Isnin, 28 Jun 2010

namun ku punya hati





mungkin ini hanya sebahagian dari
CERITA DUNIA PENDIDIKAN
mengajar anak2 dari luar lingkungan biasa
INI BUKAN KALI PERTAMA
untuk saya saksi dan duduk bersama
anak2 yang begini
TAPI MENARIKNYA
semua guru2 yang terlibat dalam bidang
pengajaran anak2 ini
seakan2 ada satu kefahaman.
MEMBERI JIWA
bukan sekadar untuk keperluan kerjaya
tapi keperluan untuk menyatakan
NAMUN KU PUNYA HATI.

Ahad, 27 Jun 2010

mat kambing ke ni

Tan Sri Dato Hj Alimuddin.
semuga pertemuan kita akan ada
cerita2 lain
ni lah kawan2
senior di Semarak
masa di asrama.
ada diantaranya pernah memulakan
GELARAN MAT KAMBING.
rasanya ditempat yang sama
aku pernah dimalukan dulu.
Bekas murid tua.
Tan Sri Dato Haji Alimuddin
bangga jua sesekali
muka dan cerita mat kambing
dan keluar skrin.
ini mat kambing dulukan
selalu pergi sekolah tak mandi
PENGARAH JBT PELAJARAN PERAK
pernah menjadi warden masa diasrama
mana jinggo.
mat kambing.bukannya apa masa diasrama
berebut bilik air.susah betul kalau nak mandi.
yang duduk rambut masih hitam
TUAN PENGARAH JBT PENDIDIKAN PERAK.

Khamis, 24 Jun 2010

mari tengok bola....

keinginan untuk berjaya
BOLEH DIKAITKAN MACAM
MAIN BOLA
semua dalam permainan bola
mesti ada dalam diri kita.
mesti ada pemain yang bersemangat
mesti ada tiang gol untuk dijaring kemenangan.
KITA MULAKAN BEGINI.
untuk main bola
tentunya semua nak menang.
UNTUK MENANG.
kita mesti ada gaya macam pemain bola
yang biasanya menang.
ADA KEMAHUAN
ADA SKILL
ADA JURULATIH
ADA LATIHAN.
setelah semua lengkap
MASUK KE PADANG
ini macam media perjuang sebenar.
PERJUANG BERMULA
dengan semangat
dengan kemahiran yang ada
dengan adanya jurulatih diluar
KENA INGAT
bukan mudah untuk menjaring gol
sebab ' pentahanan lawan ' yang tentunya
MENYUKARKAN KITA.
untuk itu pasukan yang hebat
seharusnya ada srategi yang hebat.
INI TENTUNYA
melibatkan ketahanan emosi dalam yang kuat
tidak mudah ' kalah ' sebelum kalah.
DAN PERCAYALAH
untuk berjaya bukan kerja sorang2
ianya melibatkan team.
kita memerlukan orang lain untuk jaring gol.
UNTUK ITU MARI KITA TGK BOLA
lihat dan tafsirkan bagaimana
hebatnya pasukan
yang sedia beraksi.
TENTUNYA SEMUANYA ADA
komitmen dan disiplin
SEBAB CONTOH
perancis.
pakej untuk berjaya tidak lengkap
hanya disebabkan kegagalan mengendali emosi.
semuanya serba tidak menjadi.

Rabu, 23 Jun 2010

kalau tak yakin

menurut pakar psikologi dengan mengubah gerakan fizikal kita :
maka sikap kita juga berubah.
Misalnya apabila kita memaksa diri tersenyum ,
maka kita lebih terdorong menyimpulkan senyuman.
kita akan merasa lebih yakin apabila kita berdiri tegak.
mudah bagi membuktikan gerakan yang terurus dapat mengubah emosi
CONTOH
mereka yang agaknya malu memperkenalkan diri
mereka kepada orang lain ,
mampu menjadi lebih yakin dengan praktiskan
tiga langkah yang mudah
HULURKAN TANGAN DAN BERSALAM
ARAHKAN PANDANGAN KITA PADANYA
SELAMAT BERKENALAN
seterusnya
bagi berfikir yakin dengan yakin
kita perlu bertindak dengan yakin.
KITA KONGSIKAN LATIHAN INI.
duduk dihadapan
biasakan dimana.duduk dihadapan.kebanyakkan orang
suka duduk belakang dengan alasan tidak mahu menonjol.
lain nya dikaitkan dengan tahap keyakinan rendah.
pandang matanya
amalkan keinginan untuk bertentang mata
dengan orang yang dihadapan kita.
berjalan 25 % lebih pantas.
menurut pakar psikologi
sikap manusia mampu diubah dengan
mengubah gaya dan kelajuan jalan
orang yang mengalah - berjalan seolah2 semangatnya luntur
orang hebat - jalan laju dan tegak kehadapan.
bersuaralah
ini satu lagi perlambangan kepada keyakinan diri.
kita diam dengan alasan ' aku tidak bagus '
kita bimbang kelihatan bodoh
kita takut pada penghakiman.
senyum lah.
senyum adalah ubat untuk merawat
penyakitorang tidak yakin....

