Isnin, 13 September 2010

kita fikirkan bagaimana......

MUNGKIN JAUH DARI KETAHUAN KITA.
kita berhadapan dengan cerita dan berita berhari2
cerita kerosakan sistem kehidupan yang sepatutnya
kita saling berpautan diantara satunya
SAYA TERTARIK DENGAN
SATU RENCANA
yang dipetik dari
DEWAN MASYARAKAT.
rencana ini dikaitkan dengan perubahan
sistem sosial masyarakat india terutamanya
bila dikaitkan soal jenayah
KENAPA DAN MENGAPA
kesimpulan yang mahu dikongsikan
peningkatan dan kreativiti @ cara jenayah
itu dilakukan berkait kuat dengan
FILEM YANG RATA2
MENJADI IKUTAN

kuatnya pengaruh filem dan media
kepada remaja dan sistem sosial
( tidak terikat dengan masyarakat india semata )
sejauhmana kemampuan kita untuk menolak
perubahan ini bergantung besar
kepada FILTER yang sudah tentunya
kita sematkan dari ' sistem keperyaan '
anak2 remaja kita dan kita.
UNTUK ITU
wajarkah media persalahkan
berdasarkan keperluan hari ini !

Ahad, 12 September 2010

kita bermaafan lah

"jika kejahatan di balas kejahatan itu adalah dendam.
jika kebaikan di balas kebaikan itu adalah perkara biasa.
jika kebaikan di balas kejahatan itu adalah zalim.
tapi jika kejahatan di balas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji..."
kata-kata itu sebenarnya tak mempunyai makna
untuk menjelaskan perasaan.
manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa,
tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan...
hidup tak boleh berpandukan perasaan hati yang
kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri.
perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima
sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik
yang berlandaskan kenyataan.
hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita.
ia adalah menguji keteguhan iman seseorang.
malangnya bagi mereka yang hanya mengikut
kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan "
DARI JINGGO
walaupun ada kala ketika kita tidak pernah
bermaafan disepanjang perhubungan lalu.
mungkin dikala itu kita terperangkap dengan macam2 cerita.
hari ini cerita kita sudah berbeza.
HIDUP TIDAK BOLEH BERPANDU
KEPADA PERASAAN SEMATA

Ahad, 5 September 2010

sapa menang....

suka nak kongsikan
SATU BACAAN YANG MENARIK
MENGENAI KITA
kisah matahari dan angin
masing2 sering bertelagah yang kononnya
mereka lebih hebat diantaranya mempengaruhi
manusia dan ciptaan Allah di bumi.
DISEBABKAN PERTELINGKAHAN TERSEBUT
mereka mendatangi bulan
untuk dirujuk pandangan.
maka bulan mencadangkan.
MEREKA PERLU BERTARUNG
siapa yang dapat mempengaruhi musafir di bawah
sana membuka pakaiannya , dikirakan menang.
PERTANDINGAN BERMULA.
undian dijalankan dan giliran angin dahulu.
dikala itu musafir sedang berteduh dekat sebuah tasik
semasa angin bertiup musafir itu mengilang tangannya
angin bertiup lebih kencang.
musafir semakin merapatkan pakaiannya.
akhirnya angin meniupkan badai
musafir semakin membongkok dan menarik selimut
dan berlindung rapat2 di sebalik pakaian dan selimutnya.
ANGIN GAGAL MEMPENGARUHI
MUSAFIR TERSEBUT.
giliran matahari.
matahari dengan perlahan meningkatkan kekuatan sinarnya
musafir mula mengipas dirinya.
semakin panas sinar matahari
musafir semakin tidak selesa.
DIA MULA MEMBUKA BAJU
kita kongsikan begini
DARI JINGGO
mempengaruhi manusia lain tentunya
sahaja ada kemahiranya.
sebagai pendidikan tentunya tidak mudah
untuk kita mempengaruhi persekitaran kita
sebab amat diyakini.
perubahan bukan fitrah manusia
dia akan berubah kalau dia suka berubah
pendidik harus jadi ' medium ' yang disukai
dan boleh mempengaruhi.
kekerasanya mungkin tidak praktikal dalam
beberapa hal berdasarkan perkembangan persekitaran.
IBARAT MENGELUARKAN AIR YANG
MASUK KE DALAM TELINGA.
air tidak mungkin akan keluar dengan cara
memiringkan kepala.
caranya adalah
MASUKKAN AIR DALAM KEPALA
DAN KELUARKAN.
begitulah hal dalam skop mempengaruhi orang lain.

Jumaat, 3 September 2010

kita pernah tersenggol dimana2...

kita pernah tersenggol
secara sedar
secara tidak.
kerana itu sudah menjadi fitrah kita
DAN SEMPENA BULAN BAIK INI
saya mewakili diri sendiri
saya mewakili organisasi saya
mengambil kesempatan memohon kemaafan
terutamanya kepada semua rakan2 blogger.
yang kita pernah berurusan.

setahun sudah berlalu...

