Rabu, 20 Mei 2009

kesian MANUSIA ini....kemana nak lari

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”
(Surah al-Hujurat, ayat 6)

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu.
Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu. Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikandosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

FIKIRKAN BERSAMA KALAU KITA MANUSIA ITU.

kita ada kemampuan untuk mengawal diri - mungkin dengan keinginan diri sendiri untuk tidak menjerumuskan diri dikalangan kelompok manusia yang dijanjikan kecelakaan itu. tapi bagaimana dengan orang lain - yang kita tidak mahu untuk menyatakan
ITU TAK BETUL - FITNAH.
KITA KONGSIKAN PENGALAMAN INI.
setelah apa yg berlaku mungkin SEORANG LELAKI ini tidak mahu menoleh kebelakang - meninggalkan jejak yg hitam - ketiadaan SEORANG LELAKI itu dalam komuniti setempat telah meninggalkan persoalan. kemana + kenapa.
dan berceritalah komuniti setempat jumpa SEORANG LELAKI ini disini dan disana. dengan orang itu dan orang ini.yang tidak SEDAP - semuanya tidak MOLEK untuk didengar...
KEPADA SEORANG LELAKI INI.
diam mungkin terbaik : kerana yang lain biar Allah uruskan.

untuk sorang kawan yg bersedih

Sesungguhnya dalam hidup kita tidak akan menang dalam semua hal : sesekali kita akan di'kalah'kan oleh diri sendiri.
Kita akan dikalahkan oleh diri sendiri bila kita mengiakan yang kita kalah.
Yang menjerumus diri kita dalam dunia yang kita cipta sendiri.
Dunia orang kalah.
Kita berhak menyatakan apa sahaja :
sesungguhnya dunia ini tidak pernah mahu berhenti : malah mungkin tidak mahu bersimpati langsung kepada kita..Dan begitulah seterusnya kita. Kita berhak menuding kepada persekitaran yang tidak sepatutnya memperlakukan kita sehingga kita kalah...
Adakah betul kita kalah.
Dunia ini masih adil dengan percaturan demi percaturan. Cuma kita terkadang alpa dengan fitrah kita sendiri. Persetankan segala punca yg di ' ada' kan - jalannya harus di hadapan.
Kita akan terus di kalahkan seandainya kita menyalah.
Hidup ini adalah selingkar cerita yang kita pilih dan seharusnya kita bertanggungjawab terhadap pilihan kita.
Membiarkan diri terus terusan mencipta cerita ' orang kalah ' akan membenarkan segala hukum ' orang orang kalah '.
Hari ini.Kita tidak kalah.Kita ada pemenang yang ditunda kemenangannya.

Selasa, 19 Mei 2009

perempuan kena tahu....

Persoalan yang sering bermain di fikiran wanita moden - apakah yang lelaki mahu?
Dalam perhubungan, adakah hanya wanita yang merana kerana lelaki tidak pernah menghargai kehadirannya?
Ketika menempuh fasa sukar dalam perhubungan yang semakin goyah, hanya wanita bertaruh nyawa demi mempertahankan hubungan.
Lelaki semakin ‘berubah rupa’, tidak lagi mempertaruhkan kesetiaan sedangkan sebelumnya tugu cinta sentiasa ampuh.Keadaan ini menghantui sebahagian wanita yang belum mampu memahami sikap teman lelaki atau suami.Lebih membingungkan, wanita tidak faham apa yang lelaki cari dalam sesebuah perhubungan.
Renung perkara berikut, mungkin ia merungkai
kebingungan wanita mengenai lelaki:
Apa yang mereka cari dalam perhubungan?Ia satu soalan yang kompleks dan tiada jawapan mudah, namun asas permulaan bagi membina sesebuah hubungan adalah
minat, cinta dan tarikan kasih sayang.
Apa yang lelaki mahu dalam aspek berkenaan?
Jauh di sudut hati, lelaki mahu isteri atau teman wanita yang boleh dipercayai, setia serta boleh berkongsi hal peribadi.
Lelaki juga mencari wanita yang mempunyai keseimbangan antara sifat semula jadi wanita yang feminin serta pada masa sama, teguh dan kuat.Mereka suka wanita lemah lembut, penyayang, matang, belas ihsan namun berpendirian teguh, tegas, berdikari serta bijaksana.
Teman yang tegas jadi penyokongLelaki mencari wanita yang boleh jadi ibu kepada bakal anak-anaknya, teman berbual dan berkongsi jenaka.
Pandai bergurau dan mampu berkomunikasi dengan baik antara ciri yang sangat penting.
Lelaki suka memiliki wanita yang menyokong mereka dan bukannya membebel, tegas tetapi bukan pendera atau pemarah.Rakan yang mengujakanLelaki suka wanita yang dapat merangsang dan mencabar minda, bukan sekadar berserah kepada takdir.Komitmen, keakraban dan hubungan jangka panjang juga penting kepada mereka.
Lelaki juga suka hubungan yang mengutamakan elemen hormat menghormati dan persefahaman.Pandangan daripada perspektif fizikal dan psikologi .Anda mungkin mengatakan yang lelaki menginginkan wanita yang cantik, seksi dan bergaya.
Tidak dinafikan lelaki mudah tertarik dengan penampilan fizikal, tetapi tarikan nafsu atau seks hanya di peringkat permulaan.