Selasa, 22 Jun 2010

mari mengorat

Di zaman datuk atau ayahanda kita dahulu, cara mengurat dan ayat-ayat mengurat yang digunakan mereka berbeza dengan teknik dan taktik yang diguna pakai generasi sekarang.
Mungkin orang-orang lama lebih romantis,
mereka menggunakan pembayang,
merujuk kepada bintang,
bulan dan matahari.
“Bibirmu merah bak delima merekah,
hidungmu mancung bak seludang...”
dan andai ayat yang sama digunakan oleh lelaki zaman ini, wanita akan terpegun terperanjat kerana anda terlalu jiwang dan mungkin mereka tidak faham akan perkataan delima dan seludang. “Kau cantik bak bulan purnama,” sudah tidak boleh main di zaman ini.
Ayat Mengurat Berlapik
Lelaki yang menggunakan ayat berlapik ini terdiri daripada golongan pemalu, penakut dan lelaki yang tidak sanggup menahan penolakan. Lapikan ayat-ayat ini bertindak sebagai pintu kecemasan jika terjadinya sesuatu di luar jangkaan seperti
“Saya bukannya tuju kan ayat itu pada dia” atau “Saya bercakap secara am saja”. Contoh pertama ialah “Saya suka wanita ayu, lembut dan berbudi pekerti tinggi”. Jika lelaki menggunakan ayat ini di depan wanita yang digemarinya, dia berpeluang untuk mengukur tahap minat wanita itu terhadapnya. Jika dia merasakan ada ruang dan peluang, mungkin ayat itu boleh disambung “…macam you”.“Saya sedang mencari calon buah hati dan jika berminat bolehlah mohon”. Call to action atau panggilan untuk bertindak itu terletak kepada wanita yang menerima ayat itu. Jika tiada apa yang berlaku, tiada siapa yang malu dan jika hadirnya percikan asmara, wanita itu tidak bertepuk sebelah tangan.“Saya tak pandai mengurat, taklah sehensem mana, siapalah yang sudi”. Walaupun ayat ini kedengaran pathetic, menjatuhkan diri sendiri, kekuatan sifat simpati jangan diperkotakkatikkan. Ada wanita yang akan terdorong untuk terpikat dengan ayat jenis ini.
Ayat Mengurat Romantis
Bukan mudah untuk memilih ayat romantis apatah lagi menggunakannya untuk memikat wanita di zaman ini. Ianya tidak boleh kedengaran terlalu jiwang, tidak ikhlas atau dipenuhi dengan pujian yang keterlaluan. Mencari keseimbangan di antara tahap jiwang dan keikhlasan itu penting. “I baru faham erti cantik apabila melihat wajah you”, ayat ini walaupun kedengaran ringkas tetapi efektif kerana kecantikan ialah kebanggaan seseorang wanita. Dan untuk digelar seorang yang cantik, wanita mudah cair.“Bertemu dirimu umpama mimpi indah yang mengasyikkan”. Bukan mudah untuk sang pria melafazkan ayat ini tatkala mengurat. Mungkin boleh digunakan di dalam emel atau chat, untuk mendapatkan kesan yang maksima.“Seribu mawar tidak dapat menenggelamkan kecantikan sekuntum mawar idaman hatiku”. Kreativiti diperlukan apabila menggunakan objek dalam membantu membuat suasana menjadi lebih romantis.Dan di zaman ini,
tidak ramai lelaki yang berani untuk
menjadi romantik ketika mengurat.
Ayat Mengurat Terus Terang
“Agak-agaknya bila kita boleh couple”. . Paling kurang pun boleh menyebabkan wanita itu tersenyum.“Saya tengok awak ni sesuai sangat untuk jadi teman saya. Saya berbesar hati kalau awak setuju”. Tidak ramai lelaki yang berani untuk menggunakan pendekatan ini atau boleh digelar taktik kamikaze. Tetapi, kelebihan menggunakan taktik terus terang ini ialah mengurangkan masa anda syok sendiri kerana jawapan yang anda akan dapat terus menunjukkan tahap minat wanita yang ingin dipikat atau sebaliknya.“I tahu I bukan lelaki idaman you, tetapi you wanita idaman hati I”. Ayat ini kedengaran kelakar tetapi percayalah ianya akan tersangkut di hati wanita. Lebih direct, lebih power.Risiko menggunakan ayat jenis terus terang ini ialah anda mempunyai peluang untuk ditolak secara direct juga.
DARI JINGGO
satu buku
SENI BUAL
saya memetik satu bahagian.
atas faktor apa kita disukai.
tentunya kita disukai berasaskan berapa2 faktor
DIRI SENDIRI
melibatkan kecantikan fizikal dan sosial
dimana kepentingan keduanya.tidak dinafikan 70 %
kita dilihat berdasarkan apa yang kita zahirkan.
apa yang kita nampakkan itu satu kepentingan.
seperkara lainnya : kecantikan sosial @ emosi adalah
satu yang punya kekuatan untuk mengikat manusia lain.
ini melibatkan kemahiran yang amat tinggi.
HEMOFILLI
kemahiran menyamaratakan nilai
percayalah sistem membentuk sistem nilai
dan tentunya kita suka dan senang bersama
dengan orang yang sama nilai dengan kita.
untuk itu untuk memikat.
cari titik persamaan.
KEKERAPAN
ini merupakan satu faktor yang menjadi
pelangkap kepada faktor2 diatas.
kekerapan berurusan menjadikan hubungan
sosial semakin mudah.
MARI KITA MENGURAT.

