Jumaat, 24 September 2010

pembinaan karektor....

wajah yang cantik merupakan bukan lagi satu tarikan
dalam mana2 hubungan sosial
TAPI BAGAIMANA
semua orang lari bila kita membuka mulut.
wajah cantik adalah satu jenis kejelitaan ,
tetapi ada satu lagi kecantikan
KECANTIKAN SOSIAL
akibat pulut santan binasa
akibat mulut badan merasa
KENAPA MACAM TU
sebab ada orang yg cantik
gagal dalam hubungan sosial.
mulut merupakan satu aspek kejelitaan
yang amat penting
pengaruhnya dari sudut keupayaan
menambat hati orang lain.
menurut pakar psikologi
orang yang pandai berbahasa dipandang lebih tampan
lebih jelita daripada wajah sebenar.
KAJIAN MENYATAKAN
gaya bahasa menuduh
menyebabkan orang yang
mendengar menjadi defensif
akibat dari bahasa menuduh
menyebabkan pendengar
sakit hati.marah.perselisihan.
pertengkaran.pergaduhan.
GAYA BAHASA MENUDUH JUGA
DI SEBUT GAYA BAHASA ' AWAK '
gaya menuduh akan disertai dengan
jari telunjuk yang menuding.
gaya menuduh mengandungi unsur2
PENGHAKIMAN
HUKUMAN
KEPUTUSAN
TUDUHAN.
KAJIAN MENYATAKAN WANITA
LEBIH KERAP
MENGGUNAKAN GAYA BAHASA
AWAK DIBANDING LELAKI
DARI JINGGO
jangan gunakan bahasa tuduhan - kerana
tuduhan tidak menyelesaikan masalah
tuduhan akan dijawab dengan tuduhan balas
seterusnya
kepada kita.jangan risau kalau kita diberi ' nikmat '
yang sama macam orang lain - cantik -
percayalah diantara kita dan orang lain
penghubungnya adalah
MATA
MULUT.

Rabu, 22 September 2010

kita pun pernah remaja.....

GEORGETOWN - Kehilangan tiga remaja perempuan di Kampar sejak 11 September lalu berakhir apabila polis Pulau Pinang berjaya menjejaki mereka selepas
mendapat maklumat daripada rakan serumah di sini,
awal pagi semalam.

Sepasang remaja perempuan kembar, Nurul Ain Kamarazmi dan Nurul Ashiqin, 14, bersama teman sebaya, Suhaili Abd Razak yang dilaporkan hilang di Kampar sejak 11 September lalu,
ditemui di sebuah flat di Paya Terubong, di sini,
kira-kira jam 8 pagi semalam.

Ketiga-tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sentosa, Taman Bandar Baru,
Kampar itu dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar
membeli pakaian di pekan Kampar pada Hari Raya kedua.

Ketua Balai Polis Air Itam,
Cif Inspektor Mohd Fadzil Napiah berkata,
ketiga-tiga remaja perempuan itu ditemui bersama
dua rakan lelaki mereka iaitu

Mohammad Akmal Hakim Ismail, 19, dan Shahrizan Zakaria, 20.
sumber Sinar.

DARI JINGGO

kita pernah remaja
kita ada anak remaja
kita ada adikberadik remaja
kita ada anak rakan2 remaja
kita ada anak murid remaja
DUNIA INI DISEKELILING OLEH REMAJA
satu bahan bacaan mahu dikongsikan
mengenai remaja
R.E.M.A.J.A

R
risiko
E
emosi
M
manja
A
angan2
J
juvana
A
agresif
KESIMPULAN
itu sekitar hidup remaja yang boleh kita kongsikan
bersama mereka seharusnya
kita ada satu ilmu

yang ' baru ' berasaskan semua perubahan
yang ' baru ' hari ini.


rujuk kepada Buku Seni Bual PTS

Selasa, 21 September 2010

ini juga sejarah...

