Rabu, 26 Mei 2010

bahasa yang tidak menipu.............

Ia merupakan suatu bentuk ekspresi seseorang yang terpamer bukan daripada mulut tetapi ia adalah suatu bentuk komunikasi bukan suara. Dengan lebih tepat, ia adalah kenyataan perilaku badan seseorang secara gesture bagi menterjemahkan suatu makna yang tersendiri dan banyak melibatkan pergerakan mata dan tangan.
Kajian mengatakan ( Albert Mehrabian ),
sering bla berlaku komunikasi,
60% – 70% yang terpamer adalah hasil
daripada bahasa badan dan ia amat
mempengaruhi kehidupan manusia
dan merangkumi semua peringkat lapisan.
Bahasa badan boleh menjelaskan sesuatu aksi atau boleh mengisyaratkan sesuatu makna atau petunjuk kepada lawannya. Bahasa badan boleh menterjermahkan sikap seseorang sewaktu berkomuniskasi samada seseorang itu dalam mood yang bagus, agresif, memerlukan perhatian dari seseorang, relaks, bersedia,
kebosanan, memahami arahan dan sebagainya.
Bahasa badan juga boleh membantu diri kita sendiri untuk
MEMPENGARUHI orang lain supaya MEMPERCAYAI kita!
Menguasai dan memilik kemahiran Bahasa badan dapat membantu seseorang melakukan perubahan besar dalam aktiviti seharian terutama ketika seseorang itu mahukan
PERHATIAN YANG LEBIH DARI SESEORANG!
Sebenarnya TIADA NASIHAT & CARA KHUSUS bagaimana nak mengaplikasikan Bahasa Badan ini. Ia bergantung kepada cara BAGAIMANA ia harus berlaku. Ia bergantung kepada SUASANA dan SITUASI atau SIKON dan dengan SIAPA YANG SEDANG KITA HADAPI waktu itu.Dengan bos kita mungkin berbeza. Dengan awek mungkin berbeza. ( SIKON = situasi + kondisi )
AWAS! Perhatikan bagaimana cara kita duduk,
berdiri, bagaimana kawalan pergerakan tangan, kaki, mata,
bahu, jejari, mulut dan memek muka kita semasa
berhadapan dengan seseorang!
Ia mungkin kelihatan bodoh!
Syarat utamanya ialah :
LAKUKAN DENGAN YAKIN DAN RELAK!
INGAT! Berbahasa Badan ini boleh menjadikan seseorang itu seorang PELAKUN tak popular dan kita mungkin menjadi seorang yang suka BERPURA-PURA! Tetapi apa salahnya, kalau kita senyum, senyuman itu untuk mengembirakan kita dan semua orang. Kalau kita berdiri tegak, biarlah ianya bertenaga dan terkawal. Apa salahnya kalau kita mampu melambatkan sedikit pergerakan kita yang boleh menyebabkan orang lain dan diri kita sendiri boleh menjadi tenang? Apa salahnya? Antaranya:
JANGAN BERPELUK TUBUH atau
MENYILANG KAKI KETIKA BERCAKAP:
Perlakuan ini boleh menyebabkan kita dianggap sebagai seorang yang
sombong, keras hati, tak boleh diajak berunding,
defensive atau berfikiran tertutup.
BERTENTANGAN MATA
tetapi JANGAN MERENUNG:
Ketika berkomuniskasi, biar mata bertemu mata dan bermuka manis kerana mata adalah alat komuniskasi yang sangat penting. Mereka yang bertentangan mata ketika bercakap akan mewujudkan satu perhubungan dan rasa yang tenang dengan situasi waktu itu . Pelanggan akan dapat merasai bahawa dirinya dihargai dan sedang mendapat perhatian ketika itu. Dan mereka juga mahu mengekspresikan bahawa mereka sendang mendengar dan sedang memberi fokus terhadap topik yang diperbincangkan ketika itu.
GUNAKAN RUANG SEBIJAK YANG MUNGKIN:
Seperti duduk atau berdiri dengan kaki yang sedikit terbuka melambangkan anda seorang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan mempamerkan bahawa anda sedang berada dalam zon selesa ketika itu.
