Sabtu, 6 Disember 2008

apa aku akan dapat....


Anak2 kadang SEHARUS diberitahu sejarah asal - usul.
Dan sesekali menukar cerita dan persekitaran ini kesimpulan.....
Seronok tengok anak2 membaca itu dan ini pada kemudahan yang disediakan.Dan bersiaplah sedia kita untuk memberi ' keterangan ' seterusnya. Setidaknya dia tahu bahawa kita tidak selamanya disini dan begini.
Skrip ceritanya hampir sama : Kejatuhan kita ke tangan ' ORANG ASING ' disebabkan krisis kepimpinan di masa itu. Kedangkalan pengetahuan semasa , selain daripada beberapa kepentingan yang tidak selari dengan keperluan semasa.
446 tahun kita dijajah ( guru sejarah tolong betulkan kalau salah ).
Hari ini - apa cerita.Semangat Puntun.Dato' Sagor.Maharaja Lela seakan mengalir deras melihat cerita disini. Tapi seharusnya kita bagaimana ; melihat satu persatu percaturan yang semakin menampakkan kedangkalan......
Sistem yang ada seakan menjadi percaturan peribadi : Segala penghakiman semua berasaskan kepada ' apa aku akan dapat '......
Dan hari ini ( sehingga sekarang ) 3 dilapurkan mati di Bukit AntasaBangsa.Ampang. Ceritanya mudah.Perlaksanaan semua Projek Pembanggunan Tanah Tinggi terletak kepada beberapa peruntukan dasar - adakah semua itu diambil kira.....

Khamis, 4 Disember 2008

Berteori lagi : Mana buah Limau....


Kita ber' teori ' lagi : Teori ini mungkin tidak akan menjadi apa2 seandainya kita tidak meletakkan KEPERCAYAAN pada ini sesuatu yang memang dah ada dalam diri kita. Mungkin tidak ada ruang yg memberitahu kita.

PEJAMkan MATA ( dengar lagu dlm blog saya ni ).
Tarik nafas.Redakan semua.Kendurkan gelombang otak ke ALPHA ( gelombang otak )...Bayangkan kita berada di hadapan peti sejuk yg terletak di dapur. Dalam minda kita , lihat diri kita membuka peti sejuk tersebut. Di dalam peti sejuk tu kita melihat sebiji buah limau , ia berwarna kuning , besar dan masam. Bayangkan kita menghulurkan tangan dan memegang buah limau tersebut. Rasakan kedinginan dan tekstur buah limau tersebut. Sekarang , bawa keluar limau tersebut dan letakkan di atas meja. Seterusnya potong limau dan lihat jusnya mengalir keluar. Ambil hirisan yang kita potong itu dan masukkan ke dalam mulut kita.Kunyah dan rasa betapa masamnya jus limau itu pada lidah kita dan keseluruhan mulut kita..
Apa yang berlaku : Kita akan merasa kita 'dah ' makan buah limau tersebut. Mana buah limau. Itu KUASA MINDA DI BAWAH SEDAR. Ini adalah KUASA. Dan beberapa teori lagi seperti PLACEBO dan PYGMATION .
Pada saya : Saya mula berhadapan dengan teori ini 1O tahun dahulu. Kuasa apa yg boleh menjadikan kita sebagaimana yg kita mahu.kuasa PERCAYA.Dan hari ini sebahagian besar atlet barat menggunakan teori ini untuk menang.Kita mesti MENANG sebelum MENANG.....dan tentunya ada perbincangan2 akademik lain yang menjadikan ianya jadi ( dapatkan buku di atas )
Buku dan ilmu ini amat ' cantik ' untuk menetapkan MINDA kita dan orang2 persekitaran kita untuk MAHU apa yang kita MAHU ( saya sedang mencari dan merujuk kepada kefahaman agama sebab ada orang mula mempertikaikan teori ini )

Rabu, 3 Disember 2008

Cuba Latihan ini.


Kita berkongsi satu Latihan yg Praktikal mengenai otak kita.
PEJAMKAN MATA !!!!

