Rabu, 17 Jun 2009

kerana saya juga lelaki.....

seorang rakan.seorang wanita.
SAYA MEMANG TAK PERCAYA KEPADA LELAKI
SEMUA LELAKI SAMA AJA....
kita memang biasa mendengar perkataan begitu.
DAN BIASANYA LAHIR DARI SESEORANG YANG
dikecewakan
dipermainankan
dipersendakan
EMOSINYA.
dalam sebuah buku : ada menulis begini
sesuatu yang menyentap emosi kita keterlaluan akan membentuk apa yang dipanggil sebagai
CARTA SIKAP.
kita seakan sudah membingkai satu kepercayaan berdasarkan SESUATU yang telah berlaku.
dan bingkaian ini terus menebal berdasarkan apa yang kita PERCAYA.dan begitulah seterus.
APAKAH APA YG KITA PERCAYA ITU BETUL.
persoalan kita.
SEMUA LELAKI SAMA SAHAJA - BETUL KE
perhubungan sosial @ percintaan juga dikatakan macam kita ' memperjudikan ' sesuatu.kita tidak tahu kita keuntungan kita.dan tentunya kita tidak ada kuasa magik untuk tahu semua isi hati sesiapa yang bersama kita.
UNTUK SIS N
kita bersangkabaik pada semua keadaan.apa yang berlaku bermadsud kita diajar satu lagi perkara baru yang orang lain tak tahu - terus kan belajar. dan jadilah - orang yang masih mampu mengucapkan terima kasih kerana
KAMU MENGECAWAKAN AKU HARI INI.
terima kasih.
adam - cgu pinjam gambar ok.kerana kita lelaki

kita renung pulak yg ini

Cinta bukanlah daripada kata-kata tetapi segumpal keinginan yang diberikan kepada hati yang memerlukan
CINTAILAH seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
Malah, kisah lampau yang berlaku tidak perlu diungkit lagi sekiranya hati benar-benar menyintai dirinya.
Sememangnya hidup bercinta dan untuk dicintai amat mudah, tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai sukar diperoleh. Ikuti tip bagi memelihara cinta sejati.
Pilih pasangan yang sesuai
Janganlah sesekali jatuh cinta dengan seseorang yang sangat berpotensi. Wang dan rupa bukannya penyuntik cinta sejati. Terlalu banyak pasangan memilih teman hidup yang sebegini dengan harapan mereka berpeluang menikmati segalanya.
Secara jujur, tanyalah pada diri sendiri: "Dapatkah aku mencintai dia dengan cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah?" Jika tidak, buatlah keputusan untuk cari yang lain
.
Jangan terburu-buru
Jangan menurut kehendak nafsu seks. Pasangan yang melakukan hubungan seksual akan mencipta suatu keintiman yang salah dan boleh menuju ke arah kekecewaan.
Percaya akan kelemahannya
Jangan mengabaikan keputusan untuk memiliki sesuatu hubungan atau perkara yang diingininya. Misalnya, jika pasangan membuat suatu penyataan seperti, 'saya tidak melaksanakan komitmen dengan baik," percayalah dia.
Anda seharusnya tanya pada diri sendiri; 'adakah dia sudah bersdia menghabiskan waktu untuk aku atau semata-mata untuk hobinya kemudian baru mengingati aku.
'
Tutup mulut
Jangan cuba menceritakan tentang keburukan atau kelemahan pasangan kepada rakan. Bertanggung jawab dalam mengungkap perasaan anda terhadapnya dan saling merahsiakan antara satu sama lain. Cara sebegini dapat mengelakkan daripada berlakunya sesuatu konflik dan hubungan emosional anda berdua.
Terima seadanya
Terima pasangan dengan niat hati yang ikhlas. Bukan hanya sewaktu bercinta, pada awal perkahwinan dan sewaktu berbulan madu, tetapi amalkan date night sekali seminggu.
Jadi pemerhati
Bersikap pemerhati terhadap pasangan. Cuba memerhati dan memahami tingkah laku dan pemikirannya. Paling penting, sentiasa mengambil berat setiap apa yang berlaku. Ini mengelakkan daripada pasangan berani menipu dan cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan.
Buktikan siapa diri anda
Fokus pada setiap perkara yang anda gemari dan tidak daripada pasangan, serta cuba berbincang cara bagaimana menyelesaikan masalah tersebut berdua.
Mr . Right kembali
Sedang asyik bercinta, orang yang pernah berpaut di hati anda suatu masa dahulu, tiba-tiba muncul di hadapan. Bagi anda yang menghadapi masalah sebegini, adalah suatu perkara sukar untuk diselesaikan, bukan?
Perasaan buntu dan bercelaru tentunya datang dan memaksa diri membuat keputusan. Buat keputusan agar tidak menyintainya lagi. Lupakan segala sejarah silam dengan memulakan kehidupan dan cinta baru.
Hargailah diri sendiri dan pasangan
Hubungan yang sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan pasangan.
Untuk memperoleh hubungan yang lebih harmoni, setiap pasangan perlu menghargai diri sendiri dengan cuba mengungkapkan kata-kata romantis atau lakukan sesuatu kejutan terhadap dirinya