RELAKSKAN BAHU ANDA:
Jika anda terasa tension,
ia disalurkan ke bahu anda.
Jadi, redakannya dengan menggerak-gerakkannya
sedikit bahu itu dan selepas itu kembali kepada posisi asalnya.
MENGANGGUK SEKALI SEKALA:
Perlakuan ini jelas membayangkan bahawa
kita memahami situasai,
sedang bersama dengannya atau menjelaskan
kepada mereka bahawa kita sedang mendengar tetapi
INGAT! Jangan mengangguk seperti Burung Belatuk!
JANGAN MENGELONSORKAN
BADAN KETIKA DUDUK:
Nampak sangat malasnya tu. Kurang bersedia.
Sambil lewa. Tidak serius.
Menganggap lawan di depan itu lekeh!
BERSANDARLAH TAPI JANGAN BANYAK SANGAT:
Kalau kita sedang duduk dan hendak mempamerkan bahawa kita amat berminat dengan percakapan seseorang, kita boleh bersandar sedikit. Jangan banyak sangat sebab orang akan mengatakan kita waktu itu hanya berpura-pura dengar, terdesak untuk segera mendengar dia habis bercakap dan anda kelihatan jauh
dari sudut pandangan orang yang sedang bercakap.
BERMANIS MUKA, SENYUM DAN KETAWALAH:
Jangan terlalu serius. Relak sedikit. Senyum dan ketawalah bila mereka menyentuh perkara-perkala lucu tetapi jangan mengada-ngada. Positif! AWAS! Jangan jadi orang yang pertama ketawa ketikamana anda sendiri yang mengeluarkan cerita lucu! Kenapa? Sebab ia akan melambangkan anda seorang yang gabra, tidak bersedia, ketakutan dan gugup. Senyumlah ( bukan sengih ) ketika kita diperkenalkan dengan seseorang.
JANGAN MENGUSAP MUKA:
Perlakuan ini boleh mempamerkan
dalaman kita yang sedang gugup,
serbasalah dan ketakutan dan ia akan
mengganggu perjalanan perbualan.
JANGAN MENUNDUKKAN KEPALA:
Jangan memandang lantai. Perlakuan ini akan mempamerkan
bahawa kita adalah seorang tidak selamat,
rendah dan tiada keyakinan diri, penakut dan
amat tidak berminat, bosan dan ambil mudah.
PERLAHAN DAN TERATUR:
Ini boleh berlaku kepada banyak hal. Berjalan misalnya, biar teratur. Ini akan mempamerkan anda seorang yang bijak, yakin diri, tenang, tiada stress dan yakinlan selepas itu ada banyak mata yang sedang memandang kea rah anda.
JANGAN KAKU:
Elakkan!, Anda akan kelihatan risau dan kurang keyakinan diri. Bergerak-geraklah. Selesakan diri anda. Kalau tidak anda mungkin akan menjentik-jentik jari sendiri dengan tidak anda sedari!. Fokus.
GERAKKAN TANGAN ANDA DENGAN YAKIN:
Gunakan pergerakan tangan anda dengan yakin untuk menjelas sesuatu.
Tetapi jangan terlalu kerap.Kawal pergerakan tangan anda dengan bijak.
TEGAKKAN TULANG BELIKAT :
Banyak orang lupa akan perkara ini.
Cepat sangat nak mencari dinding nak bersandar bila lama bercakap.
JANGAN BERDIRI TERLALU DEKAT:
Beri ruang kepada orang yang bercakap.
Biar dia rasa selesa.
KEKALKAN BERSIKAP BAIK:
Sentiasa bersikap positif,
tenang dan terbuka kepada semua orang.
DARI JINGGO
berdasarkan satu pembacaan lain
kita mahluk sosial
70 % hidup kita seharian
kita gunakan untuk berkomunikasi
55 % non - verbal
45 % verbal.
ada kala ketika
KITA ABAIKAN PERSOALAN
seni untuk berkomunikasi
dan seterusnya kita
terlupa satu perkara yang menakutkan
KECELAKAAN PALING BESAR
HIDUP KITA ADALAH BILA MANA
KITA MULA TIDAK DIPEDULIKAN.
mulanya adalah
kemahiran komunikasi kita.