Anda bayangkan sedang menonton siara TV kegemaran anda.
Tukar siaran TV kepada Siaran yang kosong.
Bayangkan Epal.
APA YANG KELUAR.
EPAL - dimana ? Tepi.Tengah.Kanan.Kiri.
Secara Praktikalnya : Epal akan keluar di TENGAH.
APA WARNA EPAL : merah.kuning.hijau.
KESIMPULAN : ITULAH OTAK KITA.OTAK SUKA SESUATU YANG BERMULA DI TENGAH.OTAK SUKA WARNA.....
untuk ibu2 & bapa rasanya ini satu latihan untuk menukar 'sistem ' mengambil nota.otak tidak suka cara nota yang diambil - mungkin ramai yang dah tahu : tapi tidak tahu sejauhmana otak kita SUKA pada teori ini...
Latihan seterusnya dapatkan buku Tony Buzan

Ayahku dan StoneCold


Dari pertanyaan seorang kenalan : Dr Noliza (Phd ) bakal Guru Besar disebuah sekolah di Teluk Intan - kami berurusan dan ini dihujungnya - bagaimana saya mendapat dan mengekalkan MOTIVASI diri untuk letakkan diri di setempat yg sepatutnya hari ini.

Diringkaskan : Semua bermula dari AYAH saya.Maaf kalau tidak keterlaluan. Ayah agak tipikal dan zahirnya macam STONECOLD ( baran ).Semua dimata dia adalah SALAH. Kami anak2 terus membesar dengan melihat dan menilai satu persatu apa yg dizahirkan ( mak selalu jadi mangsa ). Mungkin jawatan IMAM menjadikan dia adalah PANDANGAN yang anak mesti begini dan begini.Ayah nak saya menjadi seorang GURU ( itu jawatan terhebat dimata orang kampung masa tu dan mungkin sekarang )

Saya memebesar dengan keinginan yang tidak selari. Perubahan keinginan menjadikan saya mula mendekati ' perubahan ' - gitar tong.lepak tepi tembok.balik lambat..cerita remaja kampung , zaman2 sweet charity ( 80 an ): Kami bertelingkah ( secara senyap )akhirnya SEPATAH KATAnya..( yg menjadikan saya hari ini )

Cabaran itu ada Motivasi dalam saya yg kuat. Orang persoalan apa sahaja tentang itu dan ini. Cabaran itu masih di atas.Saya belajar , membaca , studi , peperiksaan , berkerja - disebabkabn CABARAN ( dari sepatah kata ).Itu saya kirakan sebagaimana kata ADAM KHOO dlm buku hebat : WHY !!!! Kenapa perubahan harus berlaku. Tentunya kita mesti ada SEBAB.Dan ygn TERBAIK tulis sebab itu untuk kita jadikan PEMBAKAR...

Itu ringkasan saya Dr Ija.Matlamat saya jelas ke arah cabaran tersebut. Saya memegangkan kepada KONSEP ' WHY '.....dan hari ini KAMI masih macam AYAM + ITIK...tapi itu pencetus MOTIVASI saya ( walaupun dia tidak pernah tahu .Dan hari ini saya juga seorang GURU.Dan saya tahu di BANGGA dengan apa yang berlaku walaupun sepatah kata tidak pernah keluar dari mulut dia...AYAHku vs STONE COOL


Moral hari ini : untuk diri dan kawan2.Motivasi itu adalah gabungan dua patah perkataan MOTIVE and ACTION : tentunya semuanya tidak akan menjadi apa seandainya hidup tanpa MATLAMAT - dan tentunya matlamat tidak akan menjadi apa andainya tidak DI TULIS dan di PRAKTIKkan.Sebab fitrah nya kita akan MENENTANG perubahan. Tetapi dalam kontek hari ini perubahan harus berlaku. Bagaimana untuk mencetus PERUBAHAN tersebut adalah subjektif. Ini adalah persoalan yg harus di CIPTA.....

Selasa, 2 Disember 2008

terima kasih.....



