Khamis, 17 Jun 2010

kalau kita berbeza.

seorang rakan yang bertanya
KENAPA SUKARNYA
HUBUNGAN SAYA DENGAN ORANG LAIN
ada sahaja ketidaksempurnaan
KENAPA
satu ayat yang suka dipetik
KECELAKAAN PALING BESAR
DALAM HUBUNGAN SOSIAL BILA
KITA TIDAK DIPEDULIKAN
semuanya tentunya bermula dengan diri sendiri.
kita berkongsi kemahiran ini
sedarkan tiada orang yang sempurna
kadang2 kita merasa yang kita
' lebih sempurna ' dari orang lain.
percayalah tidak ada sesiapa yang sempurna.
hormati hak orang lain menonjolkan
perbezaan mereka
jangan timbulkan kebencian hanya disebabkan
kita memang berbeza.
tegur biar dengan cara yang betul
kebanyak orang tidak suka diberitahu
itu salah
kita kena percaya semua orang betul
atas kapasti diri sendiri
untuk itu hati2.
DARI JINGGO
kita memang berbeza
fasiologinya.sosiologinya.psikologinya
semuanya akan membentuk nilai
yang menjadikan kita memang
BERBEZA
adakah itu satu alasan besar
untuk menjadikan kita terus berbeza.

Rabu, 16 Jun 2010

macam2 berlaku.....

Kem yang meninggalkan
suka dan dukanya sendiri.
RASANYA ADA CERITA
YANG TIDAK BOLEH DIKONGSIKAN

Hari ini dalam sejarah
makan makanan yang begini
pulut manis + pauh manis

Sudah menjadi satu resam
SUSAHNYA NAK DIDIK ANAK SENDIRI
walaupun hari2 memberi ilmu peningkatan diri
pada anak orang lain
UNTUK ANAK SENDIRI.
kena cari orang lain

sekadar untuk dikongsikan
MENDAPAT BEBERAPA SLOT CERAMAH
untuk Program di Nilam Puri - UM
menjadikan satu pelung untuk saya jalan2
dari gombak semalam di cherating
semalam di batu rakit
beberapa malam di Kota Bahru
SEMUANYA MANIS UNTUK DIKENANG.

Isnin, 14 Jun 2010

menarik untuk di fikirkan


sepagian bersama rakan2
mencari makanan yang tidak
PERNAH DI MAKAN
sesuatu yang menarik untuk difikirkan.
satu lagi
KEMANA PERGINYA LELAKI
ini mungkin satu lagi cerita
yang ada kaitan dengan
BUDAYA DAN KEPERCAYAAN SETEMPAT.

Ahad, 13 Jun 2010

lawatan sambil kerja dan belajar...

kedai mamak dengan MayBank Kota Baharu
yang tidak pernah tak ada orang
ini nak dipanggil sebagai apa
mesin buat jajan...manis.
yang dikerjakan
memang sudah macam tu.
BERCAKAP
yang dibelajar
INI YANG MAHU DIKONGSIKAN
semalam di cherating
semalam di terengganu
dan beberapa malam di Kota Baharu
YANG MENARIK
satu pertembungan budaya
yang amat rugi kalau kita tidak
mahu ambil tahu.
terutamanya
MAKANAN.
sapa2 yang pernah makan
PULUT MANIS + PELAM.

Ahad, 6 Jun 2010

dari hawa kepada adam

Wahai Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi tidak heranlah jika perjalanan hidupku
sentiasa inginkan bimbingan darimu,
sentiasa mau terperosok dari
landasan, kerana aku buruan syaitan.
Duhai Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih banyak jumlahnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika jumlah kaummu melebihi kaumku niscaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-balaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan karena Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristri lebih dari satu
tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku, bukan kerana sedikitnya jumlahmu yang merisaukan aku. Tapi.....aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Dari dulu aku sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun.....terasa berat pula untukku
menyatakan isi perkara.
Adam,
Aku tahu bahwa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memperhatikan dan mengawasi aku agar sentiasa didalam ridha Tuhanku dan Tuhanmu. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah banyak mendurhakaimu. banyak yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku.
Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku
mesti ditutup dari ujung kaki sampai ujung rambut.
Tapi...... realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam.....
mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama,
aku maju ke muka mengurusi hal negara,
aku ke hutan memikul senjata.
Padahal, kau duduk saja. Ada diantara
kau yang menganggur tiada
kerja. Kau perhatikan saja aku panjat
tangga di lingkungan pejabat ,
kainku tinggi menyingsing paha mengamankan negara.
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? apakah
sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
Adam.....
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terperosok, maka Adam yang patut bertanggung jawab! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang keras kepala, tak mau dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi MUhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam....
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu!

Dari itu Adam....
pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai, sering aku tergelincir didorong oleh nafsu dan konco-konconya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku.
Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam...
Andainya aku masih lalai karena dirimu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah,
dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau
pada dirimu sendiri dan pada
Tuhanmu yang engkau agungkan itu.

Sabtu, 5 Jun 2010

talak untung....


kerja2 yang dikaitkan
DENGAN
PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

merupakan kerja2 yang zahirnya
tidak menguntungkan.

YANG UNTUNG
rosakkan alam
hilangkan hutan
hilangkan sungai
hilangkan langit biru

WALAUPUN BAGAIMANA
hari ini
5 jun
MARI KITA RAIKAN
HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA.

Khamis, 3 Jun 2010

sudah menjadi fitrah manusia.

semua orang
ingin menjadi orang penting
ini bukan hukum biologi tapi fitrah
TAPI SEJAUH MANA KEMAMPUAN
kita dianggap penting
kita menjadikan orang lain penting
MENURUT KAJIAN PAKAR
menjadikan orang lain penting
bermakna orang itu akan memberi ' khidmat '
yang lebih baik untuk kita.
MARI KITA KONGSIKAN
BEBERAPA KEMAHIRAN.
amalkan tabiat menghargai
serlahkan penghargaan melalui senyuman
amalkan tabiat nenbghargai dengan memastikan orang
lain tahu kita bergantung kepadanya nya.
sampaikan pujian secara ikhlas
semuanya orang ingin dihargai dan mahu diyakini
yang mereka telah melakukan yang terbaik.
jangan buang masa membahagikan
orang kepada kelompok - kelompok
orang yang penting
orang yang kurang penting
orang yang tidak penting
PANGGIL ORANG LAIN DENGAN
MENGGUNAKAN NAMA MEREKA
semua orang suka dengan nama sendiri
pastikan ejaan dan menyebut dengan betul
satu perkara bila berbual dengan orang yang kita
tidak kenal pastikan panggil secara formal
Cik , Encik dan Puan dan Tuan
KONGSI KEJAYAAN DENGAN
SEMUA ORANG.
pastikan kejayaan bersama.
hargai penglibatan orang lain
ingat.kuasa pujian terlalu besar kesan
dalam mana hubungan sosial.
DARI JINGGO
5 hari bersama
sekumpulan rakan rakan
mengendali kursus pengukuhan
PASUKAN PETUGAS HAJI
yang pastinya akan bertugas di Mekah
saya membuat satu tafsiran baru.
mereka ini cukup kemas
diperkemaskan dari masa ke masa
satunya adanya kemampuan
untuk menjadikan orang lain penting.
Eco Kid Adventure on Facebook