Sabtu, 5 Jun 2010

talak untung....


kerja2 yang dikaitkan
DENGAN
PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

merupakan kerja2 yang zahirnya
tidak menguntungkan.

YANG UNTUNG
rosakkan alam
hilangkan hutan
hilangkan sungai
hilangkan langit biru

WALAUPUN BAGAIMANA
hari ini
5 jun
MARI KITA RAIKAN
HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA.

Khamis, 3 Jun 2010

sudah menjadi fitrah manusia.

semua orang
ingin menjadi orang penting
ini bukan hukum biologi tapi fitrah
TAPI SEJAUH MANA KEMAMPUAN
kita dianggap penting
kita menjadikan orang lain penting
MENURUT KAJIAN PAKAR
menjadikan orang lain penting
bermakna orang itu akan memberi ' khidmat '
yang lebih baik untuk kita.
MARI KITA KONGSIKAN
BEBERAPA KEMAHIRAN.
amalkan tabiat menghargai
serlahkan penghargaan melalui senyuman
amalkan tabiat nenbghargai dengan memastikan orang
lain tahu kita bergantung kepadanya nya.
sampaikan pujian secara ikhlas
semuanya orang ingin dihargai dan mahu diyakini
yang mereka telah melakukan yang terbaik.
jangan buang masa membahagikan
orang kepada kelompok - kelompok
orang yang penting
orang yang kurang penting
orang yang tidak penting
PANGGIL ORANG LAIN DENGAN
MENGGUNAKAN NAMA MEREKA
semua orang suka dengan nama sendiri
pastikan ejaan dan menyebut dengan betul
satu perkara bila berbual dengan orang yang kita
tidak kenal pastikan panggil secara formal
Cik , Encik dan Puan dan Tuan
KONGSI KEJAYAAN DENGAN
SEMUA ORANG.
pastikan kejayaan bersama.
hargai penglibatan orang lain
ingat.kuasa pujian terlalu besar kesan
dalam mana hubungan sosial.
DARI JINGGO
5 hari bersama
sekumpulan rakan rakan
mengendali kursus pengukuhan
PASUKAN PETUGAS HAJI
yang pastinya akan bertugas di Mekah
saya membuat satu tafsiran baru.
mereka ini cukup kemas
diperkemaskan dari masa ke masa
satunya adanya kemampuan
untuk menjadikan orang lain penting.

Isnin, 31 Mei 2010

ke kem latihan

sama dengan tugas yang lain
SEORANG PENDIDIK
hanya kelas dan pendekatan
yang berbeza
dihujungnya sama
PERUBAHAN.
31 - 3 JUN
5 - 6 JUN
11 - 13 JUN
15 - 18 JUN
kalau dilihat pada tarikh
sebahagian besar hari2 seterusnya
ada di kem latihan.
SEMUGA DIPERMUDAHKAN
PADA SEGALA URUSAN.

Sabtu, 29 Mei 2010

mari bergossip

gossip dan kita
gossip bukan hanya dilakukan oleh orang perempuan
lelaki juga hidupnya penuh dengan unsur2 gossip
DIANTARA TOPIK
masalah kewangan bos
masalah rumahtangga bos
A yang mengampu untuk bisnes
dato B kahwin lagi
gossip dikaitkan dengan perkara2
negetif mengenai orang lain
INGIN BERBUAL MENGENAI
ORANG LAIN OK
TAPI HADKAN KEPADA
PERKARA2 POSITIF
sekarang uji diri sendiri samada kita
cenderung kepada aktiviti gossip @ tidak
adakah saya suka menyebarkan khabar angin
mengenai orang lain.
adakah saya sentiasa bercakap mengenai
ciri2 baik yang ada pada orang lain
adakah saya suka mendengar skandal
adakah saya menilai orang lain berdasarkan fakta.
adakah saya menggalakkan orang lain supaya
mencerita khabar angin kepada saya
adakah saya sendiri memulakan perbuallan dengan
JANGAN BERITAHU ORANG LAIN
adakah saya individu yang mampu
menyimpan rahsia
adakah saya rasa bersalah berbual mengenai
orang lain.
DARI JINGGO
ini satu lagi
cerita dipersekitaran kita.