Selasa, 25 Mei 2010

kekecewaan adalah nikmat !

Pernahkah anda berdepan dengan
rakan atau saudara anda yang kecewa?
Kecewa dalam
peperiksaan, pekerjaan,
percintaan, perkahwinan
dan berbagai kekecewaan lain.
Bagaimana agaknya reaksi mereka?
Sedih adalah perkara biasa.
Menangis juga adalah perkara biasa
tetapi tidak boleh
dibiarkan berlarutan kerana mampu
mengundang masalah lain pula.
Menurut Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie,
Suzana Ghazali, kekecewaan melampau
ini terjadi dalam
perhubungan cinta atau perkahwinan.
Tindakan tersebut adalah kesan tekanan melampau yang
dirasai oleh seseorang yang kecewa terhadap sesuatu.
''Perkara pertama yang perlu dilakukan
ialah 'takluk' dan 'tandingi' mereka.
Sudah pasti kita perlu bersikap lebih agresif.
Jika insan kecewa tersebut menangis meraung-raung,
pegang atau peluk dirinya agar dia rasa lebih tenang.
''Persoalkan pada dia apakah tindakan dirinya dengan meraung, kecewanya akan hilang? Jika dia putus cinta, persoalkan apakah
dengan meraung, cintanya akan kembali bersatu?
Kenapa perlu meraung sakitkan fikiran dan
emosi sendiri kerana insan yang tidak menyayangi dirinya?
"Sebaliknya tanamkan dalam fikirannya,
hidup tidak akan berakhir walau tanpa insan
yang mengecewakan dirinya itu," katanya.
- dipetik dari Utusan -
DARI JINGGO
satu lagi fitrah manusia
nikmat untuk merasakan
KEKECEWAAN
ini dikaitkan
dengan hidup ini adalah
satu proses yang beransur2
kita mendapat pulangan
daripada proses.
INI JUA
HARUS DILIHAT
dikaitkan dengan satu pandangan
yang menyatakan
BENCANA
mampu mengubah kita.
PERSOALAN KITA
sejauh mana kita mampu menjadikan
KEKECEWAAN
sebagai satu lagi penambahbaikan

Isnin, 24 Mei 2010

cerita orang cerita kita.

pasar kemboja yang menjadi pilihan
kepada pedagang dari pakistan.
ikan salai dari kemboja
tak ada ditempat kita.
cerita orang merantau
tentunya berbeza dari kita.
MUNGKIN SEDIKIT PENGALAMAN
duduk merantau dinegara orang.
cukup saya katakan
CARA HIDUP ORANG MERANTAU
amat berbeza.
PERNAH DICERITAKAN
sebuah perkampung di Merbau Sempak
penempatan orang2 kemboja
yang kita tahu pernah dengar
menjadi pelarian dari negara Kemboja.
DAN DISINI SATU
DIANTARA PENEMPATAN
yang menariknya cara hidup
dan pengekalan kehidupan.
dan budaya cukup untuk menjadikan
kadang2 kita malu sendiri.
DINEGERI SENDIRI
pun kita kadang2 lupa.
bahasa kita
budaya kita
agama kita
kepercayaan kita.
INI YANG MEMBEZAKAN KITA.

Ahad, 23 Mei 2010

komitmen yang dibalas............




percayalah
HUKUM SUDAH
menyatakan
KOMITMEN + DISIPLIN
seharusnya diatas.
kita mendapat keputusan hari dari
TINDAKAN.
hari ini sekumpulan guru2
Sk Seri Murni
menunaikan
komitmen
SELURUH SISTEM PENTADBIRAN
hasilnya tidak ada satu ruang pun
boleh dikatakan
tidak ada satu ruang pun boleh dinyatakan
yang pelajar SK Seri Murni
MENYATAKAN TIDAK
untuk UPSR 5A.

Jumaat, 21 Mei 2010

tak komited boleh jalan.......

