Sabtu, 13 Jun 2009

dunia ni marah kat kita....

mungkin itu bahasa mudahnya.
LANGIT YANG BIRU DI KELABU KAN
SUNGAI DI BIAR MENGALIR UMPAMA LONGKANG2 BESAR
HUTAN SEKEJAP HIJAU - SEKEJAP......
itu hakikat pentadbiran manusia diatas mukabumi ini.
TERPERANGKAP
dalam dunia keinginan yang besar
MENCARI KESERONOKAN + KEBENDAAN
kita akur dengan kemahuan keinginan itu.
HASILNYA.
hari ini dimana2 ceritanya sama
BUMI MALAYSIA DILANDA JEREBU LAGI.
dan seterusnya kita terus berhadapan dengan arahan + amaran + peringatan yang sama.
setiap tahun kita di ingatkan dengan cerita yang sama.
KENAPA DENGAN KITA.
kajian besar menyatakan kita tahu tapi tak faham.
sistem apa yg mampu memahamkan.
pendidikan mengenai Alam Sekitar tentunya satu jawapan
pendidikan yang sedia ada diterapkan penerapan mengenai Alam Sekitar.
undang2 yang ada dikuatkuasakan.
kempen2 seharus dijalan dengan komitmen berterusan
peranan media untuk mengujudkan informasi yang berterusan

MUNGKIN INI YANG KITA KETINGGALAN
impian saya dan kami dan mungkin kita
langit yang biru kita kekalkan begitu.sesekali boleh tgk pelangi
sungai biarlah mengalir tenang.sesekali boleh tengok pepatung kehulu dan kehilir
hutan biarlah merimpun hijaunya.sesekali boleh tunjukkan pada generasi akan datang....
tapi masih adakah sesekali itu...
saya dan kami akan terus meletakkan komitmen untuk subjek dan program begini.agar dihujung semua tahu : kita tidak mewarisi bumi ini dari nenek moyang kita - kita hanya meminjam dari anak cucu kita....

Jumaat, 12 Jun 2009

lelaki memang macam tu...

Perkara pertama yang akan dilakukan oleh kebanyakan perempuan setiap kali
kalau bangun tidur adalah

membasuh muka – tengok cermin. Tengok cermin basuh muka.
Kenapa – kecantikan.
Untuk siapa – Lelaki.
Kerana lelaki perempuan nak cantik – dan mesti kelihatan cantik

SEJARAH LELAKI DAN KECANTIKKAN

Lelaki2 di Babylon pada zaman purba misalnya , suka membubuh minyak pada rambut mereka , dan kemudian mengkerintingkan kerana bagi mereka ‘ kerinting itu menawan ‘.
Di Era kegemilangan kerajaan Mesir Purba pula ujud tradisi mencelup janggut dengan emas , khususnya dikalangan bangsawan . ketika itu janggut memang menjadi kebanggaan lelaki. Orang yg tak berjanggut tidak mendapat tempat dalam sistem kemasyarakatan.
Di Mecedones – sebelum kemunculan Alexander the Great hampir setiap lelaki berusaha menyimpan janggut.Tradisi ini berubah bila Alexander menitahkan askar2nya memotong dan mencukur janggut. Raja dan panglima perkasa itu berpendapat – janggut boleh membawa celaka ketika bertempur.

LELAKI MEMANG SUKA YANG CANTIK

Kerana itulah Countess Elizabveth b’athory ( 1560 – 1614 ) wanita kenamaan Hungary yang menculik dan membunuh kira2 650 orang gadis untuk diambil darahnya. Dengan darah itulah dia mandi kerana percaya melalui cara itu kejelitaannya dapat dikekalkan.Kerana lelaki memang hanya nak yg cantik – gadis2 yang tak cantik dalam suku kaum Iralas di Tamil Nadu dan Kerala , India biasanya akan dikahwinkan dengan sepohon pokok atau sebilah pedang kerana resam lelaki dalam masyarakat itu menolak wanita hodoh.
PEREMPUAN SANGGUP LAKUKAN APA SAHAJA

