Ahad, 6 Disember 2009

kita ni memberi ke menerima

KENAPA MASAKAN MAK
sentiasa yang terbaik.
kerana mak memberi ( memasak ) dengan kasih sayang.
KITA MEMBERI DAHULU
KEMUDIAN KITA AKAN MENERIMA
MANA MUNGKIN KITA MENERIMA
TANPA MEMBERI.
kita mulakan begini.
berdasarkan satu pembacaan dinyatakankan begini
kita akan menerima lebih banyak dengan cara memberi.
YANG PENTING
kita kena beri dengan kasihsayang.
dari buku La Tahzan - aid al - aqrni menyatakan
orang yang pertama mendapat manafaat daripada
suatu kebaikan ialah orang
yang melakukan.
DAN HARI INI.
usah kita pertikaikan apa yang kita akan dapat
kerana sudah dijanjikan
WHAT U GIVE , U GET BACK.
apa yang mahu kita kongsikan
BERIKAN DENGAN KASIHSAYANG.
sebagai makayah
sebagai guru
sebagai kawan
sebagai jinggo tentu.
DAN HARI INI MARI KITA MEMBERI
sebagai seorang jinggo
sumbangan untuk gembirakan anak dihujung tahun
bercuti.baju sekolah baru.beg baru.kasut baru.semua baru.
WALAUPUN YANG LAMA MASIH OK.

Sabtu, 5 Disember 2009

kita belajar lagi


SAYA BUKAN SEORANG YANG PERNAH
duduk depan TV menonton satu persatu
cerita yang mahu di anugerahkan skrin kan.
TAPI SEMALAM
teruja dengan katamula Erma Fatima
setelah menang satu dua dan tiga
menerusi hasil tanganya
SAYA MEMANG DATANG MALAM NI
UNTUK NAIK ATAS PENTAS.
teruja dengan katamula tu
kita kongsikan begini.
ITU MATLAMAT
masuk untuk menang.
matlamatnya jelas sejelasnya.
sudah dibayangkan : aku akan menang.
untuk menang : dikatakan erma sanggup keluar zon selesa.
masuk ke lorong hj taib.duduk dan bersembang dengan ramai orang yang tersasar.
HASILNYA
kita kongsikan lagi.
untuk menjadi pemenang ceritanya sama.
semuanya harus didahulukan dengan niat
disusuli dengan komitmen yang dizahirkan melalui matlamat
YANG KITA NAMPAK
aku adalah pemenang.
jangan diharapkan ada apa kemenangan
seandainya kita masih tidak bersedia untuk
KELUAR ZON SELESA.
percayalah.zon selesa.
NAK JADI PEMENANG
bayangkan.gambarkan.
KITA MEMANG
DAH MENANG.

Jumaat, 4 Disember 2009

bodoh.baik.bijak.

CERITA BARU
gambar lama
masih sama dari segi keinginan dan mungkin tidak keterlaluan perjuangan
untuk menyebarkan informasi kepada ' generasi hari esok ' dalam skop
dan ruang yang berbeza.
RUANG DAN PELUANG
ada dikalangan kita
MENCARI
ruang dan peluang
MENDAPAT
ruang dan peluang
mencari + mendapat 2 keadaan yang mungkin berbeza.
dan tentunya hasil perlaksanaan juga berbeza
dalam sebuah buku dikongsikan begini
3 kelompok manusia bila dikaitkan dengan ruang dan peluang
BODOH
peluang datang.buat tak kisah dan tak mahu ambil tahu.
BAIK
peluang datang.diambil sekadar perlunya.
BIJAK
peluang datang.ruang disediakan.mencari penambahbaikkan dalam proses tersebut.
bertanya.membaca.buat kajian.komitmen.
DARI SKOP DUNIA PENDIDIKAN
kita lihat hasil tangan 3 kelompok manusia ini.
sebagai pelajar
sebagai pendidik
sebagai mahasiswa
sebagai mak dan ayah
sebagai jinggo seterusnya
KITA DIMANA.
kesimpulan terakhir
saya yakin : Allah akan memberi apa yang kita inginkan berdasarkan komitmen.

Khamis, 3 Disember 2009

jauhnya KAMU ni jinggo



jauhnya KAMU ni jinggo
jauh dalam soal apa
MUNGKIN PENGHAYATAN HIDUP BERAGAMA.
dimana salahnya.
kita mulakan begini.
AYAH CUKUP SEMPURNA MEMBERI DIDIKAN AWAL
tidak ada tidak kena dimana.
sebagai guru agama dan aktivis setempat ayah cukup dikenali.
yang membezakan.
JIWA REMAJA SEMASA.
budaya blues gang + sweat charity masa tu.
saya tersasar bila selepas penilaian darjah 5
terus ke asrama.
mulalah cerita.
AYAH DAN FAMILI KOLOT.
KETINGGALAN ZAMAN.
satu persatu ditinggalkan amalan.amalan semasa - gitar tong.
masuk Universiti dan seterusnya ke Landsdale.
semuanya jauh - semakin jauh.terlalu jauh.
SEHINGGALAH.
saya disakitkan.teruk.amat teruk.terlalu teruk.
2 MINGGU TERAKHIR INI.
satu kebetulan @ memang ini sudah dijanjikan
kami berhadapan dengan anak2 asnaf + anak yatim.
DAN HARI INI.
bersama team Abuya.yang berpusat di Country Homes menjadikan saya seakan mahu kongsikan semua perkara.
CGU - ABUYA DI LANGKAWI SEKARANG
sihat ke dia
MACAM TU LAH
itu mula perbualan kami dan seterusnya.
MARI MENGENAL TUHAN
satu persatu dibuka satu persatu
kisah kehidupan yang selama ni.
cukup untuk dikongsikan.sesekali mari kita kembali melihat
KADANG2 JAUHNYA PERJALANAN
ADA YANG TERTINGGAL.

