
Dan seterusnya kita bercerita - untuk dijadikan panduan untuk meneruskan kehidupan yang tak tahu dimana kesudahnya. Dan tentunya cerita yang menarik untuk di kongsikan adalah - cerita kita - persekitaran kita. Kisah WANITA & IBU & CIUMNAN
Bernie Siegel membuat satu kajian yg amat menakjudkan - kesan ciuman terhadap 2 sample ( keduanya berkaitan kesan ciuman isteri kepada suami nak pergi kerja ) - satunya isteri mencium suami sebelum pergi kerja dan satunya isteri tak buat apa...kesannya didapati suami yang mendapat ciuman : akan berjaya menhindari apa yg di panggil WIL ( wanita idaman lain )- dan yang lebih dasyat hasil kajian tu suami akan lebih bersemangat , berkeyakinan. Dan begitu jua anak2 yang dihantar kesekolah dengan ciuman seorang ibu. kesannya berbeza....
Isteri & ibu -ciuman yang dikatakan tidak boleh dihuraikan dengan kata2. Ada satu jurnal Psychology of Woman menyatakan - wanita mempunyai kemampuan yang kuat mempertahankan cinta ( dibandingkan dengan lelaki ) dan wanita mempunyai ketahanan yang kuat terhadap tekanan ( dibanding lelaki ). Dan kajian juga menyatakan dalam zaman sekarang walaupun bilangan janda lebih ramai daripada duda , tetapi bilangan lelaki yang curang lebih ramai daripada perempuan (..ha...ha....ha...)
Dan aku : syurga dibawah tapak kaki ibu - segalanya pada ibu.sebab itu kepada lelaki yang nak cari isteri : menurut satu kajian besar : " sekiranya ingin tahu bagaimana watak calon isteri kamu , lihat dan perhatikan tingkah laku dan sifat ibunya.....