aduh macamana ni - problem lagi

T.C Hamlett bercerita mengenai kisah dua ekor katak yang jatuh ke dalam satu tempayan susu lembu segar.
Dinding dingan tempayan itu licin dan curam , manakala susu lembu di dalamnya begitu sejuk
‘ alamak macamana ni '
‘ Ini takdir , tiada ada orang yang akan menolong kita. Selamat tinggal sahabatku. Selamat tinggal dunia yang menyedihkan ‘ .
Katanya lagi sambil menangis dan akhirnya dia pun tenggelam.
Tetapi , katak yang kedua it terus mengayuh kakinya dan mula berenang. Sesekali dia berhenti bagi menyapu mukanya dan menyeringkan matanya yang penuh dengan susu.
‘ Biarlah aku berenang sekejap. Tidak ada gunanya sekiranya seekor lagi katak mati '
Jadi si katak pun terus berenang. Selama beberapa jam dia menendang dan berenang itu , tidak sekali pun menyeluh. Kayuhan kaki katak yang tidak berhenti2 itu akhirnya susu lembu di dalam tempayan it terus menjadi keras. Selepas susu berubah menjadi mentega , katak itu pun melompat keluar daripada tempayan dan berjaya menyelamatkan diri.

Moral untuk difikirkan

Cara mereka melihat dunia di sekeliling mereka dan bagaimana mereka bertindak terhadap dugaan dan cabaran yang di hadapi.

BAGAIMANA KITA MELIHAT MASALAH @ CABARAN ITU YANG
MEMBEZAKAN KITA.
Apa yang membentuk pemikiran kita untuk menafsirkan cabaran tersebut :
persekitaran yang datang daripada SIKAP kita - yang terbentuk daripada persekitaran , pengalaman dan pendidikan
( sebab itu dikatakan – untuk melihat siapa kita 5 tahun akan datang lihat buku apa yang dia baca hari ini ).

Menurut Stephen Covey ( seven habit )

‘ sekiranya kita melihat sesuatu masalah dan dugaan itu berpunca daripada diri kita , maka sebenarnya diri kita sendirilah yang sedang bermasalah
Pepatah Cina ada berkata : daripada menyalahkan kegelapan , lebih baik ambil sebatang lilin dan menyalakannya..

Selasa, 16 Jun 2009

mungkin kita salur begini sahajalah......

Wajah yang cantik - mudah membuatkan orang tertarik dan ingin berkenalan - ini dikaitkan dengan pengaruh.
Tapi adakah ini satu penyudah dalam penyempurnaan satu hubungan sosial.
kita mungkin biasa mendengar
KETAMPANAN FIZIKAL
KETAMPANAN SOSIAL

mulut seseorang adalah aspek sosial yang amat penting pengaruhnya dari sudut aspek keupayaan menampat hati orang lain.
kita biasa mendengar
kerana mulut badan binasa.
satu kajian menyatakan begini
sesetengah orang memiliki wajah yg cantik tetapi gagal mendapat kekasih selayaknya disebabkan tidak suka dengan mulutnya.
sesetengah orang yang memiliki wajah sederhana - ramai kenalan
ini dikaitkan dengan kejelitaan sosial
pakar2 psikologi menyatakan orang yang pandai berbahasa dipandang
lebih tampan dari wajah mereka yg sebenar
BAGI SESETENGAH ORANG - MUNGKIN DILUAR KESEDARAN MEREKA SEDANG MENGGUNAKAN JENIS2 GAYA BAHASA YANG
MEMBAHAYAKAN PERHUBUNGAN
.
gaya bahasa tuduhan
dihujung gaya bahasa ini akan mencetuskan rasa sakit hati ,
marah , perselisihan , pertengkaran.
kita kerap bercakap bahasa tuduhan apabila timbul masalah
itulah...
kenapa awak macam tu
ini semua sikap awak
awak sepatutnya tahu
saya dah kata awak.....

awak.awak dan awak.gaya penuduhan mengandungi unsu
r
PENGHAKIMAN , HUKUMAN , KEPUTUSAN DAN TUDUHAN.
bahayanya : orang yang mendengar akan menjadi defensif.

