Isnin, 22 Jun 2009

mari kita bakar KAPAL kita...

Julius Caesar adalah seorang Kamandon perang yg berjaya menawan Brittnia kerana strateginya yang unik.
Dalam sejarah , ada tercatat ketika Caesar berjaya mendarat pasukannya pada satu tengah malam , dia diam , sementara pasukannya sibuk merapat dan menyembunyikan
perahu - perahu yang mereka naiki.
Mereka berfikir tentu mereka memerlukan perahu - perahu itu untuk pulang nanti.
Tetapi mereka terkejut apabila mendengar perintah ketua mereka
' BAKAR SEMUA PERAHU YANG SUDAH KAMU DARATKAN TADI..'
Akhirnya mereka membakar semua kapal sehingga hangus
( oleh kerana mereka beranggapan mereka tidak boleh kembali , maka mereka pun bertempur habis - habisan. Mereka merasakan yg mereka perlu menang.)
KITA FIKIRKAN BEGINI

perjalanan menuju puncak kerap kali diwarnai kekhuatiran sehingga kadangkala membuatkan kita cenderung menyerah kalah.
Menurut John Maxwell
Kekhuatiran akan menghambat tindakan
tiadanya tindakan menunjukkan tiadanya pengalaman ,
tiada pengalaman menunjukkan tiadanya pengetahuan
tiadanya pengetahuan akan melahirkan kekhuatiran

Menurut Denis Waitly ( buku seed greatness )

60 % kekhuatiran kita sama sekali tidak berasas.
20 % kekhuatiran kita berfokus pada pengalaman lampau dan yang berada diluar kawalan kita.
20 % kekhuatiran kita kepada benda yang remeh temeh

Hikmah untuk KITA

kehidupan ini ibarat satu perjalanan yang sehala.
Seberapa banyak pun perubahan laluan yang kita alami,
tidak satu pun yang akan membawa kita kembali.
Apabila kita mengetahui dan menerima hakikat ini , kehidupan akan kelihatan lebih mudah....untuk itu mari kita
MEMBAKAR JAMBATAN...

kita memang berbeza.....

KITA MEMANG BERBEZA
Apa yang menjadi kita berbeza - dalam kontek Perpaduan
( Melayu , Cina dan India dan seterusnya )
DAN SESAMA KITA PUN BERBEZA
kita masyarakat YANG berbeza dan hidup dalam satu komuniti yang arahnya sama. Keharmonian bersama kaum. Tapi kita sering berbeza.
lama duduk menyelak buku itu dan ini - akhirnya ini intipati yg mahu dikongsi dan seterus menjadi sebahagian daripada cerita kita.
Berdasarkan kajian besar menyatakan kita berbeza di sebabkan oleh
FASIOLOGI ( fizikal )
tinggi.rendah.hitam.putih.
SOSIOLOGI ( persekitaran )
kaya.miskin.susa.senang
PSIKOLOGI ( emosi )
begitulah juga dalam perhubungan sesama - kita sering berbeza.
Ketidaksamaan ini menjadikan kita berbeza - dan sistem yg tidak melihat ' punca ' berbeza menjadikan kita semakin berbeza
Konflik dari penafsiran seterusnya membutir impak yg tidak molek untuk kita lihat.
Kajian menyatakan kita berkonflik disebabkan
K + M + H = K ...karektor + matlamat + Halangan = Konflik.
Untuk itu apa tindakan kita : sejauh mana kemampuan kita untuk menyamaratakan MATLAMAT zahir daripada Karektor yg dibentuk dari sistem awal ( agresif , asertif dan pasif ). kesamarataan matlamat akan mengurangkan halangan dan seterusnya konflik mampu dielakkan

KITA FIKIRKAN
kita dah jenuh melihat konflik sesama.
sesama kita.
orang sekitar kita
pemimpin kita.
sejauhmana kemampuan kita untuk menyamaratakan matlamat itulah persoalan yang mungkin menjadikan halangan itu berbeda.
kita fikir2kan.

