagi pengalaman yang menarik.
CERAMAH ORANG TAK FAHAM
inilah musuh kepada semua keinginan dalam
UNTUK BERKOMUNIKASI

dan musuh utama semua Program Motivasi
TAK NAK
TAK FAHAM

TAK BERSEDIA UNTUK BERTINDAK.

untuk itu.
setelah nak.
macamana nak bertindak
KALAU TAK FAHAM.

Khamis, 8 Julai 2010

sapa kawan kita....

Siapakah sahabat yang baik itu?
Sahabat yang baik adalah anugerah terindah.
Sahabat yang baik adalah sahabat yang tidak hanya selalu
menemani dikala suka maupun duka tetapi selalu
mengingatkan, menasihati dan mengajak
sahabatnya kepada kebaikan.
Sahabat yang baik adalah sahabat yang tidal rela
sahabatnya tersakiti dan jatuh kelembah nista.
Sahabat yang baik adalah sahabat yang setia
bersamanya meraih surga.
Bagaimana menjadi dan mendapatkan sahabat yang baik?
Jawabnya terletak bagaimana cara
kita menjalin hubungan.
Perumpaannya adalah ketika kita menjalin hubungan
dengan pembuat minyak wangi maka bau harumlah kita.
Dan jika kita berteman dengan tukang besi
maka bau asaplah kita.
Sahabat yang baik itu. Sahabat yang rela dipinjam bahunya
untuk menumpahkan perasaan kita,
apakah itu senang maupun sedih.
Sahabat yang baik itu
Sahabat yang berani mengatakan salah ketika temannya salah,
bukan mendukungnya ketika dia salah.
Sahabat yang baik itu
Sahabat yang selalu ada ketika sahabatnya memerlukannya.
Sahabat yang baik itu
Sahabat yang mencintai sahabatnya karena Allah Swt
dan mengajak temannya kejalan kebaikan.
Itulah sahabat, saat senang dia meminjamkan
tubuhnya untuk dipeluk,
saat sedih dia meminjamkan punggungnya dan
menyapu airmata sahabatnya dengan jemari lembutnya.
Sahabat yang mencintai sahabatnya karena Allah,
ia tak rela sahabat masuk neraka, namun ia mengajak sahabatnya ke surga.
Itulah sahabat yang baik…..
DARI JINGGO
masih adakah ada sahabat yang macam tu.
kalau ada pun mungkin.
sahabat MLM
sahabat 3line
ini dilihat adalah satu ruang tercanainya
persahabatan sebagai kehendaknya.
SATU FAKTA AKADEMIK
kita akan senang dan mudah
berurusan dengan orang yang
sama nilai
sama kepercayaan
nilai dan kepercayaan dibentuk oleh persekitaran
yang menjadi ' kuasa percaya ' yang bukan
mudah untuk dirobohkan.

Rabu, 7 Julai 2010

hadiah kahwin.

semalaman duduk membaca
buku yang dihadiahkan oleh seorang kawan
SELAMAT PENGANTIN BARU.
dikala semua kita masih
menjadikan bunga telor sebagai satu cerita
majlis perkahwinan
seorang ini menjadikan buku sebagai cerita
majlis perkahwinannya.
SETELAH MEMBACA
saya mencadangkan buku ini untuk
dimiliki
dibaca
sebagai satu lagi bahan bacaan yang praktikal.

Selasa, 6 Julai 2010

tragedi orang lemah....

seekor kambing gurun tiba2 dikejar
seekor harimau.dengan pantas kambing berlari
di bukit berhampiran.kepantasannya tidak dapat
di kejar oleh harimau.namun harimau tak putus asa.
menunggu dibawah dengan harapan kambing akan turun kebawah.
HARIMAU MENUNGGU
DAN KAMBING TERUS DI KEDUDUKANNYA.
matahari mula condong kebarat.
pada waktu itu bayang2 kambing yang diatas
bukit mula tertayang di muka bumi
KAMBING SEMAKIN HAIRAN
tanduknya semakin panjang
ianya menyangka sesuatu ' luarbiasa ' sedang berlaku
pada dirinya yang tanduknya menjadi semakin
panjang dan tajam.
DALAM DIAM TIMBUL RASA KAGUM
DAN HEBAT DALAM DIRI SENDIRI
tanpa berfikir panjang.
dia terjun dan turun melawan harimau.
akhirnya kambing mati dibaham oleh harimau
MORALNYA
mari kita fikirkan bersama.