MORAL UNTUK KITA

Elakkan menggunakan ayat2 yang mengandungi tuduhan
tuduhan tidak menyelesaikan masalah
tuduhan akan dijawab dengan tuduhan balas
kajian menyatakan wanita lebih kerap menggunakan ayat2 jenis ini jika
dibanding dengan lelaki

Dari buku Seks dan Psikologi - Prof Abdullah Hassan

cerita orang kalah...kalah kah kita

Sesungguhnya dalam hidup kita tidak akan menang dalam semua hal : sesekali kita akan di'kalah'kan oleh diri sendiri. Kita akan dikalahkan oleh diri sendiri bila kita mengiakan yang kita kalah. Yang menjerumus diri kita dalam dunia yang kita cipta sendiri.
Dunia orang kalah.
Kita berhak menyatakan apa sahaja : sesungguhnya dunia ini tidak pernah mahu berhenti : malah mungkin tidak mahu bersimpati langsung kepada kita..
Dan begitulah seterusnya kita. Kita berhak menuding kepada persekitaran yang tidak sepatutnya memperlakukan kita sehingga kita kalah...
Adakah betul kita kalah.
Dunia ini masih adil dengan percaturan demi percaturan.
Cuma kita terkadang alpa dengan fitrah kita sendiri.
Persetankan segala punca yg di ' ada' kan - jalannya harus di hadapan. Kita akan terus di kalahkan seandainya kita menyalah.
Hidup ini adalah selingkar cerita yang kita pilih dan seharusnya kita bertanggungjawab terhadap pilihan kita.
Membiarkan diri terus terusan mencipta cerita ' orang kalah ' akan membenarkan segala hukum ' orang orang kalah '.
Hari ini.Kita tidak kalah.Kita ada pemenang yang ditunda kemenangannya.

Isnin, 15 Jun 2009

kisah orang yang MENYUMBANG....

dengan sumbangan merekalah kita menikmati apa yang ada hari ini.
Ramai dipersekitaran kita orang yang meletak kan diri sebagai PENYUMBANG.
ORANG YANG MEMBERI
ahli politik penyumbang
guru2 penyumbang
ibubapa penyumbang
kekasih tentunya penyumbang
dan diri sendiri kepada diri sendiri - juga penyumbang
ORANG YANG MEMBERI
dari lawatan dan cuti2 saya mendapat satu lagi latihan praktikal yang mahu dikongsikan.
CENDOL LEMAN DAWI
sekali order - duduk dan boleh tambah...
dari cerita Pak Leman : dulu masa achik kecil2 pernah kena marah sebab nak tambah masa makan cendol : dan achik memang berazam untuk buka kedai BOLEH TAMBAH....
INI ADALAH ORANG YANG MENYUMBANG
dalam Modul Pembinaan Karektor PLKN - satu tajuk besar.
SIAPA ITU PENYUMBANG
orang yang menyumbang kita kelompok kepada 2
memberi
mengambil
orang yang menyumbang dalam bentuk memberi - tidak pernah mempertikaikan
APA AKU AKAN DAPAT...
orang yang menyumbang dalam bentuk mengambil - dihujungnya akan bertanya
APA AKU AKAN DAPAT.
AKHIRNYA
kita fikirkan pada orang dipersekitaran kita dan kita.
Sumbangan kita dalam kelompok mana.
berdasarkan cerita LEMAN DAWI
dunia ini adil pada paksinya.
apa yang kita beri - itulah yang kita akan terima

sumbangan askar2 yang terkorban - pernahkah mereka pertikaikan apa aku akan dapat - gambar di Muzium Tentera - PD

Ahad, 14 Jun 2009

kita fikirkan lagi - dari sudut lain....

Orang gagal mengaku bahawa mereka adalah ' sederhana ' apabila keluarga dan kawan2 mereka bertanya mengapa mereka tidak lebih berjaya di dalam hidup
SEDERHANA
ialah yang teratas bagi yang terbawah
yang terbaik bagi yang terburuk
yang terburuk bagi yang terbaik
YANG MANA SATU KITA
sederhana juga
yang biasa.purata.remeh.tidak penting.
Mengambil sikap sederhana
ialah cara orang malas berundur daripada perjuangan
tidak berani berdepan dengan kerenah hidup : hidup secara pasrah
ORANG SEDERHANA
mengisi ruang kosong tanpa sebab.
penumpang percuma dalam perjalanan hidup
Menjalani hidup cara sederhana maknanya tidak terikat dengan masa
MENGAMBIL PENDIRIAN SEDERHANA
umpama melakukan jenayah terbesar terhadap diri sendiri, masyarakat dan Tuhan.
AKHIRNYA DARI JINGGO
kenapa kita kena jadi orang TIDAK SEDERHANA
keharusannya tidak diukur dari apa yang dizahirkan secara fizikal.
Dalaman kita seharus tidak di SEDERHANA kan.Dalam apa jua keadaan - dunia hari ini semakin meletakkan hanya orang HEBAT yang akan duduk diatas - orang SEDERHANA hanya sekadar mengikut.
tidak sederhana dalam memotivasikan untuk berjaya
tidak sederhana dalam perhububungan sosial.
tidak sederhana dalam keinginan untuk naik keatas
tidak sederhana untuk menjadi ruang untuk mendapat keberkatanNya
APA LAGI
ruang sudah disediakan kepada kita
dengan kapasiti yang kita ada.
GUNAKAN.
Eco Kid Adventure on Facebook