Ahad, 21 Jun 2009

ini jawapannya.


ditanya pada saya : oleh seorang kawan
BAGAIMANA NAK PUPUK MINAT MEMBACA
MEMBACA.
dikaitkan dengan minat
minat dikaitkan dengan apa.
minat dikaitkan dengan tujuan
tujuan dikaitkan dengan keinginan
keinginan tidak akan menjadi apa2 tanpa komitmen
yang tentu kita kena bersedia untuk mencabar kebiasaaan kita.
TAK MINAT MEMBACA kepada MINAT MEMBACA.
berdasarkan data @ fakta seorang rakan di PTS.meningkatan keinginan untuk menjadikan buku sebagai ' kawan ' baru semakin membangga.
BUKU YANG BAGAIMANA
membaca sering dikaitkan dengan minat dan tujuan
ada orang membaca untuk
mengisi masa lapang - bahan bacaan berdasarkan minat.
membaca untuk peperiksaan - nak tak nak - membaca.
DAN BAGAIMANA NAK PUPUK MINAT MEMBACA
terutamanya membaca bahan2 yang dikaitkan dengan peperiksaan @ tujuanb
pepatah india pernah berkata.
kelaziman akan membentuk budaya akan membentuk tabiat akan membentuk sikap akan membentuk takdir.
untuk mendapatkan takdir kita - orang yg suka membaca - sikap terhadap buku harus diubah - jadikan membaca sebagai satu tabiat dan datangnya dari budaya : dan semuanya datang dari kelaziman ( kekerapan ).
dalam buku U Can Win dinytakan Teori 21 hari.desak diri.paksa diri untuk melakukan kelaziman baru.minat akan menyusul kemudian.

PANDANGAN JINGGO

saya nak kongsi sedikit pengalaman terlibat dalam dunia baca2 ini secara serius.
saya membaca dengan tujuan - minat datang kemudian.
tujuan adalah ilmu yang mahu di kongsikan .saya semakin sensitif dengan :
siapa yang tulis + penerbitan dari produksi mana.
SEBAB DIYAKINI : NAK TENGOK KITA 5 TAHUN AKAN DATANG TENGOK BUKU APA YANG KITA BACA HARI INI

kerana ini sahaja yang kita ada...

ini media kita
tidak mungkin kita macam orang lain
YANG BOLEH
duduk kedai kopi mencerita dari dewan ke parlimen
di jalanan meluahkan tafsiran kita
menhabiskan masa dan komitmen untuk tujuan yang satu - politik
KERANA KITA HANYA ADA MEDIA INI.
untuk kita jadikan
kedai kopi kita
cerita jalanan kita.
cerita komitmen dan tujuan.
KERANA ITU - INI MUNGKIN SEKADAR PANDANGAN BIASA.
POLITIK + KITA + MASA DEPAN.
cerita politik negara kita semakin licik - umpama satu pertandingan bola sepak yang masing2 tentunya mengatur satu persatu strategi untuk satu tujuan
UNDILAH KAMI.
kerana itu kita semakin terus dihidangkan dengan cerita yang sama.
KAMI LEBIH BAIK DARI KELOMPOK ITU
IKUTLAH KAMI.
TINGGALKAN KELOMPOK ITU.
kami menjanjikan itu dan ini.
KITA SIBUK DENGAN IKLAN DEMI IKLAN
sehingga kita lupa asas dan keperluan kita disini.
KITA FIKIRKAN YANG INI.
kita sudah terlalu lama dan mungkin banyak sangat ' install ' cerita yang semakin tidak banyak membantu pembanggunan diri dalam keperluan hari ini.
Melayu + Islam sudah jauh tersasar dari paksi yang sepatutnya kita semakin kuat + kukuh dengan bantuan persekitaran.
Hasilnya
anak2 remaja kita semakin tersasar.
kelompok demi kelompok masyarakat kita semakin menyepikan bila diajak duduk mempersoalkan isu pembanggunan diri.
HASILNYA PERCAYALAH.
melayu akan hilang didunia
bila sejarah sendiri semakin dijauhkan
bila budaya sendiri semakin disepikan
bila kita mula mencari kiblat dan kitab yang datangnya dari Amerika.
pengalaman bersama anak2 di Asunta 2 - semakin jelas : bangsa lain - india dan cina semakin jauh meninggalkan kita dari segi komitmen untuk naik keatas.