Isnin, 21 Jun 2010

sekolah bakat


Hari ni seluruh warga sekolah
BERCERITA SATU LAGI CERITA BARU
upsr + pmR nak dimansuhkan
sejauh mana perlaksanaan
sejauh mana keberkesanan.
TENTU ADA CERITA DISEBALIKNYA
hari ini setelah jenuh bertangguh.
saya lebarkan komitmen
BERJUMPA DENGAN ORANG YANG TEPAT
untuk bercakap satu lagi
keperluan dalam mengejar kecemerlangan diri.
SEKOLAH BAKAT
saudara helmi.
pakar motivasi potensi diri.
dimana betul dan tidak keperluan kita
melihat potensi dalam sistem yang sedia ada
yang rata2 ' membelakangkan ' persoalan
potensi diri. sedangkan jauh dari
pengatahuan kita
A hanya menyumbang 15 % dari bagusnya hidup
selainnya adalah pembinaan kemahiran yang
tentunya diasaskan daripada potensi.
HARI INI
sistem sedia ada tidak menyediakan ruang
untuk kita memahami keperluan
berjaya berasaskan
potensi diri.
UNTUK ITU
dengan perkembangan hari ini.
SEKOLAH BAKAT
telah ditubuhkan di wangsa maju
dengan asas untuk menyediakan ruang
kepada kita untuk tahu mengendali potensi
untuk mencapai kecemerlangan.
UNTUK ITU
sekolah yang berminat
hubungi terus

Ahad, 20 Jun 2010

kita kongsi yang ini pulak....

Penjelmaan Facebook yang telah menjadi rangkaian sosial yang sangat besar tetapi menjadi isu hangat berkenaan privacy kepada data-data pribadi yang
dimiliki oleh pengguna facebook.
Menurut Consumer Reports Magazine lebih dari separuh pengguna laman sosial dengan menggunakan data peribadi mereka, yang boleh digunakan untuk motif jahat.
Dikutip dari Vivanews Consumer Reports Magazine mengungkapkan setidaknya ada 7 cara yang sering dilakukan oleh pengguna facebook yang
membenarkan pencerobohan yang boleh dilakukan :
1. Penggunaan Password yang lemah
Untuk mengatasi password yang lemah diharapkan menggunakan 8 karakter yang berisi kombinasi antara huruf besar, huruf kecil, angka dan simbol.
2. Tarikh lahir
Tarikh lahir sebaiknya jangan di viewkan
kepada sembarangan orang,
kerana ia boleh digunakan untuk menghack kad kredit atau rekening bank.
3. Mengabaikan Facebook Privacy Control
Facebook Privacy Control ini boleh
memaksimakan pembatasan
akses orang luar terhadap data peribadi kita.
kerana orang yang tidak kita kenal tidak akan
terlalu bebas mengakses seluruh data di profil dan galeri foto.
4. Memposting Nama Anak di Caption Foto
5. Update status di Wall
semasa berjalanan Jauh
Dengan menyatakan status sedang jauh dari rumah maka menunjukkan bahawa tidak ada orang yang berada dirumah semasa itu. Ini boleh dimanfaatkan orang yang bermaksud jahat untuk memasuki rumah. Jangan terang-terangan mengatakan tarikh anda akan keluar sekeluarga.
6. Data Peribadi Bocor di Search Engine
Data-data peribadi anda tidak boleh sampai bocor ke search engine seperti google dan sebagainya.Untuk melakukan pembetulan sila klik bahagian account, pilih “privacy setting’ . Pilih option ‘Only Friends’ dan pastikan agar kotak ‘Public Search’ tidak dipilih.
7. Membiarkan anak kecil menggunakan
Facebook Tanpa Pengawasan.
Sekarang sudah ramai kanak-kanak dan
remaja yang menggunakan
Facebook jadi orang tua mesti selalu mengawasi.
Eco Kid Adventure on Facebook