Jumaat, 28 Mei 2010

hapuskan rasa takut.

takut merupakan satu lagi
yang memungkinkan kita terus kebelakang.
TAKUT DIKAITKAN
DENGAN TIDAK YAKIN.
bagi berfikir dengan yakin
kita perlu bertindak dengan yakin.
KITA KONGSIKAN
david j.schwartz dalam buku
the magic of thinking big
menyenaraikan 5 langkah.
DUDUK DIHADAPAN
dimana sekali pada kita
duduk dibelakang ada nikmat.
alasan tidak mahu menonjol.
alasan lain adalah keyakinan diri yang rendah
untuk seterusnya
duduk dihadapan
PANDANG MATANYA
bercakap dengan orang2 lihat matanya
kenapa kita takut bertentang mata dengan orang
yang sedang berhadapan dengan kita
saya merasa lemah dan rendah dihadapan kamu
dan sebenarnya lagi
saya seorang pengecut
saya tidak ada keyakinan diri.
BERJALAN 25 % LEBIH PANTAS
pakar psikologi menyatakan
sikap dapat diubah dengan hanya mengubah
gaya dan kelajuan pergerakan.
orang yang mengalah dengan cabaran hidup
akan berjalan perlahan.
dikatakan juga
golongan ' cukup makan '
menggayakan cara jalan yang biasa
" saya bukan bagus pun "
gaya orang ketiga
laju dan bersemangat.
seolah2 mahu memberitahu
' saya mahu ketempat penting -
saya mahu melakukan
berjalan 25 % lebih pantas.
BERSUARALAH
selalu kita suarakan begini
sebagai alasan untuk tidak bercakap
pandangan saya tidak ada nilai langsung.
kalau saya bercakap nanti nampak macam
saya amat bodoh.lebih baik diam.
bersuara dalam setiap pertemuan
kelas.kuliah.kem dan perjumpaan.
bersuaralah.
menurut Mr Trumph
stand out
bangun dan bercakap.
BERIKAN SENYUMAN.
senyuman adalah penawar bagi
merawat orang yang menderita
penyakit ' tidak yakin '.
bagaimanapun ramai yang tidak meyakini hakikat
ini kerana mereka tidak pernah cuba mempamerkan
senyuman kerana takut.
PENGALAMAN JINGGO
menghadiri kelas dan perjumpaan dimana
duduk dibelakang ada nikmat
diam adalah nikmat.
alasannya sama.
takut.
tidak yakin.

Khamis, 27 Mei 2010

pengalaman VS kenangan.

menurut pakar
mutiara yang mahal itu kononnya berasal dari
seputir pasir yang memasuki tiram yang terbuka.
pasir yang masuk ini menimbulkan rasa sakit yang luar biasa
untuk mengurangkan rasa sakit itu
tiram membaluti pasir tersebut dengan
AIR LIURNYA
secara berterusan selama beberapa2 tahun.
pasir yang disalut dengan air liur itu kelamaan akan
bertukar menjadi mutiara yang cantik dan mahal.
DAN KITA ADA BEZANYA
DENGAN KITA.
ujian menjadikan kita kuat.
PERCAYALAH
kegagalan dikatakan kemenangan yang ditunda.
kita dibekalkan dua cerita
bila gagal.
PENGALAMAN
KENANGAN.
pengalaman bermakna
kita akan cari penambahbaikkan.
mulakan cerita baru.
kenangan bermakna.
kita berhenti dari terus mencuba.

warna warni kehidupan............