Rabu, 2 Disember 2009

jangan tido dalam bas

manisnya kenangan ni.
jalan2 dengan ana ke zoo negara
BANYAK BAS SEKOLAH - ROMBONGAN SEKOLAH.
dari kampung
berdasarkan pada pakaian dan telo bahasa.
DARI PERAK.
kita mungkin ada cerita masing2
memang manisnya kenangan buat lawatan di KL masa tu.
MASA TU TAK INGAT TAHUN BILA.
sekolah buat rombongan lawatan ke KL.
kali pertama nak menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur.
masa cerita KL terlalu besar.
umpama mimpi nak ke LA.
memang kecoh + jakun sikit.tidur malam sebelum
memang tak menarik.
lambatnya jam bergerak.dan lagi tak menarik kalau naik bas ' pemandu india '.
TELUK INTAN
memang banyak ladang lagi masa tu.
jadi faham2 ajalah.dari teluk intan ke KL - bukan satu lagu.
MASIH INGAT.
tidur dalam bas
gantung baju kat cermin
nyanyi lagu2 pengakap.
CGU2 MASA NI LAH ADA YANG AMBIL KESEMPATAN.
mengorat sesama sendiri.
TEMPAT TIDUR.
paling murah dan murah - dalam bas.
tempat lawatan
MESTI
tugu negara.muzium.zoo negara.dan beberapa tempat lain yg ada perkataan ' negara '
DAN HARI INI.
tgk budak2 datang dari kampung.
ceritanya mungkin sedikit sama tapi berbeza.
KL sudah bukan asing sangat pada setengahnya.
kali datang dengan.
HANDPHONE DAN MP3 DITANGAN.
dan cgu2 di kampung.
KALAU KE KL.MARILAH KE KEM JINGGO.
kesian budak2 tu tido dalam bas.
kesian nak ke tandas susah.
ADA YANG TER' KUCIL ' DALAM SELUAR.
mesti ada.

Selasa, 1 Disember 2009

kerana saya bukan orang politik

DISEBABKAN FAKTOR DIATAS
tafsiran saya juga berbeza.
melalui Isu BTN dan Prosesnya.
ini pandangan saya yang melalui proses ' pendidikan ' KeNegaraan.
saya ketepikan persoalan mengUMNOkan peserta.
fakta yang tidak mampu diubah adalah kita pernah jatuh.
kita seakan ' menyerah ' negara kita untuk dijajah
bukan disebabkan oleh sesiapa.
PERCAKARAN SESAMA SENDIRI.
bukan sekejap - beratus tahun.
DAN HARI INI.
kita semacam mahu ' menyerah ' kembali kembali negara untuk dijajah semula.
perbedahan kata dan pandangan
YANG DITAFSIRKAN DARI SUDUT POLITIK.
dihujungnya hanya ada satu jawapan
AKU MENANG - KAU KALAH.
proses untuk sampai kejawapan tersebut.
kita bermain dengan provokasi yang berbagai.
semua yang keluar dari mulut orang politik
ADALAH POLITIK.
dari jinggo
saya melalui proses - belajar dan mengajar topik ini seketika.
dan satu tahu asasnya dimana.
kesimpulan dihujung.
kita kena kuat.
melayu kena kuat
asas kita adalah agama.budaya.etika dan beradapan kita.
yang menang tak menang semua
yang kalah tak kalah semua.
MARI KITA BELAJAR UNTUK MENJADI SEORANG
YANG KALAH
YANG MENANG.
percayalah ada orang lain yg sentiasa melihat kita..

nak marah - customer.

Kan semua dah kelam kabut.
seharian saya mendail satu nombor yang berjanji untuk mengadakan untuk
PROGRAM USAHASAMA.
saya sudah kosongkan semua aktiviti yg melintas.
dan saya sudah setkan.
KALAU DAH TAK ADA REZEKI.
sehingga 8 pagi ni.
OK PUAN DR - SAYA SETUJU DENGAN TEMUJANJI KITA.
BESOK.HOSPITAL X.
8.15 am.Satu call masuk.
ESOK PROGRAM JADI
SEBAGAIMANA DIRANCANG.
dari jinggo
melihat dari sudut akademik.
ketepikan persoalan peribadi dan juga karektor yang berbagai.
saya amat yakin dan percaya.
KOMITMEN + DISIPLIN + TINDAKAN = KEPUTUSAN.
saya melihat ramai rakan2 niaga yang datang dalam berbagai rentak.
berniaga dari perbagai sumber - dari jual goreng pisang sehingga ' jutaan ' pulangannya.
saya membuat kesimpulan sendiri.
SAYA SEORANG AHLI PERNIAGAAN.
apa produk saya.
diri sendiri.
proses untuk ' menjual ' produk melibatkan tindakan yang dilihat dicara
verbal + non verbal.
10 tahun satu tempoh masa yang terlalu lama kalau mahu diambil kira :
yang saya menjadikan setiap apa yang berlaku adalah proses pembelajaran.
kesimpulan yang mahu dikongsikan
KEPADA SEMUA .
KITA ADALAH PENIAGA
kita menjual diri kita untuk orang lain beli.
bagaimana kalau produk kita tidak ' dibeli '
dalam konteks hubungan sosial kita gagal ' berurusan '.
kita menjual ' produk ' berasaskan siapa kita.
hati2 dengan tindakan.
dihujungnya
JANGAN BUAT KERJA LAST MINUTES.
Eco Kid Adventure on Facebook