Peringkat seterusnya, lelaki lebih berminat kepada hubungan yang lebih stabil.
Lelaki pada usia 20, 30 dan 40 tahun
Usia 20-an bagi lelaki adalah masa untuk berseronok dan mempersiapkan diri ke alam rumah tangga. Lelaki akan cuba mencari wanita cantik dan menayangkannya pada dunia.

Pada usia 30-an, lelaki mula mengharapkan sedikit kestabilan dan kewarasan dalam hidupnya. Oleh itu, dia mencari wanita yang boleh dijadikan isteri untuk berkongsi hidup.

Ketika menginjak usia 40-an, dia akan menjadi lebih sensitif dalam proses mencari makna sebenar kehidupan. Pada usia ini, mungkin timbul kesedaran untuk mengukuhkan lagi hubungan (perkahwinan) sedia ada.

Begitupun, peringkat kematangan lelaki ini tidak boleh diaplikasikan pada semua lelaki kerana sesetengah bergerak lebih pantas dari satu peringkat ke satu peringkat.

takutnya.....


Kata Dr. Hill (penulis buku Think & Grow Rich),
takut dikritik adalah perasaan takut yang paling merbahaya di antara ketakutan yang lain
(takut sakit, takut mati, takut miskin..).
Enam Asas Ketakutan Manusia
Takut di Kritik
Takut diserang penyakit
Takut di timpa kemiskinan
Takut untuk menempuh hari tua
Takut kehilangan orang tersayang
Takut mati...
Ini kerana, ketakutan yang lain itu tidaklah memberikan kegagalan yang amat besar, tapi jika takut dikritik, segala-galanya akan tidak mendatangkan hasil atau dalam erti kata yang lain, impian yang dibina akan musnah dan matlamat yang ditetapkan pasti tak akan tercapai.
Nah, lihat. Apa yang akan anda dapat kalau anda takut dikritik??

DARI JINGGO
kerana faktor diatas- manusia takut dan tidak ada KESEDIAAN untuk di kritik - ini dikaitkan dengan kegagalan kita menKRITIK.
kenapa manusia suka mengkritik ( selalunya )
berdasarkan beberapa pembacaan
SEBAB JAHIL
SEBAB CEMBURU
untuk itu di dasarkan beberapa pembacaan lain menyatakan : tidak ada manusia secara zahirnya mahu dianggap tidak penting. untuk itu - sebelum mengkritik : mulakan dengan menjadikan MANGSA kritikan PENTING....ini dikaitkan dengan ketidaksedian manusia untuk ' jatuh dan tidak penting '.

Isnin, 18 Mei 2009

saya ada sorang kawan....harap dia baca !


Sombong atau bongkak adalah sejenis penyakit hati yang sangat merbahaya, dan hanya syaitan-syaitan terkutuk sahaja yang memiliki sifat tersebut.
Firman Allah swt maksudnya:"iblis berkata: aku lebih baik daripadanya(adam), Engkau jadikan aku daripada api, sedangkan dia Engkau jadikan daripada tanah."(surah Sod 38:76)
orang yang mempunyai perasaan bahawa dirinya lebih baik daripada orang lain, maka dia masuk dalam golongan orang yang sombong dan bongkak.merasa diri lebih baik dari orang lain adalah suatu kebodohan.
Allah berfirman maksudnya:"sifat kebesaran itu selendang-Ku dan sifat keagungan itu kain-Ku,sesiapa yang ingin merebutnya daripada-Ku, nescaya Ku campakkan ke dalam api neraka."
sabda rasulullah saw: "orang-orang yang sombong akan dibangkitkan di hari kiamat kelak seperti semut dalam rupa manusia.mereka ditimpa kehinaan di mana saja mereka berada."dan sabda baginda lagi maksudnya:"tidak akan masuk syurga orang yang terdapat di hatinya seberat zarah daripada sifat sombong"ada seorang sahabat rasulullah bertanya: bagaimana kalau ada seseorang yang memakai baju dan kasut yang kelihatan indah?
maka rasulullah menjawab: "sesungguhnya Allah itu indah dan Dia suka kepada keindahan. sifat takbur adalah menentang kebenaran dan sentiasa menghina orang lain. sesiapa yang menganggap dirinya lebih mulia dan bermegah dengan kedudukannya, lalu menghina dan memperkecilkan orang lain, maka itulah orang yang disebut sombong bongkak."
sifat sombong itu sentiasa menyelinap di hati, akan tetapi tanda-tandanya boleh dilihat dari segi tingkah laku seseorang.di antara tanda-tandanya ialah:
merasa bangga melihat dirinya lebih popular dari orang lain
suka menonjolkan diri
suka disanjung di hadapan orang lain
bergaya dan bersifat angkuh semasa berjalan
membantah teguran orang lain walaupun nyata berbuat salah
tidak mengendahkan nasihat orang lain
merasa dirinya saja betul
suka memuji-muji diri sendiri
bermegah-megah dengan keturunan.Rasullullah saw bersabda maksudnya:
" sesiapa yang merendahkan diri, nescaya Allah akan mengangkatnya. dan sesiapa yang menyombong diri, nescaya Allah akan menghinakannya."tepuk dada tanyalah iman. wallahualam bissawaf...

