Jumaat, 6 Mei 2011

tetap sama orangnya...





orang yang sama

YANG BERBEZA

angka2 pada usia

pengalaman pada cerita hidup

komitmen pada matlamat

BILA DIAJAR BERKONGSI

cukup mudah soal prinsipnya

untuk berjaya sesiapa pun sama

JANGAN BER ' MAIN2 ' DENGAN KEGAGALAN

asasnya mudah

komitmen

disiplin.

LAGI2....

perkemaskan asas urusan kita

dengan persekitaran

softskill.

SEBAB BERDASARKAN KAJIAN

85 % kebagusan kita disebab orang lain

85 % kejatuhan kita juga disebab

orang lain dan kesan persekitaran.

Rabu, 4 Mei 2011

kita bukan haiwan


Mengapa semut berhenti sekejap ketika bertemu dengan semut yang lain?
Semut yang kelihatan “berlaga kepala” ketika bertemu itu sebenarnya sedang berkomunikasi. TC Schneirla, seorang saintis di Universiti New York, pernah mengadakan eksperimen pasal semut. Dia mengambil seekor semut kemudian diletakkan dalam tempat yang berisi makanan. Semut lain diletakkan dalam bekas yang mengandungi semut-semut musuh. Kemudian kelakuan kedua-dua semut ini diperhatikan terutama ketika
bertemu dengan rakan-rakannya di jalan.
Dari eksperimen itu Schneirla menyimpulkan bahawa bahan kimia yang dikeluarkan dari makanan ataupun dari musuh semut melekat pada semut itu. Ketika bertemu dengan kawannya, semut ini akan saling menyapa (bersentuhan). Kemudian, dengan saling menyapa inilah zat kimia dari semut akan memberi tahu temannya (melalui antena di kepala semut) adakah di kawasan sekitarnya ada makanan ataupun ada musuh.
Umat Islam pun amat digalakkan bersalam ketika bertemu temannya yang lain. Dengan bersalam biasanya akan bertanya khabar. Dan dengan ini kita boleh mengetahui adanya berita baik atau pun berita buruk.

Isnin, 2 Mei 2011

berkongsi buku lagi..

FAKTA DAN FAKTA DAN FAKTA
Kadang ketidakmahuan dan ketahuan
Mengenai bezanya lelaki – perempuan kita saling
MENYALAH.
Perempuan mahukan perhatian – lelaki mahukan kepercayaan
Perempuan mahukan pemahaman – lelaki mahukan penerimaan
Perempuan mahukan dihormati – lelaki mahu dihargai
Perempuan mahukan belaian – lelaki mahu dikagumi
Perempuan perlu merasakan perasaan mereka betul
Lelaki perlu merasa tindakan mereka betul
Perempuan perlu diyakinkan dan lelaki perlu digalak.
DARI JINGGO
Dalam banyak hal kita mengabaikan perbedaan tersebut
Diatas keperluan menjaga institusi social…
Kita mengabaikan perasaan dan emosi bertahun.
Kita hidup dalam keadaan yang tidak ketahuan
dan kesempurnaan Emosi
JAUH DISUDUT HATI SEORANG LELAKI
Terdapat seorang hero yang sedang menunggang

kuda putih , lebih dari segala2nya.
Lelaki mahu Berjaya melayan dan melindungi perempuan
Yang dicintainya.apabila mererasa dipercayai

,dia menjadi lebih mengasihi.

Ahad, 1 Mei 2011

ANAK2 LAGI...





KALAU LAH DUNIA

ini anak2 yg ' memerintah '

mereka akan menulis

mereka akan bercerita

SEMUA YANG BAIK2

berasaskan ilmu yang jelas.

TAPI DUNIA INI BUKAN

anak2 yg ' memerintah '

yang memerintah

dan mencatur cerita

KITA BAPAK2 YANG

sesekali macam ' anak2 '

yang seakan2 tidak pernah

langsung diajar ilmu bahawa

MATLAMAT MANA MUNGKIN

SEMUA CARA BOLEH DIHALALKAN.

Khamis, 28 April 2011

anak bapak...


ANAK BAPAK
Secara normalnya
Mana ada anak yg mahu menyatakan
CELAKA PADA BAPAK
Betul atau salah.
Ceritanya sama
Siapalah anak tanpa seorang bapak
Siapalah seorang bapak pada seorang anak
HARI INI
Cerita semakin panas
Kisah anak bapak.
PADA SEMUA.
Mari kita bersangkabaik pada semua
ANAK BAPAK

Selasa, 26 April 2011

cerita orang perak...





untuk kali seterusnya

SERING BENOR

teman diajak kawan2 dtg kemajlis

yang ada bersama Raja Nazrin

yang kita kenal

LAIN DARI YANG LAIN

dari hal2 yg dikaitkan dengan ketokohannya

apa yg boleh teman katakan

mahu aja kalau ada peluang

nak kaborkan teman orang teluk intan

tapi tak terkabor nampaknya.

CUKUP UNTUK DIBUAT KESIMPULAN.

when you stop learning

you stop leading

APABILA KITA BERHENTI BELAJAR

KITA BERHENTI MEMIMPIN..

negeri teman dipimpin

oleh seseorang yg suka belajar.

Isnin, 25 April 2011

kita dan buku...

dikatakan

UNTUK MELIHAT SIAPA

KITA 5 TAHUN AKAN DATANG

didasari buku apa yg kita baca hari ini.

hari ini industri ' buku2 ' semakin

menampak pandangan yg menyeronokkan

SELAMA INI BUKU SERING DIKAITKAN

dengan ' budak sekolah '

habis sekolah habis buku.

ITU MASIH MENJADI SEBAHAGIAN

CERITA KITA.

dari jinggo

berdasarkan satu bacaan menyatakan begini

ukuran bagusnya kita dari luaran

diukur dari

GAYA BAHASA

ISI BAHASA.

bahan bacaan tentunya akan memberi pengaruh.

dengan lambak buku2 yg menarik dipasaran.

tentunya kadang kemahiran memilih buku

perlu menjadi satu ' input ' baru.

sedikit perkongsian.

bagaimana untuk mendapatkan buku yg bagus.

KAWAN PERKENALKAN.

tentunya kita ada kawan yg tahu minat kita.

jalan mudah untuk mendapat buku yang bagus

bila ada org yg memperkenalkan

SIAPA PENULIS

ini akan memberi kesan pada ' warna '.

rentak buku itu ditulis berdasarkan siapa penulis.

buku itu sendiri.

SIAPA PENERBIT

itu juga menjadi satu lagi penghakiman.

KALAU SAYA

bila berhadapan buku.saya akan tumpukan

pada rujukan dibelakang dulu.

ini menentukan sejauhmana penulis ini

membuat ' homework ' berdasarkan apa

yang mahu dihidangkan.


Eco Kid Adventure on Facebook