Tanda lelaki tidak mahu komitmen
LELAKI yang suka mencari kesalahan
pasangannya jelas tidak mahukan komitmen.
KOMITMEN merupakan satu perkara penting
dalam sesuatu perhubungan,
sama ada sebelum perkahwinan apatah lagi semasa
melayari tempoh perkahwinan.
Ada ketikanya, komitmen masih perlu selepas berlakunya pembubaran perkahwinan terutamanya bagi perkara yang berkaitan dengan kemaslahatan dan kebajikan anak-anak.

Namun, masalah yang sering berlaku ialah
kesukaran bagi seorang gadis
(bagi yang belum berkahwin),
isteri atau bekas isteri menentukan sama ada pasangannya atau
bekas pasangannya itu memberikan komitmen
yang sewajarnya atau sebaliknya.
Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie,
Suzana Ghazali,
terdapat enam tanda utama seseorang itu
enggan memberikan komitmen iaitu
suka mengelak,
memberi alasan,
mencari salah pasangan,
tidak memberikan kerjasama,
sukar dihubungi
tiada komunikasi.
Suka mengelak
Jika pasangan anda suka mengelak, sama ada daripada
memperkatakan tentang hubungan,
tentang hala tuju perkahwinan atau tentang
apa jua perkara yang berkaitan dengan perhubungan tersebut,
itu tandanya dia tidak berminat lagi untuk
meneruskan komitmen terhadap hubungan tersebut.
Memberi alasan
Individu yang tidak mahu memberikan komitmen
sebaliknya mudah memberi alasan apabila
diajukan persoalan atau perbincangan
mengenai hubungan bersamanya.
Mencari salah pasangan
Ada ketikanya pula, individu yang enggan berikan
komitmen akan sengaja mencari malah
mereka-reka salah pasangan.
Mereka akan bersikap agresif, menyalahkan pasangan walau
hanya atas alasan yang remeh dan dalam sesetengah keadaan akan memanipulasi keadaan persekitaran hingga mewujudkan rasa bersalah yang tinggi kepada pasangan.
Tidak berikan kerjasama
Individu yang tidak mahukan komitmen juga akan bersikap tidak bekerjasama. Mereka mungkin mengaku akan melakukan sesuatu yang dihajati oleh pasangan tetapi akhirnya pengakuan hanya tinggal pengakuan dan hajat pasangan akan dibiarkan tanpa sebarang pelaksanaan.
Sukar dihubungi
Individu yang tidak mahukan komitmen
juga sukar untuk dihubungi.
Selalunya mereka akan bersikap mendiamkan diri,
tidak akan menghubungi anda kecuali dihubungi
dan ada ketikanya tidak melayani panggilan anda.
Dalam perkahwinan pula, mereka akan bersikap
menyendiri dan membiarkan pasangan bercakap sendiri.
Tiada komunikasi
Mereka yang tidak mahukan komitmen juga bersikap
menafikan sebarang bentuk komunikasi dengan anda. Komunikasi bukan saja wujud dalam perbualan sebaliknya juga melalui bahasa tubuh iaitu sikap, perlakuan malah mimik muka.
Penampilan wajah yang tidak ceria atau masam ketika bersama pasangan, tanpa apa-apa penjelasan atau alasan yang wajar menjadi tanda dia tidak mahukan komitmen bersama anda
- harian kosmo -
DARI JINGGO
komitmen
ini satu lagi penghakiman
DALAM HUBUNGAN SOSIAL
tentunya sahaja
nilai satu komitmen bergantung kepada
siapa yang diharapkan memberikan
KOMITMEN.
CINTA DAN KOMITMEN

Khamis, 20 Mei 2010

cerita seorang guru.........