Sabtu, 20 Jun 2009

family power....MUNGKIN BEGINI AGAKNYA



ada cerita baru - yang mungkin biasa2 kepada kita
tapi bagaimana kalau ' cerita ini ' menghilangkan keinginan cgu2 untuk terus memberi jiwa kepada institusi ini.
SAYA NI DAH 20 TAHUN MENGAJAR KAT SEKOLAH NI EN JINGGO
AKHIRNYA BEGINILAH
DAH 2 KALI KENA SAMAN DENGAN PARENT
SEBAB..
INI SISA2 DARI KOMITMEN YANG ADA
sekolah kami berbeza : Kuasa Famili lebih besar dari sistem pendidikan itu sendiri.
seakan2 ' mereka ' boleh mengaturkan yang terbaik untuk anak2 mereka.
AKHIRNYA SAYA MENYATAKAN YA.
memang dah lama dengar cerita begini.terutama anak2 yang datang dari zon elit.
seakan2 : hanya kami yang tahu siapa anak kami
cgu jangan pandai2 nak atur - aturkan.
jangan pandai2 nak suruh anak2 kami pakai tudung
kami tahu yang terbaik untuk anak2 kami.
AKHIRNYA
lahirlah generasi A++++ yang hanya kaya dengan A.
jiwanya kosong.
Sekadar Pandangan
itu mungkin sebahagian dari cerita yang kita pernah dengar - betapa cgu kadang2 tidak mampu bergerak lebih jauh dari ' sistem ' yang sudah diaturkan oleh famili.
cgu2 tidak mampu lagi meninggikan suara apatah lagi nak lebih dari itu.
jadilah cgu2 hanya sekadar mengikut rutin hari ini - hari esok dan seterusnya.
seterusnya.
tahniah kepada sebarisan guru2 SK Asunta 2 yang mengambil risiko.
dan tentunya anak2 murid cgu sebahagiannya
A++++++++.

Jumaat, 19 Jun 2009

ini yang membezakan kita

Ramai perempuan bertanya : apakah lelaki merasakan emosi yang serupa dengan emosi yang dirasai oleh perempuan bila bercakap soal cinta.
Kajian pakar menyatakan
bagi perempuan cinta itu adalah emosi
bagi lelaki cinta itu adalah peristiwa.satu kejadian
.
setiap peristiwa mempunyai permulaan dan penghujungnya.
BAGI LELAKI , APABILA DIA SUDAH MELAFAZKAN KOMITMEN CINTANYA KEPADA PEREMPUAN , PERKATAAN 'CINTA' TIDAK PERLU DISEBUT2 LAGI
kepada lelaki - sekali cinta dilafazkan - disitu permulaan dan penhujung.
maka baginya cinta tidak perlu dilafaz lagi.
INI YANG TIDAK DIMENGERTI OLEH PEREMPUAN
kepada perempuan
satu kali jatuh cinta - dia mahu terus bercakap2 tentang cinta itu masa kemasa...
DIMANA PUSAT PERCINTAAN LELAKI DAN PEREMPUAN
LELAKI PADA AKTIVITI
PEREMPUAN PADA KEMESRAAN

apabila lelaki dapat melakukan dengan pasangan apa yg mereka sukai ,
maka barulah disitu beroleh nikmat kepuasan erti cinta kepada lelaki.
untuk itu - kepada perempuan : lakukan apa2 aktiviti yang disukai oleh pasangan anda
dan lelaki - cinta perempuan pada kemesraan dan aktiviti cakap2 yg berulang....


Hasil bacaan berterusan dari buku Bahasa Sosial.


cinta kepada jinggo
cintakan keharmonian dan seterusnya hidup yg berpaksikan kepada kebenaran yang sudah dizahir dalam Quran dan Sunnah.
Cintakan bangsa sendiri
cinta negara sendiri
cintakan negeri sendiri - perak.
cinta diri sendiri dan keluarga

Khamis, 18 Jun 2009

selagi masih ada peluang dan ruang....

kita semakin jauh - tapi semakin dekat sebenarnya
SELAMAT HARI BAPA.
untuk semua yang dipanggil :
abah , ayah , baba , daddy , abi , walid.
dan istimewa untuk rakan2 yang singgah ke sini
kepada bapa2.
kepada isteri kepada bapa2
kenapa anak2 kepada bapa2
HARGAI MEREKA SELAGI MASIH ADA.
selagi kita ada peluang dan ruang.
Eco Kid Adventure on Facebook