percaya dan sembuh

Mr Wright pada tahun 1957 didapati mengidap penyakit kanser dan dianggar hanya boleh hidup dalam beberapa bulan sahaja.Dia dimasukkan ke dalam wad sebuah hospital di Long Beach.California kerana mempunyai ketumbuhan sebesar sebiji oren.Dia pernah mendengar bahawa saintis telah menemui sejenis dadah baru bernama ' Krebiozen ' yang mampu menyembuhkan penyakit kanser.

Setelah itu , dia meminta doktor memberi Krebiozen tersebut.Hasilnya - keesokkan Mr Wright sempuh.

Dua bulan selepas itu - Mr Wright terbaca satu atikel yang menyatakan yang menyatakan ' Krebiozen ' tidak begitu berkesan. Dia terus jatuh sakit semula. Doktor menasihatinya supaya tidak mempercayai apa yang dibaca.

Kemudian doktor menyuntiknya sekali lagi dengan " Krebiozen ' ( sebenarnya . ia hanya air ) dan kesan amat menakjudkan. Mr Wright sembuh - dua bulan kemudian bila dia terbaca keputusan terakhir menyatakan ' krebiozen ' tidak memberi apa kesan.dia sakit - dan meninggal dunia selepas itu.

Cerita untuk Itu.

Mr Wright sembuh kerana dia percaya. Dan itulah kita. Kepercayaan kita menjadikan kita bertindak begitu dan begini.Kuasa Kepercayaan.Kepada kita dan yang lain - kita adalah apa yang kita fikirkan.Hari ini bila kita mula menyatakan TIDAK maka seterusnya TIDAK.sebab itulah yang kita PERCAYA.Kepada kita dan yang lain - berikan kepercayaan yang sebaiknya pada orang sekitar kita - terutamanya dalam kontek pendidikan. Anak2 kita + Anak2 murid kita mungkin ada sebahagian PERCAYA yang mereka tidak mampu berjaya - sebab mereka PERCAYA yang mereka tidak mampu.Kajian besar menyatakan - orang sekitar mempunyai pengaruh besar membenihkan KEPERCAYAAN kita.

cerita dipetik dari buku ini.

Ahad, 17 Mei 2009

sekolah kampung vs sekolah pekan



Sekolah kampung masih memanggil kami dengan..
MUALIM
sekolah pekan ' terkadang2nya ' memanggil kami dengan..
YOU.
apa beza antara dua nya. pengalaman selama 5 hari bersama sekolah yang datang dari 2 budaya yang berbeza menjadikan ' satu lagi perkara baru yang saya belajar '.....
sekolah kampung masih ada ' kekayaaan ' budaya.
adatnya.duduknya.lenggoknya.pakaiannya.bahasanya.sikapnya.keinginannya.
sekolah pekan sudah ada ' kekayaan ' budaya
pakaiannya berbeza.bahasanya berbeza.lenggoknya berbeza.sikapnya berbeza.keinginannya juga berbeza....
KETERBUKAANNYA BERBEZA.
TAPI APA YANG SAMA.
penggunaan bahasa ' orang putih ' dalam Math dan Sains.
AKHIRNYA SAYA TAHU SENDIRI
secara praktikalnya bagaimana proses perlaksaan sistem ini.
bila satu sekolah menghafal fakta dan tak faham
dan bila sekolah satu lagi : tanpa sistem ini pun bahasa orang putih memang dibibir....
Eco Kid Adventure on Facebook