Adakah anda mempunyai WARNA kegemaran?
Warna apakah yang menjadi kegemaran anda?
BIRU? MERAH? HIJAU? KUNING? HITAM? PUTIH?
Sedarkah anda bahawa warna yang menjadi kegemaran itu
sebenarnya sedikit sebanyak menggambarkan
sikap dan watak anda.
Menurut kajian oleh pakar psikologi mendapati warna
mempunyai pengaruh yang tersendiri dalam
perwatakan dan sikap seseorang.
Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan
ada 4 warna primer :
MERAH

HIJAU
KUNING
BIRU
Walaupun tidak diketahui secara pasti mengapa orang-orang menyukai warna dan kombinasi warna tertentu. Tetapi yang jelas, setiap warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza-beza. Bahkan sejak dahulu lagi, warna sememangnya diketahui
mempunyai pengaruh terhadap manusia.
MERAH
Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyutan nadi, menaikkan tekanan darah
dan mempercepatkan pernafasan.
Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.
Merah Terang :Warna ini melambangkan
kekuatan kemahuan atau cita-cita.
Sifatnya : Agresif, Aktif, Garang.
Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh gairah,
dominasi, kejantanan.
Merah Jambu :Warna ini melambangkan romantik, feminim. Warna ini mempunyai sifat mendorong ke arah kepasrahan, penyerahan, kesempurnaan, keayuan dan kesantunan.
BIRU
Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna.
Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyutan nadi, dan tarikan nafas.
Biru Tua :Warna ini melambangkan
perasaan yang mendalam.
Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas,
kejujuran dan patriotik.
Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana,
Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.
Biru Muda :Warna ini melambangkan kesungguhan
cita-cita dan penuh keazaman.
Sifatnya : Bertahan, Pelindung, Tidak Berubah Fikiran.
Pengaruhnya : Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri,
Berpendirian tetap.
KUNING
Warna ini melambangkan kegembiraan.
Warna ini mempunyai sifat :
Selamba, Santai, Tenang dan tidak terkesan dengan masalah.
Berubah-ubah tapi penuh harapan,
mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.
Kuning Terang :Warna ini melambangkan sifat yang boleh berubah dengan mendadak.
Sifatnya sederhana tetapi unik.
Sifatnya : Bertolak ansur, Berhati-hati, Menonjol.
Pengaruhnya : Berubah-ubah sikap, berwawasan,
dermawan, tidak mudah percaya pada orang.
HIJAU
Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan,
ketabahan dan keteguhan hati.
Mempunyai keperibadian yang tegas, berprinsip dan berkuasa.
Warna ini mempunyai sifat : meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih hebat dan mengatasi orang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya
suka dipuji, mudah menasihati orang lain.
KELABU & HITAM
KELABU :Warna ini tidak menunjukkan makna yang jelas.
Tidak terang dan ia dikategorikan sebagai unik dan
sukar dikaitkan kepada kecenderungan psikologi.
Warna ini sifatnya lebih kepada NEUTRAL.
HITAM :Warna ini melambangkan kesedihan
dan keseorangan.
Ianya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan,
kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan.
COKLAT & UNGU
COKLAT :Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri :
suka persaingan, tidak suka beralah, kurang toleran,
sukar bertolak ansur, dan mempunyai prasangka
terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.
UNGU :Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang
melambangkan sifat unik hasil campuran
kedua-dua sifat warna tersebut.
Perpaduan antara keintiman dan kemesraan, erotik, dan berperasaan mendalam dan peka.
Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi penuh harapan dan positif.
http://pakarhowto.com/
DARI JINGGO
warna dan saya.
dulu mungkin tidak banyak yang mahu
diambil tahu mengenai kesan warna dan
perbentukan aura semasa.
HARI INI.
warna jinggo
merah
jingga.
ini mungkin dikaitkan dengan
perubahan persekitaran yang menjadikan
itulah cantiknya ciptaanNya.
Eco Kid Adventure on Facebook