Untuk memahami hal ini, kita hendaklah mempelajari konsep dan pelaksanaan intertekstualiti. Anwar mulai aktif dalam UMNO pada awal dekad 1980-an disebabkan rasa kagumnya kepada kehebatan Mahathir. Sejumlah besar orang Melayu berasa senang hati, gembira dan bersyukur,
kerana dua pemimpin yang sukar dicari
dalam masa satu atau dua dekad,

tiba-tiba bersatu padu dalam sebuah parti politik.
Kita telah melihat negara berada dalam keadaan sejahtera
ketika kedua-dua tokoh itu berbaik-baik. Itu telah menjadi sejarah.

petikan dari Harian Sinar hari ini.

DARI JINGGO

satu cerita sekadar cerita.
menarik untuk dikongsikan
cerita politik. itu cerita melayu kita.
saya tidak terkecuali.
CUMA BEZANYA
penafsiran mungkin berbeza bila saya sendiri
tidak punya ( keinginan ) untuk berada dalam sistem
yang kalau dirujuk secara ' akademik ' nya ada
yang tidak sempurna pembikinannya.
SEBAGAI PENDIDIK
tentunya sahaja saya cuba menurunkan dimana sempurna
sistem kepimpinan berasaskan kepada pandangan akademik.
HARI INI.
sesekali bernostalgia pada cerita lama.

Isnin, 20 September 2010

semuanya ada mulanya....

Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
ingatlah...ada dua pilihan yang terbentang
pertama
kamu jadi seperti kelapa..
mudah di perolehi..
di parut.di perah.dan di ambil santannya.
lepas itu hampasnya di buang.
Yang kedua.
kamu menjadi sebutir mutiara.
berada di dasar lautan.tersimpan rapi.di lindungi kulit.
bukan senang nak melihat.apatah lagi mendapatkannya. .
hanya orang yang bertuah.berusaha menyelami dasar lautan..
dapat memperolehinya. harganya mahal sekali..
dan ia akan tersimpan selamanya
Jadi.
kamu pilihlah samada
hendak menjadi kelapa ataupun mutiara?
di sebalik santan.menjadi penyedap makanan.
di perah segala kenikmatan.
dan santan hilang tak jadi ingatan
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa santan..
Mutiara..
tertanam di dasar yang paling dalam.
sukar andai mengharap jadi perhatian
kerana ia dilapisi kulit yang keras menghadang..
namun kiranya di temui insan..
akan menjadi permata hiasan..
terletak tinggi di cincin idaman
atau di leher nan jinjang
atau di lengan menawan
makin lama mutiara tertanam
makin tinggi nilaian..
Oleh itu..
tentukan yang mana satu pilihan
menjadi santan
mudah jadi perhatian
tapi hanya sebentar jadi santapan
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..
menjadi mutiara
sukar di temukan
namun bila di hias indah gadis perawan.
hilanglah ia.

tangisan mengiringi berzaman
DARI JINGGO
kehidupan hari ini - dimana persekitarannya amat2 rapuh.
dimana2 hasil tindakan kita hari ini akan menentukan siapa kita hari esok.
dimana mulanya
KELAPA
MUTIARA
tentunya semua bermula dari apa yang
dizahirkan depan mata sewaktu

' pengisian demi pengisian dimasukkan ' dalam minda.
semua dibutirkan dalam bentuk tindakan.
semua rentaknya bermula disitu.

Sabtu, 18 September 2010

apa yang menarik...

ini satu lagi gambaran
yang mungkin semakin biasa untuk kita
tengok dimana2.
kadang2 terfikir.
sistem mana yang membentuk
mungkin ini yang boleh kita kaitkan
PERCAYA dan KEPERCAYAAN.