UNTUK MEMUASKAN HATI LELAKI ( untuk menyempurnakan mata lelaki )
Kaum Manbetu di Zaire menhimpit kepala bayi2 yang dilahirkan dengan batu supaya menjadi tirus kerana sejak zaman dahulu mereka menganggap kepada yang paling cantik adalah yang tirus – tirus.tubuh mereka pula diwarnai , kadangkala dicucuk2 sehingga berparut sebab parut pun mereka anggap cantik
BAGAIMANA LELAKI KITA.
Kerana lelaki adalah lelaki – fitrahnya sama.Sukakan kecantikan.Adakah itu penyudah dalam segala urusan.Menurut Mr Donald Trump memang perempuan cantik ada magnet untuk menarik perhatian ( dalam kontek perniagaan ) tapi sering orang membeli bukan disebabkan kuanliti barang tapi ‘ fitrah ‘ kecantikan.
Untuk itu kita sama2 sedar dan tahu – biarkan cerita fitrah sekadar cerita.Yang perlu kita tahu - diantara kecantikan fizikal dan lagi satu kecantikkan…Kecantikan sosial.
Kemampuan untuk mengimbangi keperluan diri sendiri dan keperluan orang lain dalam konteks sosial dan mampu membezakan antara PERCAYA dan KEPERCAYAAN dalam konteks agama.
Untuk itu jangan jadi kecantikan diri sebagai tiket untuk menjadikan diri kita berbeza
Untuk itu jangan jadikan keburukan diri sebagai tiket untuk menjadi kita kita berbeza

Sumber dari buku ANAK JANTAN ( minahleter )

apa bakat kita.....

Terdapat dua unta sedang berehat. Ibu unta dan anak unta.Sejak dari semalam ibu unta melihat anaknya bermuram - lalu bertanya.
kenapa dengan kamu ni - apa yang menganggu fikiran.
tidak ibu - saya sedang berfikir beberapa persoalan yang mengganggu fikiran saya sekian lama.
SEBUTLAH - MUNGKIN IBU ADA JAWAPAN BAGI PERSOALAN ITU.
begini ibu - saya hairan , apakah kegunaan bonggol pada badan kita
itu mudah saja - bonggol di atas badan kita digunakan bagi mengisi air.dengan bonggol ini kita dapat bertahan lebih lama di gurun tanpa air berbanding mahluk lain.
bagaimana pula dengan kaki kita yang kurus dan panjang ini.
kaki kita yang kurun dan panjang ini banyak kelebihannya.dengan kaki ini kita dapat berjalan dengan lebih mudah di padang pasir.
mengapa kita mempunyai bulu mata yang panjang dan tebal.
bukankan di padang pasir angin bertiup kencang.bulu mata yang panjang dan tebal ini bagi mengelakkan pasir daripada masuk ke dalam kata.
AKHIRNYA ANAK UNTA FAHAM
PERSOALAN LAIN DARI ANAK UNTA.
MENGAPA KITA BERADA DI ZOO.


dari jinggo


kita semua ada bakat yang mungkin kita tahu @ tidak tahu.apa erti semua bakat @ kelebihan seandai tidak dicanai ditempat yang betul.sebab diyakini bakat tidak mampu kita serlahkan seandainya tidak diiring dengan ilmu dan kemahiran.kelebihan yang kita ada tidak akan menjadi apa seandainya tidak diserlahkan.
PERSOALAN KITA.
tahukah kita yang kita ada bakat.
apa bakat kita.




sebuah buku yang mengupas tajuk di atas : wajib beli kerana di tulis oleh seorang sahabat lama - saudara ahmad naim.buku ni penuh dengan kajian berdasarkan pembacaan saudara naim yang detail.naim + saiful dan ikram ( editor ) tahniah - sebuah buku yang amat baik.

Khamis, 11 Jun 2009

sapa pernah hidup dizaman ini.....

minyak rambut lama : tahun bila pun tak ingat - rasanya macam pernah tengok masa kecik2 dulu.zaman tu rasanya inilah jenama paling top.

cuba tengok semua yang biasa duduk kat rumah nenek dulu.sesekali terkenang zaman ' sangam ' -semuanya masih ada cuma keadaannya berubah.

ha - dapur cap butterfly - memang top dulu.kena isi minyak tanah kat sebelah.dan kotak Fab lama...he....

ini siapa pernah tengok - untuk sembur ' apa2 ' - dan yang warna hijau tu biasa digunakan dalam kedai gunting rambut.

