Ahad, 8 Januari 2012

CERITANYA.


Lukisan yg terkenal hasil kerja Michelangelo -
ceritanya begini : dia adalah seorg pengukir.
pada umur 30 an dia dipanggil ke kota rom oleh Paul Julius II
untuk membuat satu ukiran.
Sampai disana dia ditugas melukis lukisan pada
Gereja Sistine Chapel
( sebenarnya musuh2 dia yg mencadangkan pada Paus untuk dia melukis )
sedangkan dia adalah pengukir - ini tujuan untuk memalukan dia ) .

Sebenarnya beliau hanya diarah melukis 12 lukisan orang.tapi di sebabkan mahu memberi yg terbaik dia telah melukis 400 lukisan orang - disebabkan komitmennya matanya rosak buat selama2nya.dia mengambil masa 4 tahun untuk mengiapkan lukisan ini
Ini cerita komitmen.

Sabtu, 7 Januari 2012

komitmen kita

KOMITMEN
itu lah cerita kejayaan
DISIPLIN
pelengkap cerita kejayaan
setiap orang ada karektor tersendiri
bila dikaitkan dengan
KOMITMEN
4 jenis manusia dikenalpasti
COP - OUTS
mereka yang tidak mempunyai cita2
dan tidak mempunyai apa2 komitmen
HOLD - OUTS
mereka yang tidak yakin sama ada dapat
berjaya ataupun tidak.oleh itu tidak ada komitmen
DROP - OUT
mereka yg berusaha ke arah mencapai cita2
tetapi berputus asa setiap kali menghadapi kesukaran
ALL - OUTS
ada komitmen
ada cita2
ada disiplin
dan sanggup melakukan apa sahaja
UNTUK KECAPAIAN CITA2.

Jumaat, 6 Januari 2012

KOMITMEN



SEKOLAH SAYA
tentunya berbeza dengan sekolah orang lain
sekolah orang lain yg berbumbung
sekolah orang lain yg berpintu
sekolah orang lain yang serbaserbi terkini
SEKOLAH SAYA
tidak berdinding
berbumbungkan langit
CERITA KITA SAMA
diharapan kita ada komitmen
dihadapan kita adalah anak2 pelajar
yang membuat tafsiran
BERDASARKAN TINDAKAN
sekolah saya
sudah 15 tahun saya disini
bertukar lokasi
bertukar cerita
bertukar warna.
DIHUJUNGNYA TETAP SAMA
komitmen.

Khamis, 5 Januari 2012

HAKIKAT KESAKITAN

Mutiara - yg mahal dikatakan berasal dari sebutir pasIr yg
memasuki tiram yg terbuka.pasir yg masuk ini menimpulkan
rasa sakit yg luar biasa , dan untuk mengurangkan rasa sakit itu ,
tiram membaluti pasir tersebut dengan ' air liurnya '
secara berterusan selama beberapa tahun.pasir yg disalut dengan
' air liur ' tiram itu lama2 kelamaan akan bertukar
menjadi mutiara yg cantik dan mahal.............
Moralnya : Setiap kejayaan tentu ada ' kesakitannya
CERITA KITA
kadang2 itulah kehidupan
kita perlu dirasakan sakit
kita diajar dan tentunya kita kena belajar.
MENURUT SOCTATES
kehidupan yang tak diuji adalah kehidupan
yang tidak layak untuk dinikmati.

DI HUJUNG SAMA KITA SAMA....

FAKTA 1

Ada pasangan berbelanja RM5,000 ke 10,000 untuk hantaran sahaja. Majlis kenduri jika berlangsung di hotel, kosnya kepada berapa jemputan dan jenis makanan yang dihidangkan dan tidak kurang daripada RM50,000.

FAKTA 2

Jika tamat belajar mereka berumur 24 tahun dan dengan gaji RM3,000 ke 4,000 sebulan, dengan membayar PTPTN, pinjaman kereta dan perbelanjaan harian, mereka mungkin dapat menabung RM1,000 sebulan. Jika perbelanjaan perkahwinan (hantaran sahaja RM15,000) mereka perlu menabung 15 bulan. Jika anggaran perbelanjaan perkahwinan itu RM50,000 maka mereka hanya boleh berkahwin selepas 50 bulan bekerja (iaitu empat tahun) dan tentulah usia perkahwinan menjadi 28 tahun.Alangkah baiknya simpanan RM50,000 itu dijadikan wang muka membeli rumah dan pasangan boleh terus tinggal di rumah sendiri selepas berkahwin.

CERITA YANG TAK DAPAT DIELAK LAGI
bila perkahwinan sudah menjadi macam satu perniagaan
cerita perkahwinan sudah menjadi lambang status

DIHUJUNGNYA SAMA
perkahwinan melibat hidup bersama
hidup bersama melibatkan kos
hidup bersama melibat akan ada anak2
hidup bersama melibat catuan dua nilai yg berbeza
WALAU BAGAIMANA CERITA PERKAHWINAN
DI HUJUNGNYA SAMA.

Rabu, 4 Januari 2012

SUKA NYA....


KEMBALI KE SEKOLAH
SUKANYA
makayah suka sebab rumah dah tak selerak
taukeh van dan bas suka ada bisnes masuk
makcik kantik suka sebab sunyinya kantin selamanya
anak2 suka sebab dah bosan tgk astro
CERITA KARTUN YG BERULANG2
jinggo juga suka - program seterusnya akan bermula
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
RAKAN2 GURU.

Selasa, 3 Januari 2012

cerita baru........



CERITA TAHUN BARU
2011
nak memberi sedikit ruang
menulis dan penyalin kembali
CERITA JINGGO.
Eco Kid Adventure on Facebook