Pada saat memberikan kuliah tentang Management Stress,
Stephen Covey mengangkat segelas air dan
bertanya kepada para siswanya:
“Seberapa berat menurut anda kira-kira segelas air ini?”
Para siswa menjawab mulai dari 200 gr sampai 500 gr.
“Ini bukanlah masalah berat mutlaknya,
tapi tergantung berapa lama anda memegangnya,”
“Jika saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah.
Jika saya memegangnya selama 1 jam,
lengan kanan saya akan sakit.
Dan jika saya memegangnya selama 1 hari penuh,
mungkin anda harus memanggilkan ambulans untuk saya.
Beratnya sebenarnya sama,
tapi semakin lama saya memegangnya,
maka bebannya akan semakin berat.”
“Jika kita membawa beban kita terus menerus,
lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi.
Beban itu akan meningkat beratnya,”
“Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut,
berehat sejenak sebelum mengangkatnya lagi.”
Kita harus meninggalkan beban kita secara berkala,
agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi.
Jadi sebelum pulang ke rumah dari pekerjaan petang ini,
tinggalkan beban tersebut.”
“Bukan beban berat yang membuat kita Stress,
tetapi lamanya kita memikul beban tersebut.” .
DARI JINGGO
saya pernah menulis bahan ini
dikala saya sihat seketika
setahun sudah berlalu.
tekanan kerja dan persekitaran semasa dikala itu.
saya mengalami stress yang amat teruk
satu pengalaman yang cukup
DIKONGSIKAN
BERATNYA BEBAN ITU
BERGANTUNG BERAPA LAMA
KITA MEMEGANGNYA.
saya mengeluarkan sebahagian besar
punca tekanan dalam hidup.
sekadar untuk meletakkan sahaja.
penyusunan rakan pembantu
dikerja lapangan.
mengemaskini rakan maya
di blog dan di FB.
HARI INI.
bila saya mahu mengangkat semula.
persekitaran yang pernah menjadi beban emosi.
jawapan yang cukup mudah
enjinggo pernah ' mengeluarkan ' kami.
untuk apa kami bersama lagi.
UNTUK ITU
kesempatan terbaik dihari ini dan seterus
saya mengalami proses menambahbaikkan diri
dalam keadaan yang cukup menarik
SELAMAT HARI RAYA.

Khamis, 2 September 2010

kita adalah helang....

Helang merupakan jenis unggas yang mempunyai umur paling panjang didunia. Umurnya dapat mencapai 70 tahun. Tetapi untuk mencapai umur sepanjang itu
seekor helang harus membuat suatu keputusan
yang sangat berat pada umurnya yang ke 40.
Ketika helang berumur 40 tahun, kukunya mulai menua, paruhnya menjadi panjang dan membengkok hingga hampir menyentuh dadanya. Sayapnya menjadi sangat berat kerana bulunya telah tumbuh lebat dan tebal, sehingga sangat menyulitkan waktu terbang.
Pada saat itu, helang hanya mempunyai dua pilihan:

Menunggu kematian, atau
Mengalami suatu proses transformasi
yang sangat menyakitkan
suatu proses transformasi yang
panjang selama 150 hari.
Untuk melakukan transformasi itu, helang harus berusaha keras terbang k eatas puncak gunung untuk kemudian membuat sarang ditepi jurang , berhenti dan tinggal disana selama proses transformasi berlangsung.
Pertama-tama, helang harus mematukkan paruhnya pada batu karang sampai paruh tersebut terlepas dari mulutnya, kemudian berdiam beberapa lama menunggu tumbuhnya paruh baru. Dengan paruh yang baru tumbuh itu, ia harus mencabut satu persatu kuku-kukunya dan ketika kuku yang baru sudah tumbuh, ia akan mencabut bulu badannya satu demi satu.
Suatu proses yang panjang dan menyakitkan.
Lima bulan kemudian, bulu-bulu helang yang baru sudah tumbuh. Helang mulai dapat terbang kembali. Dengan paruh dan kuku baru, helang tersebut mulai menjalani 30 tahun kehidupan barunya dengan penuh bertenaga!
DARI JINGGO
Dalam kehidupan kita ini, kadang kita juga harus melakukan
suatu keputusan yang sangat berat untuk memulakan sesuatu proses pembaharuan.
Kita harus berani dan mahu membuang semua kebiasaan lama yang konservatif, meskipun kebiasaan lama itu adalah sesuatu yang menyenangkan dan melenakan.
Kita harus rela untuk meninggalkan perilaku lama kita agar kita dapat mulai terbang lagi menggapai tujuan yang lebih baik di masa depan. Hanya bila kita bersedia melepaskan beban lama, membuka diri untuk belajar hal- hal yang baru, kita baru mempunyai kesempatan untuk mengembangkan kemampuan kita yang terpendam, mengasah keahlian baru dan menatap masa depan dengan penuh keyakinan.
Halangan terbesar untuk berubah terletak
di dalam diri sendiri dan andalah
sang penguasa atas diri anda.
Jangan biarkan masa lalu menumpulkan rasa dan melayukan semangat kita.
Anda adalah helang-helang itu.
Perubahan pasti terjadi.
Maka itu, kita harus berubah!

Rabu, 1 September 2010

kita yang mana

gambar hiasan.
terima kasih puan maiyah
KITA KONGSIKAN YANG INI.
kita motivasi diri.
pemenang selalu menjadi
sebahagian daripada jawapan
orang yang kecundang sering
menjadi sebahagian dari masalah
pemenang selalu mempunyai program
orang yang kecundang sering mempunyai
ALASAN.
pemenang berkata
SAYA BUAT UNTUK ANDA
orang yang kecundang berkata
ITU BUKAN TUGAS SAYA
pemenang selalu melihat jawapan
dalam semua masalah
orang yang kecundang selalu melihat
masalah dalam setiap penyelesaian
pemenang selalu berkata
WALAUPUN SUKAR
TETAPI BOLEH DILAKUKAN
orang yang kecundang selalu berkata
MUNGKIN BOLEH DILAKUKAN
TETAPI SUKAR.
Eco Kid Adventure on Facebook