Jumaat, 17 September 2010

kita berbeza penafsiran

Pernah diadakan satu perlumbaan yang begitu menakjubkan
iaitu pertandingan menyeberang air terjun Niagara di Amerika.
Peserta perlu menyeberangi air terjun dengan berjalan
di atas seutas tali dan menggunakan sebatang
tiang sebagai pengimbang
Sejak pertandingan bermula ramai perserta mencuba.dan gagal.
Berbekal pengalaman, seorang lelaki berjaya
menyemberangi air terjun dengan penuh keyakinan.
Lelaki itu berjaya menarik perhatian ramai
dengan keberaniannya.
Tidak lama selepas itu - lelaki itu dicabar semula sebagai
membukti kejayaannya tadi bukan kerana nasib semata2.
SEBELUM ITU LELAKI ITU MENGEMUKAKAN
BEBERAPA SOALAN KEPADA PENONTON.
saya akan menyemberangi air terjun sekali lagi.
tetapi saya ingin bertanya
adakah saudara2
semua percaya saya boleh melakukan.
percaya.kata penonton
jika saudara2 percaya siapakah yang
sanggup menyeberang bersama saya.
semuanya terdiam sehingga
seorang budak kecil menyatakan kesanggupan.
AKHIRNYA LELAKI INI BERJAYA SEKALI LAGI
MENYEMBERANGI AIR TERJUN
INI BERSAMA BUDAK KECIL INI.
budak kecil itu ditanya oleh penonton selepas itu.
kenapa adik mempercayai lelaki itu.
KERANA DIA ADALAH BAPA SAYA
dari jinggo

terdapat perbezaan diantara
percaya dan kepercayaan.
penonton tadi digambarkan sebagai percaya
budak kecil digambarkan sebagai satu bentuk kepercayaan.
PERCAYA
bermaksud penyerahan diri yang tidak lengkap
terhadap apa yang kita percayai.
hidup sekadar percaya tidak menuntut komitmen.
KEPERCAYAAN
penyerahan diri yang disertakan dengan komitmen
dan penyerahan secara menyeluruh dan pasrah
berasaskan kepada akal fikir.
DALAM KONTEKS KITA
kita percaya dalam banyak hal.
ramadan mesti puasa.
masuk waktu mesti sembahyang
perempuan ( ada diantaranya ) keluar
pekan
mesti pakai tudung.
percaya ini negara islam
percaya ini negara orang melayu

HAKIKATNYA
bezanya diantara orang yg ada
percaya
kepercayaan
kita fikirkan.

Rabu, 15 September 2010

aku juga lelaki....

LELAKI SEMUANYA PENIPU
LELAKI SEMUANYA JAHAT
LELAKI SEMUANYA GATAL
itu pandangan yang tidak pernah berubah
sejak dari zaman bercawat lagi.
walaupun di kiri kanan perubahan telah berlaku.
secara umumnya , tidak seorang pun wanita normal
di dunia ini yang tidak prejudis terhadap lelaki.
cuma tahap dan bentuknya berbeza tahap prejudis.
ini juga ada kaitan dengan perubahan kemajuan persekitaran
berdasarkan kajian menyatakan
perempuan tidak prejudis sangat pada pekerjaan.
yang mereka pedulikan
adalah kesetiaan.keikhlasan.kejujuran
KAJIAN JUGA MENYATAKAN
4 dari 10 perempuan akan melepaskan suami ketempat
kerja dengan penuh kecurigaan.
kajian turut menyatakan prejudis melampau kaum wanita
terhadap pasangannya mereka dikaitkan dengan
fitrah kejadian mereka sebagai kaum
yang lemah dari segi fizikal.
keadaan menjadi kaum wanita menjadi tidak selamat.
pakar psikologis berpandangan sikap lelaki itu sendiri
adalah asas sebenarnya.
dan dikatakan juga masalah besar ialah mereka sukar
untuk menemui lelaki yang
tidak layak dicurigai.
laporan Kinsey menyebut 60 % hasil kajian terhadap
lelaki yang ditemui mengaku pernah
mencurangi pasangan masing2.
kesimpulan dari laporan itu.

TERLALU RAMAI LELAKI
TIDAK JUJUR PADA PASANGAN MASING2.
DARI JINGGO
sebuah buku yang ditulis oleh wanita
lelaki dari kacamata wanita
didasarkan pada persekitaran hari ini
menarik untuk dijadikan ilmu
dan perbandingan.
Eco Kid Adventure on Facebook