orang kedah panggil inilah air ' laminit ' - kenapa.tak tahu.
tapi itulah dulu.
dan semua yang ada diatas sebahagian dari apa yang ada di Muzium Time Tunnel di Cameron Highland. Kerana tidak ada dulu - mana mungkin ada sekarang.

kita disini untuk diajar dan belajar

Kadang kita menjadi tidak keharuan.
satu persatu hidup yang seakan tidak adil dengan kita - kita mula menyatakan betapa tidak adilnya dunia ini untuk kita.
Bencana tertentu tidak pula menimpa orang lain.kenapa kita.
Orang tertentu mendapat pelajaan tertentu.
Kita boleh memilih satu daripada tiga reaksi terhadap semua bencana.
HIDUP AKU ADALAH SATU SIRI PELAJARAN YANG
DIPERLUKAN TERSUSUN BAIK SEKALI
( pendekatan paling sihat , menjamin fikiran paling tenang )

HIDUP ADALAH LOTERI , APA SAJA YANG DATANG ,
KUTANGANI SEBAIK MUNGKIN.
( pilihan yang kedua terbaik - membawa kualiti hidup biasa )

KENAPA KEJADIAN BURUK SETIASA AJA MENIMPAKU
( menjamin rasa sengsara dan kecewa berterusan )

kita tidak putus2 diberi pelajaran. sehingga kita memahami pelajaran itu , kita kena mengambilnya lagi....
Katakan ini rancangan Allah.dan pastinya ia tetap berlaku.Mahu tak mahu ia tetap akan berlaku.terima tanggungjawab @ katakan diri jadi mangsa , hadapi @ buat tak tahu - ia tetap berlaku.Ia tidak berlaku seumur hidup kita.

DARI JINGGO

bertindak dengan anggapan setiap peristiwa ada tujuan.
maka hidup kita akan mempunyai tujuan.
setiap peristiwa ada potensi untuk mengubah kita , dan bencana mempunyai potensi terbesar untuk mengubah pemikiran kita.

dari buku ini : seharusnya dimiliki

Rabu, 10 Jun 2009

Padan Muka - Pengajaran untuk semua

hari ini setelah berbincang panjang dengan ' ana & gang '...
abi balik k.lumpur naik bas.
dan ' ana & gang ' balik rumah tok wan kat teluk intan.
NAIK BAS DARI CAMERON KE TAPAH KE BUKIT BERUNTUNG.
ini ceritanya.
seronoknya sesekali menyusuri jalan dari tanah rata ke tapah.
konar sana konar sini.seronoknya ada driver.
sampai di tapah : beli tiket untuk ke Kuala Lumpur.
menunggu 3 jam tepi jalan.ok.pengalaman yang mungkin dah lama tak disusuri.

SAMPAI DI TEPI HIGHWAY TOLL BUKIT BERUNTUNG
ini yang mahu dikongsikan.
Dari tepi jalan ke pekan bukit sentosa 5 km
berjalan tengah panas.dikiri kanan orang ramai lalu BUAT TAK TAHU.
tidak terdetik sedikit pun nak bagi tumpang @ bertanya.
dengan beg ( ala2 AF ) saya bagaikan orang terbuang.
berjalan dan berjalan - mula memang nak tengok ada tak orang nak bagi tumpang.
JAWAPANNYA
tidak.sampai kesudahnya.

MORAL UNTUK KITA.
dunia kita hari ini memang mengajar kita secara praktikal.mungkin selama ini - saya dan kita mungkin biasa nampak orang yang ' susah ' berjalan tepi jalan. kita mungkin sebahagian dari orang2 yang saya nampak hari ini.
berkira2.nak bagi tumpang ataupun tidak.
hati kecil bersuara.
betul ke orang ni.
perompak kut.kotor kereta aku.tak ada privasi.bukan kawan aku pun.
dan hari ini dunia mengajar saya satu perkara baru.
NAMPAK ORANG TEPI JALAN BERHENTI.
DIA MUNGKIN BUKAN SEBAGAIMANA KITA SANGKA KAN...
hari ini kita membiarkan orang bertarung dengan kesulitan begitu : ada harinya kita akan duduk disitu.dunia ini memang adil
akhirnya 5 km saya berjalan.

apa yang paling ringan......

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1: Orang tuaMurid
2: GuruMurid
3: TemanMurid
4: Kaum kerabat


Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?

Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT.
Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat
Eco Kid Adventure on Facebook