Ini sebahagian dari cerita kita. Terima kasih pada semua yg menyediakan komitmen untuk mempasti semua yang di rancang seperti di atur. Kepada rakan EcoKid - Asrul , Syah , Mus , Wan , Wani , Liza , Sabariah , ikram , lah , Ain dan semua fasi yg pernah terlibat : Kerana tanpa penglibatan dan komitmen kalian kita tidak mungkin sampai kesini ( 1997 - 2008 )

Kepada Guru2 , semua warga pendidik , Rakan Muda , PJKN , sekolah , IPT , Kolej yang pernah berurusan dengan kami terima kasih untuk semua.Semuga apa yang kita laburkan menjadi benih yang mampu membuat kita dikenang...kepada bro & sister yang pernah mendatangi jinggo : terima kasih kerana kita sebahagian dari mahluk yang dijanjikan : Hari ini lebih baik dari semalam...

Untuk Jinggo - January ke November. Satu tempoh yang lama.Ini komitmen yang tidak akan berakhir....EcoKid akan bercuti selama sebulan ( untuk tujuan menyelenggaraan ).

ini juga cerita kita.


Sekiranya seseorang anak hidup dengan kritikan.
Dia belajar untuk mengutuk.

Sekiranya seseorang anak hidup dengan memuji
Dia belajar untuk menhargai

Sekiranya seorang anak hidup dalam permusuhan
Dia belajar berkelahi

Sekiranya seorang anak hidup dengan toleransi
Dia belajar menjadi sabar

Sekiranya seorang anak hidup dengan cemuhan
Dia belajar untuk jadi pemalu

Sekiranya seorang anak hidup dengan dorongan
Dia mempelajari keyakinan

Sekiranya seorang anak hidup dengan rasa malu
Dia belajar untuk merasa bersalah

Sekiranya seorang anak hidup dengan keizinan
Dia belajar untuk menyukai diri

Sekiranya seorang anak hidup dengan keadilan
Dia belajar menghargai dirinya

Sekiranya seorang anak hidup dengan penerimaan dan persahabatan
Dia belajar untuk mencari kasih sayang di dalam dunia.

Moral untuk kita : Menjadi jahil tidaklah memalukan , tetapi enggan belajar amat memalukan. Anak2 mudah di pengaruhi. Bila mereka melihat mentor mereka - spt ibubapa , guru ( dll ) - menipu dengan rasa bangga dengan ketidakjujuran.....

Isnin, 1 Disember 2008

Bagaimana kita mahu di kenang....


Kira – kira 100 tahun dahulu , seorang lelaki membaca suratkhabar pada waktu pagi sabtu dia terkejut dan sangat gerun, terbaca namanya terpampang di ruang obituari ( tahziah kematian ). Surat khabar tersebut telah melakukan kesilapan dengan membuat laporan kematian orang yang masih hidup.

Tindakbalas spontan lelaki itu adalah terkejut ! Adakah saya di sini atau di sana ?. Apabila dia kembali tenang, dia berfikir untuk mengetahui apa orang lain kata tentang dirinya. Obtuari itu bertulis “ Kematian Raja Dinamit “ dan “ Dia adakah orang yang memperdagangkan kematian “

Lelaki itu merupakan pelabur dinamit dan apabila terbaca perkataan “ memperdagang kematian “ dia bertanya pada diri. “ Adakah ini caranya saya akan dikenang nanti “.

Mulai dari itu lelaki itu insaf dan dia mula bekerja memperjuang keamanan.Nama beliau adalah ALFRED NOBEL dan beliau dikenang hari ini dengan HADIAH NOBEL.

Moral untuk kita : Selepas kematian kita, kita mahu dikenang sebagai apa ?. Semoga untuk diri sendiri dan orang lain – tinggalkan sesuatu yang boleh dikenang ( secara positif )..dan mungkin itu kenapa saya begini dan terus meletakkan 100 % komitmen ke arah itu. Semoga suatu masa nanti – kita akan di kenang. Tidak terlalu jauh dan mustahil untuk kita bergerak ke arah itu. Semoga ruang dan peluang untuk kita bersama di gunakan sebaiknya
Eco Kid Adventure on Facebook