
Ini cerita tidak boleh jadikan contoh. Kisah seorang lelaki ( aku ) yang selalu terantuk dalam BAB ni. Kadang2 begitulah hidup ...tapi setidaknya ini pengajaran untuk semua orang2 yang pakai NGV ( sebab tak banyak tempat ada kemudahan tu ).
Dari Gombak isi ( rm 10 – dah penuh untuk NGV ) pagi. Ok biasanya boleh tahan untuk perjalanan yang jauh. Ok selesai. Tidak banyak aktiviti untuk hari siang. Dan petang – jemputan berbuka dengan kawan di Putrajaya – ok.nak isi minyak ( tak payah , sebab nak isi gas di putrajaya – kata kawan ada kat sana ). Dan seterusnya perjalanan cukup cantik. Dari Gombak ke Putrajaya ( kg PM )
Tamat disitu.Balik dari Putrajaya ini – yang nak di kongsikan. Pusing2 – tak jumpa Petronas yang ada GAS ( ada tapi tak jumpa : ini karektor lelaki – malas bertanya ). Tengok GAS ( berdasarkan signal – cukup untuk isi di PJ ). Dari Putrajaya ke PJ ikut highway Syah Alam – dan bermulalah kisah ini. Gas habis. Minyak habis. Gelap. Tengahmalam.Sunyi. Kat highway. Pukul 2 pagi.Apa nak buat....nak tidur dalam kereta ( bukan pengelesaian – call kawan2 – inilah kawan !!!!! ). Tapi sesuatu yang menarik di highway ni – banyak IKLAN : TAYAR PANCIT. Bukan satu.Call no kat depan. Ini yang menarik...KERJAYA ; DARI MASALAH ORANG LAIN....tapi ok.
Dia angkat call dengan : EN KAT MANA....
Dia dah set dalam kepala orang call mesti orang BERMASALAH....ha...ha..
Sebab tu dia dah rekodkan ayat pertama : EN KAT MANA...
Maaf en – saya kat sini.ada benda ni. ada benda tu.saya nampak itu dan ini....
OK BANG – SATU TAU TEMPAT TU.
Dia cari makan dari MASALAH orang lain. Ok. Setelah itu dan ini – aku kena tunggu !!!!. Dalam kepala dah macam2 terfikir. Macam mana kalau kalau dia ni PEROMBAK. KAKI PAU…dan macam2. KENA BUNUH. ESOK KELUAR METRO – MAYAT DALAM LONGKANG.CURI KERETA.
Jam 3 pagi. Dia datang dengan TONG MINYAK + CORONG ( cantik dia buat ).
Sembang2 sekejap. Kat sini selalu macam ni SELALU bang , dulu masa minyak mula naik lagi teruk – dalam sehari dekat 6 – 8 orang tersadai disini….akhirnya.BERAPA !!!!. Aku menharap seorang lelaki yang BUDIMAN – rupanya KAKI PAU.minyak RM 10 dia up sampai RM 35 – terkedu ! MELAYU PAU MELAYU..ok : ini pun bisnes. Orang bisnes mana nak rugi
MORAL 1 : Jangan di harapkan pada sesuatu yang TAK PASTI. Dari GOMBAK berpuluh2 PetrolStation – nak kejar benda yang tak pasti...begitu jua dalam hidup kita. Bak kata pepatah klasik : dengar guruh di langit air di tempayan jangan di curah..tapi aku dapat ILMU PRAKTIKAL yang orang lain tak rasa.
MORAL 2 : MENCARI MAKAN ATAS MASALAH orang lain. Dalam situasi ni adakah lelaki tadi kenakan aku !!! Adakah dia mengambil kesempatan sebab aku tidak ada pilihan…
MORAL 3 : Kepada sesiapa yang pakai NGV – kena pastikan minyak pun isi. Sebab tak banyak tempat ada GAS.
MORAL 4 : untuk aku sendiri ( padan muka ) tak boleh ke BERTANYA.
MORAL 5 : Jangan percaya kawan – yang dia pun tak pasti...ok..ok...comfirm , aku pasti tempat tu memang ada – dulu aku punya mak cik ( dan segala tok dan tok wan keluar ) pernah itu dan ini.
MORAL 6 : Hati2 ikut Highway di KL ni. Terlalu banyak sehinggakan kita tidak pasti JALAN NI NAK KEMANA ( walaupun dah tulis ) TAPI PUSING SANA – PUSING SINI.
MORAL 7 : KERAJAAN PATUT PERBANYAKKAN PETROLSTATION yang ada GAS.
MORAL 8 : SATU JARI KE ORANG LAIN – EMPAT JARI KENA DIRI SENDIRI…ok terima kasih.