Isnin, 5 Julai 2010

Usah risau : Bergembiralah !

kita seolah2 sesak nafas.fikiran merawang.mudah meratah.
jantung seperti nak pecah. SEMUA DIATAS DIANTARA
BOLEH DIKAITKAN DENGAN PERASAAN
BIMBANG DAN CEMAS YANG KITA ALAMI
INI JUGA DIKAITKAN DENGAN PENYAKIT KEJIWAAN
kesannya adalah
resah gelisah
tidak bermaya
mudah letih
sukar memberi tumpuaan
mudah meradang
tengang otot
tidur tak nyenyak
KESANYA LEBIH BURUK
serangan jantung.
tekanan darah tinggi
ulser @ gastrik
gangguan gastrousus
masalah penafasan
kepada lelaki dikaitkan
dengan sikap memendam perasaan.
APA YANG BOLEH KITA KONGSIKAN
biasanya rasa bimbang dikaitkan dengan
perasaan takut tentang apa yang mungkin berlaku
kita melihat masa depan dengan negetif
DIKATAKAN BEGINI
menurut Duke Ellington
terdapat 2 jenis kebimbangan , iaitu sesuatu
yang boleh dilakukan dan satu lagi tidak boleh
kita lakukan.jangan habiskan masa difaktor ke dua.
PEPATAH MENYATAKAN
kebimbangan tidak akan menghilangkan kesedihan
pada hari esok.ia cuma menelan kekuatan pada hari ini.
PENYELESAIANNYA
untuk mengawal rasa bimbang
dapatkan butiran
dikatakan ' separuh daripada kebimbangan dunia berpunca
daripada orang yang cuba membuat keputusan sebelum mereka
memiliki keputusan yang cukup untuk membuat keputusan.
ambil tindakan
apa yang penting , daripada memikirkan mengenainya
cubalah membuat sesuatu
cari rakan bual
disebab tidak suka berbualkan lelaki yang lebih teruk.
rajin bersenam.
dapatkan keadaan yang tenang
mendengar bacaan ayat2 Al Quran
dipetik dari buku
KEKUATAN EMOSI.

Ahad, 4 Julai 2010

kadang2 kita lupa......

Kadang aku lupa bagaimana cara menangis
Kadang aku lupa bagaimana cara tersenyum
Kadang aku lupa bagaimana cara berkonsentrasi
Kadang aku lupa dengan indahnya persahabatan
Kadang aku lupa bagaimana cara mengeluh
Kadang aku lupa bagaimana cara mencintai
Kadang aku lupa bahwa cukup Allah sebagai pelindungku
Kadang aku lupa bagaimana cara meminta tolong
Kadang aku lupa kemana aku harus pergi
Kadang aku lupa bahwa aku tidak boleh takut
kecuali kepada Allah
DARI JINGGO
kadang2 aku pun lupa
yang aku tidak bersendiri disini.

Jumaat, 2 Julai 2010

sabar ajalah

pernahkah kia terfikir kepada sesetengah
orang mudah melatah bila timbul sesuatu masalah.
INI DIKAITKAN DENGAN
SIKAP SABAR
kesabaran ialah kesedian untuk
meneruskan disebalik kesusahan.
kajian pakar menyatakan kesabaran dipamerkan
dalam bentuk bagaimana kita bertindak dan bertindak semula ,
malah lebih penting lagi bagaimana kita melayani
orang lain. Kesabaran memberikan kita masa
untuk memahami orang lain dan kejadian yang berlaku.
AHLI FALSAFAH MENYATAKAN
pernah berkata kesabaran menjadi kunci
kearah kehidupan yang lebih cemerlang.
kesabaran menjadi asas untuk mencapai matlamat.
PEPATAH CINA
menyatakan rama2 yang cantik datangnya dari
pembesaran perlahan2 dan penuh
kesabaran di sebalik berbagai halangan.
RASULLAH S.A.W
bersabda ' sabar itu separuh dari iman '
JINGGO BERPANDANGAN
mereka yang menderita akibat tidak sabar
sering dianggap sombong , tidak sensitif
SEBUAH BUKU
MENCADANGKAN BEGINI
untuk menyawal perasaan tidak sabar
bernafas
berehat
bercakap sendiri
peka dengan emosi sendiri
bertindak tepat pada masanya
jadikan hidup ini mudah
fikirkan kebaikan orang lain.
KALAU TIDAK
selalu tidak puas hati dengan diri sendiri
mudah menyalahkan orang lain
memudah memutuskan persahabatan
menjadi pesimistik
menyusahkan diri sendiri.
UNTUK ITU
DARI JINGGO
kunci bagi segalnya ialah kesabaran
kita memperoleh anak ayam dengan
menunggu telur menetas.
bukan dengan memecahnya

Eco Kid Adventure on Facebook