Suatu hari seorang guru bertanya kepada murid-muridnya,
"Mengapa ketika seseorang sedang dalam keadaan marah,
ia akan berbicara dengan suara kuat atau menjerit?"
Seorang murid setelah berfikir cukup lama
mengangkat tangan dan menjawab,
"Kerana ketika itu ia telah kehilangan kesabaran, lalu berteriak."
"Tapi..." guru itu balik bertanya,
"lawan bicaranya berada dekatnya. Mengapa harus berteriak?
Apakah ia tak dapat berbicara secara halus?"
Hampir semua murid memberikan sejumlah
alasan yang dikira betul
Menurut pertimbangan mereka.
Namun tak satupun jawaban yang memuaskan.
Guru lalu berkata,
"Ketika dua orang sedang berada
dalam situasi kemarahan,
jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh
walau secara fizik mereka begitu dekat.
Kerana itu, untuk mencapai jarak yang demikian,
mereka harus berteriak. Namun anehnya,
semakin kuat mereka berteriak,
semakin pula mereka menjadi marah dan dengan
sendirinya jarak hati yang ada di antara keduanya
pun menjadi lebih jauh lagi.
Kerana itu mereka terpaksa menjerit lebih kuat lagi."
Guru masih melanjutkan,
"Sebaliknya, apa yang terjadi ketika
dua orang saling jatuh cinta?
Mereka tak hanya tidak berteriak,
namun ketika mereka berbicara suara yang keluar dari
mulut mereka begitu halus dan kecil.
Sehalus apapun, keduanya dapat
mendengarkannya dengan begitu jelas.
Mengapa demikian?"
Sang guru bertanya sambil
memperhatikan para muridnya.
"Kerana hati mereka begitu dekat,
hati mereka tak berjarak.
Sang guru masih melanjutkan,
"Ketika anda sedang dilanda kemarahan,
janganlah hatimu menciptakan jarak.
Lebih lagi hendaknya kamu tidak mengucapkan kata
yang mendatangkan jarak di antara kamu.

Rabu, 19 Mei 2010

mana satu pilihan kita

“Ada satu pandangan daripada pakar cinta di luar negara
berkenaan ciri-ciri wanita yang wajib dijauhi.
Dengan izin, saya kongsikan sebahagian kecil di sini
Wanita kategori liar.
Inilah jenis wanita yang sering dinasihati oleh mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokan. Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap cuba-cubanya tidak wujud sempadan. Kita teruja dengan kegilaannya tetapi tak kita sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.
Wanita si Bom jangka.
Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa apa-apa amaran ketika anda menjangka semuanya terkawal. Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya. Individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting.
Wanita si Gula-gula.
Gadis muda seumpama gula-gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan menyukai kewujudan kita. Dalam keadaan ini kita seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya. Hakikatnya kita sudah tertipu, gadis muda seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.
Wanita si Bintang.
Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata, lebih-lebih lagi jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya diri kita.
Wanita si Penggapai.
Penggapai mempunyai kedudukan kewangan lebih dari apa kita miliki dan dia menyukai keadaan demikian, ia memberi jaminan kepada dirinya. Mengapa dia suka? Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya agar ia memberinya ruang bergerak. Kita menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal, dan kita dilihat sebagi punca terbazir masanya sekadar untuk aktiviti bersama. Dia cenderung mengatakan setiap usahanya adalah untuk kebahagian bersama.
Wanita yang Tercedera.
Hubungan yang terjejas menjadikan wanita dalam kategori ini tercedera emosinya sepanjang masa. Kewujudan kita adalah kapal persinggahannya sementara baginya untuk memikirkan kesilapannya, apa yang terjadi, siapakah dia dan apa yang perlu dilakukannya. Sepanjang kita menjadi pasangannya, kita mendengar segala kisah buruknya. Kita akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam, hari ini dan esok. Dalam jangkaan kita kewujudannya untuk menyintai kita, tetapi dia lebih memikirkan keadaan dirinya.
Setelah selesai, selamat tinggal untuk kita.
DARI JINGGO
ini kisah demi kisah
wanita yang tentunya dari sudut pandangan
seorang lelaki
MANA SATU PILIHAN KALBU
pastinya siapalah lelaki
tanpa kehadiran seorang wanita
kita berpeluang untuk memilih
berdasarkan kepada ilmu yang disebarkan
pastinya kita jangan tersasar
memilih teman untuk seterusnya.
Eco Kid Adventure on Facebook